lightning-solid
Berita :

Artikel "Kebajikan" Terkini

Langkah Hibrid Kawal Hakisan Pantai Terengganu
Langkah Hibrid Kawal Hakisan Pantai Terengganu
Langkah hibrid iaitu menggabungkan pembinaan pemecah ombak (breakwater) dengan tukun bagi meminimakan kesan hakisan pantai di negeri ini perlu dilakukan.
16 Jan 25
140
Hakisan Pantai : Fokus Penyelesaian, Jangan Main Politik - Dr Sam
Hakisan Pantai : Fokus Penyelesaian, Jangan Main Politik - Dr Sam
Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyeru orang ramai agar tidak mempolitikkan isu hakisan pantai Batu Rakit, sebaliknya mahu ia ditangani dengan pendekatan profesional.
16 Jan 25
110
Dua Keluarga Mangsa Rumah Dibadai Ombak Besar Terima Bantuan
Dua Keluarga Mangsa Rumah Dibadai Ombak Besar Terima Bantuan
KEMAMAN, 15 Januari - Dua keluarga yang merupakan mangsa rumah yang dibadai ombak besar di Kampung Geliga Baru akan menerima bantuan bayaran rumah sewa secara bulanan. Dua keluarga ini adalah Mohd Shazmie Izwan Safiyee, 35 tahun dan W.Ahmad Ritmauddeen W.Abu Bakar, 45 tahun yang  akan mencari rumah sewa di kawasan yang lebih selamat untuk didiami. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat berkata laporan yang diberikannya kepadanya mendapati kedua-dua keluarga mangsa ini layak menerima bantuan ini. Menurutnya, bantuan rumah sewa secara bulanan ini akan ditanggung oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). "Saya telah memanggil pihak MAIDAM untuk menyelesaikan perkara ini dan permohonan akan diproses secepat mungkin.  "Satu keluarga lagi yang terlibat telah mempunyai rumah yang lain manakala sebahagian besar yang tinggal di sini merupakan penyewa rumah. Saya menasihati mereka ini agar mencari rumah sewa yang lain," katanya ketika ditemui pemberita, kelmarin. Dalam pada itu Hanafiah turut mengingatkan kepada pemilik rumah di kawasan tersebut agar tidak lagi memberikan rumah mereka kepada penyewa lain. "Ianya adalah bagi memastikan keselamatan penduduk setempat diutamakan agar tidak ada perkara yang tidak diingini akan berlaku,"jelas beliau.
15 Jan 25
970
Anak IC Lain, Bolehkah Dapat Bantuan Terengganu?
Anak IC Lain, Bolehkah Dapat Bantuan Terengganu?
Kebanyakan dilema ibu bapa kelahiran Terengganu di perantauan adalah berkait dengan bantuan pendidikan anak-anak mereka.
14 Jan 25
295
Kedai ‘Ditelan’ Ombak, Warga Emas Hilang Punca Pendapatan
Kedai ‘Ditelan’ Ombak, Warga Emas Hilang Punca Pendapatan
Seorang warga emas hilang punca pendapatan utama selepas kedai makan dan bangsal memproses hasil laut yang diusahakan sejak 20 tahun lalu di Kampung Tanjung, Pantai Batu Rakit di sini, roboh ekoran dibadai ombak besar. 
