lightning-solid
Berita :

Artikel "Kebajikan" Terkini

Ziarah KP Harakah, Dr Khairudin Sampaikan Bantuan
Ziarah KP Harakah, Dr Khairudin Sampaikan Bantuan
SEREMBAN, 9 Mac - Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Dato’ Dr Mohd Khairudin Aman Razali telah menyampaikan sumbangan kepada Ketua Pengarang Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob bagi meringankan beban perbelanjaan perubatan Ketua Editor Harakah itu dan isterinya. Sumbangan disampaikan melalui Setiausaha Politiknya, Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin yang datang menziarahi Wan Nordin di kediamannya di Bandar Sri Sendayan di sini semalam. Turut sama dalam ziarah itu, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rafie Mustapha, Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Badzli Bakar, Setiausaha Dewan Ulama PAS Selangor, Ustaz Muhammad Najhan Abdul Halim, mantan Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Mohd Nazree Haris dan isteri. Dalam ziarah tersebut, Ustaz Mohd Kamal Nazmi yang mewakili Dr Khairudin turut bertanyakan perkembangan rawatan membabitkan Wan Nordin dan isterinya. Sejak November lalu, Wan Nordin berdepan masalah sakit tulang belakang, saraf dan darah tinggi yang serius. Selepas rawatan kiropratik pada awal Disember lalu, beliau masih lagi berdepan masalah yang sama, namun telah mampu berjalan tidak seperti sebelum ini. Sementara isterinya, Ustazah Suraini Ab Hamid pula menghadapi masalah pendengaran di mana telinga sebelah kanannya tidak berfungsi, selain telinga kiri hanya mampu mendengar sekitar 30 peratus. Pun begitu dengan bantuan pelbagai pihak, pada minggu lepas alat bantu pendengaran telah ditempah untuk beliau. 
09 Mar 21
210
Tak Perlu Risau Cari Duit Rawat Anak Demam
Tak Perlu Risau Cari Duit Rawat Anak Demam
KUALA TERENGGANU, 8 Mac - “Alhamdullilah dengan Kad Sejahtera ini, tidak lagi perlu susah cari duit hantar anak demam ke klinik swasta," luah seorang bapa, Hasim Salleh, 55, yang juga salah seorang daripada 493 penerima Program Kad Sejahtera di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal, baru-baru ini. Bapa kepada lima orang anak yang berasal dari Kampung Pengkalan Arang berkata, sebelum ini apabila anak-anaknya demam atau sakit, dia terpaksa berdepan dengan kekangan kewangan. “Tambah lagi bila klinik kerajaan penuh dengan orang ramai dan terpaksa menunggu lama bagi mendapatkan rawatan anak. “Tapi alhamdullilah, dengan kemudahan ini ia memberi kesenangan untuk keluarga saya dan saya sendiri, sakit ringan-ringan sekalipun tidak perlu susah lagi berurusan dengan klinik kerajaan,” katanya. Hasim berkata demikian semasa ditemubual pemberita selepas  Penyerahan Kad Sejahtera bagi fasa kedua Peringkat DUN Bukit Tunggal oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat di rumahnya, kelmarin. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak berkata, sebanyak 25 JPKK di kawasannya akan memainkan peranan dalam mengagihkan kemudahan tersebut supaya tiada golongan memerlukan akan tercicir. “Baucer rawatan kesihatan percuma di klinik swasta terpilih tersebut adalah untuk mereka yang memerlukan rawatan awal dan segera. “Pihak kerajaan juga akan menambah lagi klinik-klinik swasta berdaftar supaya jaringan kemudahan ini luas, memberi kemudahan kepada rakyat,” jelasnya. Untuk rekod, Program Kad Sejahtera kepada rakyat berpendapatan rendah dan miskin tegar merupakan salah satu janji terkandung dalam manifesto pada Pilhan Raya Umum (PRU) Ke 14 PAS Negeri Terengganu yang lalu.
07 Mar 21
421
505 Penduduk Bukit Payong Terima Kad Rawatan Percuma
505 Penduduk Bukit Payong Terima Kad Rawatan Percuma
MARANG, 6 Mac - Seramai 505 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung menerima Kad Sejahtera atau baucer rawatan kesihatan percuma di klinik swasta terpilih semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah berkata, kad itu membolehkan bantuan mereka mendapat rawatan perubatan bernilai RM500 setahun  membabitkan peruntukan RM252,500. Katanya, golongan berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar dengan setiap keluarga antara golongan sasar yang layak menerima bantuan itu terdiri daripada penduduk DUN Bukit Payong. "Kad sejahtera ini adalah untuk mensejahterakan rakyat agar lebih mudah untuk mendapat rawatan di klinik-klinik yang telah ditentukan oleh kerajaan. Berbanding sebelum ini rakyat terpaksa beratur panjang di hospital kerajaan bagi mendapatkan rawatan. “Kad ini perlu dibawa setiap kali mahu mendapatkan rawatan di klinik swasta terpilih dengan penggunaan maksimum RM70 setiap kali mendapatkan rawatan. “Bagaimanapun, penggunaan kad ini bukan untuk penyakit kronik, tetapi hanya untuk rawatan pesakit luar seperti demam dan batuk,” katanya ketika merasmikan penyerahan Kad Sejahtera di Dewan Sivik Bukit Payong, semalam. Hadir sama, Penghulu Mukim Bukit Payong, Ahmad Zafiri Ahmad Zaki, Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Payong, Mat Ghani Jusoh, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Pekan Bukit Payong, Mohd Nasir Ismail serta para penerima.
