lightning-solid
Berita :

Artikel "agama" Terkini

Kerjasama Dakwah Terengganu-Sarawak Diperkukuh
Kerjasama Dakwah Terengganu-Sarawak Diperkukuh
Kerajaan Terengganu melalui Jabatan Hal Ehwal Agamanya (JHEAT) berhasrat menjalinkan hubungan erat dengan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) bagi saling bertukar pandangan dan berkongsi idea dalam merangka strategi pemerkasaan dakwah demi kebaikan seluruh rakyat.
07 Feb 22
198
Kit Pengurusan Jenazah Percuma Buat Warga Buluh Gading
Kit Pengurusan Jenazah Percuma Buat Warga Buluh Gading
KUALA NERUS, 30 Januari - Melihat kepada kos pengurusan kematian yang tinggi dewasa ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim mengambil inisiatif proaktif dalam menyediakan kit pengurusan jenazah percuma bagi meringankan beban masyarakat Islam setempat. Katanya, pihaknya amat memahami kos-kos berkaitan dalam pengurusan satu-satu kematian memakan sejumlah wang yang banyak. “Oleh itu, kita telah putuskan untuk membekalkan perkakasan pengurusan jenazah secara percuma di Buluh Gading bermula pada tahun ini,” katanya ketika merasmikan Pelancaran Kit Pengurusan Jenazah peringkat DUN beliau, baru-baru ini. Jelas beliau, set tersebut keperluan asas seperti kapas, kain kafan, setanggi, kapur barus dan air mawar yang digunakan untuk proses kafan jenazah dan kos setiap kit ini dianggarkan bernilai sekitar RM70. “Tidak kira apa golongan sekalipun, B40 atau M40, miskin ataupun kaya, semua peringkat masyarakat kita akan usahakan. “Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan sedikit beban kewangan dan memudahkan urusan keluarga si mati,” tambahnya lagi. Ridzuan juga menyarankan agar setiap Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dapat menubuhkan badan khairat kematian dalam kampung masing-masing. “Dengan penubuhan tersebut, ia cukup memberi kesan positif kepada setiap penduduk kampung serta merapatkan ukhuwah antara satu sama lain. “Dengan adanya badan khairat kematian, pembiayaan pengurusan setiap kematian akan dapat ditampung dan peserta pula akan berpeluang untuk mendapat duit sumbangan,” jelasnya.
30 Jan 22
303
Ambil Kira Pandangan Pakar Tentang SOP Solat
Ambil Kira Pandangan Pakar Tentang SOP Solat
Kerajaan Terengganu patuh dan mengambil kira pandangan daripada semua pakar sebelum Prosedur Operasi Standard (SOP) solat berjemaah tanpa penjarakan dilaksanakan di mana-mana masjid negeri ini.
25 Jan 22
100
Tiada Masalah Bersih Kediaman Bukan Islam
Tiada Masalah Bersih Kediaman Bukan Islam
Tiada sebarang masalah bagi orang Islam untuk membersihkan kediaman bukan Islam yang terlibat dengan banjir, demikian ujar Menteri Hal Ehwal Agama.
10 Jan 22
271
Penangguhan Umrah Bukan Keputusan Secara Semberono
Penangguhan Umrah Bukan Keputusan Secara Semberono
MARANG, 9 Januari - Keputusan kerajaan Malaysia yang bersetuju menangguhkan perjalanan umrah bermula 8 Januari (semalam) selama sebulan bagi membolehkan kadar risiko penilaian jangkitan Omicron adalah tepat dengan merujuk kepada pelbagai pakar yang selayaknya. Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, penangguhan umrah itu mengambilkira perolehan maklumat daripada ahli perubatan termasuk dari kerajaan Arab Saudi.  "Begitulah sepatutnya penangguhan umrah kena tanya ahli perubatan, sekiranya ahli perubatan kata wabak tu merebak, itu hak yang perlu dilaksanakan. "Memang dalam sejarah Islam, ibadah fardhu ini pernah ditangguh. Solat Jumaat pun pernah ditangguh di Masjid Nabawi dan Mekah juga disebabkan wabak," katanya selepas menyampaikan Kuliah Dhuha di Masjid Rusila, baru-baru ini.  Tambahnya yang juga Ahli Parlimen Marang, dalam situasi getir tersebut semua aspek akan diambil kira. "Kalau nyawa diancam, kepentingan duit kena ditangguhkan dulu. Kerajaan bertanggungjawab menjaga nyawa dulu kerana dalam Islam benda yang perlu kepada manusia ialah agama, nyawa, akal, keluarga dan duit. Duit kemudian sekali," jelasnya.
