lightning-solid
Berita :
Kumpulan Wang Amanah Jabatan Perpaduan Ditutup Kerana Tidak Aktif
Kumpulan Wang Amanah Jabatan Perpaduan Ditutup Kerana Tidak Aktif
Adli Mohamad
07 Jul 25
123

KUALA TERENGGANU, 7 Julai - Usul Membatalkan Kumpulan Wang Amanah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu yang dibawa di Dewan Mesyuarat Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Terenggganu Kelima Belas, Wisma Darul Iman hari ini kerana akaun itu tidak lagi aktif dan hanya mempunyai baki sekitar RM3 sahaja.

Menurut Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, ia merupakan akuan lama yang telah tidak lagi digunakan selaras dengan perubahan fungsi dan kaedah operasi jabatan berkenaan.

"Itu adalah akaun lama yang tidak lagi aktif sejak sekian lama, jadi kita tutuplah dan kaedah penggunaanya pun sudah diubah.

"Biasalah, akaun 'dormant' yang tidak lagi aktif perlu ditutup. Nak guna buat apa lagi, baki pun tinggal RM3 sahaja," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, di sini, hari ini.

Terdahulu, usul bagi menutup satu komponen dalam Kumpulan Wang Amanah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu telah diterima sebulat suara tanpa sebarang perbahasan.

Usul itu telah dikemukakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat.

Katanya,menurut Subperenggan Terengganu (10) (4) (B) Akta Tatacara Kewangan 1957, Akta 61 Dewan Undangan Negeri membuat ketetapan bersetuju membatalkan Kumpulan Wang Amanah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu yang berbaki RM3.

 


Artikel Berkaitan