lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Terengganu Laksana Sistem E-Invoice Menjelang 2026
Terengganu Laksana Sistem E-Invoice Menjelang 2026
KUALA TERENGGANU, 23 Disember - Terengganu akan setanding dengan negara-negara Eropah apabila merancang untuk melaksanakan sistem E-Invoice bagi cukai menjelang 2026. Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau, Mohd Nur Khuzaini Ab Rahman berkata, langkah proaktif itu juga akan mengoptimumkan hasil pendapatan negeri. "Alhamdulillah, perbincangan awal mengenai pelaksanaan E-Invoice di Negeri Terengganu telah memberikan gambaran yang jelas dan positif. "Ini adalah langkah proaktif yang perlu diteruskan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan hasil negeri," ujarnya dalam satu kenyataan di facebooknya, di sini, baru-baru ini. Tambah Khuzaini dengan pelaksanaan E-Invoice itu juga Terengganu akan berpeluang bukan sahaja berupaya mengoptimumkan kutipan cukai malah akan turut memperbaiki sistem pengurusan kewangan. "Ini menunjukkan bahawa kita berada di landasan yang tepat untuk mengikuti arus kemajuan global," katanya.  
23 Dec 24
263
Pahang Rayu Terengganu Kurangkan Harga Jual Air
Pahang Rayu Terengganu Kurangkan Harga Jual Air
KUANTAN, 17 Disember – Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail, merayu agar kadar harga air yang dibeli daripada Terengganu dikaji semula supaya lebih murah. “Terengganu kini menetapkan harga jualan air pada kadar RM1.40 semeter padu, jauh lebih tinggi berbanding kadar yang dikenakan oleh Pahang kepada Selangor dan Negeri Sembilan sebelum ini. “Sebagai jiran yang berkongsi sempadan, saya memohon agar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dan CEO Syarikat Air Terengganu (SATU) dapat berbincang untuk menyeimbangkan kadar harga ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Pembinaan Paip Agihan Air dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng, Pahang yang berlangsung di Gebeng, di sini baru-baru ini. Turut hadir, Menteri Besar Terengganu; Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri; Dato’ Nara Setia Dato' Zulkifli Ali, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri; Hanafiah Mat. Menurut Wan Rosdy, Pahang sebelum ini menjual air kepada Negeri Sembilan pada kadar hanya 80 sen semeter padu.  “Namun, harga air yang kita beli daripada Terengganu kini RM1.40.  “Kalau boleh, saya harap harga tersebut dikurangkan walaupun sedikit,” tambahnya. Beliau turut menegaskan kepentingan kerjasama antara negeri jiran untuk mencapai situasi menang-menang.  “Kita saling memerlukan, jadi sewajarnya harga air ini lebih munasabah.  “Kalau lebih mahal sedikit daripada harga jualan kita ke Negeri Sembilan pun, kita masih boleh terima,” ujarnya lagi. Terdahulu, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah menyerahkan projek paip agihan air terawat sepanjang 29.8 kilometer, yang menjadi penyelesaian penting kepada gangguan bekalan air di kawasan perindustrian Gebeng, Pahang. Paip ini, yang menghubungkan Tangki Bukit Kolam, Kemaman, ke Tangki Central B, Gebeng, menyalurkan tambahan 90 juta liter air terawat sehari. Bekalan ini akan memastikan keperluan air bersih kawasan Gebeng dipenuhi, seiring dengan pertumbuhan industri di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Projek ini juga dijangka menangani lonjakan permintaan air bersih, yang diunjur meningkat kepada 466 juta liter sehari menjelang 2025, berbanding bekalan semasa sebanyak 290 juta liter sehari. Projek ini kini membuka laluan kepada pertumbuhan industri yang lebih mapan, sekaligus memberi keyakinan kepada pelabur untuk terus menyokong pembangunan ekonomi wilayah ini.
17 Dec 24
5686
KUTT Bayar Royalti RM1.1 Juta kepada Kerajaan Terengganu
KUTT Bayar Royalti RM1.1 Juta kepada Kerajaan Terengganu
Kerajaan Terengganu telah menerima bayaran royalti daripada anak syarikat kerajaan negeri (GLC), Koridor Utiliti Teknologi Terengganu Sdn Bhd (KUTT) sebanyak RM1,101,489.15 bagi tahun 2024.
