lightning-solid
Berita :

Artikel "Kebajikan" Terkini

Kerajaan Terengganu Tamatkan Derita 18 Keluarga Hilang Tempat Berteduh
Kerajaan Terengganu Tamatkan Derita 18 Keluarga Hilang Tempat Berteduh
KEMAMAN, 22 Julai - Derita hilang tempat berteduh yang dihadapi 18 keluarga di Kampung Habib Mohsin di daerah ini berakhir selepas Kerajaan Terengganu berjaya mencari jalan penyelesaian. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat berkata, kerajaan negeri menerusi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan memulakan pembinaan 18 unit rumah dalam ketegori rumah asnaf. Katanya, 18 unit kediaman di Paya Berenjut itu sudah dimulakan dengan kerja-kerja asas. "Termasuk kerja-kerja pembersihan tapak dan 'earth filling' sudah selesai dan minggu ini dijangka akan dipasang 'hoarding' dan 'cabin' serta akan dinaikkan papan tanda serta kerja-kerja berkaitan," ujarnya. Beliau berkata demikian melalui suatu kenyataan di facebooknya, di sini, semalam. Mengulas lebih lanjut katanya, khabar gembira itu diharapkan akan menamatkan segala kesukaran yang dihadapi mereka sebelum ini. "Berita baik buat mangsa perpindahan penduduk Habib Mohsin, Kuala Kemaman, deritamu mengalir di denyut nadiku.Bersabarlah, keselesaanmu adalah keutamaanku," tulisnya di platform facebook itu. Tapak rumah yang telah memulakan kerja pembinaan. Berkongsi mengenai status terkini berkenaan projek terbabit katanya ia telah mula memasuki tapak pada 18 Julai. "Kontraktor mula membersihkan tapak pada 16 Julai dan kemudian buat 'site survey' (pegging) pada 18 Julai," katanya lagi. Dalam pada itu ujarnya, masalah yang dialami penduduk di Habib Mohsin itu merupakan perkara lama yang membina kediaman sementara dengan menumpang tanah yang kini dituntut oleh pewaris. Bagi menyelesaikan masalah dihadapi penduduk, Hanafiah berusaha sedaya upaya bagi memastikan penduduk terbabit mendapat kediaman yang selesa, hasil pertemuan dengan pihak MAIDAM telah memberikan kelegaan.
23 Jul 24
345
Surah Al- Jumuah Beri Panduan Dalam Pembangunan Sosial
Surah Al- Jumuah Beri Panduan Dalam Pembangunan Sosial
Pemilihan Surah Al-Jumuah dalam Program Terengganu Bertadabbur Siri II amat bertepatan dalam memberi panduan kepada cabaran dalam kehidupan sosial yang dihadapi umat Islam pada masa kini.
21 Jul 24
72
Kerajaan Negeri Baiki Segera 96 Rumah Terjejas Ribut
Kerajaan Negeri Baiki Segera 96 Rumah Terjejas Ribut
MARANG, 19 Julai - Sebanyak 96 buah rumah yang dibadai ribut kelmarin mendapat perhatian dan pembelaan segera daripada kerajaan negeri. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pihaknya akan memperhalusi segala kerugian dan kerosakan dialami mangsa bagi memudahkan proses penyaluran bantuan agar mereka yang terjejas dapat menduduki kembali kediaman itu dengan selesa. "Bagi tindakan segera dalam masa sehari dua ini adalah untuk memastikan mereka boleh masuk dahulu, sebab itu urusan membaiki atap dan sebagainya telah kita selesaikan dan hari ini dijangka selesai bahagian membaik pulih bumbung yang rosak. "Supaya kalau hujan tidak akan merosakkan barangan dalam rumah, yang lain daripada itu adalah untuk memastikan segala sisa-sisa kekotoran ini dapat dibersihkan secepat mungkin," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media semasa mengadakan lawatan ke lokasi bencana ribut bertempat di Pantai Kekabu dan Kampung Seberang Marang, di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjut katanya, rumah terjejas akibat ribut mengalami kerosakan yang berbeza-beza justeru ia memerlukan kos dan bantuan berlainan. "Kesemuanya telah kita uruskan dan kini dalam proses, kediaman yang paling teruk rosak akan ambil masa sedikit untuk dilakukan pembaikan oleh sukarelawan, segala kerja baik pulih ini secara gotong royong dengan bantuan daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta penduduk tempatan. "Insya-Allah kita akan bantu untuk memastikan mereka boleh masuk rumah terutama bagi rumah yang paling teruk terjejas dengan segera," ujarnya. Sementara itu katanya, gerai para peniaga Pulau Kekabu tidak mengalami kerosakan yang teruk kerana kebanyakan mereka menghentikan operasi apabila melihat angin yang kuat.  
