lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Akhirnya, Kerajaan Terengganu Bantu 'Buskers' Terjejas
Akhirnya, Kerajaan Terengganu Bantu 'Buskers' Terjejas
Kerajaan Terengganu menyampaikan insentif 'one-off' sebanyak RM600 seorang, kepada penghibur-penghibur jalanan (buskers) yang terjejas akibat larangan persembahan jalanan bagi 10 malam terakhir Ramadan yang dikuatkuasakan sebelum ini.
07 Apr 25
72
Terengganu Menuju Era Bandar Pintar & Ekonomi Digital
Terengganu Menuju Era Bandar Pintar & Ekonomi Digital
Terengganu kini bersedia untuk melonjak sebagai pusat bandar pintar dan ekonomi digital, hasil daripada kerjasama strategik antara syarikat milik penuh Kerajaan Negeri, Terengganu Advance Joint Digital Intelligent Developement Corporation (TAJDID) Corporation Sdn. Bhd. dan tiga syarikat teknologi terkemuka.
23 Mar 25
646
Sultan Mizan Kurnia Sumbangan Aidilfitri
Sultan Mizan Kurnia Sumbangan Aidilfitri
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan Majlis Pengurniaan Sumbangan Kepada Fakir Miskin dan Pelajar Sekolah Sempena Hari Raya Aidilfitri 1446H Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) di Istana Syarqiyyah
20 Mar 25
112
Pelita Raya 2025: Satu Kejayaan Walaupun Tersasar Jangkaan Awal
Pelita Raya 2025: Satu Kejayaan Walaupun Tersasar Jangkaan Awal
Festival Pelita Raya 2025 mencatat kehadiran lebih 170,000 pengunjung sepanjang empat hari penganjurannya, satu angka yang masih membanggakan meskipun tidak mencapai sasaran awal lebih 200,000 pengunjung.
20 Mar 25
129
Terengganu Menuju Era Bandar Pintar & Ekonomi Digital
Terengganu Menuju Era Bandar Pintar & Ekonomi Digital
KUALA TERENGGANU, 19 Mac – Terengganu kini bersedia untuk melonjak sebagai pusat bandar pintar dan ekonomi digital, hasil daripada kerjasama strategik antara syarikat milik penuh Kerajaan Negeri, Terengganu Advance Joint Digital Intelligent Developement Corporation (TAJDID) Corporation Sdn. Bhd. dan tiga syarikat teknologi terkemuka. Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, kerjasama dengan syarikat Kiwitech Sdn. Bhd., Digital Dagang Sdn. Bhd., serta Mieruka Sdn. Bhd. itu dijangka mempercepatkan transformasi bandar pintar, e-dagang, dan industri perkilangan digital negeri.  "Kiwitech komited untuk menjadikan Terengganu sebagai negeri pintar yang lebih selamat dan efisien.  "Dengan teknologi canggih, kita dapat membangunkan bandar yang lebih lestari dan mesra rakyat serta mengubah landskap pembangunan negeri.  "Kita mahu Terengganu menjadi contoh dalam penggunaan teknologi bandar pintar," katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Menandantangani perjanjian Persefahaman (MOU) bersama Industri, di Wisma Darul Iman, di sini baru-baru ini. Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri; Mohd Husaimi Hussin, Pengarah Eksekutif TAJDID Corporation Sdn. Bhd.; Azih Yusof. Menurut Mohd Nurkhuzaini, inisiatif ekonomi digital terus diperluaskan melalui platform e-dagang Cartsini oleh Digital Dagang Sdn. Bhd. yang bakal membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) menembusi pasaran global. "Platform e-dagang akan menjadi pemacu utama kepada usahawan digital negeri ini, kita mahu melihat lebih banyak produk tempatan menembusi pasaran nasional dan antarabangsa. “Kemajuan teknologi membuka pintu baharu kepada perniagaan kita, kita yakin, dengan sokongan penuh, PMKS Terengganu mampu bersaing di peringkat global," jelasnya. Sementara itu dalam sektor perkilangan, Mieruka Sdn. Bhd. akan memperkenalkan teknologi perkilangan pintar yang bakal meningkatkan daya saing industri tempatan. "Teknologi ini akan merevolusikan sektor perkilangan di Terengganu. "Automasi dan digitalisasi industri akan meningkatkan kecekapan serta mengurangkan kos operasi, lebih banyak syarikat tempatan perlu mengadaptasi teknologi baharu untuk kekal relevan. "Kita mahu melihat industri tempatan berkembang ke peringkat lebih tinggi dengan teknologi moden," ujarnya.  