07 Mar 21
698
PPTS Medium Bela Nasib Golongan B40
PPTS Medium Bela Nasib Golongan B40
MARANG, 3 Mac - Kerajaan negeri melalui Projek Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS) telah banyak membantu masyarakat khasnya golongan B40 di negeri ini dalam memenuhi hasrat mereka bagi memiliki kediaman sendiri. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah berkata, kali ini melalui peruntukkan sebanyak RM250,000 lima unit rumah baru telah dibina serta sebuah rumah telah dibaik pulih bagi memastikan kesejahteraan penerima terlibat. "Alhamdulillah peserta-peserta terpilih daripada golongan B40 yang memiliki kekurangan daripada sudut kewangan, namun dengan peruntukkan tersebut kita dapat membantu mereka untuk mendapatkan rumah sendiri. "Moga-moga Allah SWT merahmati mereka dan memberkati mereka," katanya ketika menyantuni para penerima manfaat PPTS di DUN berkenaan, baru-baru ini. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri itu berkata, kerajaan negeri sentiasa prihatin bahawa terdapat ramai yang masih memerlukan rumah namun mengakui pihak kerajaan mempunyai peruntukkan yang sangat terhad bagi memastikan seluruh rakyat di negeri ini memiliki kediaman melalui sumbangan kerajaan. "Masih ada saluran lain yang boleh dimohon termasuk Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat melayu (MAIDAM), Rumah Mampu Milik (RMM) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta projek pembangunan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar," katanya.  
03 Mar 21
232
JPKK Perlu Bantu Penduduk Daftar Vaksin COVID-19
JPKK Perlu Bantu Penduduk Daftar Vaksin COVID-19
Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyeru Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) membantu penduduk di kawasan masing-masing untuk mendaftar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.  
02 Mar 21
142
Pemilik Tanah Terbiar Disaran Tanam Durian
Pemilik Tanah Terbiar Disaran Tanam Durian
Penduduk luar bandar yang memiliki tanah terbiar di Terengganu ini digalakkan untuk mengusahakan tanaman durian, terutama Musang King.
01 Mar 21
132
Bantuan Banjir Terengganu Mula Disalurkan Kepada Mangsa Terlibat
Bantuan Banjir Terengganu Mula Disalurkan Kepada Mangsa Terlibat
Bantuan banjir bagi 12,000 mangsa bencana di negeri Terengganu dilancarkan oleh kerajaan negeri, bermula semalam, 27 Februari.
01 Mar 21
92
PN Berjaya Keluarkan Rakyat Daripada Suasana Tak Harmoni
PN Berjaya Keluarkan Rakyat Daripada Suasana Tak Harmoni
Selama hampir setahun memegang tampuk pemerintahan negara, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berjaya mengeluarkan Malaysia daripada suasana tidak harmoni sejak awal 2018.
01 Mar 21
79
Bantuan Banjir Terengganu Mula Disalurkan Kepada Mangsa Terlibat
Bantuan Banjir Terengganu Mula Disalurkan Kepada Mangsa Terlibat
KEMAMAN, 28 Februari - Bantuan banjir bagi 12,000 mangsa bencana itu di negeri Terengganu diluncurkan oleh kerajaan negeri, bermula semalam. Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM6.4 juta berupa bantuan tunai sebanyak RM500 kepada setiap ketua isi rumah bagi membantu mereka. "Alhamdulillah, hari ini kita mula menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir selepas kelima-lima fasa bencana itu berakhir, baru-baru ini. "Tentu sumbangan ini tidak mampu menyelesaikan masalah tetapi diharapkan dapat meringankan beban semasa yang ditanggung mereka. Dan, pada masa sama, semua wakli rakyat dan agensi akan terus memberikan bantuan dari masa ke masa," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan penyampaian bantuan banjir kepada 160 mangsa bencana di daerah Kemaman, semalam. Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri , Dato' Zainal Abidin Hussin serta Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat. Dr. Samsuri juga menyatakan, bantuan kerajaan Persekutuan akan turut disampaikan melalui tabung bantuan kepada mangsa-mangsa terbabit.  Tambahnya, keseluruhan bantuan tersebut akan disalurkan ke setiap daerah terlibat, Isnin ini.  
28 Feb 21
380
Bimbingan Dan Nasihat Ramuan Kejayaan Anak-anak SPM
Bimbingan Dan Nasihat Ramuan Kejayaan Anak-anak SPM
Bimbingan nasihat daripada guru dan ibu bapa amat penting bagi memastikan para pelajar berada pada tahap terbaik dan sentiasa fokus ketika menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
27 Feb 21
154