lightning-solid
Berita :

Artikel "Kebajikan" Terkini

Terengganu Salur Bekalan Air Bersih ke Pahang
Terengganu Salur Bekalan Air Bersih ke Pahang
Terengganu kini memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan ekonomi Pantai Timur apabila menyalurkan bekalan air bersih ke Pahang menerusi Projek Paip Pengagihan Air Kemaman-Gebeng. 
15 Dec 24
572
KUTT Bayar Royalti RM1.1 Juta kepada Kerajaan Terengganu
KUTT Bayar Royalti RM1.1 Juta kepada Kerajaan Terengganu
KUALA TERENGGANU, 15 Disember - Kerajaan Terengganu telah menerima bayaran royalti daripada anak syarikat kerajaan negeri (GLC), Koridor Utiliti Teknologi Terengganu Sdn Bhd (KUTT) sebanyak RM1,101,489.15 bagi tahun 2024. Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, KUTT selama ini diberi tanggungjawab untuk membangunkan koridor utiliti negeri termasuk menyediakan pangkalan data bersepadu bagi semua jajaran utiliti. Katanya, ia merangkumi tenaga elektrik, bekalan air, rangkaian telekomunikasi dan sistem kumbahan. "Imbalan bagi pelantikan itu, KUTT disyaratkan untuk membayar sebahagian daripada pendapatan sebagai kontribusi kepada negeri bagi setiap tahun beroperasi,"katanya dalam satu kenyataan media sempena Sesi Penyerahan 'Mock Cheque' di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif KUTT, Ir. Ts. Ahmad Azhan Suhaili. Cek pembayaran royalti itu diserahkan oleh Ahmad Azhan kepada Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, Dato' Mohd Azmi Mohamad Daham. Dalam pada itu, Ahmad Azhan berkata KUTT telah mencatatkan pertumbuhan kewangan memberansangkan hasil prestasi cemerlang daripada semua bahagian membolehkan syarikat sekali lagi berpeluang mengembalikan bayaran kontribusi buat kerajaan negeri. Di samping itu juga, KUTT turut sama berganding bahu dengan kerajaan negeri bagi membantu rakyat Terengganu dengan menyerahkan cek sumbangan RM350,000 kepada Tabung Darul Iman di bawah peruntukan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Cek itu telah diserahkan kepada Timbalan Pengerusi Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Zuraida Md. Noor.  Selain daripada itu, KUTT bersama Menteri Besar Incorporated (MBI) Terengganu bekerjasama menyalurkan sumbangan RM500,000 untuk Program MBI-Youth Talent Scholarship melalui tabung biasiswa GLC kerpada Yayasan Terengganu yang mengendalikan dan mengurus biasiswa pelajar cemerlang terpilih. Cek pembayaran sumbangan Tabung Biasiswa GLC tersebut telah diserahkan oleh Ketua pegawai Eksekutif KUTT kepada Pengarah Yayasan Terengganu.  
15 Dec 24
7089
35 Usahawan Kecil Terengganu Terima Pinjaman Tanpa Riba
35 Usahawan Kecil Terengganu Terima Pinjaman Tanpa Riba
11 Dec 24
61
Kerajaan Negeri Peruntuk RM20 Ribu, Selamatkan Kediaman Dari Hakisan Pantai
Kerajaan Negeri Peruntuk RM20 Ribu, Selamatkan Kediaman Dari Hakisan Pantai
Kerajaan negeri  mengambil langkah segera dengan peruntukan RM20,000 bagi menyelamatkan sebuah rumah yang didiami sebuah keluarga serta sebuah surau berikutan hakisan berlaku di Pantai Kampung Pengkalan Maras, Batu Rakit.
10 Dec 24
110
Khidmat Malaysia Anjur Dapur Rakyat Ringankan Beban Mangsa Banjir
Khidmat Malaysia Anjur Dapur Rakyat Ringankan Beban Mangsa Banjir
Badan Bukan Kerajaan Khidmat Malaysia Kuala Terengganu (KMKT) menganjurkan inisiatif Dapur Rakyat bagi membantu meringankan beban mangsa banjir.