17 Mar 25
281
Kerjasama Terengganu-PNB Lonjak Ekonomi dan Peluang Pelaburan Baharu
Kerjasama Terengganu-PNB Lonjak Ekonomi dan Peluang Pelaburan Baharu
KUALA TERENGGANU, 13 Mac - Kerjasama antara kerajaan negeri bersama Permodalan Nasional Berhad (PNB) bakal membuka ruang kepada perbincangan mengenai potensi kerjasama strategik dalam usaha memperkukuhkan ekonomi negeri melalui pelbagai inisiatif pelaburan. Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya amat berbesar hati atas kunjungan hormat daripada PNB yang diketuai Pengerusinya, YM Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad Raja Tun Uda, semalam. Beliau menzahirkan keyakinannya bahawa kerjasama itu bakal memberikan impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat. “Kerajaan Negeri juga sentiasa positif untuk membuka peluang kerjasama antara kedua-dua pihak terutamanya bagi mengukuhkan ekonomi yang lebih mampan melalui projek-projek yang dilaksanakan. “Saya juga amat menggalakkan masyarakat khususnya di Terengganu untuk mengambil peluang dalam pelaburan yang ditawarkan oleh PNB," ujarnya, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, semalam. Kerjasama yang erat ini bukan sahaja akan meningkatkan daya saing Terengganu, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan rakyat melalui pembangunan ekonomi yang inklusif dan mampan. Dr. Samsuri percaya, dengan langkah proaktif, inisiatif-inisiatif yang bakal dilaksanakan akan memberi manfaat jangka panjang kepada negeri Terengganu sejajar dengan matlamat memperkukuhkan ekonomi negeri dan meningkatkan taraf hidup rakyat.  
13 Mar 25
1052
TDM Catat Hasil Tertinggi Sepanjang Masa, Untung Naik 23 Peratus
TDM Catat Hasil Tertinggi Sepanjang Masa, Untung Naik 23 Peratus
KUALA TERENGGANU, 2 Mac – Anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad sekali lagi mencatat rekod baharu dengan pendapatan tertinggi sepanjang masa sebanyak RM645 juta bagi tahun kewangan 2024. TDM dalam satu kenyataan berkata, pendapatan itu meningkat 9 peratus berbanding tahun sebelumnya. Jelas kenyataan itu lagi, Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) Kumpulan juga meningkat kepada RM29.5 juta bagi suku keempat yang berakhir pada 31 Disember 2024. "Melonjak 23 peratus berbanding RM24.0 juta pada tempoh yang sama tahun lalu. "Sepanjang tahun kewangan 2024, pendapatan Kumpulan meningkat sebanyak RM51.1 juta atau 9 peratus, didorong oleh pertumbuhan hasil daripada Bahagian Perladangan sebanyak RM29.6 juta (+11 peratus) dan Bahagian Penjagaan Kesihatan sebanyak RM21.5 juta (+6 peratus)," ujar TDM. Tambah TDM lagi, walaupun terdapat sedikit penurunan dalam PBT tahunan kepada RM11.3 juta berbanding RM14.8 juta tahun sebelumnya, EBITDA masih mencatat jumlah kukuh sebanyak RM110.1 juta. "Prestasi Bahagian Perladangan mencatat EBITDA sebanyak RM37.1 juta (+3 peratus) berbanding RM33.9 juta tahun sebelumnya, dengan PBT sebanyak RM19.7 juta bagi suku ini.  "Prestasi Bahagian Penjagaan Kesihatan Bahagian Penjagaan Kesihatan juga mencatat prestasi kukuh dengan peningkatan hasil sebanyak 3 peratus, daripada RM93.8 juta kepada RM96.9 juta sepanjang suku ini. "Bagi tahun kewangan penuh, pendapatan meningkat 6 peratus kepada RM354.3 juta berbanding RM332.8 juta tahun sebelumnya. EBITDA meningkat kepada RM53.9 juta, manakala PBT turut meningkat kepada RM31.8 juta berbanding RM31.0 juta tahun sebelumnya," kata TDM.    
02 Mar 25
2159
EPIC, Tujuh Rakan Strategik Jalin Kerjasama
EPIC, Tujuh Rakan Strategik Jalin Kerjasama
Syarikat Kerajaan Terengganu, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC Berhad) dan anak-anak syarikatnya telah memeterai kerjasama strategik dengan tujuh rakan perniagaan bagi merancakkan lagi pertumbuhan serta memperkukuh daya saing dan ekonomi tempatan.
