lightning-solid
Berita :

Artikel "Kebajikan" Terkini

"Bantuan Sampai Tak Putus-Putus" - Mangsa Kebakaran
"Bantuan Sampai Tak Putus-Putus" - Mangsa Kebakaran
KUALA NERUS, 17 Julai – "Alhamdulillah, bantuan sampai tak putus-putus pada saya, tak terkata, Syukur pada Allah atas pertolongan yang sampai,” luah seorang mangsa kebakaran, Semek Mamat setelah dibantu Kerajaan Negeri dalam menghadapi ujian getir itu. Ibu tunggal berusia 62 tahun yang menetap di Kampung Kesom itu berkata, orang ramai berpusu-pusu menghantar bantuan kepadanya selepas rumahnya musnah dijilat api. Setiausaha Politik Menteri Perusahaan Perladangan & Komoditi, Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin menjelaskan, pihaknya bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu dan Tabung Darul Iman turut hadir bagi menyalurkan barangan keperluan harian. “Di samping itu, Skuad Kebajikan Parlimen Kuala Nerus dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading juga sertai menyumbangkan wang tunai dan kata-kata semangat kepada mangsa. "Dalam masa terdekat juga, kita akan usahakan kediaman baharu untuk Puan Semek serta anak-anak supaya mereka lebih selamat dan selesa," tambahnya. Turut hadir memberi semangat Setiausaha Persatuan Isteri wakil dan Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa'), Tuan Roslina Tuan Sulaiman serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat. Menurut Semek, kejadian berlaku pada petang baru-baru ini, dipercayai bermula di bahagian dapur mengakibatkan 80 peratus bahagian rumah tidak dapat diselamatkan. “Semasa kejadian, saya sedang tidur di ruang tamu dan dua orang anak saya yang lain tiada dirumah. "Bila saya tersedar, api sudah marak di bahagian tengah rumah dan saya keluar melarikan diri,” katanya lagi. Ketua Balai Bomba Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar melaporkan tiada kemalangan jiwa berlaku dan api tidak merebak ke rumah jiran berdekatan.
17 Jul 21
220
80 Rak Amal Inisiatif Kongsi Rezeki Di Terengganu
80 Rak Amal Inisiatif Kongsi Rezeki Di Terengganu
Sebanyak 80 unit rak disasar untuk ditempatkan di beberapa lokasi di seluruh negeri Terengganu bagi membantu golongan asnaf dan mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19 melalui inisiatif Rak Amal Kongsi Rezeki.  
15 Jul 21
468
230 Pelajar Cemerlang SPM 2020 DUN Cukai Diraikan
230 Pelajar Cemerlang SPM 2020 DUN Cukai Diraikan
KEMAMAN, 14 Julai - Seramai 230 orang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai telah diraikan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat berkata, semua pelajar cemerlang yang memperolehi keputusan 5A sehingga 12A diraikan supaya menjadi motivasi kepada mereka untuk terus melanjutkan pelajaran mereka ke mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang menjadi pilihan mereka. "Saya sentiasa mendoakan suatu hari nanti mereka akan membawa pulang segulung ijazah sekali gus menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat. "Dalam masa yang dapat berkhidmat di dalam negeri, daerah atau seumpamanya bagi meneruskan legasi pemimpin yang lama sama ada di dalam politik, jabatan kerajaan ataupun lain-lain. "Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua sekolah dan guru-guru yang telah memberikan tumpuan sepenuhnya dengan menghabiskan banyak masa berkorban demi melihat anak didik mereka mencapai kejayaan. "Terima kasih juga kepada ibu bapa yang bukan sahaja membuka ruang kepada anak untuk menimba ilmu di sekolah, malah turut sama memberikan perhatian, tunjuk ajar dan sebagainya kepada anak-anak mereka itu ketika di rumah," ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI). Dalam pada itu, Hanafiah turut menyampaikan hadiah berbentuk wang tunai dan cenderahati kepada mereka yang disenaraikan sebagai pelajar cemerlang SPM 2020 bagi DUN Cukai. Majlis yang diadakan secara berperingkat selama dua hari iaitu Ahad dan Isnin lalu berlangsung di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Cukai. 
14 Jul 21
391
“Terap Semangat Kerjasama Hadapi Musibah” – ADUN Batu Buruk
“Terap Semangat Kerjasama Hadapi Musibah” – ADUN Batu Buruk
KUALA TERENGGANU, 13 Julai - Komuniti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat telah mengadakan program gotong-royong untuk membaik pulih rumah mangsa yang dilanda bencana ribut pada 6 Julai lalu. “Alhamdulillah, nilai dan semangat kerjasama ini sangat penting untuk kita terapkan dalam menghadapi situasi musibah seperti ini.  “Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama penduduk setempat yang turut sama berganding bahu menghulurkan bantuan,” kata ADUN Batu Buruk,  Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi yang turut sama menyertai program gotong-royong tersebut.  Muhammad Khalil memasang atap rumah mangsa. Menurut Ustaz Muhammad Khalil lagi, sebanyak 392 aduan kerosakan rumah dalam DUN Batu Buruk telah dilaporkan akibat bencana ribut berkenaan dan kerja-kerja membaik pulih rumah telah dijalankan. Sementara itu, Pemuda PAS DUN Batu Buruk juga telah mengadakan gotong-royong untuk membaik pulih rumah di beberapa kawasan dalam DUN Batu Buruk. “Alhamdulillah, hari ini kami telah membaik pulih sebanyak lima buah rumah yang telah rosak akibat bencana ribut yang melanda baru-baru ini,” kata Ketua Penyelaras Pemuda PAS DUN Batu Buruk, Ustaz Ahmad Firdaus Mohd ketika ditemu bual pemberita. “Gotong-royong ini kami mulakan pada pukul 3 petang di Jalan Kenanga sebanyak dua buah rumah dan seterusnya di Kg. Gong Tok Nasek sebanyak tiga buah rumah. “Saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk di sini kerana sudi menerima kehadiran kami untuk mengadakan gotong-royong membaik pulih atap rumah mereka,” katanya lagi.  
