Artikel "Kebajikan" Terkini
Manfaat Berpanjangan, Kriteria Bantuan Di Terengganu
Perkara yang memberi manfaat berpanjangan kepada golongan sasar menjadi kriteria utama penyaluran bantuan atau sesuatu dana di Terengganu.
11 May 21
58
Manfaat Berpanjangan, Kriteria Bantuan Di Terengganu
MARANG, 7 Mei - Perkara yang memberi manfaat berpanjangan kepada golongan sasar menjadi kriteria utama penyaluran bantuan atau sesuatu dana di Terengganu.
Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan, bantuan disampaikan kerajaan negeri berdasarkan pertimbangan akan keperluan dan manfaat yang lebih baik kepada rakyat.
"Memang kalau ditanya, semua orang hendak duit di tangan tetapi kalau kita bercakap tentang keperluan asasi yang lebih mendesak, itu perlu diberi keutamaan kepada rakyat untuk meneruskan kehidupan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majllis penyerahan sumbangan tablet menerusi Inisiatif Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di Dewan Perpustakaan Marang, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Eksekutif Terengganu Inc. Sdn Bhd, Burhanuddin Hilmi Mohamed@ Harun dan pentadbir daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.
Sebelum ini, Ahmad Samsuri berkata, pihaknya tidak mahu bantuan yang diberikan habis sekelip mata sebaliknya mengambil inisiatif mewujudkan satu program lain yang kesannya bertahan lama seperti pemberian kad sejahtera untuk manfaat kesihatan rakyat .
Sehubungan dengan itu katanya, tidak timbul isu tentang dana raya negeri Terengganu pada tahun ini sebaliknya ia diterjemahkan dalam bentuk bantuan COVID-19 kepada golongan memerlukan.
"Kerajaan negeri kini masih dalam proses mengenal pasti penerima dana bantuan yang akan diberikan kerajaan negeri dalam masa terdekat.
"Ada tetapi tidak sama. Kita tidak namakan dana raya, sebaliknya kita berikan dana bantuan kepada mereka yang memerlukan dalam bulan Ramadan ini. Kita anggarkan, akan ada sekitar 1,000 orang penerima bagi setiap DUN.
"Sekarang ini, kerajaan masih dalam proses kenal pasti penerima yang layak dan kebetulan ia jatuh pada bulan Ramadan ini. Bagi bantuan ini, kita akan beri samada dalam bentuk bantuan tunai RM100 atau barang keperluan di samping bantuan lain," katanya.
07 May 21
1951
Terengganu Beri Anugerah Khas Pelajar Ketujuh Terbaik Dunia
Dengan hanya berbekal telefon mudah alih bagi mengikuti pembelajaran atas talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kejayaan Nurul Fatin Nabihah Hamdan, 25, mendapat tempat pertama di kalangan pelajar Malaysia dan ketujuh peringkat antarabangsa dalam peperiksaan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) merupakan sesuatu yang amat luar biasa.
06 May 21
66
100 Ibu Tunggal Diraikan Di DUN Batu Buruk
KUALA TERENGGANU, 6 Mei - 100 orang ibu tunggal dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk telah menerima pek bantuan makanan asas dalam satu program yang diadakan di Balairaya Kampung Gong Kemunting, semalam.
Program tersebut merupakan anjuran Kelab Ibu Tunggal DUN Batu Buruk dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Buruk bagi meraikan sebahagian ibu tunggal yang kurang berkemampuan.
Norzy Osman (kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.
“Program agihan pek bantuan makanan ini diadakan bagi meringankan beban sebahagian ibu tunggal di sini yang kurang berkemampuan untuk menyambut perayaan Aidilfitri nanti," kata Pengerusi Kelab Ibu Tunggal DUN Batu Buruk, Norzy Osman.
Menurut beliau lagi, inisiatif itu diadakan kerana sebahagian daripada ibu tunggal tersebut mempunyai pendapatan yang tidak cukup untuk menampung keperluan harian anak-anak.
"Insya-Allah, bantuan ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang untuk memastikan kebajikan ibu tunggal sentiasa terpelihara," katanya lagi.
05 May 21
598
Raih Pahala Dengan Wakaf Al-Quran Bersama YIT
Yayasan Islam Terengganu (YIT) membuka ruang kepada orang ramai yang ingin menyumbang bagi program wakaf al-Quran sekali gus meraih ganjaran bernilai.