16 Dec 24
283
Terengganu Salur Bekalan Air Bersih ke Pahang
Terengganu Salur Bekalan Air Bersih ke Pahang
KUANTAN, 12 Disember – Terengganu kini memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan ekonomi Pantai Timur apabila menyalurkan bekalan air bersih ke Pahang menerusi Projek Paip Pengagihan Air Kemaman-Gebeng.  Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata projek sepanjang 29.8 kilometer yang dikendalikan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) itu akan memastikan penyaluran bekalan air terawat yang stabil ke kawasan perindustrian Gebeng, sekali gus menyokong pertumbuhan industri dan ekonomi di Wilayah Pantai Timur. "Projek ini bukan sekadar infrastruktur, tetapi simbolik kepada hubungan erat antara Terengganu dan Pahang.  “Dengan saluran air ini, kita memenuhi keperluan industri sambil memperkukuhkan kerjasama dua negeri," ujar beliau. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Pembinaan Paip Agihan Air dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng, Pahang yang berlangsung di Gebeng, di sini hari ini. Turut hadir, Menteri Besar Pahang; Dato' Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nara Setia Dato' Zulkifli Ali, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat. Menurut Ahmad Samsuri, projek itu juga menjadi bukti kepada kerjasama strategik antara ECERDC, Syarikat Air Terengganu (SATU) dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP).  “Peranan Terengganu sebagai penyedia bekalan air menunjukkan komitmen negeri ini untuk berkongsi sumber demi kemajuan bersama. "Terengganu bangga dapat menyumbang kepada pembangunan industri di Pahang.  “Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama antara Kerajaan Persekutuan, negeri, dan semua pihak berkepentingan," jelasnya. Kata beliau, dengan bekalan air yang mencukupi, kawasan perindustrian Gebeng, termasuk Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP), kini lebih bersedia untuk menyokong pelaburan dan operasi industri bernilai tinggi. Tambahnya, selain memberi manfaat kepada Pahang, projek tersebut turut menjana pertumbuhan ekonomi di Daerah Kemaman.  “Aktiviti industri yang berkembang dijangka mencipta peluang pekerjaan baharu untuk penduduk setempat, sekaligus merancakkan ekonomi Terengganu. "Inisiatif ini adalah pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dua negeri, memperkukuhkan kedudukan Wilayah Pantai Timur sebagai destinasi pelaburan strategik," ujarnya. Dalam pada itu, projek itu turut menyumbang kepada pengukuhan daya saing kawasan perindustrian Gebeng menerusi sambungan infrastruktur utama seperti Pelabuhan Kuantan, Lebuhraya Pantai Timur, dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) “Ia adalah contoh terbaik bagaimana perkongsian sumber dan kerjasama strategik dapat memacu pembangunan serantau secara mampan,” katanya. Sebagai rekod, projek tersbut mencatat pencapaian signifikan dengan membekalkan tambahan 90 juta liter air terawat setiap hari dari Tangki Bukit Kolam, Kemaman ke Tangki Central B, Gebeng, Pahang. Bekalan ini menjadi tonggak utama dalam memenuhi permintaan air bersih yang dijangka melonjak kepada 466 juta liter sehari menjelang 2025, jauh mengatasi kapasiti semasa sebanyak 290 juta liter sehari. Sebagai nilai tambah, SATU memastikan bekalan ini diberikan kepada PAIP pada kadar kompetitif RM1.40 setiap meter padu, menjadikannya penyelesaian mampan yang mesra kos untuk pembangunan industri di kawasan ini.  
12 Dec 24
530
Terengganu Sasar Jana Hasil RM510 Juta
Terengganu Sasar Jana Hasil RM510 Juta
Kerajaan negeri menetapkan sasaran masa depan Terengganu untuk memperoleh hasil janaan mencecah RM510 juta menjelang tahun 2030.
19 Nov 24
74
Rakyat Resah Gelisah Kos Sara Hidup Kian Meningkat
Rakyat Resah Gelisah Kos Sara Hidup Kian Meningkat
Rata-rata rakyat di negeri ini meluahkan rasa terbeban dengan kos sara hidup yang kian menghimpit ekoran kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
07 Nov 24
0
Rakyat Resah Gelisah Kos Sara Hidup Kian Meningkat
Rakyat Resah Gelisah Kos Sara Hidup Kian Meningkat
