lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

SG4 Perkasa Dakwah, Bukan Hanya Berorientasi Pelaburan
SG4 Perkasa Dakwah, Bukan Hanya Berorientasi Pelaburan
Kerjasama yang terjalin antara negeri membentuk 'State Government 4' (SG4) bukan hanya berorientasi pelaburan bagi memperkukuhkan ekonomi tetapi turut mencakupi aspek yang lain termasuk memperkasakan dakwah.
14 Oct 24
52
GBS Marang Jadi Hub Pertama di Pantai Timur
GBS Marang Jadi Hub Pertama di Pantai Timur
KUALA TERENGGANU, 13 Oktober - Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) di Marang merupakan yang pertama di Pantai Timur  bakal menjadi hub penting bagi perkhidmatan inovasi dan teknologi yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan sekali gus menarik para pelabur yang akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi Terengganu. Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, secara tidak langsung GBS bakal menjadikan Terengganu sebagai destinasi perniagaan yang akan dikenali dunia. Menurutnya, pusat GBS akan  berperanan sebagai pusat kemudahan digital dan penrniagaan kepada rakyat memenuhi kehendak masa kini sekali gus bertepatan dengan visi kerajaan negeri di bawah Pelan Penjanaan Pendapatan Baharu Negeri Terengganu. "Di bawah pelan ini, kerajaan negeri Terengganu membuat perancangan untuk jangka masa panjang bagi menjana pendapatan baharu dari sumber yang lebih pelbagai dan pembukaan pusat ini akan menyokong perancangan pelan tersebut. "Selain dari meningkatkan kecekapan operasi syarikat-syarikat yang beroperasi di negeri Terengganu khususnya dan saya percaya potensi yang dimiliki oleh pusat GBS ini. "Tengok kepada fasiliti, kemudahan dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak saya percaya ia akan muncul sebagai 'centre' yang sangat penting dan dikenali bukan sahaja dalam negara kita bahkan di seluruh dunia, insya-Allah," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pelancaran Pusat GBS Pertama di Pantai Timur, Dewan Kristal Redang, KompleksTM Medah jaya, di sini, hari ini. Dalam pada itu, Ahmad Samsuri mengharapkan agar para pelabur dan peniaga sama ada dari syarikat kecil atau syarikat besar di luar sana khususnya dari Terengganu akan menjadi faktor untuk negeri ini  menjadi salah satu destinasi perniagaan. "Penubuhan pusat ini juga akan memastikan negeri kita mempunyai persekitaran kondusif untuk kejayaan mereka (pelabur dan peniaga). "Banyak perkara yang boleh dimanfaatkan melalui penubuhan GBS ini dan saya percaya syarikat-syarikat yang berada di bawah kerajaan negeri, di bawah GLC negeri akan berunding dan bebrincang dengan TM One untuk sama-sama kita mewujudkan kerjasama PINTAR. "Mewujudkan kerjasama bagi meningkatkan kecekapan syarikat-syarikat dan juga membantu mengupayakan lagi TM One, insya-Allah," jelasnya lagi.   Beliau turut merakamkan tahniah kepada pasukan TM yang diyakini ia merupakan salah satu kejayaan yang penting untuk syarikat terbabit. "Saya percaya ia merupakan salah satu milestone yang penting kepada TM dan juga kepada daerah Marang dan juga negeri Terengganu secara khususnya," ujarnya.