04 May 21
355
PERTIMA Agih 250 Pek Bubur Lambuk
KUALA TERENGGANU, 4 Mei - PERTIMA Trengganu Sdn. Bhd. (PERTIMA) dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tok Adis telah mengadakan agihan 250 pek bubur lambuk kepada orang ramai.
“Antara tujuan program komuniti ini diadakan adalah untuk mendekatkan PERTIMA dengan masyarakat.
“Kita hendak ‘recall’ semula orang-orang lama yang telah mengenali PERTIMA dan mendekati orang yang baru mengenali kami,” kata Pengurus PERTIMA, Syed Mohd Asdi Tuan Ngah ketika ditemu bual pemberita.
Program ini merupakan tahun kedua PERTIMA bekerjasama dengan JPKK Kampung Tok Adis bagi menjayakan agihan bubur lambuk. PERTIMA berhasrat untuk menjadikan ia sebagai program tahunan.
“Insya-Allah, kita berhasrat untuk meluaskan lagi jalinan kerjasama dengan JPKK lain dalam DUN (Dewan Undangan Negeri) Batu Buruk bagi program agihan bubur lambuk ini pada masa akan datang,” tambah Syed Mohd Asdi lagi.
Menurut beliau, selain agihan bubur lambuk, PERTIMA telah menganjurkan beberapa program lain seperti program berbuka puasa bersama anak yatim, sumbangan untuk petugas barisan hadapan dan agihan bubur lambuk di stesen RTM.
Kini, PERTIMA sedang mengadakan promosi jualan Combo Aidilfitri di pasaraya Sabasun sehingga 31 Mei 2021 bagi membantu orang ramai mendapatkan produk PERTIMA dengan harga yang berpatutan.
04 May 21
598
Anak Yatim Terengganu Dapat Duit Raya
Seramai 226 anak yatim daripada pertubuhan berdaftar seluruh Terengganu menerima bantuan duit raya daripada kerajaan negeri.
03 May 21
327
Anak Yatim Terengganu Dapat Duit Raya
KUALA TERENGGANU, 29 April - Seramai 226 anak yatim daripada pertubuhan berdaftar seluruh Terengganu menerima bantuan duit raya daripada kerajaan negeri semalam. .
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, pihaknya prihatin terhadap golongan sasar tersebut dan bersetuju untuk membantu dengan menyalurkan sumbangan itu kepada mereka.
“Tambah lagi, lapan pertubuhan sukarelawan anak yatim berdaftar juga menerima bantuan berjumlah RM40,000 sebagai imbuhan dan pencetus semangat ikhlas daripada Kerajaan Negeri Terengganu.
“Antara penerimanya seperti Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi, Seberang Takir, Asrama Perkaya Marang, Pertubuhan Asrama Anak-Anak Saudara Kito Yatim, Fakir dan Miskin PERKIM Negeri Terengganu.
“Bagi pertubuhan yang belum berdaftar ramai lagi yang saya yakin bulan ini masing-masing berkejar untuk memberi sumbangan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian semasa berucap semasa Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Perayaan Aidilfitri, di Wisma Darul Iman.
Menurut Pengetua Asrama Kebajikan Anak Anak Yatim/Fakir Darul Akhyar Mukim Batu Rakit, Ahmad Irshad Mustaqim Zamri yang hadir sama berkata, beliau berterima kasih kepda kerajaan negeri dan akan memanfaatkan bantuan itu untuk pengurusan asrama.
“Kami di Darul Akhyar mempunyai 125 orang pelajar (40 anak yatim) dari Tingkatan Satu sampai Lima, jumlah tersebut akan digunakan bagi kebajikan pelajar dan penambahbaikan peralatan sekolah,” katanya ketika ditemubual pemberita.
Pertubuhan lain yang menerima sumbangan ialah Tahfiz Perkaya Dungun, Pusat Jagaan Berkediaman Baitul Cakna, Hulu Terengganu, Pusat Jagaan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Hijrah, Kemaman dan Asrama Darul Falah Marang.
29 Apr 21
1107
Terengganu Manfaat Kepakaran Ulama Bangunkan Negeri
Kerajaan Terengganu terus komited memanfaatkan ilmu dan kepakaran golongan ulama dalam membangunkan negeri mengikut landasan yang dihasratkan demi kepentingan rakyat.
28 Apr 21
92
Penguatkuasaan Serius Ke Atas Pemborong
Kerajaan negeri menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu supaya tidak hanya memastikan peruncit atau peniaga sahaja mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021
27 Apr 21
51