Artikel "Kebajikan" Terkini
238 RMM Bakal Dibina Di Bukit Gasing
Sebanyak 238 Rumah Mampu Milik (RMM) akan dibina di atas tanah seluas 7.36 hektar di Kampung Bukit Gasing di sini dalam masa terdekat.
01 Apr 21
217
Peranan Wanita Wajar Dihargai
Wanita sama ada ibu, isteri atau guru perlu dihargai dengan penuh kasih sayang sebagai lambang penghormatan dan penghargaan terhadap peranan mereka dalam kehidupan seharian.
30 Mar 21
142
Pencemaran Sungai Di Terengganu Terkawal
Pencemaran sungai di Terengganu tidak begitu serius jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.
29 Mar 21
156
12 Penyelidik Terima Geran Kerajaan Negeri
Seramai 12 kumpulan penyelidik dari tujuh Universiti Awam (UA) di negara ini terpilih untuk menerima Geran Penyelidikan Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) 2021 dalam majlis yang diadakan pada hari ini.
29 Mar 21
292
‘Syukur, Alhamdulillah…Akhirnya Dapat’
Rata-rata penerima notis Borang 5A Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Tapak Rumah Batu Putih, Mukim Kuala Dungun mengucapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dan berterima kasih atas keprihatinan kerajaan Terengganu.
29 Mar 21
307
Satiful Lega Peserta Terkilan RTB Di Paka Terima Geran
DUNGUN, 29 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Satiful Bahri Mamat menarik nafas lega melihat 81 peserta tanah terkilan di kawasan Dewan Undangan Negeri berkenaan menerima geran tanah masing-masing, baru-baru ini.
“Ini merupakan program pertama yang melibatkan pemberian geran Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka dan baki-baki yang tinggal kita akan selesaikan sedikit demi sedikit dengan segera.
"Mereka ini sudah menunggu sekian lama dan telah keluarkan banyak duit sepanjang proses mengusahakannya, sekarang baru mereka dapat geran. Jadi, saya pun selesa dengan keputusan ini.
"Walaupun kerajaan negeri tidak dapat memberikan semula semua kerugian yang dialami pada 20 tahun lalu, namun para peserta dapat semula tanah mereka dan premium yang mereka perlu bayar dikekalkan pada kadar lama iaitu sekitar RM1,100 bagi satu lot, ini merupakan bantuan secara tidak langsung daripada kerajaan atas kesabaran mereka menunggu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), selepas merasmikan Majlis Penyerahan Geran Tanah bagi DUN Paka di Dewan Sivik Paka.
Jelas Satiful yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, penyerahan geran tanah itu melibatkan 41 orang peserta dari RTB Terkilan Cherong Melintang dan 40 peserta dari RTB Terkilan Beril yang telah menjadi isu panas sejak 20 tahun lalu.
“Proses untuk bagi mengeluarkan sekeping geran terpaksa melalui banyak proses sebelum diserahkan kepada peserta.
“Tetapi beruntunglah bagi mereka yang tergolong peserta terkilan ini kerana termasuk di dalam keputusan khas kerajaan negeri yang dikatogerikan peserta terkilan 1999-2004, maka proses tidak begitu panjang,” katanya.
Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan agar peserta yang telah menerima geran dapat bekerjasama membersih kawasan, melaksanakan ukur batu lot dan sebagainya.
“Kita tidak mahu orang yang terima geran tetapi kawasan lotnya tidak terurus dan akhirnya naik semak kembali. Sebab itu, kita sarankan agar mereka menubuhkan jawatankuasa pelaksana dan berpakat sesama mereka bagi mengurangkan kos dalam mengusahakan tanah masing-masing,” tambahnya lagi.
29 Mar 21
1080
ADUN Batu Buruk Ziarah Ahmad Izz
KUALA TERENGGANU, 29 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi bersama isterinya, Dr Farhaana Husainy Hasbullah hadir menziarahi kanak-kanak berusia 4 tahun, Ahmad Izz Danish Abdul Muhaimin yang menderita kanser saraf tahap empat dan kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), baru-baru ini.
