Artikel "Ekonomi" Terkini
Bangunan Perniagaan Islamik Mercu Tanda Baharu Dungun
DUNGUN, 28 Januari - Daerah ini akan menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong menjelang tahun 2025 apabila bangunan perniagaan bercirikan senibina Islam kontemporari moden serta unik akan menjadi mercu tanda terbaharu di Dungun.
Projek berkenaan akan mula dibangunkan bulan depan di Pusat Bandar Dungun berhampiran Pantai Peranginan Teluk Lipat secara usahasama antara Majlis Perbandaran Dungun (MPD) dan Syarikat Artha Global Sdn Bhd menelan dengan kos lebih RM20 juta.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata bangunan yang direka oleh arkitek terkenal negara, Ar Hud Abu Bakar yang sebelum ini telah menyumbang kepakaran dalam membina 'Menara Merdeka 118' diyakini mampu memberi impak besar terhadap bandar Dungun serta menjadi nilai tambah bagi memajukan pembangunan di kawasan sekitar dengan lebih terancang dan teratur.
"Melalui penerapan seni bina Islam Kontemporari, serta moden dan unik dengan adanya Jabatan Penghubung yang akan dibina ditingkat atas (tingkat empat) di antara kedua-dua bangunan menghadap pemandangan laut sudah tentu selayaknya menjadi mercu tanda baharu di bandar ini.
"Saya berharap projek yang direncanakan ini akan memberi impak yang besar terhadap Bandar Dungun, saya yakin momentum ini mampu diteruskan menerusi jalinan kerjasama MPD dengan pihak Artha Global Sdn Bhd dalam menyakinkan pelabur baharu dan juga pelabur sedia ada untuk memilih Dungun sebagai destinasi pelaburan," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Pembangunan Perniagaan Secara Usahasama Antara MPD dengan Syarikat Artha Global SDN BHD di atas Lot PT 22647 & PT 18106, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dato' Dr Alias Razak.
Mengulas lanjut katanya, kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan penglibatan mana-mana pihak swasta untuk turut sama membantu kerajaan melaksanakan projek-projek pembangunan, termasuklah di tanah milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagaimana hari ini dalam usaha merancakkan pembangunan di Terengganu.
"Saya yakin dengan kapasiti pembangunan sebanyak 72 unit ruang niaga ini, ia mampu memberi peluang kepada rakyat tempatan untuk memiliki hartanah tersebut memandangkan penjualannya adalah secara per unit (hakmilik strata) dan seterusnya mampu melibatkan para peniaga dengan berbagai aktiviti peningkatan ekonomi kepada mereka, warga Dungun, serta Majlis Daerah sendiri,"katanya.
Untuk rekod selain mempunyai Jambatan Pautan yang menhadap pemandangan Laut China Selatan, ia juga akan dilengkapi skrin seni bina bermotif Islam, pinggiran hijau serta 'Angular Carpark' berhadapan dengan kedai yang selesa.
Juga akan menjanjikan pengalaman mewah memberi belah di lot komersil di tepi pantai serta menikmati pemandangan yang indah kerana kompleks bangunan berkenaan akan dilengkapi dengan beranda instragrammable atau mesra foto pada jambatan penghubung yang menghadap ke laut.
28 Jan 23
3293
RM14.5 Juta Bagi Projek Rumah PPTS Marang
Kerajaan negeri telah membelanjakan RM14.5 juta sejak tahun 2018 sehingga 2022 bagi pembinaan Projek Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS) dan baik pulih rumah di daerah Marang.
18 Jan 23
545
Duyong Marina Dapat Pengiktirafan Empat Bintang
Resort milik kerajaan negeri Terengganu, Duyong Marina & Resort (DMR) menerima pengiktirafan empat bintang daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).
31 Oct 22
154
Duyong Marina Dapat Pengiktirafan Empat Bintang
KUALA TERENGGANU, 30 Oktober - Resort milik kerajaan negeri, Duyong Marina & Resort (DMR) menerima pengiktirafan empat bintang daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).
Pengurus besarnya, Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata, sebelum ini pengiktirafan tersebut tidak pernah dipohon dan diterima.
Katanya, DMR kini dalam proses dinaik taraf termasuk dalam sektor patuh syariah sepenuhnya dalam semua aspek.
"Ketika mula-mula diamanahkan saya melihat semua aspek termasuk pengurusannya dari segi pemakaian, pergaulan antara kakitangan dan disenaraikan semua aspek, bagi mewujudkan suasana islamik,kita ada pegawai syariah yang memantau keseluruhan operasi.
