Artikel "Utama" Terkini
Kuala Terengganu Juara Keseluruhan SUTERA 2019
Dua atlet dari Kuala Terengganu dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati SUTERA 2019. KUALA NERUS, 9 September - Temasya Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 diungguli oleh Kontinjen Daerah Kuala Terengganu dengan pungutan pingat 34 Emas, 15 Perak dan 18 Gangsa.Kenyataan media Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) yang diedarkan di Stadium Tertutup Gong Badak di sini malam ini menyebut bahawa kontinjen itu juga meraih gelaran Juara Keseluruhan dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM70,000, Piala Pusingan dan Piala Iringan.Manakala Naib Johan Keseluruhan dimenangi oleh Kontinjen Daerah Kuala Nerus dengan pungutan pingat 19 Emas, 17 Perak, 21 Gangsa serta membawa hadiah wang tunai RM45,000 dan Piala Iringan. 'Kami Juara!'... Kontinjen Kuala Terengganu muncul Juara Keseluruhan SUTERA 2019.Kenyataan itu menyebut lagi bahawa Kontinjen Daerah Dungun hanya berpuas hati di tempat ketiga keseluruhan dengan mengutip pingat 11 Emas, 16 Perak dan 14 Gangsa serta membawa pulang Piala Iringan dan Hadiah Wang Tunai RM15,000.Anugerah Olahragawan dan Olahragawati SUTERA 2019 juga turut dibolot oleh atlet dari Kontinjen Kuala Terengganu.Anugerah Olahragawan dinobatkan kepada Abdul Wafiy Roslan kerana berjaya meraih Empat Pingat Emas dalam Sukan Olahraga bagi Acara 200 Meter (M), 400 M, 4 X 100 M dan 4 X 400 M. Abdul Wafiy (kanan) menerima hadiah sebagai Olahragawan SUTERA 2019 dari Ustaz Wan Sukairi (dua dari kiri).Sementara Olahragawati pula disandang oleh Ezzati Fifiyana Shazwanie Hisham yang cemerlang dalam Sukan Berbasikal dengan memenangi Lima Pingat dari Lima Acara yang dipertandingkan termasuk Tiga Emas bagi Acara 500 M Ujian Masa (Time Trial), Lepas Beramai-ramai Individu dan Kriterium serta Dua Perak masing-masing bagi Acara 100 M, 200 M, 4 X 100 M dan 4 X 400 M."Ini melayakkan beliau bergelar Ratu Pecut SUTERA 2019. Kedua-dua atlet itu masing-masing membawa Pulang Piala Iringan dan Hadiah Tunai sebanyak RM1,000 seorang," jelas kenyataan itu. Ezzati Fifiyana Shazwanie (kanan) menerima hadiah sebagai Olahragawati SUTERA 2019 dari Ustaz Wan Sukairi (dua dari kiri).Temasya SUTERA 2019 ditutup dengan Upacara menurunkan Bendera Kejohanan dan penyerahan bendera itu serta Buku Manual Pengelolaan SUTERA kepada Majlis Sukan Daerah Kuala Nerus yang bakal menjadi Tuan Rumah SUTERA 2021.
09 Sep 19
749
206 Rumah Mangsa Ribut Wakaf Mempelam Jalani Proses Baik Pulih
Wan Sukairi bertanya khabar mangsa terlibat.KUALA TERENGGANU, 9 September- Sebanyak 206 buah rumah yang direkodkan mengalami kerosakan akibat ribut kencang Sabtu lalu, mula menjalani proses baik pulih.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah yang juga pengerusi Pusat Khidmat DUN berkenaan memaklumkan, pihak pembekal telah bergerak menghantar bekalan keperluan untuk baik pulih rumah-rumah di kawasan tersebut, bermula semalam."Pihak kami melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) telah mengambil tindakan segera bermula pada hari kejadian dengan melawat untuk menilai kerosakan dan menyampaikan keperluan sementara mangsa."Kami juga sedang mengesan rumah-rumah yang terlibat sekiranya belum direkodkan," katanya ketika ditemui media dalam kunjungannya ke Kampung Kubang Tangga, semalam.Turut hadir dalam kunjungan itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), M.Rozi Bidin dan Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) itu turut menyatakan kerajaan negeri prihatin dan berusaha memberikan khidmat terbaik dalam mengatasi masalah itu."Kita akan melibatkan pelbagai pihak seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Maidam dan Tabung Darul Iman (TDI) dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa," katanya.Wan Sukairi meninjau rumah yang hampir roboh milik salah seorang penduduk.Dalam perkembangan sama, Pengerusi MPKK Kubang Tangga, Aziz Lokman Mat Din menasihati penduduk terlibat bersabar dalam proses yang sedang berjalan."Proses baik pulih dijangka akan dapat diselesaikan hujung minggu ini."Ini kerana, kita turut berdepan masalah bekalan dan kekurangan tukang untuk mempercepatkan proses baik pulih, jadi kita harap semua dapat bersabar dan berkerjasama," katanya ketika dihubungi, hari ini.Ribut kencang yang melibatkan 11 buah kampung di sekitar DUN itu dikatakan berlaku sekitar jam 3.40 petang Sabtu dan kebanyakan penduduk menyifatkan situasi tersebut pertama kali berlaku.ADUN Wakaf Mempelam melihat antara kerosakan yang berlaku.