KUALA TERENGGANU, 5 November - Rata-rata rakyat di negeri ini meluahkan rasa terbeban dengan kos sara hidup yang kian menghimpit ekoran kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Seorang rakyat, Zulfakri Amin Manaf berkata dengan keadaan yang berlaku ini, dia berharap agar kerajaan negeri mencari jalan dan menyediakan inisiatif terbaik bagi memastikan bebanan dapat dikurangkan. Katanya, kerajaan boleh memikirkan alternatif bagi menaikkan ekonomi melalui pelancongan Terengganu. "Jadi saya mengharapkan belanjawan pada kali ini akan ada pengumuman untuk menaik taraf sektor pelancongan. "Saya tengok untuk tahun 2024 ini, Alhamdulillah sebab kita menerima pelancong yang ramai jadi ambil kesempatan dengan apa jua cara bagi memastikan ia akan menjana peluang pendapatan untuk orang Terengganu. "Dari segi binaan bangunan-bangunan atau pasar raya saya rasa tidak perlu kerana orang datang ke Terengganu mereka hendak 'healing' lari daripada kesibukan," ujarnya yang juga merupakan peniaga di Pasar Chabang Tiga di sini. Sementara itu, Abdullah Ibrahim pula menyuarakan kembimbangan tentang hala tuju Kerajaan Malaysia hari ini apabila dilihat tidak dapat menyelesaikan kos sara hidup yang semakin menghimpit rakyat malah ditambah dengan kenaikan harga barangan. "Walaupun saya peniaga tetapi saya dapat rasakan yang rakyat sangat tertekan dengan kenaikan harga barang, misalnya saya sendiri yang berniaga santan dahulunya santan hanya dijual dengan harga RM10 sekilogram sekarang terpaksa dijual RM14 bagi sekilogram. "Bayangkan harga kelapa yang dibeli dari pembekal dahulunya RM2.00 sekarang mencecah RM2. 70 sebiji, keadaan ini sudah tentu membebankan para pembeli," ujarnya. Tambahnya, seandainya royalti dapat dikembalikan sudah tentu banyak agenda boleh dirancang dan direncanakan kerajaan negeri bagi memastikan inisiatif yang diberikan berupaya mengurangkan bebanan dihadapi. Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Pasar Chabang Tiga, Marzuki Omar berkata kuasa membeli rakyat yang semakin terbatas kerana himpitan ekonomi dapat dilihat apabila pembeli di pasar itu tidak sebagaimana sebelum ini. Dalam pada itu seorang anak muda, Mohd Arif Raidi pula mengharapkan agar belanjawan yang akan dibentangkan nanti akan memberi tumpuan dan fokus kepada pembangunan belia dengan memperbanyakkan program serta apa jua aktiviti yang bemanfaat untuk mereka. "Insya-Allah dengan perhatian dan fokus yang diberikan akan menjadi pendorong untuk kami menjadi modal insna yang baik untuk negeri Terengganu selayaknya sebagai aset yang berperanan menyumbang kemajuan kepada negeri ini secara khusus dan Malaysia secara amnya," katanya.  
05 Nov 24
357
Sertai Brics Luaskan Peluang Ekonomi Buat Malaysia - Dr Sam
Sertai Brics Luaskan Peluang Ekonomi Buat Malaysia - Dr Sam
KUALA LUMPUR, 29 Oktober - Langkah Malaysia menyertai BRICS yang kini diketuai oleh Rusia dijangka dapat memperluaskan peluang ekonomi dan memainkan peranan lebih aktif di arena antarabangsa. Ahli Parlimen Kemaman, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, menyatakan sokongan penuh terhadap kedudukan Malaysia sebagai rakan strategik dalam blok ekonomi BRICS. “Usaha pembangunan negara tidak boleh hanya bergantung pada inisiatif domestik semata-mata, jika kita terus bersikap pasif di peringkat antarabangsa, kemajuan negara mungkin terencat.  “Justeru, dengan keterlibatan Malaysia dalam BRICS, kita bukan sahaja mempunyai akses kepada pelbagai peluang ekonomi, malah dapat berperanan dalam membentuk naratif geopolitik global,” ujarnya. Menteri Besar Terengganu itu turut menekankan bahawa kerjasama dalam BRICS membuka pintu yang luas bagi Malaysia, terutama dalam aspek perdagangan, pelaburan dan perkongsian sumber.  “Sebagai sebuah negara kecil, peluang untuk bekerjasama dalam rangkaian yang luas ini memberi kita ruang untuk menentukan hala tuju sendiri dalam landskap ekonomi global yang kini sangat dinamik.  “Ini adalah langkah untuk mengukuhkan kestabilan ekonomi kita sambil membina hubungan lebih erat dengan negara-negara rakan di BRICS,” jelas beliau. BRICS, sebuah blok ekonomi yang dianggotai oleh Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan, mempunyai pengaruh besar dalam pelbagai sektor ekonomi global, dengan kemasukan Malaysia sebagai rakan strategik, peluang ekonomi yang lebih luas dijangka bakal dinikmati, khususnya melalui perdagangan dan pelaburan.  BRICS juga menawarkan akses kepada sumber yang lebih murah dan perjanjian perdagangan yang lebih fleksibel, sesuatu yang amat bernilai bagi negara sedang membangun seperti Malaysia. Dalam ucapan beliau, Ahmad Samsuri turut menyatakan bahawa menjadi tanggungjawab Malaysia untuk mengoptimalkan peluang ini demi kepentingan rakyat.  “Yang penting adalah, kita mesti memenuhi keinginan dan aspirasi kita sebagai sebuah negara berdaulat, sambil memanfaatkan peluang ini dengan bijak,” tambah beliau.
29 Oct 24
154
EPIC Berhad, MRL Kerjasama Teroka Integrasi ECRL
EPIC Berhad, MRL Kerjasama Teroka Integrasi ECRL
16 Oct 24
102
'Smart Terengganu 2040' Bakal Realisasikan Bandar Pintar
'Smart Terengganu 2040' Bakal Realisasikan Bandar Pintar
Kerajaan negeri optimis Blueprint Bandar Pintar Negeri Terengganu atau 'Smart Terengganu 2040' akan menjadi rujukan dalam menginspirasikan inisiatif bandar pintar di negeri ini.
14 Oct 24
174