Artikel "Ekonomi" Terkini
Terengganu Miliki Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif
KUALA TERENGGANU, 14Â Ogos- Berdasarkan kajian di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dari 2016 sehingga 2020 lalu, Malaysia dianggarkan memiliki 15.2 juta tan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) yang telah dikenalpasti terdapat di Terengganu.
Selain negeri ini, ia juga dikenalpasti terdapat di sekitar kawasan pedalaman Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.
Pembangunan NR-REE di Malaysia ini akan menjadi peluang baharu yang harus digunakan sebaiknya oleh pihak kerajaan bagi merancakkan semula industri mineral negara.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, peluang berkenaan sewajarnya dimanfaatkan oleh kerajaan kerana harga mineral itu bakal melonjak besar dalam tempoh dua dekad kelak.
Jelasnya, jika dinilai daripada trend semasa, pengeluaran sumber berkenaan dijangka akan terus meningkat dan akan menjadi keperluan utama kepada ledakan bidang Revolusi Industri Keempat (4IR).
"Berdasarkan penemuan sumber NR-REE yang bernilai tinggi ini, saya yakin negara kita mampu untuk bersaing di peringkat global bagi menjadi pemain utama serantau dalam membekalkan sumber ini.
"Rantaian pengeluaran domestik tidak hanya akan menguntungkan rakyat Malaysia, tetapi turut dapat menarik minat pelaburan asing, terutama ketika ekonomi dunia berusaha mempelbagaikan sumber bekalan mereka selain dari negara China," katanya dalam ucapan perasmian Simpomin NR-REE Kali Ke-10, di Putrajaya, kelmarin.
Mengulas lanjut katanya, kementeriannya sudah menetapkan beberapa sasaran utama yang merangkumi penumpuan terhadap pembangunan keseluruhan rantaian nilai NR-REE khusnya bagi peringkat pertengahan dan hiliran.
"Antarnya penggunaan sumber NR-REE secara optimum melalui penghasilan nilai tambah produk mineral tempatan, menarik kemasukan pelabur dari dalam dan luar negara bagi mewujudkan industri yang memiliki rantaian mineral yang lengkap dan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam industri ini.
"Terutamanya dari aspek pemindahan teknologi, Kepakaran dan Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (R&D&C&I) dan akan turut membuka peluang pekerjaan melalui pewujudan ekosistem pembangunan industri mineral dan mengekalkan kelestarian alam sekitar.
"Melalui amalan prinsip perlombongan secara bertanggungjawab dan mampan,"ujarnya.
Ujarnya lagi, harganya juga dijangka akan meningkat sehingga 700 peratus kerana mendapat permintaan yang tinggi.
"Kerana bahan mentah ini jika diproses boleh digunakan untuk sektor pembuatan terutamanya bagi penghasilan kereta elektrik, komputer, telefon pintar, industri bateri, magnet berintensiti tinggi,pembuatan kaca dan banyak lagi produk," katanya.
Â
14 Aug 22
3578
ECERDC Lahir 2,447 Usahawan Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 4Â Ogos - Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC) berjaya melahirkan 2,447 usahawan di bawah bimbingannya di Terengganu sejak 2018.
Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Baidzawi Che Mat, berkata melalui program ini, pihaknya membangunkan modal insan, terutama dalam golongan B40, penganggur, suri rumah yang berkelapangan dan mereka yang memerlukan bimbingan perniagaan.
"Kita menggabungkan elemen latihan dan bimbingan dengan memberikan pendedahan tentang pengetahuan teknikal, kemahiran pengurusan serta kemahiran berkaitan pemasaran digital bagi membantu mereka menjalankan perniagaan secara formal.
"Dalam masa yang sama pihak kami mewujudkan satu jalinan kerjasama dengan universiti setempat bagi memberi tunjuk ajar kepada peserta,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Tamat Kursus Latihan dan Penyerahan Kit Permulaan Perniagaan Program Pembangunan Usahawan Mikro Baharu Empower ECER, di sini, semalam.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Pengguna Terengganu, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.
Dalam majlis tersebut, seramai 450 peserta dari empat daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Setiu, menerima kit permulaan perniagaan bernilai RM1,500 dalam bentuk barangan.