09 Sep 19
94
Penternak Ikan Air Tawar ‘Berputih Mata’
Haji Ahmad Amzad (tiga dari kiri) dan Ustaz Wan Sukairi (tiga dari kanan) melihat sendiri ikan mati dalm sangkar di Kampung Pulau Musang.KUALA TERENGGANU, 9 September – Dipercayai pertembungan pertama kali berlaku antara air laut dan air sungai di Kampung Pulau Musang mengakibat penternak ikan air tawar di sungai kampung tersebut kerugian kira-kira RM30,000 satu sangkar.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata ini kerana semua ikan dalam lima sangkar milik penternak tersebut mati dipercayai akibat kejadian fenomena alam itu.“Ia melibatkan ikan baung, patin, terubuk dan talapia untuk edaran tempatan dan luar Terengganu, musnah semuanya dan pengusaha ikan dalam sangkar berkenaan hanya berputih mata melihat kemusnahan berlaku,” katanya ketika dihubungi hari ini.Menurut beliau, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim telah dimaklumkan kejadian tersebut dan Jabatan Pertanian serta Jabatan Perikanan Negeri akan mengambil tindakan selanjutnya bagi membantu pengusaha ikan dalam sangkar berkenaan.Ikan baung mati dalam sangkar di sungai Kampung Pulau Musang."Kami telah berhubung dengan Dr Azman Ibrahim, Exco Pertanian Terengganu yang telah memanjangkan kepada Pengarah Pertanian dan Pengarah Perikanan Terengganu untuk tindakan susulan," ujarnya.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah turut melawat sangkar berkenaan.Sementara itu Haji Ahmad Amzad turut menyelaraskan kerja membantu mangsa ribut membabitkan 260 buah rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam.Haji Amzad turut membantu dan menyelaraskan kerja-kerja membaiki rumah yang rosak akibat ribut melanda DUN Wakaf Mempelam baru-baru ini.Ini termasuk kerja-kerja berkait dengan pemasangan atap rumah dan memotong pokok tumbang dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Masjid Lama Sungai Rengas dan Jabatan Amal.