09 Dec 24
82
Mangsa Banjir Terharu Jabatan Amal Hulur Bantuan
Mangsa Banjir Terharu Jabatan Amal Hulur Bantuan
MARANG, 3 Disember - Mangsa banjir di Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan di daerah ini meluahkan rasa terharu atas bantuan yang dihulurkan anggota Jabatan Amal di saat mereka diuji dengan musibah tersebut, Salah seorang mangsa banjir, Mohd Bakhtimi Mohd Ali Hanafiah, 58, berkata,  kehadiran Jabatan Amal DUN Pengkalan Berangan ke kediaman mereka bagi membersihkan kotoran akibat bencana itu tidak mampu dibalas dengan wang ringgit. "Kami baru pulang ke rumah setelah beberapa hari terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SK Pengkalan Berangan. sampai di rumah kami tak sangka anggota Jabatan Amal datang membantu membersihkan rumah kami. “Alhamdulillah, kami sangat berterima kasih kepada Jabatan Amal yang begitu cepat bertindak. "Kesan banjir memang banyak, tetapi dengan bantuan mereka, saya rasa lega dan boleh kembali memulakan kehidupan,” katanya penuh syukur. Ujarnya, dengan bantuan terbabit rumahnya kembali bersih dan selesa untuk didiami. Bakhtimi turut menyatakan segala tindakan pantas dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Jabatan Amal itu juga telah mendapat penghargaan daripada para penduduk yang terlibat. "Usaha murni ini turut memberi harapan kepada banyak lagi keluarga yang terjejas oleh banjir untuk kembali meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik," katanya.  
03 Dec 24
247
Kerajaan Terengganu Sentiasa Buka Permohonan Tanah Baharu
Kerajaan Terengganu Sentiasa Buka Permohonan Tanah Baharu
BESUT, 28 Oktober - Kerajaan negeri Terengganu menegaskan bahawa permohonan tanah baharu sentiasa dibuka untuk rakyat yang layak. Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian, dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, menjelaskan bahawa rakyat yang memerlukan tanah boleh mengemukakan permohonan pada bila-bila masa. “Kerajaan komited untuk memberikan peluang kepada semua rakyat tanpa had masa tertentu. “Usaha ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri dalam meningkatkan taraf hidup rakyat, terutamanya bagi mereka yang tidak memiliki tanah sendiri,” katanya. Beliau berkata demikian semasa Program Dialog Exco di Dewan Merdeka Kota Putera Square, Kampung Raja, di sini, baru-baru ini. Menurut Mohd Nurkhuzaini, terdapat kekeliruan dalam kalangan rakyat mengenai dua jenis tanah iaitu permohonan tanah baharu yang sah dan tanah haram.  “Permohonan tanah baharu adalah sah dan terbuka kepada semua yang layak, manakala tanah haram adalah masalah pencerobohan yang memerlukan tindakan tegas. “Kita akan terus memastikan bahawa semua permohonan tanah dibuat mengikut peraturan yang sah, dan tindakan undang-undang akan diambil bagi menangani isu tanah haram,” ujar beliau.  Tambah Mohd Nurkhuzaini, Kerajaan Terengganu mengambil langkah tegas dalam memastikan tanah-tanah yang dianugerahkan kepada rakyat tidak dijual atau dipindah milik secara tidak sah, terutama melalui ‘pintu belakang’.  “Setiap tanah yang diberikan, sama ada melalui permohonan tanah baharu atau tanah yang tertakluk di bawah pemilikan terkilang, tertakluk kepada larangan gadaian, pajakan, dan penjualan. “Peraturan ini jelas dinyatakan dalam surat anugerah tanah bagi memastikan harta milik rakyat tidak disalahgunakan atau diperdagangkan oleh pihak yang ingin mengambil keuntungan. “Isu penjualan tanah secara tidak sah ini sering kali berlaku melalui cara yang tidak formal atau 'pintu belakang', yang jelas melanggar syarat anugerah tanah tersebut," katanya. Beliau mengingatkan bahawa tanah-tanah itu diberikan bagi memperkukuhkan kedudukan ekonomi rakyat dan memastikan orang ramai memiliki harta sendiri, bukan untuk dijadikan sumber keuntungan cepat oleh pihak tertentu.  “Tanah-tanah ini adalah untuk kegunaan pemohon, bukan untuk dijual atau digadai dengan mudah. Kita tegaskan bahawa tanah anugerah ini tidak boleh dipindah milik dalam tempoh 10 tahun. “Kerajaan negeri menyatakan kesediaan untuk mengambil langkah penguatkuasaan yang ketat terhadap mana-mana individu yang melanggar perjanjian anugerah tersebut.  “Langkah ini diambil bukan sahaja untuk mengekang pencerobohan atau penyalahgunaan tanah, tetapi juga untuk melindungi kepentingan rakyat serta memastikan tanah tersebut memberi manfaat jangka panjang kepada pemilik asal,” jelasnya.  