Menurutnya, kesemua peserta tersebut akan diberi bimbingan berterusan dari peringkat memulakan perniagaan hingga ke pemasaran produk.
Tambahnya, ECERD juga menyasarkan pelaburan sehingga RM70 bilion, 120 ribu peluang pekerjaan dan 60 ribu peluang perniagaan di wilayah ini bermula 2018 hingga 2025.
"Tiga elemen penting menjadi tumpuan iaitu membawa masuk pelaburan, menjana peluang pekerjaan dan perniagaan di wilayah Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER) di Kelantan,Terengganu, Pahang dan daerah Mersing, Johor," ujar beliau.
Sementara itu, Mohd Nurkhuzaini berkata agenda kesejahteraan rakyat akan terus diperkukuhkan menerusi penyediaan fasilitasi serta kemudahan kepada usahawan dan bakal usahawan termasuklah mereka yang menjalankan perniagaan secara tidak formal.
"Pada tahun 2022, kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM10 juta dibawah Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera
 (TUGAS) khusus bagi pengukuhan kepada usahawan mikro di Negeri Terengganu yang diuruskan dibawah Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU).
"Kita juga telah memperuntukkan sejumlah RM2.0 juta bagi Program Tunas Usahawan khususnya kepada para belia.Â
"Ini termasuk pelbagai aktiviti keusahawanan termasuklah latihan, promosi, penyediaan infra bimbingan berterusan terus dilaksanakan oleh agensi dibawah kerajaan negeri serta
agensi persekutuan di Negeri Terengganu," katanya.
Â
Â
04 Aug 22
548
Keunikan Replika Bot Dengan Alat Kawalan Jauh
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Replika Bot Dengan Alat Kawalan Jauh boleh berhubung terus dengan Asrol di talian 01112909836
09 Jul 22
475
Terengganu, ECERDC Sasar Tarik Pelaburan RM5 Bilion Dari Korea
KUALA TERENGGANU, 7 Julai - Kerajaan Terengganu dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menyasarkan untuk menarik pelaburan berpotensi dari Korea Selatan yang dianggarkan bernilai RM5 bilion.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri Terengganu, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar serta Ketua Pegawai Eksekutif Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Baidzawi Che Mat telah ke Korea Selatan pada bagi mempromosi wilayah ECER sebagai destinasi pelaburan pilihan.
Baidzawi berkata, misi lawatan ke negara terbabit bermula dari 25 Jun hingga 2 julai adalah kesinambungan komunikasi berterusan antara pihaknya dengan pelabur sasaran di Korea Selatan sejak tahun lalu.
Beliau menaruh keyakinan tinggi bahawa syarikat-syarikat di Korea Selatan akan melabur di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), khusunya di Terengganu.
"Pelaburan daripada firma terkemuka di negara berkenaan yang terbabit dalam sektor petrokimia, bahan kimia khusus dan bahan termaju berpotensi untuk membangunkan kilang-kilang pembuatan baharu di Terengganu.
"Rakan kongsi strategik kami turut sama menyertai delegasi ini bagi memudahcara proses rundingan dalam memenuhi sebarang keperluan bakal pelabur, sekali gus menambahkan keyakinan mereka untuk melabur," ujarnya dalam satu kenyataan, kelmarin.
Semasa berada di sana, menurut Baidzawi delegasi telah mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil dari subsektor berpotensi lain yang turut menunjukkan minat untuk melabur dalam bidang bioteknologi, tenaga boleh diperbaharui dan perkhidmat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
"Misi ini dijangka mampu mengukuhkan hubungan dua hala dan menarik lebih banyak pelaburan berpotensi daripada kalangan syarikat Korea Selatan ke ECER dan pihak ECERDC menghargai sokongan yang diberikan oleh pihak MIDA di Seoul sepanjang misi ini,"ujarnya.
Untuk rekod, Korea Selatan merupakan antara rakan dagang terbesar Malaysia dengan nilai perdagangan antara kedua-dua negara berjumlah RM79.78 bilion pada tahun 2020.
07 Jul 22
402
Rakyat Terima Manfaat Projek Perlombongan Bijih Besi
KUALA TERENGGANU, 6 Julai - Rakyat Terengganu akan menerima limpahan manfaat daripada aktiviti perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Dungun yang diusahakan Qew Group Bhd (QCB) dengan tiga syarikat lain.
