Artikel "Kebajikan" Terkini
Amzad 'Terbang Pulang' Rai Calon SPM Terjejas
KUALA TERENGGANU, 1 Mac- Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim pulang terus dari Kuala Lumpur selepas persidangan Parlimen hari ini, semata-mata ingin menyampaikan sendiri bantuan dan memberi semangat kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas akibat banjir di Terengganu.
"Saya mendapat maklumat pagi tadi tentang kehadiran calon-calon SPM daripada Sekolah Menengah Agama (SMA) Mahmudiah di sekolah ini dan pelajar Madrasah Moden Terengganu (MMT) Hulu Terengganu yang ditempatkan di SMA Khairiah.
"Jadi, saya rasa walaupun mereka ini daripada parlimen yang lain tetapi apabila calon-calon ini ditempatkan di Kuala Terengganu, kita perlu meraikan dan memberi semangat supaya mereka lebih positif untuk mencapai kejayaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan di SMA Atas Sultan Zainal Abidin, malam ini.
Dalam majlis ringkas itu, sebanyak RM10,000 disampaikan Amzad kepada empat sekolah berkenaan di mana SMA Mahmudiah menerima RM5,000 dan MMT Hulu Terengganu pula menerima RM3,000.
Manakala, SMAASZA dan SMA Khairiah masing-masing menerima RM1,000.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Islam Terengganu, Lothman Awang dan Pegawai Pendidikan Daerah, Zailani Sulong.
Tambahnya, sumbangan peribadi tersebut disampaikan bagi menampung apa-apa keperluan berkaitan untuk membolehkan mereka menampung apa-apa yang hilang ekoran banjir.
"Menjadi tradisi saya di parlimen Kuala Terengganu untuk memberikan bantuan kepada calon-calon peperiksaan seperti tajaan tuisyen SPM sebelum ini," katanya.
Terdahulu, seramai 131 calon SPM dari SMA Mahmudiah dipindahkan ke SMAASZA berikutan sekolah mereka dinaiki air, semalam.
41 calon SPM daripada MMT Hulu Terengganu pula dipindahkan ke SMA Khairiah bagi memastikan calon-calon terbabit dapat menjalani peperiksaan dengan tenang.
01 Mar 22
874
Pencen Rakyat : Giliran Warga Jabi Terima Manfaat
Seramai 766 warga emas Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi menerima Pencen Rakyat di Dewan Sivik Jabi dalam Majlis Agihan Baucer Pencen Rakyat DUN Jabi, baru-baru ini.
21 Feb 22
142
KOPERAT Baik Pulih Rumah Ibu Tunggal
KEMAMAN, 17 Februari - Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. (KOPERAT) melunaskan tanggungjawab sosialnya dengan membaikpulih sebuah rumah ibu tunggal di Kampung Panchur, Telok Kalong, Kijal.
Pengerusi Lembaga Pengarah KOPERAT Hishamuddin Abdul Karim berkata program sedemikian merupakan salah satu dari aktiviti 'Corporate Social Responsibility' (CSR) syarikatnya bagi membantu mereka yang memerlukan.
"Alhamdulillah dengan peruntukan sebanyak RM20 ribu rumah ini berjaya disiapkan dengan sempurnanya bagi memberi sedikit keselesaan kepada Puan Noremah sekeluarga.
Noremah A. Rahman
"Ribuan terima kasih kepada pihak Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Telok Kalong diatas kerjasama yang diberikan," katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tepoh berkata demikian selepas majlis ringkas gimik penyerahan rumah yang dibaiki kepada penerimanya di sini kelmarin.
Sementara itu, penerima bantuan Noremah A. Rahman, 49, kelihatan sebak kerana terharu diatas apa yang diterimanya ketika cuba ditemubual oleh pemberita dan sempat mengucapkan terima kasih diatas bantuan yang dihulurkan kepada beliau dan keluarganya.
"Terima kasih kerana sudi membantu kami sekeluarga dan kami tak mampu membalas jasa pihak yang terlibat," ucapnya.
