lightning-solid
Berita :

Artikel "Kebajikan" Terkini

Kerajaan Negeri Belanja 2,393 Nelayan Terengganu Perbaharui Lesen
Kerajaan Negeri Belanja 2,393 Nelayan Terengganu Perbaharui Lesen
Terengganu mengumumkan pembaharuan lesen nelayan bagi tahun 2022 akan ditanggung kerajaan negeri bagi membantu golongan nelayan.
30 Jan 22
208
Nasib Tujuh Keluarga Mangsa Kebakaran Terbela
Nasib Tujuh Keluarga Mangsa Kebakaran Terbela
KEMAMAN, 29 Januari - Nasib tujuh keluarga yang menjadi mangsa rumah terbakar di Taman Islam Kampung Bakau Tinggi terbela apabila kerajaan negeri akan membina kediaman baharu untuk mereka. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya amat memahami situasi mereka yang terkesan dengan kejadian tersebut. "Projek pembinaan rumah ini akan bermula Mac depan dan dijangka siap menjelang Hari Raya Aidilfitri," ujarnya kepada pemberita selepas menyantuni dan menyampaikan sumbangan kewangan kepada semua mangsa itu, hari ini. Dalam masa sama, beliau turut berterima kasih kepada semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan, organisasi-organisasi daripada parti dan badan bukan kerajaan (NG0) serta orang awam yang telah sama-sama menyumbang bagi meringankan bebanan mangsa ini. Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat memaklumkan tujuh buah rumah itu akan dibina semula di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).  "Kita bersimpati dengan mangsa terlibat dan akan membina semula rumah dengan kos sebanyak RM60,000 sebuah," ujarnya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai.
29 Jan 22
342
Terima Kasih Cari Dan Bantu Kami
Terima Kasih Cari Dan Bantu Kami
Sebahagian rakyat Terengganu yang terkesan banjir di Lembah Klang mula menerima sumbangan daripada kerajaan negeri, semalam.
25 Jan 22
358
Rumah RM180 Ribu Dijual Hanya RM54 Ribu
Rumah RM180 Ribu Dijual Hanya RM54 Ribu
BESUT, 24 Januari - Percaya atau tidak, sebuah rumah dengan kos RM180 ribu akan dijual pada harga RM54 ribu sahaja. Itulah harga yang dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dr. Azman Ibrahim bagi Projek Penempatan Semula Nelayan (PSN) di Beting Lintang, di sini. Jelasnya, sebanyak 50 buah kediaman bakal dibina dalam projek berkenaan melibatkan kos sebanyak RM7.6 juta. "Jualan tersebut melibatkan kaedah jual beli selama 25 tahun dengan ansuran bulanan serendah RM180 sebulan. "Projek ini merupakan salah satu daripada tiga projek PSN negeri Terengganu dengan kos kira-kira RM24 juta. “RM13 juta adalah sumbangan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), dan kerajaan negeri tambah RM11 juta untuk mencukupkan jumlahnya. “Ini tidak termasuk biaya penyediaan tapak sebanyak RM10 juta yang turut ditanggung kerajaan negeri dan tanah diberikan secara percuma," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah PSN berkenaan di Beting Lintang, semalam. Majlis tersebut dirasmikan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan turut dihadiri Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee. Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II; Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, YBM Tengku Seri Bijaya Raja Setiausaha Kerajaan Terengganu, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna merangkap ADUN Kota Putera; Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia; Dato' Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Pengarah Tanah Dan Galian Terengganu; Dato' Shahidan Embok. Sementara itu, Dr. Samsuri dalam ucapan perasmiannya berharap, pembinaan PSN akan memberikan kemudahan kepada golongan nelayan yang sangat memerlukan kediaman. “Kita dapat melaksanakan program perumahan kediaman yang menyediakan kediaman selesa kepada nelayan. “Hari ini adalah untuk 50 nelayan sebagai permulaan dengan dana yang ada. Walaupun penempatan ini boleh dibina bagi menempatkan sehingga 200 kediaman, tetapi kita bermula dengan 50 buah buat masa ini. “Insya-Allah, jika ada rezeki kita cuba teroka lagi untuk melengkapkan kepada 200 buah,” katanya. Beliau turut berharap projek yang dibina berdasarkan ciri-ciri spesifikasi Rumah Darul Iman (RAHMAN) yang patuh syariah dengan berkeluasan 800 kaki persegi merangkumi 3 bilik tidur dan 2  bilik air. Diharapkan agar spesifikasi yang ditambah baik ini akan dijadikan ‘blue print’ atau piawaian tetap kepada agensi kerajaan atau pemaju-pemaju luar yang ingin melaksanakan pembinaan rumah mampu milik di negeri Terengganu,” katanya. Sebanyak tiga PSN Terengganu bakal dibangunkan iaitu di kawasan Pulau Sekepeng, Kemaman (7.26 hektar), di Beting Lintang ini (7.17 hektar) dan di Penarik, Setiu (4.69 hektar) dengan 50 buah rumah bagi setiap tapak.  