09 Jan 22
447
Pelajar KQT Timba Pengalaman Baru
Pelajar KQT Timba Pengalaman Baru
Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) yang julung-julung kali diadakan telah membawa pengalaman baru kepada penuntutnya sekali gus mampu melahirkan qari dan qariah cemerlang di peringkat tertinggi.
03 Jan 22
432
Kos Haji Tidak Bebankan Jemaah
Kos Haji Tidak Bebankan Jemaah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad memberi jaminan, penetapan kos ibadah haji bagi musim ini tidak akan membebankan jemaah dan pada masa yang sama masih menjaga kepentingan pendeposit lain.
22 Dec 21
167
'Cadangan Rapatkan Saf Solat Telah Dikemukakan'
'Cadangan Rapatkan Saf Solat Telah Dikemukakan'
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengemukakan cadangan kepada pihak berwajib agar saf solat jemaah kembali dirapatkan.
22 Dec 21
251
Dakwah Tanggungjawab Setiap Individu Muslim
Dakwah Tanggungjawab Setiap Individu Muslim
KUALA TERENGGANU, 15 Disember – Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk telah menganjurkan Program Dakwah Jalanan bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang tanggungjawab dakwah di Dataran Pantai Batu Buruk, baru-baru ini. Pengarah Program Dakwah Jalanan, Mohd Kazman Ishak ketika ditemui berkata, tanggungjawab meyampaikan dakwah merupakan peranan setiap individu Muslim kerana mereka semua merupakan duta yang mencerminkan kecantikan Islam. “Justeru, tugas ini tidak hanya terletak kepada golongan ustaz dan ustazah sahaja. “Kita boleh menyampaikan dakwah melalui percakapan ataupun melalui perbuatan dengan menjaga tingkah laku kita dengan baik,” katanya. Antara pemenang hadiah cabutan bertuah Tambahnya, apa sahaja perbuatan yang mendekatkan diri dan masyarakat kepada Allah SWT dikira sebagai dakwah.  “Alhamdulillah, kehadiran peserta pada hari ini dianggarkan sekitar 60 orang walaupun dalam keadaan hujan,” katanya.  Antara aktiviti yang dijalankan dalam program tersebut ialah penyampaian tazkirah, agihan risalah, penyampaian hadiah cabutan bertuah, agihan aiskrim percuma dan agihan belon percuma. Agihan aiskrim percuma kepada peserta  
14 Dec 21
549
200 Kaum Hindu Jabor Perasing Diraikan
200 Kaum Hindu Jabor Perasing Diraikan
KEMAMAN, 22 Nov - Kira-kira 200 orang kaum beragama Hindu diraikan dalam satu majlis sambutan perayaan Deepavali yang telah berlangsung di Ladang Jabor Perasing, semalam. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, beliau merasa bersyukur kerana dapat mengadakan program sedemikian bagi meraikan kaum Hindu. "Syukur dengan izin-NYA, saya hari ini dapat bersama-sama dengan anda semua yang baru sahaja bergembira menyambut Deepavali bersama keluarga dan sanak-saudara. Kami mengharapkan anda semua dapat menjalani kehidupan yang baik agar dapat mencapai kebahagiaan bersama.  "Seiring dengan semangat dan aspirasi Keluarga Malaysia, kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Bulan Keluarga Kebangsaan yang disambut pada November setiap tahun bakal dikenali sebagai Bulan Keluarga Malaysia,"ujarnya. Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai berkata demikian ketika merasmikan program itu. Katanya lagi, Bulan Keluarga Malaysia 2021 akan memfokuskan nilai pengkayaan Keluarga Malaysia iaitu K.A.S.I.H. yang merangkumi kasih sayang, akhlak atau peribadi mulia, sihat fizikal dan mental, berilmu serta harmoni sebagai nilai yang perlu ada dalam setiap ahli keluarga. Dalam majlis itu, kerajaan negeri turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan dapur penerima yang hadir. Majlis dimeriahkan lagi dengan jamuan dan cabutan bertuah. Turut bersama ADUN Air Putih, Razak Ibrahim, Pegawai Khas (Hal Ehwal Bukan Islam) Menteri Besar Terengganu, Dr. Balachandran Gopal Krishnan dan Pengarah Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT), Ustaz Ramlan Mahmood dan lain-lain.
22 Nov 21
451