lightning-solid
Berita :

Artikel "agama" Terkini

AKMAL Hasrat Lahirkan 3,000 Hafiz Al-Quran Setahun
AKMAL Hasrat Lahirkan 3,000 Hafiz Al-Quran Setahun
Akademi Al Quran Amalillah (AKMAL) berhasrat untuk melahirkan seramai 3,000 penghafal al-Quran dalam tempoh setahun.
31 Mar 22
424
Ihya' Ramadan: Kerajaan Salur RM986,800 Untuk Masjid, Surau
Ihya' Ramadan: Kerajaan Salur RM986,800 Untuk Masjid, Surau
Kerajaan negeri mengagihkan peruntukan sebanyak RM986,800 kepada masjid dan surau terpilih di seluruh Terengganu melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu bagi majlis berbuka puasa sempena Ramadan.
21 Mar 22
272
JAKIM Siasat Dakwaan Sotong Ring Daripada Usus Babi
JAKIM Siasat Dakwaan Sotong Ring Daripada Usus Babi
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mendapatkan maklumat lengkap daripada Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengenai sotong ring didakwa sebagai dubur atau usus babi yang dijual di pasaran.
10 Mar 22
448
Pembebasan Al-Quds Isu Akidah Yang Wajib Diperjuangkan
Pembebasan Al-Quds Isu Akidah Yang Wajib Diperjuangkan
KUALA TERENGGANU, 7 Mac – Pengerusi Sekretariat Aid4Palestine, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menyatakan bahawa isu pembebasan Al-Quds merupakan isu akidah yang wajib diperjuangkan sehingga umat Islam berjaya mengecap kemenangan. Tambah beliau, isu pembebasan Al-Quds ini bukan sahaja isu rakyat Palestin atau serantau Arab semata-mata tetapi ia juga merupakan isu kemanusiaan yang wajar disambut diperingkat global. “Minggu Al-Quds Sedunia ialah satu inisiatif yang digerakkan serentak di serata dunia bagi mencetuskan gelombang kesedaran berkenaan perjuangan pembebasan Al-Quds dan Palestin. “Alhamdulillah, sepanjang kita melangsungkan program ini saya telah menerima mesej daripada rakan-rakan di Turki, Jordan, Tunisia, Pakistan dan lain-lain lagi yang begitu bersemangat melihat bagaimana sambutan yang diadakan di peringkat Malaysia,” katanya dalam Majlis Kemuncak Sambutan Minggu Al-Quds Sedunia Peringkat Malaysia di Dewan Auditorium Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Putrajaya, baru-baru ini. Turut hadir dalam majlis itu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ustaz Idris Ahmad, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM, Datuk Hajah Hakimah Binti Mohd Yusoff dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Dato' Dr. Sirajuddin Bin Suhaimee. Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk berharap agar usaha kecil ini dapat menjadi pemacu bagi membangkitkan rasa cinta dan kasih kepada Al-Quds. Majlis tersebut turut diisi dengan sebuah forum bersama aktivis Malaysia di Palestin, Nadir Al-Nuri yang berkongsikan ilmu serta pengalaman sepanjang berada di sana.  Di samping itu, majlis tersebut juga dimeriahkan lagi dengan persebahan oleh kumpulan Inteam dan deklamasi sajak oleh Bonda Nor dan Haji Rafi.   
07 Mar 22
340
BPIS: Usaha Dakwah Kerajaan Sejak 2019
BPIS: Usaha Dakwah Kerajaan Sejak 2019
Ibadat solat merupakan kefardhuan paling asas bagi seorang Muslim yang turut menjadi tanggungjawab pemerintah untuk tidak mengabaikan pensyariatan ini.
03 Mar 22
193
Minggu Al-Quds : Bangkit Kesedaran Rakyat Bebaskan Palestin
Minggu Al-Quds : Bangkit Kesedaran Rakyat Bebaskan Palestin
Aid4Palestine dengan kerjasama Pejabat Utusan Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah telah melancarkan sambutan Minggu Al-Quds pada Jumaat lalu bagi membangkitkan kesedaran tentang perjuangan membebaskan bumi Palestin daripada rejim Israel.
28 Feb 22
393
Jelajah Untukmu Wanita : Jadikan Satu Budaya Tak Lari Dari Syariat
Jelajah Untukmu Wanita : Jadikan Satu Budaya Tak Lari Dari Syariat
DUNGUN, 22 Februari - Generasi kaum hawa pada hari ini disarankan agar mencari ilmu dan menjadikan ia sebagai satu budaya harian. Pengarah Urus Setia Wanita Terengganu (USWa), Wan Nur Sakinah Din berkata, ilmu pengetahuan penting dalam membina jati diri golongan itu agar terus segar, semarak dan rancak. "Pelaksanaan program Jelajah Untukmu Wanita diharapkan dapat membentuk dan mendidik jiwa wanita dan masyarakat di Terengganu dengan cara hidup yang diredhai oleh Allah SWT. "Ini juga bertujuan melahirkan generasi wanita yang mendekatan diri kepada Allah SWT secara seimbang dan berterusan dalam konteks dunia dan akhirat," jelasnya. Beliau berkata demikian selepas program Suara Hati Wanita yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Dungun, semalam. Katanya lagi, program tahunan yang diadakan kali ketiga itu telah mendapat sambutan luar biasa daripada kaum wanita dan masyarakat. "Wanita itu tiang negara, apabila baik wanitanya maka baiklah sesebuah negara. Begitulah besarnya kepentingan wanita dalam pembinaan generasi masyarakat yang bertamadun. "Kesedaran betapa pentingnya mendidik wanita ini menatijahkan program ini membawakan ikon pendakwah wanita yang sangat dekat kepada masyarakat iaitu Ustazah Datuk Nor Hafizah Musa," ujar beliau.  Justeru itu, beliau berharap program kali ini dapat mempersiapkan wanita dengan ilmu agama, kerohanian, pengurusan emosi dan diri yang baik sehingga dapat melahirkan generasi wanita Terengganu yang maju berkat dan sejahtera. "Membimbing wanita menjalani kehidupan yang seimbang dunia dan akhirat. 'Mendidik wanita menjadi lebih kuat dan berani mendepani cabaran mendatang," tambah Sakinah lagi.