25 Jan 22
2930
Kerajaan Negeri Belanja 2,393 Nelayan Terengganu Perbaharui Lesen
Kerajaan Negeri Belanja 2,393 Nelayan Terengganu Perbaharui Lesen
BESUT, 24 Januari - Terengganu mengumumkan pembaharuan lesen nelayan bagi tahun 2022 akan ditanggung kerajaan negeri bagi membantu golongan nelayan. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Azman Ibrahim memaklumkan, kos pembaharuan lesen yang ditanggung melibatkan 2,393 orang. "Hari ini saya hendak umum satu berita gembira yang kami telah putuskan. Biasanya jika hendak memperbaharui lesen nelayan, ada yuran yang perlu dibayar. “Pertama ‘fee’ sampan berjumlah RM2, yang kedua ‘fee’ peralatan (RM2) dan yang ketiga ‘fee’ matil (RM5) nama dia, menjadikan kos RM9. “Kos ini akan ditanggung kerajaan negeri bagi tahun ini. Doakan semoga kita dimurahkan rezeki supaya tahun-tahun yang seterusnya pun tidak perlu bayar,” katanya. Beliau mengumumkan berita baik itu ketika berucap dalam Majlis Pecah Tanah Projek Penempatan Semula Nelayan (PSN) di Beting Lintang, di sini hari ini. Majlis tersebut dirasmikan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan turut dihadiri Menteri Pertanian dan Industri Makanan  Datuk Seri Dr Ronald Kiandee. Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II; Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, YBM Tengku Seri Bijaya Raja Setiausaha Kerajaan Terengganu, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna merangkap ADUN Kota Putera; Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia; Dato' Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Pengarah Tanah Dan Galian Terengganu; Dato' Shahidan Embok. Menurut Dr. Azman, sebelum ini lebih 600 nelayan sampan di seluruh Terengganu tidak mempunyai lesen menyebabkan mereka dinafikan daripada menerima kelebihan dan elaun, dan subsidi yang diperuntukkan. “Alhamdulillah, pemberian lesen nelayan yang telah dibekukan sekian lama ini, gerakan ‘task force’ untuk mencairkannya bermula daripada negeri Terengganu. “Beberapa kali kita berjumpa YB menteri berbincang dan akhirnya apabila menteri setuju mencairkannya, negeri-negeri lain juga menerimanya,” katanya. Dalam projek tersebut, sebanyak 50 buah rumah kediaman nelayan bakal dibina melibatkan kos berjumlah RM7.6 juta melibatkan usahasama antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
24 Jan 22
360
226 Warga Emas Terima Pencen Rakyat
226 Warga Emas Terima Pencen Rakyat
KUALA NERUS, 24 Januari – Seramai 266 warga emas dari Seberang Takir telah menerima manfaat Pencen Rakyat Warga Emas dalam membantu menyara keperluan harian golongan sasar tersebut. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fadhil, berkata bantuan itu merupakan sebahagian daripada manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) itu direalisasikan akhir tahun lepas. Beliau berkata, semua penerima yang layak akan menerima bantuan RM50 sebulan sehubungan dengan keputusan kerajaan negeri untuk melakukan pembayaran sebanyak RM300 bagi setiap penerima. "Bayaran itu merangkumi pembayaran untuk bulan Jun hingga Disember yang akan mula disalurkan secara berperingkat kepada penerima bermula Ahad ini. “Penerima terdiri daripada ketua isi rumah yang dikenalpasti tidak mendapat bantuan lagi daripada mana-mana agensi sama ada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam dan Adat Terengganu (Maidam),” tambahnya Menemubual salah seorang penerima, Wan Abdul Rahman Jusoh, 69, ketika ditemuramah berkata, beliau bersyukur dan berterima kasih atas pemberian tersebut sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan harian dan kecemasan. “Saya tak jangka bahawa saya akan terpilih, Alhamdullilah dan terima kasih buat kerajaan negeri atas pemberian tahunan ini,” jelasnya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kubang Badak, Wan Abdul Halim Wan Long, berkongsi perasaan gembira para penerima yang hadir dalam program penyerahan dana tersebut. “Alhamdulillah pentadbiran Terengganu berjaya melaksanakan janji manifesto PRU yang lepas dan berharap akan diteruskan di masa-masa akan datang,” katanya. Terdahulu, seramai 19,230 warga emas berumur 60 tahun ke atas di negeri ini akan mula menerima bantuan Pencen Rakyat sebanyak RM300 seorang.