19 Jul 24
714
35 Pelayar Antarabangsa Berlabuh di Kuala Terengganu
35 Pelayar Antarabangsa Berlabuh di Kuala Terengganu
23 May 24
102
Terengganu Honey House Pusat Sehenti Jual Produk Madu
Terengganu Honey House Pusat Sehenti Jual Produk Madu
Terengganu Honey House akan menjadi ‘one stop centre’ sebagai premis jualan dan bekalan madu tempatan tulen serta berkualiti, pertama di negeri dan juga di Malaysia.
21 May 24
135
Mini Karnival Hari Lupus Sedunia 2024 Eratkan Komuniti Pesakit SLE
Mini Karnival Hari Lupus Sedunia 2024 Eratkan Komuniti Pesakit SLE
Program Mini Karnival Hari Lupus Sedunia 2024 yang berlangsung di Kampung Budaya, Kompleks Muzium Negeri, berjaya menghimpunkan komuniti pesakit lupus dari pelbagai negeri termasuk Terengganu, Kelantan, dan Pahang.
20 May 24
68
139 Jemaah Haji Terengganu Berangkat ke Tanah Suci
139 Jemaah Haji Terengganu Berangkat ke Tanah Suci
Seramai 139 jemaah haji Terengganu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.
20 May 24
80
Sultan Mizan Berkenan Nikmati Santapan Bersama Warga Istimewa, Fakir Miskin
Sultan Mizan Berkenan Nikmati Santapan Bersama Warga Istimewa, Fakir Miskin
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke majlis santapan bersama warga istimewa dan fakir miskin sempena sambutan ulang tahun ke-62 hari keputeraan baginda di Istana Syarqiyyah
13 May 24
256
Sultan Terengganu Rasmi Hospital Sultan Zainal Abidin
Sultan Terengganu Rasmi Hospital Sultan Zainal Abidin
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli merasmikan Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
13 May 24
240
Bekas Pekerja i-MiTS Terima Pampasan RM44, 499
Bekas Pekerja i-MiTS Terima Pampasan RM44, 499
Kuala Terengganu, 8 April- Bekas Pekerja Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat, Samiah @ Azizah Awang, 59,telah menerima faedah hilang upaya kekal oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan pampasan diterima sebanyak RM44, 499.00 secara keseluruhan.  Pengarah PERKESO, Che Farihah Husin berkata bekas kakitangan i-MiTS itu telah dicarumkan di bawah Akta 4 PERKESO oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (Bahagian Pengurusan).  *Pada 16 Mac 2020 Orang Berinsurans ( OB ) Samiah telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya ketika perjalanan pulang ke pejabat dalam waktu rehat yang dibenarkan majikan. "Akibat kemalangan tersebut OB telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapatkan rawatan dan telah disahkan mengalami kecederaan pada di kepala dan luka di bahagian kiri badan. "Pejabat ADUN Alur Limbat telah melaporkan kemalangan tersebut kepada PERKESO dan hasil daripada siasatan yang dijalankan ole Pegawai Faedah, kes disahkan sebagai Bencana Pekerjaan. "OB telah mendapat Cuti Sakit selama 151 hari dan telah menerima bayaran pampasan Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) dengan keseluruhan berjumlah RM7046.00, " ujarnya.  Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Faedah Hilang Upaya Kekal tersebut bersama ADUN Alur Limbat kepada penerima terbabit, di sini, semalam.  Mengulas lebih lanjut, Farihah berkata Samiah  telah menghantar permohonan Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK) ke Pejabat PERKESO Negeri Terengganu pada 19 Jun tahun lalu dan telah dirujuk ke Sidang Jemaah Doktor PERKESO pada 30 Mac 2023 dangan taksiran hilang upaya sebanyak 20%. "Peratus keputusan tersebut telah melayakkan OB menerima pampasan bayaran Faedah HUK berjumlah RM44,499.00 yang telah dikreditkan ke akaun OB. Dalam pada itu, Pengarah PEKESO Negeri Terengganu telah mengumumkan Pejabat ADUN Alur Limbat sebagai Rakan Skuad Prihatin PERKESO. "Dengan pengikhtirafan ini, diharapkan pejabat DUN ini akan menjadi rujukan dan tempat untuk masyarakat setempat tuju bagi mendapatkan maklumat serta persoalan," katanya.  Sementara itu Ariffin  berharap dengan hubungan baik yang terjalin itu akan membantu lebih ramai pencarum untuk menuntut faedah-faedah yang ditawarkan oleh PERKESO serta menjadi hub rujukan.
07 Apr 24
306