Pengerusi Eksekutif QCB, Datuk Dr Muhamad Iqbal Mohamad berkata, tiga syarikat yang akan bekerjasama dengan pihaknya itu ialah, Cahaya Kurnia Sdn Bhd, imbasan Damai Sdn Bhd dan Prospect Global Resources Sdn Bhd.
Beliau berkata, projek berskala besar dengan Kos Pembangunan Kasar (GDC) sebanyak RM800 juta itu akan meningkatkan ekonomi setempat yang merupakan jangkaan pihaknya bagi aktiviti perlombongan di kawasan seluas 243 hektar dalam tempoh lima tahun akan datang.
"Ini akan membuka peluang pekerjaan kepada tenaga kerja tempatan selain memberikan jalinan kerjasama dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) setempat.
"Projek pembangunan ini mampu menjana pendapatan lumayan yang boleh dikongsikan bersama pemegang saham utama, pemegang taruh, rakan kongsi dan rakyat dan ia akan memberikan kesan ekonomi yang menyeluruh," ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam taklimat media QCB di Kuala Lumpur, sebagaimana dilaporkan Berita Harian, semalam.
Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya berkeyakinan ia akan memberikan kesan positif yang siginifikan kepada pendapatan kumpulan kerana perlombongan itu mempunyai prospek yang tinggi berdasarkan harga pasarannya ketika ini serta permintaan tinggi dalam pasaran global.
"Berasarkan kebiasaan dalam aktiviti perlombongan, hasil daripada nilai pelaburan adalah sebanyak tiga kali ganda," ujarnya lagi.
06 Jul 22
2451
Taman Rekreasi Agro Darau Mampu Lonjak Potensi Besut
Pembukaan Taman Rekreasi Agro Darau, yang dilancarkan secara rasmi baru-baru ini akan membuka ruang percambahan ekonomi di kawasan Hulu Besut.
12 Jun 22
540
Inovasi Tempatan Tembusi Peringkat Global
Banyak produk Inovasi tempatan berjaya menembusi pasaran di peringkat antarabangsa.
06 Jun 22
350
Koperasi Berperanan Tingkatkan Ekonomi Rakyat
KUALA TERENGGANU, 28Â Mei - Bermula 1922, gerakan koperasi mula diperkenalkan dan telah memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan ekonomi Negara.Â
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato' Yahaya Ali berkata, sebagai usaha mengatasi masalah penindasan oleh orang tengah, koperasi diperkenalkan sebagai organisasi yang berdikari dalam memajukan kehendak sosio-ekonomi anggota-anggotanya.
"Sehingga kini, Gerakan Koperasi telah memasuki pelbagai bidang ekonomi dan menjalankan pelbagai fungsi seperti perumahan, pengangkutan, kemajuan tanah, insurans, percetakan dan perkhidmatan bank.
"Dimaklumkan bahawa sehingga akhir tahun 2022, sebanyak 773 buah koperasi telah didaftarkan di Terengganu, dengan jumlah keanggotaan berjumlah 246,333 orang, jumlah aset bernilai RM680 juta dan jumlah perniagaan koperasi bernilai RM360 juta.
"Jumlah ini didapati meningkat jika dibandingkan pada tahun sebelumnya. Ini menunjukkan sambutan yang baik oleh masyarakat terhadap konsep berkoperasi, lebih-lebih lagi apabila proses penubuhannya yang semakin dipermudahkan," katanya.Â
Beliau kerkata demikian ketika berucap Merasmikan Majlis Hari Koperasi Negara 2022 Peringkat Negeri Terengganu, Sempena Sambutan 100 Tahun Koperasi yang diadakan di The Payang Scout Hotel (Scout Inn), Teluk Ketapang, Kuala Nerus, kelmarin.Â
Turut sama hadir dalam majlis tersebut, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Datuk Muslimin Yahaya, Naib Pengerusi Eksekutif (Dasar Dan Pembangunan) Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Umar Sarim Saidin, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Terengganu, Encik Mohd Aznan Abdul Aziz, Pengarah Institusi Koperasi Malaysia Zon Timur, Puan Haslinda Sujak dan para tetamu semua.