09 Sep 19
1422
MPKK, Polis Jalin Kerjasama Banteras Jenayah
Demontrasi daripada pihak PDRM. Foto - Ammar RozlanOleh : Fahmi AziziKUALA TERENGGANU, 9 September – Kerjasama antara masyarakat tempatan di daerah ini serta pihak polis mampu mencegah kegiatan jenayah demi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Kolam, Muhammad Hamdi Abas berkata, atas kesedaran itu pihaknya telah menganjurkan Program Polis Bersama Masyarakat bertempat di Dewan Dato’ Haji Wan Abdul Mutalib Embong, Kuala Ibai kelmarin. “Program yang julung-julung kali diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk ini bertujuan untuk memberi kesedaran di kalangan masyarakat terhadap kepentingan pencegahan jenayah di kawasan komuniti.“Ia termasuk memberi pendedahan serta pengetahuan dalam aspek pencegahan jenayah kepada penduduk di sini supaya gejala jenayah mesti dikekang habis-habisan,” ujarnya ketika dihubungi media.Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP Haji Razmi Mohd Gunnos, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Terengganu, SUPT Mohd Aluwi Husain, Penyelia i-MITS Dun Batu Buruk, Salleh Abdullah dan Penghulu Mukim Kuala Ibai, Raah@Razman Ismail.Muhammad Khalil bersama Ahmad Amzad meninjau peralatan khas pasukan polis.Menurut Muhammad Hamdi, hasil program tersebut juga, pihak MPKK Kampung Kolam bercadang untuk menubuhkan Persatuan Kepolisan Komuniti (PKK) di Mukim Kuala Ibai.Katanya, ia selaras dengan saranan Yang Dipertua DUN Terengganu, Dato’ Yahaya Ali baru-baru ini yang menyarankan agar setiap MPKK menubuhkan PKK di setiap kampung masing-masing. “Hasrat tersebut akan kita jayakan dengan penubuhan PPK yang sedang kita rangka, dan kita akan tubuhkan dalam masa terdekat selepas mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat dalam program ini.“Pihak MPKK dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus bekerjasama bagi meneruskan persatuan tersebut untuk jangka masa yang panjang,” tambah beliau.Program yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim itu turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan silat pulut, persembahan T-baton oleh IPD Kuala Terengganu dan pertunjukkan Unit Anjing Pengesan (K9) yang dibawakan khas daripada Bukit Aman. Turut diadakan ialah pameran oleh jabatan-jabatan PDRM, ceramah dan dialog berkaitan pencegahan jenayah semasa, permasalahan dadah, mat rempit dan keselamatan jalan raya.
09 Sep 19
551
SUTERA 2019: Kuala Terengganu Rebut Enam Emas Acara Silat
Pesilat Putri sedang beraksi.KUALA NERUS, 9 September – Daerah Kuala Terengganu dinobatkan juara keseluruhan Acara Silat Sukan Tengganu (SUTERA) 2019 di Gerbang Sukan Negeri di sini tengahari tadi.Daerah itu mendapat enam pingat emas, Perak (tiga) dan gangsa (satu) setelah 14 acara dipertandingkan.Naib johan keseluruhan jatuh kepada pasukan Kemaman dengan mengumpul empat pingat emas dan dua perak, sementara Marang mendapat tempat ketiga dengan memungut dua emas, satu perak dan tiga gangsa.Pesilat Lelaki Kuala Terengganu memungut emas dalam Acara Putra B, Putra D, Putra F, Purta H dan Putra I. Pesilat Wanita daerah itu pula mengutip emas dalam acara Putri E.Sementara Pesilat Lelaki Kemaman memungut emas dalam acara Purta A, Putra C dan Putra G manakala pesilat wanitanya menggondol emas dalam acara Putri D.Marang mengutip emas dalam acara Putri A dan Putri B.Seramai 147 pesilat termasuk 14 peserta dari Kelantan menyertai pertandingan tersebut dengan membabitkan diri dalam 133 perlawanan.Seramai 28 orang pegawai teknikal dan pembantu gelanggang diketuai oleh Pengarah Pertandingan Fakhrul Azman Abu Bakar, bertukus lumus menjayakan pertandingan silat olahraga itu di SUTERA yang julung kali diadakan tahun ini.
09 Sep 19
1482
Muhammad Shamir Aiman Pungut Emas Acara Kriterium Berbasikal
Muhammad Shamir Aiman (kanan) dan Ezzatie Fifiyana Shazwanie bersama dengan pingat emas masing-masing dalam Acara Kriterium Berbasikal petang tadi.KUALA NERUS, 8 September - Dua pelumba muda lelaki dan wanita dari Kuala Terengganu masing-masing menggondol pingat emas acara akhir lumba basikal Kategori Kriterium Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 hari ini.Muhammad Shamir Aiman membuat kayuhan terpantas, dengan masa 29 minit 30 saat mendahului pencabarnya Mohammad Shafiq dari Pasukan Kelantan yang menamatkan kayuhan diminit ke 30 sekali gus menggondol pingat perak.Sementara Muhammad Afiq Iskandar dari Setiu mendapat pingat gangsa juga dengan catatan masa 30 minit.Muhammad Shamir Aiman (tengah) bersama pemenang lain dalam Acara Kriterium Berbasikal.Kategori wanita pula, Ezzatie Fifiyana Shazwanie menamatkan pecutan dengan masa 20 minit 28 saat mendahului mencabarnya dengan menggondol pingat emas, Siti Nur Adibah Akma dari Marang yang menamatkan kayuhan dengan masa 21 minit 4 saat, memperolehi pingat perak.Manakala Sharifah Nur Ilyana dari Dungun mendapat pingat gangsa dengan catatan masa 21 minit 45 saat.Kriterium Lelaki memperuntukkan masa sebanyak 25 minit dicampur tiga pusingan terakhir untuk capai garis penamat manakala Kriterium Wanita dihadkan masa 15 minit dicampur tiga pusingan terakhir ke garis penamat.Acara Kriterium Lelaki dan Wanita sejauh 1.3 kilometer berlangsung di Litar Permotoran, Kompleks Sukan Negeri di sini, mengumpulkan seramai 63 pelumba termasuk 49 pelumba lelaki dan 14 pelumba wanita.Acara berkenaan diadili beberapa orang pengadil berpengalaman diketuai oleh Dahaizal Dahanan.