28 Oct 24
6246
SG4 Perkasa Dakwah, Bukan Hanya Berorientasi Pelaburan
SG4 Perkasa Dakwah, Bukan Hanya Berorientasi Pelaburan
Kerjasama yang terjalin antara negeri membentuk 'State Government 4' (SG4) bukan hanya berorientasi pelaburan bagi memperkukuhkan ekonomi tetapi turut mencakupi aspek yang lain termasuk memperkasakan dakwah.
14 Oct 24
52
Kerajaan Negeri Sedia Hadapi Isu Penduduk Semakin Menua
Kerajaan Negeri Sedia Hadapi Isu Penduduk Semakin Menua
Kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia mewujudkan warga emas yang berdikari, dihormati serta mengoptimumkan potensi diri melalui penuaan sihat, positif, aktif, produktif sebagai usaha mendepani cabaran Negara Menua 2030.
13 Oct 24
125
Mangsa Banjir, OKU Terharu Impian Miliki Rumah Tertunai
Mangsa Banjir, OKU Terharu Impian Miliki Rumah Tertunai
KUALA NERUS, 10 Oktober - Setelah tertangguh beberapa waktu, penduduk di sini dapat menarik nafas lega apabila menerima rumah yang dinanti-nantikan sejak sekian lama. Kegembiraan dan rasa terharu itu dikongsikan penerima projek perumahan tersebut termasuk dua Orang Kelainan Upaya (OKU) dan mangsa banjir. Khairul Anuar Ali, 43 tahun, yang berstatus OKU menzahirkan rasa gembira dan teruja apabila dapat memiliki kediaman sendiri setelah sekian lama diidamkan. “Saya tidak mampu lagi bekerja sejak beberapa tahun yang lalu dan kini hanya menerima sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) secara bulanan dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) secara tahunan. "Sudah tentu saya sangat gembira apabila dapat memiliki rumah sendiri pada hari ini setelah hanya mampu menyewa (rumah) sebelum ini. “Ucapan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Terengganu terutamanya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim yang banyak membantu saya dengan menghulurkan keperluan asas secara bulanan dan banyak memudahkan urusan saya sehingga dapat memiliki rumah sendiri,” ujarnya ketika ditemui pemberita. Dia berkata demikian selepas diraikan dalam Majlis Penyerahan Kunci Program Residensi Rakyat (PRR) bersama 500 penerima di Bukit Nenas hari ini. Dalam pada itu, Adnan Yunoh, seorang guru agama yang mempunyai 14 orang anak meluahkan perasaan gembira tidak terhingga apabila menerima kunci rumah itu setelah menempuh ujian banjir setiap tahun. “Selama ini hanya menumpang di rumah keluarga, setiap tahun apabila tiba musim tengkujuh, kami memang wajib berpindah ke pusat pemindahan banjir, itu sudah biasa bagi kami sekeluarga. "Kami hanya mampu bersabar dengan dugaan tersebut, apabila dapat rezeki rumah yang Allah kurnia ini, saya rasa sangat bersyukur. Terima kasih sebanyaknya diucapkan kepada kerajaan yang bersusah payah dan mengambil tanggungjawab demi memudahkan urusan rakyat,” katanya. Sementara itu seorang anak muda dari Tok Jiring, Mohd Zulkifli Mat Din, 29, sangat teruja kerana dapat memiliki kediaman sendiri di usia muda, "Terima kasih kepada pihak kerajaan setelah berjaya menyediakan fasiliti kemudahan kepada rakyat Terengganu khususnya bagi penduduk kawasan Kuala Nerus," jelasnya. Untuk rekod, Kerajaan Terengganu dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melancarkan projek PRR Bukit Nenas pada tahun 2018 yang menelan kos RM96 juta. Projek itu bagi membangunkan 500 unit rumah pangsa lima tingkat, dan menawarkan lima unit khusus untuk golongan OKU. Di samping itu turut disediakan fasiliti asas seperti surau, taska, tadika dan taman permainan.
10 Oct 24
617