Artikel "Kebajikan" Terkini
600 Nelayan Terengganu Terima Lesen
Sebanyak 600 Lesen Sampan Khas diluluskan ibu pejabat Jabatan Perikanan Malaysia buat nelayan-nelayan negeri Terengganu.
26 Apr 21
341
HDC-UMT Tubuh Pusat Inovasi Halal Terengganu
Halal Development Corporation Berhad (HDC) baru-baru ini mengadakan usaha sama melalui Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi menubuhkan Pusat Inovasi Halal di negeri Terengganu.
22 Apr 21
225
Hasrat Nelayan Kemaman Miliki Jeti Tambatan Tercapai
Hasrat nelayan di daerah ini untuk memiliki jeti tambatan bagi menambat vesel yang dimiliki untuk mengelakkan ia dibawa arus yang kuat pada musim hujan lebat serta air pasang tinggi akhirnya tercapai.
22 Apr 21
177
Ingkar SOP : Tutup Bazar Ramadan Pilihan Terakhir
Kerajaan Terengganu menyifatkan tindakan menutup bazar Ramadan akibat kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah terakhir demi mengekang penyebaran wabak COVID-19.
Â
21 Apr 21
303
Teganu Prihatin, Rintis Penduduk Cakna Isu Semasa
Program Teganu Prihatin kini dilihat menjadi medium terbaik dalam menyampaikan dasar negara dan negeri kepada masyarakat.
21 Apr 21
106
'Pupuk Perpaduan dan Hargai Keharmonian'
KUALA NERUS, 8 April - Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat mengingatkan bahawa semua rakyat di negara ini khususnya di Terengganu perlu menerima hakikat bahawa Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang unik.
"Keunikan inilah yang menjadikan kita istimewa dan terbilang di mata masyarakat dunia.
"Jadi, pupuklah semangat perpaduan dan ukhuwwah sesama kita, hargailah keamanan dan peliharalah perpaduan dan keharmonian demi negara yang kita semua cintai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Perpaduan Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2021 di Duyong Marina & Resort, semalam.
Majlis berkenaan dihadiri wakil-wakil persatuan pelbagai bangsa dan kaum di Terengganu dengan tujuan mewujudkan penyatuan di kalangan masyarakat dalam membangun negeri yang maju, berkat dan sejahtera.
Program makan malam tersebut disempurnakan Yang di Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato' Yahaya Ali mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.
Menurut Hanafiah, keamanan yang diperolehi hari ini adalah hasil perpaduan dan toleransi segenap masyarakat.
 "Adalah menjadi tanggungjawab generasi baharu hari ini untuk menghargai dan menghayati konsep perpaduan.
"Tugas dan tanggungjawab utama kita pada hari ini adalah memenuhkan dada dengan ilmu pengetahuan dunia dan ukhrawi agar perpaduan yang kita telah kecapi selama ini dapat dipertahankan dan seterusnya dikekalkan.
"Tanpa ilmu pengetahuan dan usaha–usaha yang berterusan bagi mempertahankan perpaduan yang telah lama wujud ini, semuanya hanya akan tinggal kenangan dan menjadi lipatan sejarah sahaja," katanya.
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
08 Apr 21
143
Labuh Unjam, Tingkat Pendapatan Nelayan
Kerjasama strategik antara kerajaan Terengganu dan Jabatan Perikanan Malaysia melabuhkan unjam komuniti nelayan Tanjung di perairan Kuala Terengganu, diyakini mampu memberikan impak positif kepada para nelayan.
Â
Â
06 Apr 21
243
Kerjasama APMM-Vietnam Coast Guard Selesai Isu Pencerobohan Nelayan Asing
KUALA TERENGGANU, 5 April- Isu pencerobohan nelayan asing khususnya dari negara Vietnam bakal berakhir dengan perjanjian persefahaman yang bakal dimeterai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bersama Vietnam Coast Guard.
Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim, Datuk Mohd Zubil Mat Som memaklumkan, dengan persefahaman yang dipersetujui kedua-dua negara itu, beliau percaya isu pencerobohan nelayan Vietnam ke perairan negara dapat diselesaikan.
Jelasnya, draf persefahaman tersebut sedang disemak pada peringkat Peguam Negara sebelum langkah terakhir diputuskan.
"Apabila kedua-dua pihak bersetuju, kita akan ada kerjasama dua hala dari segi penguatkuasaan dan latihan.
"Hubungan ini memudahkan kita melaporkan secara terus pencerobohan bot-bot nelayan mereka ke perairan negara," katanya.
Menurut Mohd Zubil, draf persefahaman itu dijangka akan dimeterai tahun ini.
Beliau yang ditemui dalam sidang media di pejabat APMM Terengganu hari ini menyatakan, perairan pantai timur khususnya sering menjadi sasaran nelayan Vietnam berikutan jarak yang lebih dekat dari negara mereka selain hasil laut yang lebih banyak dan bernilai.
"Sejak APMM ditubuhkan pada 2006 hingga kini, kita telah berjaya menahan dan melupuskan hampir 2,000 bot nelayan asing terdiri daripada pelbagai negara.
"Sepanjang Op Naga dan Op Kuda Laut yang dilancarkan pada April 2019 sehingga 2021 iaitu selama dua tahun, sebanyak 159 bot serta 1609 kru berjaya kita tangkap dengan nilai tangkapan sebanyak RM493.5 juta," katanya.
Â
05 Apr 21
568
PMINT Terengganu Pula Tubuh Taska Baharu
04 Apr 21
195
RMM Bukit Gasing Catat Unit Rumah Tertinggi
Rumah Mampu Milik (RMM) Bukit Gasing mencatat rekod tersendiri apabila menjadi projek pembinaan unit rumah tertinggi iaitu sebanyak 238 buah rumah berbanding RMM di kawasan lain.
01 Apr 21
305