Katanya lagi, Sambutan Hari Koperasi tahun ini yang bertemakan '100 Tahun Gerakan Koperasi Membangun Keluarga Malaysia' mencerminkan bahawa koperasi telah matang dan perlu terus bergerak ke hadapan dengan menggunakan kemahiran untuk menjana peluang-peluang perniagaan.
"Tambahan lagi ketika ini, peluang-peluang perniagaan terbuka luas dalam sektor pertanian, ternakan, perkhidmatan dan perindustrian. Jika kita tidak mampu di segi modal, kita bergabung melalui koperasi untuk merebut peluang-peluang tersebut," jelasnya.
Â
27 May 22
440
Geran RM2.9 Juta Bantu Usahawan Terengganu Terjejas Bencana Banjir
Seramai 962 usahawan informal dan mikro negeri ini yang terkesan banjir menerima geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) bernilai RM2.9 juta oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensinya TEKUN Nasional.
20 Apr 22
247
Geran RM2.9 Juta Bantu Usahawan Terengganu Terjejas Bencana Banjir
KUALA TERENGGANU, 19 April - Seramai 962 usahawan informal dan mikro negeri ini yang terkesan banjir menerima geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) bernilai RM2.9 juta oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensinya TEKUN Nasional.
Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, bantuan berkenaan akan selesai diberikan sebelum Hari Raya Aidilfitri dengan masing-masing akan menerima RM3,000 secara 'one-off'
"Peruntukan secara keseluruhan adalah sebanyak RM50 juta akan memberikan manfaat kepada lebih 16,000 usahawan di seluruh negara di mana permohonan untuk geran ini telah bermula 22 Februari 2022 lalu dan telah ditutup pada 19 Mac 2022," ujarnya.
Beliau berkata demikian melalui kenyataan medianya selepas merasmikan, Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia, di Pusat Konvokesyen, Taman Tamadun Islam, di sini, pada hari ini.
Turut hadir, Pengerusi TEKUN Nasional merangakap Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd kadir, Ketua Pegawai Eksekuti TEKUN Nasional, Dato' Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia, Mohamed Shamir Abdul Aziz serta Pengurus TEKUN Negeri Terengganu, Ghazali Hussin.
Dalam pada itu Noh berkata, pinjaman RM100,000 untuk usahawan yang terlibat dalam Industri Kecil Sederhana (IKS) masih lagi dibuka dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM100 juta dan mengharapkan agar seramai mungkin pengusaha industri membuat permohonan.
Sementara itu, Shaharizukirnain berkata bantuan serta inisiatif seumpama itu sangat penting dalam membantu usahawan memantapkan kembali keupayaan dan perusahaan mereka setelah berhadapan tempoh sukar sebelum ini.
"Agensi di bawah KUSKOP seperti TEKUN Nasional, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Bank Rakyat misalnya akan mampu membantu untuk menambahkan modal perniagaan dan seterusnya melonjakkan pendapatan dan taraf hidup usahawan.
"Saya juga berharap agar agensi-agensi di bawah KUSKOP ini akan mempertingkatkan usaha bagi memberikan bimbingan, khidmat nasihat dan pembiayaan perniagaan kepada usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederahana (PMKS)," ujarnya.
Mengenai bantuan BBKM, kata Shaharizukirnain ia sangat wajar bagi memulihkan kembali PMKS.
"Ini terbukti melalui data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2020, menunjukkan bahawa sumbangan PMKS ini kepada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah 38.2 peratus, ia menjadi indikator sebagaimana yang ditunjukkan oleh negara-negara maju seperti Jepun, Korea Selatan dan Jerman bahawa industri berkenaan telah menyumbang lebih 50 peratus kepada KDNK negara berkenaan.
"Saya ingin melahirkan perasaan bangga kepada usahawan-usahawan yang terlibat ini kerapada dapat hidup berdikari secara 'self-employment dan telah menjana pendapatan sendiri melalui perniagaan yang diceburi untuk keperluan diri dan keluarga selain mampu mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang lain melalui perusahaan ini," ujarnya.
Â
Â
19 Apr 22
449