Rumah Noremah yang agak uzur sebelum ini akibat dimakan anai-anai kini kelihatan ceria setelah disenaraikan oleh JPKK sebagai penerima bantuan oleh CSR KOPERAT.
Kakitangan KOPERAT bergambar sebagai kenangan.
Turut hadir Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Hazri Jusoh, Pengarah KOPERAT, Abd Razak Mohamad, Pengurus Besar KOPERAT, Sayed Abdul Rahman Engku Sulong, Pengurus Operasi & Pembinaan KOPERAT, Fadilah Mamat beserta pegawainya dan Pengerusi JPKK setempat Mohd Zuki Abd. Ghani.
16 Feb 22
573
Amanah Raya Berhad Agih Zakat Kepada Asnaf
KUALA TERENGGANU, 15 Februari – Seramai 24 orang golongan asnaf dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk menerima Bantuan Zakat Wakalah Amanah Raya, semalam.
Agihan bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu majlis yang diadakan di Balairaya Kampung Mengabang Tengah.
Kata, Ustaz Muhammad Khalil, bantuan itu mampu memberi sedikit kepada rakyat untuk hidup dengan lebih selesa.
"Kerajaan Negeri Terengganu sentiasa menekankan soal kebajikan rakyat khususnya melibatkan golongan asnaf.
"Namun dalam menyelesaikan masalah kemiskinan yang melibatkan golongan asnaf ini, ia bukan sahaja tanggungjawab kerajaan tetapi ia merupakan tanggungjawab bersama,” kata Ustaz Muhammad Khalil dalam ucapannya.
Turut hadir dalam majlis itu Pengurus Wilayah Timur Amanah Raya, Tuan Noraizan Tuan Long, wakil Parlimen Kuala Terengganu, Tuan Ngah Tuan Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Mengabang Tengah, Wan Ismail Wan Ngah.
ADUN Batu Buruk menyampaikan ucapan
Tambah beliau lagi, badan bukan kerajaan atau syarikat-syarikat besar boleh mengeluarkan zakat untuk membantu dan dimanfaatkan oleh golongan asnaf ini.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Amanah Raya Berhad kerana memilih DUN Batu Buruk untuk kali ini,” ujar beliau lagi.
Terdahulu bantuan zakat ini telah diadakan di beberapa kawasan dalam Negeri Terengganu iaitu DUN Pengkalan Berangan dan Kuala Berang.
Penerima Bantuan Zakat Wakalah Amanah Raya
15 Feb 22
525
644 Terima Manfaat Pencen Rakyat Terengganu
SETIU, 11 Februari - Satu lagi janji manifesto kerajaan Negeri Terengganu ditunaikan melalui Pencen Rakyat apabila 644 rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri turut menerima manfaat tersebut.
Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Zul Bhari A Rahman berkata, penerima pencen rakyat terdiri daripada mereka yang tidak menerima bantuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan bukan pesara yang menerima pencen tetap penjawat awam.
Zul Bhari ketika menyampaian ucapan dan merasmikan Majlis Penyampaian Pencen Rakyat Negeri Terengganu peringkat DUN Permaisuri.
"Inilah janji dan komitmen kerajaan Negeri Terengganu sebagaimana yang ditawarkan dalam manifesto PRU-14 yang lalu dan kini menjadi kenyataan, Alhamdulillah.
"Walaupun kita merasakan nilai ini kecil tetapi ia sangat bernilai kepada semua penerima yang menerimanya hari ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ucapan perasmian Majlis Penyampaian Bantuan Pencen Rakyat Terengganu peringkat DUN Permaisuri di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu di Sungai Tarom, semalam.
Terdahulu ucapan aluan disampaikan oleh Penolong Pegawai Daerah Setiu, Muhammad Maliki Md Jusoh yang mewakili Pegawai Daerah Setiu.
Pada majlis itu, setiap penerima Pencen Rakyat menerima RM300 secara tunai yang melibatkan sejumlah peruntukkan RM193,200 bagi DUN Permaisuri.
Osman Daud, 73 salah seorang penerima ketika ditemui berkata, dia bersyukur atas penerimaan Pencen Rakyat dan akan menggunakannya bagi membeli keperluan keluarga.
