Artikel "Ekonomi" Terkini
PMINT Peroleh Peruntukan RM82.1 Juta
KUALA TERENGGANU, 23 April - Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah berjaya mendapatkan peruntukan berjumlah RM82.1 juta daripada Kementerian Ekonomi melalui pelbagai program pembangunan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Dato' Wan Adnan Wan Derahman berkata, ia juga termasuk melalui 'Rolling Plan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), Projek 'People-Centric, inisiatif kemudahan rakyat dan projek khas.
Ujarnya, antara cadangan pembangunan baharu pula membabitkan Kubang Parit (KP) Perdana fasa 8, dijangka dilancarkan pada suku ketiga 2025 merangkumi 140 unit kediaman dengan reka bentuk moden kotemporari.
"Dalan pengurusan Perindustrian PMINT pula terlah berjaya memeterai 13 perjanjian pajakan tanah industri dan sedang berunding dengan pelabur berpotensi untuk pelaburan baharu bernilai RM6 bilion.
"Antara pelabur termasuk Nova RE Suria (Hydrogen Plant), Eastern Steel (Hot Rod Coil0 dan JXR Manufacturing (Alumina)," ujarnya ketika ditemui pemberita semasa sidang medianya selepas menghadiri Majlis Pelancaran Logo 60 Tahun bertemakan Membina Masa Hadapan yang dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Majlis berkenaan telah diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam.
Dalam pada itu, Wan Adnan turut memaklumkan sebanyak RM46 juta dana pembangunan juga telah diluluskan melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan dan negeri bagi kerja-kerja infrastruktur.
"Bagi kerja-kerja infrastruktur di kawasan industri seperti Gong Medang, Bukit Labohan, Gong Badak, Kertih dan Dungun.
"PMINT turut mengemudi pelaksanaan Dasar Pembangunan Pelaburan Perindustrian Negeri Terengganu 2023-2030 bertujuan menjadikan negeri ini sebagai hab pelaburan terkemuka menjelang 2030,"jelas beliau.
23 Apr 25
695
Pesta Moreh, Pelita Raya Perlu Kekal dalam Landasan Syariat
KUALA TERENGGANU, 20 April — Dalam mengejar arus pembangunan yang pesat, aspek pemerkasaan syariat Islam tidak boleh diketepikan, tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor.
Beliau merujuk kepada isu pesta moreh dan pelita raya yang tular baru-baru ini dan mendapat perhatian masyarakat.
Menurutnya, fenomena itu menjadi semakin ketara apabila ramai rakyat mengambil peluang berniaga pelbagai juadah popular sepanjang Ramadan lalu, menarik kehadiran pengunjung dari dalam dan luar Terengganu.
“Tidak dinafikan aktiviti ini membantu ekonomi rakyat, namun ia perlu dipastikan kekal dalam landasan syariat,” kata Zuraida dalam sidang DUN semalam.
Beliau memuji langkah proaktif Kerajaan Negeri Terengganu yang memperketat peraturan, khususnya melibatkan larangan aktiviti hiburan dalam bulan Ramadan, sebagai usaha menjaga adab dan kesucian bulan tersebut.
“Sebarang bentuk persembahan seperti nyanyian, tarian, penggunaan sistem audio kuat serta muzik kontemporari yang mencetuskan suasana lalai adalah tidak dibenarkan. Kita perlu menjaga adab, bukan menyekat kegembiraan,” ujarnya.
Jelas beliau, larangan ini adalah sebahagian daripada gagasan 'Indahnya Hidup Bersyariat' yang diperjuangkan oleh kerajaan negeri, menekankan keseimbangan antara budaya dan ibadah dalam masyarakat.
Zuraida turut menyeru agar semua penganjur pesta moreh dan pelita raya mematuhi garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa agama, termasuk menjaga adab pergaulan, mengelakkan percampuran bebas lelaki dan wanita serta memberi ruang kepada pengisian rohani seperti tazkirah dan doa.
“Tahniah kepada semua pihak yang berusaha mengawal keadaan ini. Ia mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam membentuk masyarakat yang berbudaya tinggi dan berlandaskan syariat,” katanya.
20 Apr 25
78
Terengganu Serius Teroka Sumber Ekonomi Baharu
KUALA TERENGGANU, 18 April — Komitmen dan kesungguhan Kerajaan Negeri Terengganu dalam meneroka sumber ekonomi baharu yang mampan dan berdaya saing wajar diberikan penghargaan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor.
Beliau berkata, langkah berani dan berpandangan jauh ini membuktikan bahawa kerajaan negeri tidak hanya bergantung kepada sumber tradisi seperti minyak dan gas semata-mata.
"Sebaliknya, Terengganu sedang giat meneroka pelbagai sumber ekonomi baharu selaras dengan perubahan global ke arah tenaga bersih dan mampan," katanya.
Tambah beliau, usaha mempelbagaikan sektor ekonomi seperti pelancongan, ekonomi digital, pertanian moden, industri halal, tenaga boleh diperbaharui serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dilihat seiring dengan aspirasi negara menuju ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.
“Pendekatan ini mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kelestarian ekonomi jangka panjang serta peningkatan taraf hidup rakyat, khususnya anak muda dan graduan,” ujarnya lagi.
Menurut Zuraida, inisiatif bersepadu ini juga memberi impak besar dalam memperkasakan sosioekonomi luar bandar dan mengurangkan kadar kemiskinan negeri.
