Artikel "agama" Terkini
DUAT Turun Padang Santuni Masyarakat
SETIU, 30 Disember - Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) turun padang menyantuni masyarakat dengan mengedarkan risalah berbentuk nasihat di Pasar Tani Bandar Permaisuri di sini hari ini.
Penolong Pegawai Seranta DUAT Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Mohd Zulkifle Abd Halim berkata, program edaran risalah itu adalah sebahagian tugasan pihaknya menyampaikan dakwah kepada masyarakat.
"Risalah yang berbentuk nasihat seperti penyalahgunaan dadah, penjagaan aurat, hidup berjiran dan menjauhi maksiat ini adalah dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri yang mana menjadi 'tuan rumah'," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman.
Katanya lagi, edaran risalah yang dijalankan itu menjadi salah satu jalan dalam mendidik masyarakat supaya sentiasa mengamalkan cara hidup berlandaskan hukum Islam.
"Rata-rata pengunjung yang ditemui menyambut baik dengan menerima risalah dan mengucapkan terima kasih," tambah beliau.
30 Dec 20
865
Sidang DUN : Cipta Program, Tarik Remaja Imarah Masjid
Golongan pendakwah dan agensi berkaitan perlu mengadakan program yang mampu menarik anak muda untuk mengimarahkan masjid dan surau.
29 Nov 20
140
Belanjawan 2021 : RM10 Juta Bina Mahkamah Tinggi Kemaman
Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM10 juta bagi pembinaan Mahkamah Tinggi Syariah di daerah kemaman.
29 Nov 20
266
Sidang DUN : RM85,000 Naik Taraf Mahkamah Syariah
Kerajaan Terengganu telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM85,000 bagi proses pembaikian di semua Mahkamah Syariah daerah tahun ini.
28 Nov 20
137
Sidang DUN :Etika Pemakaian Patuh Syariah Perlu Diperkasa – Zuraida
Kerajaan negeri digesa supaya memperkasakan etika pemakaian patuh syariah dalam kalangan penduduk di negeri ini.
27 Nov 20
118
Strategi ‘Holistik’ Banteras Dadah
KUALA TERENGGANU, 26 November – Kerajaan negeri melaksanakan strategi secara holistik selaras dengan manifesto pada PRU-14 lalu bagi menangani masalah penagihan dadah dalam kalangan rakyat Terengganu.
26 Nov 20
111
Jadikan Masjid, Surau Sebagai Pusat Pembangunan Masyarakat
HULU TERENGGANU, 10 November - Fungsi masjid atau surau sebagai institusi menimba ilmu agama perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat Islam, kata Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)Ajil, Maliaman Kassim.
Beliau berkata, selain bersolat, masjid dan surau memainkan peranan mustahak sebagai tempat bagi masyarakat Islam berkumpul dan menganjurkan aktiviti selain yang menjurus kepada aspek keagamaan.
“Tidak salah jika ahli jawatankuasa masjid menganjurkan aktiviti (sukan) seperti pertandingan sepak takraw, badminton dan sebagainya di pekarangan masjid.Jadi, ahli jawatankuasa masjid harus menetapkan di mana untuk membina gelanggang permainan untuk golongan tersebut.
“Program-progam tuisyen juga boleh dianjurkan selain pertandingan nasyid, tilawah al-Quran, zikir dan sebagainya yang mampu membentuk golongan belia,” katanya.
“Seiring dengan peredaran masa dan perkembangan masyarakat serta pembangunan minda dan fizikalnya memberikan isyarat bahawa institusi masjid juga perlu berkembang untuk mengimbangi keperluan dan perkembangan masyarakat Islam," katanya ketika ditemubual selepas Program Sambutan Maulidur Rasul di Masjid, Kampung Gunong, semalam.
Dalam pada itu, Maliaman turut menyeru semua ahli masjid dan surau di negeri ini agar lebih aktif menganjurkan aktiviti keagamaan yang dapat menarik pembabitan golongan belia.
“Saya menyeru semua ahli jawatankuasa masjid dan surau di negeri ini agar memahami kehendak golongan berkenaan (belia) agar tugas untuk menarik penyertaan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan lebih mudah.
“Aktiviti mengimarahkan atau menyemarakkan masjid tidak sewajarnya tertumpu kepada penglibatan warga emas sebaliknya menuntut kehadiran generasi muda dan wanita,” ujarnya.
10 Nov 20
2271
'Pelajari, Hayati dan Contohi Rasulullah'
Dakwah bukan semata-mata mengajak orang lain ke arah kebaikan, namun ia juga merupakan ajakan kepada diri para daie itu sendiri.
08 Nov 20
66
SOP Masjid, Surau Masih Kekal
Terengganu masih mengekalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) lama di semua masjid dan surau di negeri ini.
05 Nov 20
234
Bulan Dakwah 2020, Ikhtiar Melestarikan Dakwah Dan Kebajikan
Sambutan Bulan Dakwah 2020 peringkat negeri Terengganu yang julung kali dianjurkan, dimulai dengan program I-Khidmat Cuci-cuci Masjid dan Musa’adah COVID-19, dalam usaha melestarikan gerakan dakwah dan kebajikan di negeri ini.
01 Nov 20
230