"Dari sudut pengurusan dahulu ada perempuan yang terlibat dalam 'manager of duty' sekrang ini kita telah tidak membenarkannya kerana pada kebiasaan tugasan yang dilakukan adalah bersendirian pada waktu malam dan kini hanya ditugaskan pada lelaki sahaja.
"Dari sudut pemakanan kita telah dapat sijil halal membabitkan tempat menyediakan makanan dan juga bahan-bahan yang digunakan,"ujarnya.
 Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir menyerahkan bayaran zakat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu berjumlah RM42,159.65, di Pejabat MAIDAM di sini, baru-baru ini.
Tambah Wan Mohd Faizul, dalam memastikan hotel berkenaan patuh syariah, pelan induk pembangunan DMR akan dilaksanakan.
"Kita berhasrat mewujudkan kolam tertutup sebagaimana di Raia Hotel & Convention Centre Terengganu, ini melibatkan kos yang besar jadi ini disenaraikan dalam pelan induk pembangunan dan tidak boleh dilakukan sekarang cuma yang mampu dibuat adalah menentukan masa berbeza antara lelaki dan perempuan," katanya.
Ujarnya, setiap urusan melibatkan penyewaan lot diperhalusi dan menggunakan penyewaan terma Islamik dan dibincangkan dengan peguam untuk mewujudkan perjanjian yang tida ada unsur riba.
Mengenai perolehan pendapatan pada tahun ini, beliau yakin akan berlaku peningkatan berbanding tahun lepas.
"Sehingga September kita berjaya perolehi RM8Â juta, dan untuk mencapai sasaran pendapatan RM12 juta pula agak mustahil dalam tempoh yang berbaki ini. Pendapatan banyak diperolehi daripada majlis dan 'event' yang dibuat merangkumi 60 peratus, kini kita memiliki 147 kakitangan," katanya.
Dalam pada itu menurutnya, kerja-kerja pengubahsuaian DMR  telah bermula pada 1 Ogos baru-baru dan dijangka siap lebih awal daripada tarikh sebenar.
30 Oct 22
345
Syarikat Perniagaan Perlu Tunai Zakat
KUALA TERENGGANU,30Â Oktober - Syarikat korporat dan perniagaan di negeri ini diingatkan agar menunaikan zakat melalui Majlis Agama dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu.
Yang Dipertua MAIDAM Terengganu, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, ia bagi membolehkan jumlah kutipan tersebut diagihkan kepada golongan asnaf yang benar-benar memerlukan.
Katanya, kebanyakan pemilik syarikat terbabit tidak menyerahkan zakat terus kepada agensi kerajaan negeri itu sebaliknya menyalurkan sendiri bantuan tersebut menerusi Program Tanggungjawab Sosial (CSR).
"Kita sedang berurusan dengan syarikat-syarikat yang belum lagi mengeluarkan zakatnya, dan untuk makluman pendapatan zakat tertinggi selama ini adalah daripada zakat gaji ataupun zakat pendapatan individu dengan perolehan sebanyak RM75 juta manakala perniagaan RM35 juta.
"Bagi saya pegawai kerajaan ataupun beberapa individu sedar mengenai zakat, cuma ahli perniagaan saya melihat secara 'random' tidak mengeluarkan zakat kerana telah dibahagikan secara sendiri di kampung-kampung dengan niat itu zakatnya, apa yang saya maksudkan di sini tidak sampai kepada MAIDAM.
"Tetapi bagi kita kalau ikut fatwa Mufti Terengganu, jika tidak dikeluarkan kepada amil ia tidak dipanggil sebagai zakat, kerana kita (MAIDAM) akan uruskan harta zakat itu supaya sampai kepada golongan yang berhak,"katanya.
Beliau berkata demikian, ketika ditemui pemberita selepas menerima penyerahan wang zakat perniagaan di Duyong Marina & Resort berjumlah RM42, 159.65 kepada MAIDAM, di sini, baru-baru ini.
Dalam pada itu, katanya, jumlah kutipan zakat di Terengganu setakat ini RM157 juta dan menyasarkan untuk mencapai RM240 juta sebelum berakhir tahun ini.
"Insya-Allah mudah-mudahan kita dapat mencapai target peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding tahun lepas dan berhasrat hendak membelanjakan dengan sepenuhnya, alhamdulillah pada tahun ini kita telah membelanjakan RM162 juta,"ujarnya.