Beliau optimis bahawa dengan sokongan padu semua pihak, Terengganu akan terus melonjak sebagai negeri contoh yang membangun secara holistik, berintegriti dan diberkati.
18 Apr 25
144
Tarik Anak Muda ke Sektor Pertanian
Kerajaan negeri digesa untuk memperkukuhkan sektor pertanian negeri dengan memberi fokus kepada penglibatan generasi muda.
17 Apr 25
54
ADUN Terima Aduan Penduduk Tidak Boleh Buat Live TikTok
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin memaklumkan bahawa beliau telah menerima aduan daripada penduduk di kawasannya yang menghadapi kesukaran untuk menjalankan urusan perniagaan secara langsung di media sosial seperti TikTok.
17 Apr 25
56
RM1.33 Juta Untuk OKU: Terengganu Serius Mahu Lihat Mereka Berdikari
Kerajaan Negeri Terengganu memperuntukkan sebanyak RM1.33 juta tahun ini bagi mengurus dan mengoperasikan Bengkel Pemulihan Kebajikan Marang, sebagai langkah nyata membantu golongan orang kurang upaya (OKU) keluar dari kepompong simpati dan bergerak ke arah kehidupan yang lebih berdikari.
16 Apr 25
64
Terengganu Semakin Maju, Tarik Minat Pelabur Luar
KUALA TERENGGANU, 15 April - Peningkatan jumlah kedai francais dan pasar raya di daerah kecil seperti Dungun menjadi petunjuk jelas bahawa Terengganu semakin diyakini sebagai destinasi pelaburan yang berpotensi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahimi Zulkifli berkata, kewujudan pelbagai vendor luar di Terengganu menunjukkan keyakinan pihak luar terhadap pembangunan ekonomi negeri itu.
“Saya juga perasan bahawa telah wujud lebih banyak kedai-kedai franchise dari luar. Bahkan bandar sekecil Dungun telah ada pasaraya GIANT, Sushi King, Subway, EMart dan macam-macam vendor luar yang mula bertapak.
“Saya berfikir mungkin inilah masanya negeri ini telah mendapat kepercayaan pihak luar untuk bertapak,” katanya ketika membahaskan titah DYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sempena istiadat Pembukaan Penggal ketiga DUN ke-15 di Wisma Darul Iman, hari ini.
Menurut beliau, negeri Terengganu turut menikmati pembangunan pesat hasil daripada kekayaan sumber semula jadi yang dimiliki, termasuk dari sektor darat dan lautan.
“Inilah kurniaan Allah kepada negeri Terengganu yang bertuah. Hasil dari darat dan lautan yang menjadi rezeki agar kita bersyukur. Dan kita sendiri dapat melihat Pembangunan yang semakin rancak di negeri ini,” katanya lagi.
Mohd Fadhli turut menyentuh perubahan landskap di kawasannya yang kini menyaksikan pertumbuhan pesat sektor industri.
“Jika ditempat saya, telah tersergam bangunan industri dilaluan utama jalan persekutuan Rantau Abang. Pembangunan seperti ini tentu akan memberi manfaat kepada penduduk sekitar dan Pembangunan tenaga kerja profesional dalam bidang-bidang Baharu kelak,” jelasnya.
Beliau menzahirkan keyakinan bahawa Terengganu sedang berada di landasan tepat menuju status negeri membangun.
“Insya-Allah Terengganu mempunyai masa depan yang cerah dalam menjadikan negeri ini sebagai hab ekonomi yang mampu menarik pelaburan Baharu dalam 5 tahun mendatang,” katanya penuh optimis.
15 Apr 25
844
Industri LNG : Anak Terengganu Tidak Ketinggalan
KUALA TERENGGANU, 15 April – Kerajaan Negeri Terengganu memberi jaminan bahawa pembangunan industri LNG turut memberi fokus kepada pembangunan modal insan tempatan serta penjenamaan semula Terengganu sebagai destinasi pelaburan berteknologi tinggi.
Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, projek LNG yang sedang dirancang akan membuka peluang latihan dan pembangunan kemahiran kepada rakyat tempatan.
"Kita akan menyediakan latihan dalam bidang teknologi LNG kepada tenaga kerja negeri ini,” katanya.
"Ini penting bagi memastikan anak Terengganu dapat terlibat secara langsung dan menjadi aset penting kepada industri tenaga masa hadapan.” katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika menjawab soalan lisan ADUN Bandar, Ahmad Shah Muhamed dalam Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Ketiga, Dewan Undangan Negeri Kelima Belas, di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.
Menurut Nurkhuzaini, selain meningkatkan kemahiran tenaga kerja, projek ini juga akan memperkukuh imej Terengganu sebagai negeri pelaburan yang dinamik dan berdaya saing.
"Kehadiran hab LNG akan menjadikan negeri ini lebih menarik kepada pelabur antarabangsa.
"Sektor perkhidmatan, pelancongan dan perniagaan tempatan juga bakal menerima limpahan manfaat secara langsung daripada pembangunan ini," tambahnya.
15 Apr 25
542
Inisiatif Terengganu Teroka Industri Solar Pacu Ekonomi Negeri - Sultan Mizan
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri kerana telah berjaya meneroka potensi besar dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, terutamanya industri solar.
15 Apr 25
73
Lemang Popular Kini Boleh Didapati Di R&R Kijal
Lemang kijal yang popular dan laris setiap kali menjelang perayaan kini berpeluang untuk dirasai oleh semua pelancong serta pengunjung yang melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) apabila ia dijual di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kijal.
07 Apr 25
141