14 Jan 25
138
14 Tahun Penduduk Kampung Darat Hidup Tanpa Elektrik
14 Tahun Penduduk Kampung Darat Hidup Tanpa Elektrik
SETIU, 13 Januari – Setelah 14 tahun hidup dalam kegelapan, keluarga Tumiran Munawar dan penduduk Kampung Darat, Batu Rakit akhirnya dapat menikmati kemudahan elektrik yang amat mereka dambakan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, sebelum ini, Tumiran, 73, dan keluarganya terpaksa bergantung sepenuhnya kepada generator untuk meneruskan kehidupan seharian mereka sejak mereka mula menetap di kampung tersebut pada tahun 2010.  Katanya, setiap tahun, keluarga ini terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi untuk menggantikan generator yang rosak, sehingga kini mereka telah menukar sebanyak tujuh generator. "Keadaan ini sangat membebankan mereka. Bayangkan, di tengah kesulitan hidup sebagai petani, mereka terpaksa berhadapan dengan masalah bekalan elektrik yang tidak menentu.  "Tumiran dan isterinya, bersama anak-anak, juga menggunakan lampu solar sebagai sumber pencahayaan yang terhad. Tiada peluang untuk menikmati kemudahan asas yang dianggap biasa oleh ramai orang," kata Mohd Shafizi. Menurut beliau, kehidupan mereka akhirnya berubah dengan adanya bekalan elektrik yang stabil, suasana yang dulunya suram dan gelap kini penuh dengan cahaya, memberi harapan baru kepada mereka untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.  "Alhamdulillah, hari ini, kehidupan mereka berubah. Mereka tidak lagi perlu bergantung kepada generator yang sering rosak, dan boleh menikmati keselesaan hidup yang sepatutnya dinikmati oleh setiap insan," tambahnya dengan penuh rasa syukur. Menurut Mohd Shafizi, projek pemasangan bekalan elektrik ini melibatkan pemasangan 69 tiang elektrik, yang bukan sahaja akan memberi manfaat kepada keluarga Tumiran, tetapi juga seluruh penduduk Kampung Darat.  "Dengan adanya bekalan elektrik yang stabil, penduduk setempat kini boleh merancang untuk membangunkan rumah, mengusahakan pertanian, dan membuka peluang pekerjaan baru. "Harapan saya, projek ini bukan sekadar memberi kemudahan elektrik, tetapi juga membuka jalan kepada pembangunan yang lebih pesat dan memberi peluang kepada penduduk untuk mengecapi kehidupan yang lebih baik," katanya, penuh optimis. Beliau turut merakamkan penghargaan yang mendalam kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu, yang diketuai oleh Pengurus Besar, Ir. Mohamad Mohyddin Mohamed Nor, serta seluruh pasukan TNB dan kontraktor yang telah berusaha gigih merealisasikan projek ini.  "Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya hulurkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini. Kerjasama dan usaha yang berterusan ini telah membawa perubahan besar kepada masyarakat luar bandar yang sebelum ini hidup dalam kegelapan.  "Ini adalah bukti bahawa dengan tekad dan sokongan bersama, kita boleh mengubah kehidupan insan lain," ujarnya.
13 Jan 25
206
Lebih 300 Nelayan Terima Bantuan
Lebih 300 Nelayan Terima Bantuan
KEMAMAN, 10 Januari - Seramai lebih 300 orang nelayan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai menerima bantuan sempena Program Santuni Nelayan DUN Cukai 2025 yang diadakan, baru-baru ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat berkata bantuan seperti itu diberikan setiap tahun kepada para nelayan, di sini. "Kami memahami apa yang dirasai oleh para nelayan. Di musim tengkujuh, mereka tidak dapat turun mencari rezeki akibat ombak yang kuat. Keselamatan mereka perlu diutamakan. "Oleh yang demikian, program sebegini diadakan bagi membantu mereka. Semoga dapat meringankan sedikit bebanan yang mereka sedang hadapi," katanya. Program tersebut telah berlangsung di pekarangan Surau Haji Muda, Kampung Geliga. Dalam majlis ini, Hanafiah telah menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan beras kepada setiap penerima. Semua nelayan yang hadir turut diraikan dengan jamuan tengah hari.
10 Jan 25
126
Hotel di Pulau Poh Beroperasi Tahun Depan
Hotel di Pulau Poh Beroperasi Tahun Depan
Projek pembangunan hotel di Pulau Poh, Tasik Kenyir yang telah mengambil masa lebih kurang sepuluh tahun dengan nilaian kos sebanyak RM97.4 juta itu akhirnya menghampiri peringkat akhir pembangunan dan dijangka mula beroperasi sekitar pertengahan tahun 2025.
26 Dec 24
159
SHMMP KRISMAS: 176 Anggota KPDN Terengganu Ditugaskan Pantau Harga
SHMMP KRISMAS: 176 Anggota KPDN Terengganu Ditugaskan Pantau Harga
Seramai 118 Pegawai Penguat Kuasa dan 58 Pegawai Pemantau Harga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu ditugaskan menjalankan pemeriksaan dan pemantauan bagi memastikan pematuhan oleh peniaga sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2024 berkuatkuasa 23 hingga 27 Disember ini.
24 Dec 24
51
Jualan Rahmah Di Terengganu Catat Nilai Jualan Lebih RM39 Juta
Jualan Rahmah Di Terengganu Catat Nilai Jualan Lebih RM39 Juta
Jualan rahmah di Terengganu mencatatkan nilai jualan melebihi RM 39 juta ringgit daripada penganjuran 854 program siri dari bagi tempoh 1 januari hingga 22 disember lalu.
24 Dec 24
59