23 Feb 25
65
Terengganu, E&H Energy Meterai Perjanjian Kukuh Sektor Gas Asli Cecair
Terengganu, E&H Energy Meterai Perjanjian Kukuh Sektor Gas Asli Cecair
KUALA TERENGGANU, 21 Februari - Kerajaan Terengganu menerusi anak syarikatnya, Mentri Besar Trengganu Incorporated (MBI) memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan E&H Energy Sdn Bhd bagi mengukuhkan sektor gas asli cecair (LNG) di negeri berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian & Teknologi Hijau, Mohd Nurkhuzaini Ab.Rahman berkata, pengalaman syarikat terbabit diperlukan dan dijangka boleh menyumbang kepada ekosistem di Terengganu. "MoU ini  adalah kerjasama strategik antara anak syarikat Terengganu dengan pihak tersebut dengan memiliki pengalaman lebih 15 tahun di dalam industri, E&H Energy Sdn Bhd akan menyumbang kepada ekosistem tenaga di Terengganu dan mengukuhkan rantaian bekalan LNG tempatan. "Kerajaan Negeri Terengganu komited menyokong pelaburan LNG dengan menyediakan kemudahan dan sokongan dasar yang diperlukan. "Kerjasama ini diharapkan akan dapat menjadikan Terengganu sebagai destinasi pilihan bagi perniagaan LNG dan menyokong peralihan tenaga hijau," jelasnya di Facebook rasminya kelmarin. Ujar Nurkhuzaini, melalui Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030), pihaknya telah mengenal pasti pelaburan dalam minyak dan gas serta tenaga sebagai kluster utama untuk pembangunan ekonomi. Ujarnya, sektor LNG berperanan sebagai alternatif lebih bersih bagi mengurangkan emisi karbon dan Terengganu bakal menjadi Hub LNG. "E&H Energy Sdn Bhd telah menganjurkan Majlis 'RGT Kemaman Market Engagement- Business Procpect& Talk' yang telah mempertemukan Terengganu dengan pengusaha utaman LNG," jelasnya. Katanya, permintaan global untuk LNG dijangka akan berlaku peningkatan lebih 50 peratus menjelang 2030 kerana peralihan industri arang baru batu kepada gas. "Pasaran LNG Global dianggarkan berninail USD135.21 bilion pada 2023 dan dijangka mencapai USD 284.10 bilion pada 2032, mencerminkan potensi pelaburan besar dalam infrastruktur dan pendagangan LNG. "'Liberalisation' pasaran gas di Malaysia perlukan pengembangan termila LNG untuk meningkatkan kecekapan dan keselamatan bekalan," tambah beliau.    
21 Feb 25
1262
RM30.8 Bilion Disalur Bangun Tiga Negeri Maju, Terengganu Hanya RM4.2 bilion
RM30.8 Bilion Disalur Bangun Tiga Negeri Maju, Terengganu Hanya RM4.2 bilion
KUALA TERENGGANU, 20 Februari - Kerajaan Persekutuan membelanjakan lebih RM30.8 bilion perbelanjaan pembangunan untuk negeri Johor, Selangor dan Pahang dalam Rolling Plan Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) berbanding hanya sekitar RM4.2 bilion sahaja untuk Terengganu. Ketua Jabatan Penyelidikan & Pembangunan Dasar Institut Strategik dan Integriti Terengganu (TSIS), Mohd Eikhwan Ali berkata, jumlah itu merangkumi 49.3 peratus daripada jumlah keseluruhan RM62.5 bilion bagi perbelanjaan untuk negeri-negeri di Semenanjung Malaysia setakat ini. Selain itu katanya, Johor, Selangor, Perak dan Pahang juga merupakan antara negeri yang merekodkan jumlah terimaan tertinggi pelbagai pemberian oleh Kerajaan Persekutuan. "Justeru, tidak hairanlah negeri-negeri ini mempunyai infrastruktur pengangkutan, utiliti dan komunikasi yang jauh lebih baik berbanding negeri-negeri lain. "Negeri-negeri ini juga mendapat kelebihan perdagangan daripada pelabuhan dan lapangan terbang bertaraf antarabangsa seperti Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pulau Pinang serta KLIA, KLIA2, Senai International Airport dan Penang International Airport ditambah pula dengan jaringan lebuh raya yang menghubungkan dengan banyak destinasi. "Kemudahan-kemudahan ini sangat penting untuk kemampanan ekonomi sesebuah negeri terutamanya dalam merapatkan jurang jarak, masa dan kos untuk perbekalan bahan mentah dan manarik pelaburan asing untuk mempercepat pembangunan dan menambah peluang pekerjaan," katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini. Mohd Eikhwan. Jelas Mohd Eikhwan, landskap negeri-negeri berkenaan juga sangat berbeza dengan Terengganu yang tiada lapangan terbang dan pelabuhan bertaraf antarabangsa manakala Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 juga hanya menghubungkannya dengan Pahang dan Selangor serta KL. "Setelah 68 tahun sejak Rancangan Malaya Pertama diperkenalkan, saiz ekonomi Terengganu sekarang hanya 2.5 peratus daripada saiz ekonomi negara. "Terbukti, betapa terpinggirnya negeri ini sejak dahulu. Tidak mudah untuk membawa keluar negeri ini daripada keterpinggiran ini lebih-lebih lagi oleh Kerajaan Negeri yang baru memasuki penggal kedua," jelasnya. Walau bagaimanapun ujar beliau, berdasarkan data, Terengganu mencatatkan peningkatan lebih baik dalam kadar pertumbuhan ekonomi berbanding negeri maju lain terutamanya selepas pemulihan ekonomi pasca-pandemik Covid-19 pada 2021, meskipun masih belum mampu menyaingi negeri-negeri maju yang memiliki belanja pembangunan yang tinggi. "Di Semenanjung Malaysia, negeri-negeri yang boleh disifatkan sebagai maju seperti Selangor, Johor, Pulau Pinang, Perak dan Pahang mempunyai KDNK yang besar. "Ini antaranya adalah disokong oleh populasi yang besar atau oleh perbelanjaan pembangunan besar diperuntukkan oleh kerajaan Persekutuan," ujarnya.
19 Feb 25
1096