08 Sep 19
377
'Spin' Izza Kejutkan Atlet SUKMA Terengganu
Nurul Izza Zaharuddin.Oleh : Ariss AliasKUALA NERUS, 8 September - Selepas tujuh tahun, akhirnya Nurul Izza Zaharuddin berjaya memecahkan 'badi' apabila menang buat kali pertama ke atas lawannya yang juga atlet SUKMA Terengganu, Aina Zayani Mohd Amri.Pemain perseorangan ping-pong wanita Majlis Sukan Daerah (MSD) Setiu itu menang pada perlawanan keempat dengan kiraan 14-12,11-7, 3-11 dan 11-9 ke atas Aina Zayani yang mewakili MSD Besut di kejohanan Sukan Terengganu (SUTERA) 2019.Kata Izza, keputusan yang diperolehi itu ternyata mengembirakannya setelah gagal dalam banyak percubaan."Saya memang tidak menjangkakan keputusan ini kerana saya tidak pernah menewaskan beliau sejak pertemuan kami ketika saya berumur 13 tahun hinggalah sekarang."Saya sangka kami dah kalah kerana pasukan regu wanita yang sepatutnya menang tewas pada perlawanan ketiga menjadikan mata ketika itu 2-1 dengan MSD Besut mengatasi MSD Setiu," ujarnya ketika dihubungi media.Jelasnya, meskipun permainan sedikit terganggu akibat kecederaan, dia berjaya fokus hingga tamat perlawanan."Bahu saya tercedera ketika di pusingan separuh akhir, bagaimanapun saya bertahan dan merasa syukur kerana dapat menunaikan harapan pasukan dan penyokong yang tidak putus-putus memberikan sokongan, tambah beliau.Majlis penyampaian pingat kategori wanita telah disampaikan oleh Pegawai Daerah Setiu, Sophian Abu Bakar dengan diiringi Timbalan Presiden Persatuan Ping-Pong Terengganu, Dr. Balachandran H Krishnan.Dalam pada itu, Sophian sangat berpuas hati dengan persembahan atlet ping pong Setiu dalam kejohanan tersebut."Saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana pasukan ini menyumbang satu emas kepada MSD Setiu."Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada pengurus, jurulatih dan pemain yang menunjukkan semangat juang yang tinggi."Mudah-mudahan pasukan ping-pong MSD Setiu akan terus maju dan digeruni di dalam dan luar Terengganu," tambah beliau.Sophian (tengah) bergambar bersama pasukan Setiu.