24 Jan 22
329
PERANTAU Platform Anak Rantau Perolehi Maklumat Kerajaan
PERANTAU Platform Anak Rantau Perolehi Maklumat Kerajaan
HULU LANGAT, 24 Januari - Anak rantau dari negeri Terengganu digesa agar lebih aktif menyertai segala program dan aktiviti yang dilakukan oleh Sekretariat Kepimpinan Anak-Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU). Setiausaha badan bukan kerajaan (NGO) tersebut, Awasi Mohamad berkata, melalui penyertaan program yang dianjurkan oleh persatuan tersebut, segala maklumat berkenaan insentif bantuan daripada kerajaan kepada rakyat dari negeri ini yang berada di perantauan akan diperolehi. "Kita sentiasa menganjurkan perjumpaan dengan mengadakan pelbagai program sosial, sukan dan melaluinya perkembangan semasa mengenai kerajaan negeri disampaikan. "Apabila bertemu kita akan dapat maklumat untuk disimpan jika berlaku apa-apa permasalahan, dalam masa yang sama memelihara kebajikan mereka," katanya. Beliau berkata demikian selepas menyantuni rakyat Terengganu di Selangor yang terkesan banjir baru-baru ini, di sini, semalam Beliau mewakili anak-anak rantau telah dikunjungi oleh rombongan kerajaan negeri yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat turun padang bagi menyantuni mereka yang terkesan banjir secara mobil. Dalam pada itu, Awasi berkata dengan menyertai persatuan PERANTAU juga memberi peluang anak negeri mengemukakan cadangan dan permasalahan untuk disalurkan kepada kerajaan negeri. "Saya juga mahu mencadangkan agar Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di setiap kampung menyalurkan maklumat mengenai anak-anak Terengganu yang berada di perantauan dengan menghantar senarai nama kepada Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (PKMD) masing-masing. "Tujuannya, agar segala maklumat terbaru mengenai rakyat Terengganu yang berada di luar ini dapat kita perolehi. "Sehingga kini, seramai 2,000 lebih yang aktif menyertai persatuan ini di negeri Selangor dan kita mengharapkan di masa akan datang akan lebih ramai menyertainya agar segala insentif ditawarkan kerajaan akan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya," katanya.
23 Jan 22
666
Terengganu Jaga Kebajikan Perantau
Terengganu Jaga Kebajikan Perantau
HULU LANGAT, 24 Januari- Kerajaan Terengganu konsisten dalam menjaga kebajikan anak-anak negeri di perantauan dengan sentiasa mengambil cakna tentang segala keperluan dan masalah dialami untuk diberikan pelbagai bantuan. Sebahagian anak-anak Terengganu turut terjejas akibat banjir di Selangor baru-baru ini, memberi kesan besar dalam kehidupan mereka sehingga ada yang trauma dengan kejadian tersebut. Justeru itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat, bersama pasukannya berkunjung ke setiap rumah untuk bertemu mata dengan mereka yang terkesan dan menyampaikan sumbangan daripada rombongan pihak kerajaan negeri dan juga badan bukan kerajaan (NGO). "Inilah usaha kita lakukan samada di peringkat kerajaan negeri mahupun di peringkat NGO yang sangat prihatin tentang denyut nadi rakyat yang berada di sini ketika mengalami musibah.  "Sumbangan yang disampaikan pada hari ini sebahagian besarnya adalah daripada Perbadanan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di bawah Terengganu Incorporated Sdn. Bhd (Terengganu Inc) dan sebahagian lagi daripada warga negeri yang disalurkan kepada Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu dan Kelab Kebajikan Terengganu. "Beberapa NGO yang turut terlibat antaranya ialah Al-Azhar Care, Cakna Care dan beberapa lagi pertubuhan yang lain. Saya jangkakan sekitar 100 keluarga menerimanya dengan peruntukan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM70,000. "Alhamdulillah,setakat ini kita telah sampaikan semua sumbangan-sumbangan secara menyantuni dari rumah ke rumah yang mana kesemua mereka (penerima) ini telah dikenal pasti oleh Sekretariat Kepimpinan Anak-anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU)," ujarnya. Beliau berkata demikian, ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), selepas menyantuni kesemua anak Terengganu