12 Jul 21
124
Gerai Makan Pasar Besar Chukai Dinaik Taraf
Gerai Makan Pasar Besar Chukai Dinaik Taraf
KEMAMAN, 12 Julai - Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) akan menaik taraf 10 unit gerai makan yang berada di belakang Pasar Besar Chukai. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat berkata, kerja-kerja menaik taraf itu akan bermula selepas Hari Raya Aidiladha nanti dan ia dijangka mengambil masa lebih kurang dua bulan. "Alhamdulillah, kami telah bertemu dengan peniaga-peniaga yang terlibat ini dan berbincang serta dapat mengambil keputusan sepakat secara harmoni. "Kerja-kerja menaik taraf ini akan berjalan secara berperingkat. Sepanjang tempoh kerja-kerja ini berlangsung, peniaga-peniaga akan disediakan tapak lain yang berhampiran beserta dengan kanopi. "Oleh yang demikian, peniaga-peniaga ini masih dapat mencari rezeki dengan menjalankan perniagaan makanan mereka itu," ujarnya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), semalam. Hanafiah turut mengharapkan kerja-kerja menaik taraf berkenaan akan dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada pihak-pihak yang terlibat. "Insya-Allah, selepas siap sepenuhnya kerja-kerja ini dan peniaga dapat kembali berniaga, kita mengharapkan ia akan memberikan lebih keselesaan dan menjamin keselamatan yang lebih baik sama ada untuk peniaga dan orang ramai yang berada di sana," ujarnya lagi.
12 Jul 21
432
900 Pelajar Terima Tablet
900 Pelajar Terima Tablet
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) telah mengagihkan 900 peranti kepada pelajar luar bandar bagi memastikan sesi pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dapat diikuti dengan baik.  
11 Jul 21
164
Wad Kelas 3 : ‘Terharu, Kerajaan Pandang Golongan Seperti Kami’
Wad Kelas 3 : ‘Terharu, Kerajaan Pandang Golongan Seperti Kami’
Rakyat Terengganu yang menerima manfaat hasil inisiatif wad kelas 3 percuma meluahkan rasa terharu kepada kerajaan negeri kerana mengambil berat terhadap kebajikan mereka.
11 Jul 21
224
ADUN, JPKK Gotong-royong Bersih Rumah Mangsa Ribut
ADUN, JPKK Gotong-royong Bersih Rumah Mangsa Ribut
Susulan hujan ribut yang merosakan ratusan buah rumah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) DUN terbabit turun padang bagi memastikan aktiviti gotong-royong membersihkan rumah mangsa dapat dilakukan dengan segera  
11 Jul 21
77
Bakul Makanan Pemulih Pelengkap BERKAT 3.0
Bakul Makanan Pemulih Pelengkap BERKAT 3.0
KEMAMAN, 10 Julai - Program Makanan Pemulih menjadi pelengkap kepada Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT 3.0) di negeri ini apabila turut menyasarkan golongan yang terjejas pendapatan dan mereka yang memerlukan bantuan ketika negara masih berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Paya Berenjut, W.Razali Wan Mansor mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memberi bantuan itu. "Baru-baru ini kami telah menerima hampir 250 bakul makanan daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai, jadi bantuan yang diterima hari ini boleh dijadikan sebagai tambahan kerana di kampung kami ini masih ramai yang terjejas pendapatan, tidak bekerja dan sebagainya. "Jadi hari ini kami menerima 38 bakul makanan lagi. Insya-Allah akan kami sasarkan pada mereka yang betul-betul terkesan sepanjang PKP kali ini. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia, kerajaan negeri Terengganu, Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat yang telah memberikan bantuan ini kepada penduduk di kampung kami ini," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mewakili kampungnya menerima sumbangan Bakul Makanan Pemulih yang diagihkan di Pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Cukai, hari ini. Terdahulu, sebanyak 1,000 bakul makanan yang mengandungi beras dan pelbagai barangan dapur dimana setiap bakul bernilai RM100 telah diagihkan kepada 30 JPKK bagi DUN Cukai. Sebanyak RM100,000 telah diperuntukkan oleh Parlimen Kemaman bagi menjayakan program pada hari ini. 
10 Jul 21
324
Pindahkan 'Pak Belang' Untuk Selamatkan Lembu
Pindahkan 'Pak Belang' Untuk Selamatkan Lembu
Kerajaan Terengganu meletakkan tiga fokus utama dalam langkah menangani isu serangan harimau ke atas lembu ternakan di Ladang Sawit Felda Kerteh 4 Dungun.
07 Jul 21
183