11 Feb 22
472
28 Mangsa Banjir Perantau Dibantu ADUN Buluh Gading
KUALA NERUS, 9 Februari - Seramai 28 orang anak perantau daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading telah menerima sumbangan wang tunai setelah terjejas teruk akibat banjir di Negeri Pahang dan Selangor, baru-baru ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim berkata, pihaknya telah menyalurkan bantuan kewangan bernilai RM500 bagi setiap keluarga yang terkesan akibat bencana pada akhir tahun lepas itu.
Sumbangan kepada mangsa banjir yang diadakan di Shah Alam, Selangor
"Banjir yang melanda tanpa jangkaan yang melibatkan lebih 70 ribu mangsa di dua negeri tersebut telah merosakkan banyak harta benda terutamanya barangan keperluan rumah.
“Pada mulanya, kita ke Pahang dan Selangor untuk menyerahkan sumbangan ini.
“Namun begitu apabila ramai perantau pulang bercuti di kampung masing-masing ketika cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini, kita buat satu lagi majlis di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Buluh Gading," katanya ketika ditemu bual pemberita selepas selesai agihan sumbangan baru-baru ini.
Katanya, ketiga-tiga majlis berasingan telah dianjurkan bagi menyempurnakan agihan itu.
Sumbangan kepada mangsa banjir yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Buluh Gading
Jelasnya lagi, beliau berharap agar sumbangan berupa kewangan itu dapat meringankan serba sedikit kos penyediaan kelengkapan rumah kesan daripada musibah banjir tahun lepas.
09 Feb 22
515
Terengganu Jaga Kebajikan Perantau
Kerajaan Terengganu konsisten dalam menjaga kebajikan anak-anak negeri di perantauan dengan sentiasa mengambil cakna tentang segala keperluan dan masalah dialami untuk diberikan pelbagai bantuan.
03 Feb 22
248
Nasib Tujuh Keluarga Mangsa Kebakaran Terbela
Nasib tujuh keluarga yang menjadi mangsa rumah terbakar di Taman Islam Kampung Bakau Tinggi terbela apabila kerajaan negeri akan membina kediaman baharu untuk mereka.
03 Feb 22
174
i-MiTS Batu Rakit Giat Santuni MOSWAY
SETIU, 1 Februari-Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) terus giat menyantuni golongan miskin, orang kurang upaya, sakit, wanita armalah dan Yatim (MOSWAY) dalam usaha memastikan kebajikan penduduk setempat terpelihara
Penyelianya, Mohd Pauzi Muda berkata, ianya menjadi aktiviti harian kepada Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit yang diseliakan oleh pihaknya dalam mewakili kerajaan negeri ini dimana pelbagai bantuan seperti bantuan barangan keperluan asas telah disampaikan selain buah-buahan turut diberikan.
"Dimana sebanyak 10 hingga 15 buah rumah dalam satu minggu pada setiap bulan telah disasarkan dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK).
"Dengan ziarah kebajikan yang kami lakukan ini juga memberi peluang untuk mengetahu perihal penduduk serta dapat bertanya khabar tentang kesihatan dan masalah yang mereka hadapi, jadi ia membantu kami untuk mengenal pasti setiap penduduk yang sedang menghadapi permasalahan," katanya.
Pauzi Muda yang juga Ketua I-Mits DUN Batu Rakit berkata demikian ketika dihubungi pemberita, kelmarin bagi mendapat gambaran sebenar mengenai MOSWA.
"Mungkin sumbangan itu tidak seberapa tetapi yang penting ianya dapat menghidupkan serta membudayakan amalan ziarah-menziarahi sepertimana yang dianjurkan di dalam Islam serta menjalakan tanggungjawab yang telah diamanakan oleh kerajaan bagi memastikan kesejahteraan hidup rakyat terjamin," ucapnya.
31 Jan 22
395
Rumah RM180 Ribu Dijual Hanya RM54 Ribu
Percaya atau tidak, sebuah rumah dengan kos RM180 ribu akan dijual pada harga RM54 ribu sahaja.
31 Jan 22
115