yang terkesan banjir, di Selangor, semalam. Turut hadir, Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Kemasik; Ir Saiful Azmi Suhali, ADUN Batu Burok; Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Setiausaha PERANTAU; Awasi Mohamad. Salah seorang penerima bantuan, Fitri Yana Tumingan, berasal dari Hulu Langat yang berkahwin dengan anak jati Terengganu dari Ajil, Mohd Saifullizan Awang, mengakui teruja dengan tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan Terengganu itu. "Alhamdulillah boleh buat belanja sedikit untuk kami sekeluarga serta emak mertua yang berasal dari felda Bukit Bading, Ajil yang kini tinggal bersama kami kerana sudah uzur. Saya ucap terima kasih kepada kerajaan negeri. "Pengalaman banjir kali ini antara yang terburuk dihadapi selama tinggal di sini, memang boleh dikatakan tahun inilah yang paling memberi kesan disebabkan ramai yang terjejas dengan musibah yang dihadapi," katanya. Sementara itu, Awasi menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri yang prihatin dan cakna sehingga menjejaki perantau di mana sahaja berada untuk dibantu dalam memastikan kebajikan mereka terpelihara. "Sangat cakna dan prihatin sehingga bertungkus lumus untuk turun padang membantu anak-anak Terengganu di sini, seharian Hanafiah Mat berada di lapangan untuk turun berjumpa dengan kesemua mereka ini pada hari ini. "Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO juga telah turun menyantuni penduduk yang berada di Lembah Klang, sebelum ini pun telah ramai wakil rakyat yang telah turun bertemu dan membantu anak rantau ini," katanya.        
23 Jan 22
645
ADUN Batu Buruk Raikan Peniaga Kecil
ADUN Batu Buruk Raikan Peniaga Kecil
KUALA TERENGGANU, 22 Januari – Seorang peniaga di Pantai Batu Buruk, Faridah Kasim, 39, telah menerima sumbangan sebuah kanopi daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.  Sumbangan tersebut telah diserahkan sendiri oleh Ustaz Muhammad Khalil yang turun bertemu mata dengan Puan Faridah di tempat beliau berniaga, kelmarin. Menerusi satu hantaran di laman Facebook ADUN Batu Buruk itu, beliau menyatakan sumbangan itu telah diberikan bagi memudahkan urusan perniagaan Faridah.  “Alhamdulillah, saya bersyukur sangat dengan sumbangan ini dan saya boleh teruskan perniagaan saya di sini,” kata Puan Faridah ketika ditemu bual pemberita.  Beliau yang merupakan seorang ibu tunggal telah berniaga selama 11 tahun dengan jualan ayam goreng, keropok goreng dan air minuman.  Turut hadir pada pertemuan tersebut ialah wakil daripada pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pantai Batu Buruk, Puan Hadida Jauhari.  
21 Jan 22
409
Penerima Pencen Rakyat Luah Rasa Syukur
Penerima Pencen Rakyat Luah Rasa Syukur
KEMAMAN, 19 Januari - " Alhamdulillah, dapat lah saya gunakan sumbangan yang diterima hari ini untuk membeli barang-barang keperluan," itu antara luahan hati Abd Kadir Ismail, 77 Tahun. Beliau yang tinggal di Kampung Besut terharu atas usaha kerajaan negeri yang melaksanakan sumbangan pencen rakyat itu. "Saya harap sumbangan seperti ini akan berterusan untuk masa akan datang," katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas menerima sumbangan itu di Dewan Dato' Seri Amar Diraja, semalam. Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata pelaksanaan pencen rakyat merupakan manifesto Parti Islam Semalaysia (PAS) negeri Terengganu sebelum memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu. "Rakyat telah memberi mandat dan kepercayaan kepada kami untuk memerintah negeri ini. Hari ini kerajaan telah bersetuju membayar pencen rakyat kepada lebih 19,000 warga emas," ujarnya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai ketika merasmikan Majlis Sumbangan Pencen Rakyat Dun Cukai. Dalam majlis itu, seramai 712 orang warga emas telah menerima sumbangan sebanyak RM300.  Bantuan pencen rakyat dikhususkan kepada rakyat Terengganu berusia 60 tahun ke atas yang sudah bersara, tidak menerima mana-mana bantuan daripada agensi kerajaan persekutuan dan negeri serta berada dalam golongan miskin.
19 Jan 22
914