Artikel "Kebajikan" Terkini
Tanpa Panduan Guru, Tiada Siapa Bergelar Graduan
Tiada manusia mampu mencapai kejayaan di dunia tanpa kehadiran insan bergelar guru.
08 Oct 24
90
Polis Sahkan Terima Laporan Peserta RXZ Members Diperdaya Scammer
Ketua Polis Negeri Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin mengesahkan bahawa pihaknya menerima laporan peserta RXZ Members diperdaya 'scammer'.
17 Sep 24
101
'Jadikan Aktiviti Kebajikan Sebagai Pengisian RXZ Members' - Dr Sam
Penganjur RXZ Members dicadang agar menjadikan aktiviti kebajikan sebagai pengisian program agar ia lebih bermakna.
17 Sep 24
122
Junaidi, Fatimah Terharu Dapat Rumah Baharu
Rumah berkeadaan daif dimiliki Junaidi Daud, 49, bersama isterinya, Siti Fatimah Harun,45, mendapat perhatian daripada kerajaan untuk dibina kediaman baru.
14 Aug 24
50
Junaidi, Fatimah Terharu Dapat Rumah Baharu
SETIU, 13 Ogos - Rumah berkeadaan daif dimiliki Junaidi Daud, 49, bersama isterinya, Siti Fatimah Harun,45, mendapat perhatian daripada kerajaan untuk dibina kediaman baru.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata, keputusan itu adalah yang terbaik untuk pasangan berkenaan yang kini menetap di Kampung (Kg) Che Long, Permaisuri.
Ujarnya, perkara itu akan dipastikan dilaksanakan segera melalui kerjasama pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Jawatankuasa Pemandu Projek (JPP).
"Insya-Allah kita akan memastikan rumah baru dapat dibina di atas tanah sama dimiliki oleh mereka dan kerajaan akan cuba dapatkan bekalan air yang turut menjadi masalah bagi keluarga ini sebelum ini.
"Kita juga akan usahakan supaya generator dapat digunakan sebagai langkah sementara kerana mereka juga turut mengalami masalah bekalan elektrik.
"Sekarang ini dengan ketiadaan bekalan air mereka bergantung kepada air hujan serta telaga yang mengalami masalah kekeringan serta bergantung bekalan air di balai raya," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika menghadiri Program Jelajah Kebajikan 'Jalinan Kasih Tautan Budi' Peringkat Daerah Setiu, di sini, hari ini.
Mengulas lebih lanjut Maliaman berkata, sepanjang jelajah yang membabitkan lima daerah, keadaan yang dihadapi oleh keluarga itu paling teruk kerana bukan sahaja menghuni rumah daif tetapi turut hidup dalam ketiadaan bekalan asas iaitu air dan elektrik.
"Di kampung-kampung lain saya rasa tidak terlalu teruk yang ini memang keadaanya sangat daif, apatah lagi Ketua Isi Rumah (KIR) menghidapi penyakit kronik dan tidak boleh bekerja dan hanya mengharapkan isteri.
"Kita harapkan agensi-agensi serta jabatan yang ada termasuk Pejabat Daerah, MAIDAM, JPP, Pusat Khidmat Masyrakat (PKM), serta jawatankuasa di bawah portfolio saya sendiri akan menyegerakan perkara ini," ujarnya.
Sementara itu, Fatimah Harun berbesar hati dengan keprihatinan pihak kerajaan negeri dan terharu dengan keputusan yang diambil dan ia memberikan sinar harapan buat mereka.
"Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri dan dengan penyelesaian yang diputuskan itu dapatlah kami hidup dalam keadaan lebih sempurna," ujarnya.
13 Aug 24
246
Nahas Bot Karam, Kerajaan Negeri Hulur Bantuan
KEMAMAN , 11 Ogos - Kerajaan negeri turut membantu mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian bot nelayan berlanggar dengan tongkang, pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti Dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat berkata beliau telah memastikan semua agensi kerajaan yang terlibat seperti Polis, Bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Maritim dan Pejabat Daerah Kemaman dapat melaksanakan tugasan masing-masing dengan baik.
"Pihak kami telah menyediakan beberapa bentuk bantuan kepada mangsa yang ditemui. Pertama, kami telah menyediakan sebuah rumah tumpangan untuk mereka tinggal sementara waktu.
"Kita juga telah menyediakan pakaian baru, peralatan mandian, selipar dan sebagainya. Dalam masa yang sama, kami juga turut menyediakan makanan kepada mereka.
"Dalam masa sama memastikan keperluan mereka mencukupi sementara menunggu pihak berwajib dapat menyelesaikan perkara ini dengan sebaiknya," ujarnya ketika ditemui di lokasi.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kejadian sekitar jam 6.30 pagi itu berlaku pada jarak tujuh batu nautika atau 13 kilometer (km) dari kawasan perairan Kuala Kemaman.
Menurutnya, bot tersebut dikatakan membawa sembilan penumpang termasuk tekong, kru dan pelancong berusia lingkungan 23 hingga 79 tahun untuk memancing.
"Penumpang bot terdiri daripada lima lelaki dan empat perempuan berasal dari Raub, Pahang dan Gombak, Selangor.
"Setakat ini, lima mangsa selamat, dua ditemui lemas dan dua lagi masih belum ditemui," ujarnya.
Operasi pencarian mangsa yang masih hilang dihentikan jam 7.00 malam dan akan bersambung esok.
12 Aug 24
829
EPIC, MS Citajaya 'Berebut' Suntik Semangat Kontinjen SUKMA Terengganu
Anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan EPIC Berhad membuat kejutan apabila mengumumkan tambahan sumbangan sebanyak RM15,000 kepada kontinjen Terengganu yang bertanding di Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 Sarawak.
Â
11 Aug 24
117
Surau Pantai Batu Buruk Berwajah Baru
Surau di Taman Rekreasi Pantai Batu Buruk yang telah siap diperbaiki, diserahkan oleh EPIC Berhad dan Konsortium Pelabuhan Kemaman yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhtar Suhaili kepada Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk, hari ini.Â
08 Aug 24
224
Terengganu Sokong Kedah Pertahan Dasar Sifar Judi
Kerajaan Kedah tidak bersendirian dalam perjuangan mempertahankan prinsip sifar judi di negeri terbabit selepas Terengganu menyatakan sokongan terhadap usaha negeri terbabit.
07 Aug 24
105
Exco 'Terjah' Kampung Hulur Bantuan Kepada Keluarga B40
Seramai 10 keluarga B40 yang berdepan bebanan kewangan di daerah Hulu Terengganu menerima bantuan segera melalui program Ziarah Kasih yang dilaksanakan di daerah berkenaan.
25 Jul 24
102