Artikel "Kebajikan" Terkini
Keresahan 256 Nelayan Dapat Perhatian ADUN Bukit Tunggal
KUALA NERUS, 17 Januari – Seramai 256 orang nelayan terjejas mata pencarian rezeki akibat musim Monsoon Timur Laut di sekitar Bukit Tunggal tidak tercicir daripada perhatian kerajaan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, beliau amat memahami situasi getir seorang penggiat laut yang juga ketua keluarga apabila tibanya musim tengkujuh.
“Sebagai anak yang membesar dalam keluarga nelayan, saya dapat menjiwai perasaan mereka.
‘’Oleh itu, saya guna peruntukkan khas dari Majlis Tindakan Dun (MTD) Bukit Tunggal bagi membantu meringankan sedikit beban mereka dengan bantuan kewangan sebanyak RM300 seorang.
“Kerja sebagai nelayan sepenuh waktu ini pendapatan tidak menentu dan jarang ada simpanan tetap, oleh itu kita mengambil usaha penyokong dalam ’’ katanya yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Musim Tengkujuh Peringkat Dun Bukit Tunggal di Dewan Sivik Pulau Duyong, baru-baru ini.
Menemubual salah seorang penerima, Abdullah Abdul Rani, 64, dari Kampung Banggol Limau, beliau menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas kecaknaan pihak MTD dalam menjaga kebajikan mereka.
“Masa air kucoh ni, dok berani nok kelaut, hanya duduk baiki bot sahaja,’’ ujarnya yang telah berkecimpung selama 18 tahun sebagai nelayan.
“Bantuan berupa wang tunai berjumlah RM300 ini cukup bermakna buat kami yang tidak dapat ke laut mencari rezeki beberapa bulan lepas,’’ katanya.
17 Jan 22
479
Terengganu Sumbang RM100 Ribu Bantu Perantau Mangsa Banjir
Kerajaan Terengganu menyumbang sebanyak RM100,000 bagi membantu meringankan beban anak-anak negeri berkenaan di perantauan yang ditimpa bencana banjir.
05 Jan 22
324
Cipta Perabot Daripada Sisa Balak
Anak syarikat Golden Pharos Bhd (GPB), Permint Plywood Sdn Bhd (PPSB) sedang menghasilkan perabot dan pelbagai produk hiliran lain hasil sisa balak.
03 Jan 22
128
Sukarelawan DUN Air Putih Turut Bantu Mangsa Banjir Pahang
KEMAMAN, 28 Disember- Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah yang dialami penduduk di Kuantan, khususnya di kawasan Sungai Isap, Taman Seri Inderapura dan Sungai Lembing apabila diuji dengan musibah banjir lumpur pada minggu lalu.
Cakna dan prihatin akan nasib yang menimpa penduduk di kawasan tersebut, seramai 40 orang sukarelawan daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Air Putih bersama-sama Skuad PAS kawasan Kemaman dan Khidmat Malaysia hadir menggembleng tenaga bagi membantu meringankan beban para mangsa yang terjejas ekoran tragedi itu.
Dialam misi bantuan banjir selama tiga hari yang bermula 23 Disember lalu, para sukarelawan yang terdiri daripada Jabatan Amal Malaysia, Ameerah Malaysia, Briged Muslimat dan Pemuda PAS kawasan Kemaman hadir bersama kelengkapan membersih.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang misi bantuan tersebut adalah program Dapur Rakyat yang mana sebanyak 2,000 pek makanan tengahari diagihkan kepada masyarakat setempat memandangkan keadaan mangsa yang masih keletihan dan sibuk mengemas kediaman masing-masing.
Selain itu, operasi pembersihan pasca banjir di sekitar kawasan setempat seperti di Sekolah Kebangsaan Pancing dan kediaman penduduk di Pekan Sungai Lembing, Taman Inderapura dan Sekolah Menengah Kebangsaan Gudang Rasau turut dilakukan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Air Putih, Ab Razak Ibrahim yang juga merupakan Pengarah Operasi Khidmat Malaysia Daerah Kemaman berkata, mereka yang terlibat dengan banjir amat memerlukan sokongan daripada segi moral dan tenaga oleh semua anggota masyarakat.