Katanya dengan agihan tepat kepada MAIDAM bantuan akan dapat diagihkan sepenuhnya kepada golongan yang memerlukan berdasarkan data yang dimiliki.
"Mengikut data jumlah mereka (asnaf) yang melebihi usia 40 tahun adalah seramai 2,000 orang, mereka mendapat bantuan kewangan bulanan manakala yang miskin daripada golongan muda tidak diberikan bantuan kewangan bulanan sebaliknya diberikan bantuan galakan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.
"Dengan diberikan alatan seperti mesin pemotong rumput, atau yang minat berniaga diberikan gerai menjalankan perniagaan,"katanya.
30 Oct 22
283
181 Pelatih Dirai Dalam Konvokesyen Perantis Jahitan
Seramai 181 orang pelatih diberikan pengiktirafan dan penganugerahan Sijil Tamat Latihan Pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).
20 Oct 22
286
10 Rumah Sembelihan Haiwan Dibina di Seluruh Terengganu
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata sebanyak 10 rumah sembelihan ruminan telah siap dibina di semua daerah di Terengganu termasuk yang baru dirasmikan baru-baru ini iaitu di Wakaf Tapai.
18 Sep 22
72
Pelaburan Petronas, Firma Jerman Janji Pulangan Lumayan Buat Rakyat
Perjanjian yang dimeterai antara syarikat usahasama Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) dan frima Jerman, PCC SE bersama syarikat milik kerajaan Terengganu, Menteri Besar Terengganu (Incorporated) atau MBI, mampu memberikan pulangan lebih baik kepada kerajaan negeri.
01 Sep 22
305
Terengganu Inc Tarik Pelabur Menerusi Projek Berimpak Tinggi
Syarikat induk pelaburan strategik Kerajaan Negeri Terengganu, Terengganu Inc, tekad menarik para pelabur dan mengembangkan landskap ekonomi negeri menerusi peluang pelaburan dalam pelbagai projek seperti projek Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Utara.
30 Aug 22
195
Terengganu Jadi Negeri Pilihan Pelabur
KUALA LUMPUR, 29 Ogos -Terengganu mencatatkan rekod pelaburan sebanyak RM2.3 billion dengan 29 projek pembuatan diluluskan dari 2017 sehingga Jun 2022 dan menjadi antara negeri pilihan para pelabur.Â
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Penggalakan dan Fasilitasi Pelaburan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Mr Sivasuryamoorthy Sundara Raja berkata, lebih separuh daripada pelaburan terbabit melibatan sumber asing dengan mencatatkan rekod berjumlah RM1.27 bilion.Â
"Projek-projek ini telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan lebih 1,727 peluang pekerjaan, terutamanya dalam bidang produk petroleum (termasuk petrokimia), kimia dan produk kimia, produk mineral bukan logam, kayu dan produk kayu, serta mesin dan peralatan.
"Selain itu, dari Januari hingga Mac 2022, pelaburan bernilai RM 7.2 juta telah diluluskan dalam industri pembuatan makanan dan produk kayu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis MIDA Invest Series: Unfolding States Business Potential - A Briefing by Invest Terengganu di Perdana Hall, MIDA.Â
Sivasuryamoorthy berkata, MIDA gembira melihat syarikat terkenal memanfaatkan infrastruktur dan rangkaian perkhidmatan sokongan berpengalaman Terengganu yang mantap.
Beliau berkata, antara syarikat yang terlibat adalah JXR Manufacturing Sdn Bhd, CJ Bio Malaysia Sdn Bhd, Syarikat Bitumen Kemaman Sdn Bhd, Arkema Thiochemicals Sdn Bhd, Encompass Industries Sdn Bhd, dan Eastern Steel Sdn Bhd.
"Syarikat-syarikat ini menjanjikan banyak kerjasama dan peluang untuk perniagaan tempatan kita.
"MIDA akan terus bekerjasama rapat dengan syarikat dan perniagaan untuk menyediakan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif bagi meningkatkan peluang pertumbuhan," katanya.Â
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri Terengganu, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berkata, kerajaan Negeri Terengganu komited untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dengan menambah lebih banyak taman perindustrian iaitu Taman Perindustrian Kerteh Terengganu, Taman Perindustrian Pulau Kerengga dan Lembah Silika Terengganu.Â
"Ini adalah satu lagi langkah ke arah memastikan terdapat prospek yang baik bukan sahaja sekarang tetapi pada masa hadapan di Terengganu," ujarnya.Â
Â
Â
25 Aug 22
317