08 Sep 19
554
Kuala Terengganu Ungguli SUTERA 2019 Hari ini
KUALA NERUS, 8 September - Daerah Kuala Terengganu mengungguli tujuh daerah lain dan pasukan Kelantan, memungut 16 pingat emas sekali gus mengumpul mata keseluruhan teratas sebanyak 40 mata bagi acara sepak takraw dan olahraga Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 setakat 3.35 petang tadi.Menurut carta Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSN) yang dikeluarkan di sini hari ini, Kuala Terengganu mengumpul 10 pingat Perak dan 14 Gangsa.Kuala Nerus sebagai pesaing paling rapat Kuala Terengganu hanya kekurangan satu pingat emas untuk menyamai jumlah pingat daerah itu dengan memungut 15 pingat emas manakala pingat lain sama dengan Kuala Terengganu menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 39 pingat.Dungun mendapat tujuh pingat emas, perak (13) dan gangsa (tujuh) dengan jumlah kesuluhan pingat (27).Sementara Setiu, mendapat lima pingat emas, perak (tiga) dan gangsa (lima) dengan jumlah pingat terkumpul (13).Marang berjaya memperolehi empat pingat emas, perak (10) dan gangsa (lapan) dengan jumlah pingat keseluruhan sebanyak 22 pingat.Manakala Hulu Terengganu mengumpul empat pingat emas, perak (lima) dan gangsa (sembilan) dengan jumlah pingat keseluruhan (18).Dalam pada itu Besut berjaya memungut tiga pingat emas, perak (lima) dan gangsa (enam) dengan pingat keseluruhan berjumlah 14 pingat.Kemaman mengumpul tiga pingat emas, perak (dua) dan gangsa (lapan) dan jumlah pingat keseluruhan (13).Sementara Kelantan mengutip empat pingat emas, perak (tiga) dan gangsa (empat) dengan jumlah keseluruhan pingat (11).Jumlah keseluruhan pingat ialah 197 termasuk masing-masing 61 pingat emas dan perak serta 75 pingat gangsa.
08 Sep 19
629
29 Peserta ‘Paragliding’ Luar Negara Serbu Terengganu Hujung September
Wan Sukairi meninjau keadaan Bukit Maras sebelum kejohanan bermula hujung September.Oleh : Wan Luqman Hakim & Izzat Al QushairiKUALA NERUS, 8 September - Satu acara sukan luncur udara atau ‘paragliding’ yang mengumpulkan 29 peserta dari luar negara bakal diadakan pada 27 September ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kesemua mereka akan berkampung di Bukit Maras bagi menyertai Kejohanan Luncur Udara Antarabangsa Terengganu.Jelasnya, pertandingan selama empat hari itu melibatkan 17 peserta dari seluruh pelusuk tanah air.“Acara antarabangsa ini akan diadakan selama empat hari di puncak ini yang disertai 50 pasukan melibatkan lebih 10 negara luar menyertai kejohanan ini.“Aktiviti luncur udara ini mampu menarik pelancong kerana Bukit Maras ini menakjubkan pada ketinggian 329 meter dari paras laut itu dan ia menjadi tarikan baharu pelancong untuk bercuti di negeri Terengganu,” katanya selepas meninjau persiapan Bukit Maras bagi kejohanan tersebut, kelmarin.Tambah beliau, keindahan panaroma bukit berkenaan mampu menjadikan kejohanan luncur udara itu sebagai program terbaik di dunia.“Peluncur udara dan pengunjung Bukit Maras berpeluang menyaksikan pemandangan sawah padi, jajaran Pantai Batu Rakit dan pemandangan yang cantik apabila disebelah malam.“Aktiviti luncur angin ini perlu ada keyakinan dan keberanian terhad ketinggian.“Insya-Allah Terengganu suatu hari nanti akan menjadi sebuah negeri yang terkenal dengan sukan luncur udara,” ujar Wan Sukairi.
08 Sep 19
230
SUTERA Terengganu: Kuala Terengganu 'Nelang' Sukan Badminton
Skuad Kuala Terengganu.Foto: Wan Luqman HakimOleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 7 September- Acara akhir sukan badminton Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 yang berlangsung semalam menyaksikan penguasaan kontinjen Kuala Terengganu yang mendominasi kedua-dua acara berpasukan kategori lelaki dan wanita.Berlangsung di Stadium Negeri Kuala Terengganu, wakil Kuala Terengganu menggondol pingat Emas bagi kategori lelaki berpasukan apabila menewaskan pasukan Marang dengan mata 3-0 di tempat kedua manakala pasukan Kuala Nerus dan Dungun masing-masing memperoleh Gangsa.Manakala, bagi kategori wanita wakil Kuala Terengganu juga mengungguli Emas mengatasi Marang dengan mata 4-1 manakala Kuala Nerus dan Hulu Terengganu membawa pulang pingat Gangsa.SUTERA memasuki hari keempat dengan kontinjen Kuala Terengganu terus mendahului carta pungutan pingat dengan 14 Emas, 9 Perak dan 12 Gangsa.
07 Sep 19
633