"Ini termasuk bagi membantu membersihkan kediaman dan premis mereka yang berselut dan berlumpur.
“Diharapkan dengan kehadiran para sukarelawan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh penduduk di kawasan ini meskipun tidak dapat membantu sepenuhnya," ujanrya.
beliau turut merakamkan ucapan termia kasih kepada para sukarelawan yang telah bertungkus lumus membantu para mangsa dan menjayakan misi bantuan banjir kali ini sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
"Diharapkan semoga mereka yang diuji dengan musibah ini agar tabah dan dipermudahkan segala urusan," katanya.
28 Dec 21
286
Yayasan Terengganu lancar Pelan OACP 2022-2026
Yayasan Terengganu (YT) menjadi satu lagi badan berkanun kerajaan Terengganu yang menyahut seruan Pemantapan Governans, Integriti dan Antirasuah dalam pengurusan pentadbiran apabila melaksanakan Pelan AntiRasuah Organisasi (OACP) Yayasan Terengganu 2022-2026.
28 Dec 21
227
1,000 Sukarelawan Bawa Tiga Misi Utama Ke Pahang
Lebih 1,000 sukarelawan PAS Terengganu menerusi badan Khidmat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) membawa tiga misi utama bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Pahang.
28 Dec 21
369
Terengganu Lancar Operasi Bantuan Banjir Ke Pahang
Terengganu kini siap siaga mengerakkan sukarelawan dalam misi pasca banjir ke Pahang.
27 Dec 21
329
NGO Kini Diiktiraf Sebagai Rakan Strategik JKM
Oleh: Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU , 24 Disember – Badan Bukan Kerajaan (NGO) kini diiktiraf sebagai rakan strategik dan diberi ruang oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk turut membantu jabatan dalam kes bencana alam dan musibah seperti banjir yang dihadapi oleh rakyat sekarang.
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Haji Yahaya Ali berkata, ia sangat bertepatan dengan suasana sekarang iaitu musim tengkujuh dan bencana tersebut yang sedang berlaku.
“Sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab kepada kerajaan negeri dan persekutuan (concurrent list), JKM mempunyai peranan yang besar membantu rakyat termasuk dari kalangan orang miskin, uzur, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak.
“JKM tidak lagi melihat NGO sebagai sasaran kerja mereka tetapi menjadi rakan strategik mereka mengharapkan sumbangan dan peranan dari NGO,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan lawatan kerja bersama NGO Marang ke Pejabat Kebajikan Masyarakat (PKM) Negeri Terengganu, pada semalam.
Katanya, tujuan utama lawatan ini ialah sebagai persiapan untuk menghadapi bencana alam terutama banjir.
“Saya agak terkesan dengan apa yang berlaku di Selangor dan Pahang yang menghadapi keadaan banjir yang sangat teruk.
“Sebab itu antara yang kita boleh buat selain dari melalui jabatan ialah melalui NGO. Sebab itu saya panggil beberapa NGO untuk terlibat dengan program ini supaya dia boleh tahu apa peranan yang boleh dimainkan sewaktu musibah seumpama ini,” ujar beliau.
Beliau menambah, situasi banjir di Terengganu pada masa kini terkawal walaupun telah berlaku perpindahan terutamanya di daerah Kemaman dan Dungun.
Justeru itu, semua pihak harus bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
“Saya difahamkan melalui portfolio Belia Sukan dan NGO Terengganu menghantar sejumlah sukarelawan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di sana terutama pasca banjir kerana apa yang berlaku di negeri lain itu kita merasakan tanggungjawab bukan untuk menjaga diri kita sahaja.
“Kerana perkara seumpama ini perlu ada kerjasama dari semua negeri bagi meringankan beban di tempat berkenaan,” tambah Dato' Yahaya.
24 Dec 21
557
Galak Penjawat Awam Derma Darah, Bantu Pesakit Memerlukan
Penjawat awam diminta tampil menderma darah bagi memastikan perawatan kepada pesakit yang memerlukan transfusi darah di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) khususnya tidak terjejas.
22 Dec 21
161
Tiada Laporan Ayam Dari Thailand, China Tidak Halal
Tiada sebarang laporan atau pengesahan tentang dakwaan ayam yang diimport dari China dan Thailand tidak halal.
22 Dec 21
245