22 Feb 22
286
Didik Wanita Ketahui Hak Hingga Akar Umbi
Didik Wanita Ketahui Hak Hingga Akar Umbi
Urus Setia Wanita (USWA) Terengganu disarankan untuk mempergiatkan program Suara Hati Wanita ke peringkat akar umbi bagi memastikan wanita lebih peka terhadap isu-isu keganasan.
15 Feb 22
312
Terengganu Perkemas Strategi Didik Wanita Berhijab Sempurna
Terengganu Perkemas Strategi Didik Wanita Berhijab Sempurna
KUALA TERENGGANU, 12 Februari – Kerajaan negeri memperkasakan usaha pendidikan pemakaian hijab yang sempurna kepada kaum wanita islam negeri ini menerusi usaha dakwah jalanan di kesemua lapan daerah bermula bulan ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, usaha menyantuni kaum hawa muda serta penjawat awam dari Kemaman sehingga Besut adalah kesinambungan daripada sambutan Hari Hijab Terengganu 2022. “Gelombang ini akan digerakkan Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) akan mengedarkan risalah garis panduan pemakaian tutup aurat buat wanita. “Selain itu, stokin tangan dan tudung juga akan diedarkan secara percuma di kawasan tumpuan masyarakat seperti di pusat membeli belah dan pesisir pantai. “Inisiatif ini adalah tanda prihatin bahawa kerajaan bersama dengan rakyat, tepat dengan usaha memudahkan wanita Terengganu menyempurnakan pemakaian hijab mereka,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemu bual selepas majlis perasmian Terengganu Hijab Day bertempat di Dewan Perpustakaan Negeri Terengganu, pagi tadi. Turut hadir, Pengarah USWa, Wan Nur Sakinah Din. Menjelaskan tentang perancangan masa hadapan, Zuraida berkongsi pembikinan garis panduan pakaian patuh syariah melibatkan pelbagai sektor seperti sukan, sukan perairan, hiburan dan pelancongan. “Pihak kami masih meneliti dan mengambil kira pandangan golongan wanita dan pelbagai pihak bagi memastikan kaedah terbaik tanpa mengabaikan tuntutan syariah dan urusan kerja. “Setelah diutarakan dalam Sidang DUN baru-baru ini, pemerkasaan garis panduan ini tidak drastik kerana kita tidak mahu ada unsur paksaan,” katanya lagi. Sementara itu, acara kemuncak Sambutan Terengganu Hijab Day 2022 mendapat sambutan menggalakkan daripada kaum wanita. Ia diisi dengan aktiviti menarik seperti pertandingan persembahan fesyen bertemakan batik, gerai jualan dan forum 'hijabista'.
12 Feb 22
901
USWa Sokong Pelaksanaan Syariah Di Terengganu
USWa Sokong Pelaksanaan Syariah Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 9 Februari -  Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) menyokong tindakan kerajaan negeri mengambil berat dan mengutamakan pelaksanaan syariah Terengganu dalam memastikan kesejahteraan rakyat terjamin. Pengarahnya, Wan Nur Sakinah Din berkata, dengan pelaksanaan tersebut akan membawa rakyat negeri ini hidup dan mengamalkan ajaran Islam yang benar. “Sebenarnya pelaksanaan syariah negeri Terengganu sedang giat diusahakan dan insya-Allah selepas kita menghadapi dua tahun pandemik COVID-19. "Kita akan rancakkan kembali pelaksanaan konsisten syariah dan dakwah kepada rakyat yang kini juga sedang bergerak secara berperingkat. "Saya mengucapkan tahniah kepada usaha-usaha kerajaan laksanakan dalam memastikan pelaksanaan Syariah di negeri ini,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabat Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) di Dataran Alamanda, semalam. Menurutnya, pelaksanaan peraturan Islam ini perlu diperhalusi dari segi pelaksanaannya supaya rakyat Terengganu terjamin, terpelihara dan dilindungi oleh Allah. “Mungkin peringkat pertama dan fasa awal ini kita beri (nasihat), kita tak terus kepada penguasaan undang-undang atau beri hukuman tetapi kita beri kepada pendidikan dan kesedaran. “Fokus utama adalah bagi memastikan rakyat faham kenapa perlu mengikut garis panduan yang Islam telah tetapkan,” ujar Sakinah. Katanya lagi, pendekatan menyampaikan pendidikan dan kesedaran boleh diperluaskan pada pelbagai peringkat bermula seawal bangku sekolah hingga ke peringkat seterusnya. “Jadi tahun ini alhamdulillah kempen kesedaran dan juga semarak dakwah akan terus digiatkan yang akan dimainkan pelbagai pihak, agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). “Insya-Allah ini adalah usaha daripada  kerajaan negeri untuk kita satu padukan agensi dan jabatan serta NGO dalam kerja dakwah kepada rakyat,” katanya lagi.
08 Feb 22
451