13 Oct 24
3007
EPIC Berhad, MRL Kerjasama Teroka Integrasi ECRL
EPIC Berhad, MRL Kerjasama Teroka Integrasi ECRL
KUALA TERENGGANU, 9 Oktober - Anak Syarikat Kerajaan Terengganu, Eastern Pacific Corporation Berhad (EPIC Berhad) dan Malaysian Rail Link Sdn Bhd (MRL) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai langkah menjalinkan kerjasama strategik bagi mengintegrasikan operasi syarikat terbabit dengan rangkaian Projek Laluan Rel Pantai Timur (REL). Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, memorandum yang ditandatangani itu selari dengan usaha kerajaan negeri untuk memaksimakan potensi Pelabuhan Kemaman sebagai hab maritim dan logistik serantau. "Bertepatan dengan kerancakkan semula industri perdagangan dan perkapalan global, bukan sekadar 'oil and gas' semata-mata. "Ini dapat memastikan kelancaran integarasi operasi logistik Epic Berhad dengan rangkaian ECRL, khususnya di laluan pemisah atau 'spurline' di Pelabuhan Kemaman. "Sekali gus meningkatkan kecekapan pengendalian kargo selain merealisasikan sasaran menjadikan Pantai Timur sebagai hab logistik pilihan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani MoU tersebut di Dewan Gamelan 3, Primula Beach Hotel, di sini, hari ini yang turut dihadiri oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC Berhad, Ts. Muhtar Suhaili dan Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Dato' Sri Darwis Abdul Razak. Dalam pada itu, Ahmad Samsuri merakamkan penghargaan kepada Loke atas usaha untuk memaksimakan impak positif dalam projek infrastruktur berskala besar. "Seperti ECRL ini yang merentasi beberapa negeri khususnya Negeri Terengganu, tentunya kerjasama seperti ini adalah amat penting agar ECRL ini dapat dimanfaatkan semaksimanya," ujar beliau.  
09 Oct 24
500
Terengganu Harap Belanjawan 2025 Adil, Tiada Cukai Baharu
Terengganu Harap Belanjawan 2025 Adil, Tiada Cukai Baharu
Kerajaan Terengganu mengharapkan peruntukan Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober ini dapat disalurkan secara adil untuk semua negeri di samping tiada pengenalan cukai baharu.
06 Oct 24
121
Terengganu Lulus Dua Syarikat Laksana Kajian Lombong REE
Terengganu Lulus Dua Syarikat Laksana Kajian Lombong REE
KUALA NERUS, 3 Oktober - Kerajaan Terengganu sudah meluluskan permohonan dua syarikat untuk melakukan kajian awal bagi menentukan skop perlombongan Unsur Nadir Bumi (REE) di negeri terbabit. Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, dua syarikat itu diberi tanggungjawab melakukan proses penerokaan sejak Ogos lalu bagi menentukan tahap kedalaman sebelum proses perlombongan. Ujarnya, dari lapan syarikat yang memohon untuk terlibat dalam proses membabitkan REE tersebut hanya dua syarikat sahaja yang diluluskan setakat ini. "Kerana mereka telah memohon dalam tempoh yang begitu lama bagi melakukan kajian tahap kedalaman melombong termasuk perincian proses menggerudi kawasan perlombongan, semua itu ada kiraannya yang tersendiri. "Selepas kerja awal itu barulah sumber itu boleh dikeluarkan dengan kadar maksimum. "Hasrat kita memang hendak beri kelulusan kepada lapan-lapan syarikat yang telah memohon ini, kita berikan selepas proses kajian dilakukan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Dialog EXCO di Dewan Jubli Perak, Bandar Baru Kuala Nerus, di sini, kelmarin. Turut serta, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato' Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Hishamuddin Abdul Karim. Mengulas lebih lanjut, Nurkhuzaini berkata selepas kajian dilakukan fasa seterusnya akan dapat dilakukan. "Kita jangka dalam Jun tahun hadapan kita akan luluskan lesen perlombongan untuk keluarkan hasil tersebut. "Dalam masa yang sama kita tengah jalinkan hubungan dengan 'player industry' untuk keluarkan karbonat dahulu yang akan diproses untuk dibuat magnet yang menghasilkan kuasa lebih 70 kali ganda, ia digunakan dalam menghasilkan kereta elektrik," ujarnya.  
04 Oct 24
2651
Sasar Tubuh 150 Koperasi Baharu Dalam Tempoh Tiga Tahun
Sasar Tubuh 150 Koperasi Baharu Dalam Tempoh Tiga Tahun
Dalam usaha memperkasa sektor koperasi di negeri ini, Kerajaan negeri Terengganu menyasarkan penubuhan 150 koperasi baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang.
