lightning-solid
Berita :
PSKT Dok Rilek, Himpun 315 Pelumba Cilik
PSKT Dok Rilek, Himpun 315 Pelumba Cilik
Mohd Irsyadi Abu Bakar
12 Sep 25
264

KUALA TERENGGANU, 12 September - Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) kembali hangat minggu ini dengan kehadiran lebih 300 pelumba cilik dari dalam dan luar negara yang akan berentap bermula esok.

Kali ini, PSKT menjadi tuan rumah bagi kejohanan Piala Terengganu Pushbike 2025 yang menampilkan penyertaan dari (5 peserta) Indonesia, Thailand(23) dan Singapura(5).

Lebih menarik, sepanjang dua hari kejohanan PSKT menyediakan pakej istimewa memasuki galeri PSKT serendah RM15 sahaja.

Menurut pengarah program Terengganu Pushbike, Mohd Zul Fadhli Mohamed, sebanyak 315 peserta berumur antara dua hingga sembilan tahun akan bertanding dalam 21 kategori sepanjang dua hari kejohanan.

"Lapan kategori bagi hari pertama esok (campuran), manakala 13 kategori pada hari kedua.

"Tahun ini kita sediakan lebih kurang 300 meter bagi kategori empat tahun ke atas, tetapi untuk bawah tiga tahun kita akan pendekkan sedikit.

Antara pelumba yang mencuba litar sebelum kejohanan, hari ini.

"Paling menjadi tumpuan tentulah kategori terbuka dan biasanya lebih sengit kerana pelumba semua telah matang dan berkemahiran," katanya ketika ditemui selepas sesi percubaan litar, hari ini.

Dalam pada itu, seiring kejohanan ini turut diadakan pelbagai acara sampingan.

Antaranya ialah pertandingan mewarna, persembahan dikir barat, pertunjukan maskot, forum sains dan acara pentas yang menampilkan Sham Visa, Shidi DATA dan Ustaz Elyas Ismail.

Pertandingan mewarna menjadi salah satu acara sampingan yang diadakan.

 


Tag :

Artikel Berkaitan