Pertemuan dengan kanak-kanak berkenaan dan ibunya Noraisah Abdul Aziz, 36, sekadar bertanya khabar di samping menghulurkan sumbangan dari pihaknya.
“Alhamdulillah, saya dimaklumkan permohonan bantuan daripada Tabung Darul Iman bagi adik Ahmad Izz telah diluluskan.
“Kita harap semoga bantuan ini dapat menampung kos rawatannya serta kos perbelanjaan harian Puan Noraisah dan keluarga," katanya.
Menurut ibunya, penyakit kanser tersebut disedarinya setelah di'diagnose' oleh doktor pada November 2020 yang lalu.
"Ahmad Izz Danish kini sedang mendapatkan rawatan kimoterapi di HSNZ setelah menjalani pembedahan membuang ibu kanser yang berada di belakang perutnya," jelas Noraisah yang turut memaklumkan, anaknya itu akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi rawatan pemindahan sumsum tulang, pada Mei nanti.
Noraisah merupakan ibu tunggal yang bekerja sebagai pembantu kedai, kini tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga anaknya sepenuh masa di hospital.
29 Mar 21
736
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
BESUT, 31 Mac - Kerajaan negeri menyokong penuh usaha baik Suruhanjaya Koperasi Malaysia Terengganu (SKM) menjadikan koperasi sebagai penyumbang ekonomi dan mengharapkan ia dapat direalisasikan.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro & Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, dalam memastikan usaha kerajaan itu berjaya, SKM mengambil inisiatif mengadakan Program Belia Berkoperasi di negeri Terengganu dengan mengumpul belia dan beliawanis di daerah Besut bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya di kalangan belia mengenai kewujudan koperasi dan kepentingan golongan iyu dalam membantu menambahkan pendapatan ekonomi masyarakat.
“Matlamat utama adalah mewujudkan koperasi bagi membolehkan mencapai objektif program terutamanya dalam meneraju tranformasi generasi belia melalui Gerakan Koperasi serta dapat menerapkan budaya berkoperasi di kalangan belia," katanya.
Beliau berkata demikian dalam dalam ucapan perasmiannya di Tanjung Demong Resort, Besut.
Ia selari dengan hasrat kerajaan dan dasar keusahawanan negara yang merupakan suatu garis panduan yang akan menjadi hala tuju kepada agenda pengukuhan keusahawanan peringkat nasional. Ia adalah salah satu usaha kerajaan untuk mempercepatkan kadar pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara khususnya membabitkan penglibatan aktif daripada usahawan koperasi dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan.
"Ia juga akan menjadi pemangkin buat kita untuk mencapai 41 peratus sumbangan sektor keusahawanan kepada pertumbuhan ekonomi negara," jelasnya.
Nurkhuzaini mengharapkan agar gerakan koperasi mampu berjaya menjadi pemangkin serta agen penggerak utama dalam pembangunan ekonomi negara serta membantu rakyat jelata, khususnya di negeri Terengganu.
"Terima kasih SKM kerana menganjurkan program seperti ini dan menatijahkan perkara yang baik," ujarnya.
28 Mar 21
390
Terengganu Tambah Bekalan 100 Juta Liter Air Sebelum Raya Ini
Jangkaan saluran bekalan air bersih pada minggu ini melalui sebuah lagi loji baharu benar-benar berlaku apabila air telah mula dilepaskan dari Loji Air Pulau Bahagia, Manir 18 Mac.
22 Mar 21
219
Ganding Bahu Tarik Pelancong Antara Negeri
Penggiat pelancongan dari Terengganu dan Kedah dapat menarik nafas lega kerana dapat berganding bahu dalam membantu sektor masing-masing menerusi program Bisnes dengan Bisnes (B2B).
22 Mar 21
150