03 Oct 24
127
Terengganu Catat Hasil Jualan RM528,000 di MAHA
Terengganu Catat Hasil Jualan RM528,000 di MAHA
Pavilion Terengganu menjadi tumpuan ramai semasa berlangsungnya Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) dengan menghasilkan jualan sebanyak RM528,000.
03 Oct 24
70
Pesta Buku Terbesar Terengganu Berakhir Esok
Pesta Buku Terbesar Terengganu Berakhir Esok
KUALA TERENGGANU, 30 September - Penganjuran Pesta Buku terbesar peringkat negeri di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu yang bermula 25 September lalu akan berakhir esok. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri merangkap Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, Ridzuan Hashim berkata Pesta buku kali ini merupakan program paling ditunggu-tunggu oleh para penulis, pembaca dan peminat buku yang sentiasa dahagakan ilmu. Katanya, program yang diadakan setiap tahun bermula 2018 itu dijayakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) serta tajaan Syarikat Muda Osman Sdn Bhd (SMO). "Seramai 73 penerbit dari tempatan dan luar turut hadir. Selain itu, jualan alat bantuan mengajar dan juga alat tulis turut diadakan pada Pesta Buku kali ini. "Pelbagai kategori bahan bacaan juga dijual seperti novel, komik, buku pelajaran dan bahan bacaan umum dengan harga promosi berpatutan, pelbagai pengisian program disediakan kepada pengunjung yang hadir sepanjang tempoh tujuh hari pesta buku ini berlangsung dengan pelbagai kategori bermula dari kanak-kanak hingga dewasa. "Antara aktiviti menarik turut diselitkan adalah pertandingan mewarna, bercerita, kuiz, busana perpaduan, jigsaw puzzle, ceramah kekeluargaan, bicara karya, ulasan sukan spontan, permainan tradisional, pertunjukan wayang kulit, busking dan banyak lagi program disediakan, pesta kali ini menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pengunjung," katanya kepada media. Selain itu katanya, jualan makanan daripada peniaga-peniaga food truck dan Bazar PPAT, dan juga kehadiran figura terkenal tanah air bagi memeriahkan lagi suasana. “Antara figura terkenal tersebut iaitu Datuk Imuda, Ben Wong, Sharina Elisa, Muzuza, Adik Dhani, Hudanajwa dan ramai lagi masing-masing mempunyai slot khas. “Semasa berlangsungnya Pesta Buku ini, perkhidmatan Perpustakaan juga telah dilanjutkan sehingga jam 10 malam, melibatkan bahagian kanak-kanak dan pinjaman dewasa. “Turut memeriahkan Pesta buku kali ini pembukaan kaunter semakan Wang Tak Dituntut (WTD) oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia, perkhidmatan kaunter bergerak oleh MAIDAM, pameran robotik daripada TATIUC. “Saya amat mengharapkan agar semua pihak terlibat semasa Pesta Buku kali ini sentiasa komited dalam usaha meneruskan dan memajukan industri media cetak dan seterusnya membangunkan masyarakat berilmu pengetahuan, jadi rebutlah peluang ini untuk mendapatkan buku kegemaran dengan harga mampu milik,” ujarnya.
30 Sep 24
973
Meterai Perjanjian Bersejarah dalam Tenaga Hijau dan Kecekapan Tenaga
Meterai Perjanjian Bersejarah dalam Tenaga Hijau dan Kecekapan Tenaga
Memorandum Perjanjian Tenaga Hijau adalah lambang kepercayaan terhadap tenaga yang diperbaharui sebagai jalan utama dalam mengurangkan pelepasan karbon dan mengurangkan pergantungan kepada bahan bakar fosil.
23 Sep 24
92
10 Projek Berimpak Tinggi Dalam Draf Rancangan Tempatan Hulu Terengganu
10 Projek Berimpak Tinggi Dalam Draf Rancangan Tempatan Hulu Terengganu
Sebanyak 111 cadangan pembangunan dalam Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Terengganu, Terengganu 2035 (Penggantian) bernilai RM14.08 bilion yang akan dilaksanakan dalam tempoh 11 tahun.
18 Sep 24
1002