lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

24 Pelajar UniSZA Terima Komputer Riba
24 Pelajar UniSZA Terima Komputer Riba
KUALA NERUS, 1 Februari - Seramai 24 pelajar dari 11 fakulti di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terpilih menerima komputer riba jenama Asus melalui manfaat wakaf UniSZA dari hasil Wakaf dan Infaq Syarikat Leos Technology. Pelajar Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Tani, Nur Syamiha Aqwa Mazlan, 20, berkata, pemberian itu dapat memudahkan dia untuk membuat tugasan dan belajar secara dalam talian. Dia yang juga anak yatim piatu melahirkan rasa syukur dan terharu apabila menerima komputer riba percuma daripada  pihak UniSZA. “Sebelum ini, saya berkongsi komputer riba dari kakak saya dan tidak mampu untuk membeli kerana wang tidak mengcukupi. “Alhamdulillah, hari ini saya lega dan berterima kasih atas keprihatinan memberi komputer riba ini,” katanya yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan.  Nur Syamiha berkata demikian ketika ditemui  selepas Majlis Penyerahan Komputer Riba Pelajar Baharu Ijazah Sarjana Muda Sesi 2022/2023, di Pejabat Naib Canselor, UniSZA Penyerahan komputer riba itu disampaikan oleh Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Fadzli Adam. Hadir sama, Pengarah Urusan Syarikat Lieos Technology Sdn. Bhd., Azli Abdul Aziz. Sementara itu, seorang lagi penerima, Muhammad Hussin Mohd Ilias, 22, berkata pemberian itu sekali gus meringankan beban emaknya yang juga ibu tunggal dan hanya bekerja sebagai pembantu kedai runcit Katanya, dia sangat memerlukan komputer riba bagi menyelesaikan tugasan pengajian dalam jurusan Diploma Teknologi Maklumat. “Sepanjang belajar saya guna komputer riba kakak saya yang sudah uzur. Jika ada tugasan yang memerlukan aplikasi yang canggih, saya akan pinjam komputer rakan atau ke makmal untuk menyiapkan tugasan.  “Alhamdulillah berkat kesabaran, akhirnya hari ini saya menerima komputer riba yang bersesuaian dengan jurusan saya daripada UniSZA, terima kasih tidak terhingga saya ucapkan,” katanya.  
01 Feb 23
329
PMINT Sasar Peroleh Pendapatan RM100 Juta Tahun Ini
PMINT Sasar Peroleh Pendapatan RM100 Juta Tahun Ini
KUALA TERENGGANU, 1 Februari – Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri (PMINT) melalui sembilan anak syarikatnya menyasarkan perolehan pendapatan sebanyak RM100 juta tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif PMINT, Wan Adnan Wan Derahman,berkata PMINT optimis dapat mencapai sasaran itu berdasarkan perolehan pendapatan kesemua anak syarikatnya sepanjang tahun lalu adalah sebanyak RM60 juta. Katanya, sebahagian besar perolehan pada tahun lepas disumbangkan oleh anak syarikatnya iaitu PB Hotel Management Sdn Bhd. Justeru itu, pada tahun 2023, pihak PMINT sedang menjalankan penyusunan semula operasi dan strategi  beberapa syarikat yang berpotensi menjana keuntungan termasuk P-Excell Management Sdn Bhd, Pertima Terengganu Sdn Bhd dan Taman Tamadun Islam (TTI) Management Sdn Bhd. "Penyusunan semula strategi dan operasi beberapa syarikat yang memang sudah mendapat keuntungan akan ditingkatkan bagi menjana pendapatan kepada kumpulan PMINT tahun ini. “Contohnya, pemilihan TTI Management Sdn Bhd sebagai hub pelancongan ke Pulau Redang menampakkan keuntungan walaupun sebelum ini bergelut untuk menghasilkan keuntungan disebabkan kos operasi yang agak tinggi. “Anak syarikat lain, Pertima walaupun telah  menjana keuntungan, tapi dengan penyusunan balik semula strategi pemasaran disamping menembusi pasaran luar negara, saya yakin syarikat ini memperolehi keuntungan yang membanggakan,” katanya kepada pemberita  selepas merasmikan majlis makan malam Kumpulan PMINT 2022 di sini, semalam. Dalam masa yang sama, PMINT melalui P-Excell Management Sdn Bhd sebagai agensi utama menerajui industri perumahan akan meninjau peluang lain dalam pembinaan bandar-bandar baru dan kekal sebagai peneraju sektor hartanah utama di negeri ini. Tambah beliau, sektor hartanah dan perumahan dijangka mampu memberi pulangan sebanyak 40 peratus kepada syarikat tahun ini. “Antara projek yang berpotensi besar adalah di Bandar Baru Kerteh membabitkan pembangunan kira-kira 500 unit rumah bertingkat dan  kita boleh kerjasama dengan kawasan industri minyak dan gas yang telah maju seperti di Teluk Kalong, Kemaman. "Sekarang ini kita lihat tidak ada satu bandar satelit  yang menyokong perkembangan residensi di Kertih dan projek ini adalah peluang untuk syarikat menerajui sektor perumahan dan pembangunan hartanah dengan berjaya di situ," katanya.
01 Feb 23
622
Azizulhasni Terima Anugerah Olahragawan Kebangsaan
Azizulhasni Terima Anugerah Olahragawan Kebangsaan
KUALA TERENGGANU, 31 Januari - Atlet berbasikal negara, Dato’ Muhammad Azizulhasni Awang, 35, sekali lagi dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Olahragawan Kebangsaan 2021 hari ini. Beliau yang juga dikenali sebagai The Rocket Pocketman menerima anugerah itu dalam majlis Majlis Anugerah Sukan Negara sekali gus menjadikan anugerah kelima buatnya. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah merakamkan penghargaan buat atlet kelahiran Dungun itu. “Kejayaan yang diperoleh ini menjadi satu penghargaan dan kejayaan buat seluruh rakyat Terengganu khususnya buat Kerajaan Negeri. “Kerajaan sentiasa komited dalam memberi sokongan serta komitmen terhadap Dato’ Azizulhasni dalam sukan berbasikal,” katanya dalam satu kenyataan. Wan Sukairi mewakili kerajaan negeri menghadiri Majlis Anugerah Sukan Negara yang disempurnakan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
31 Jan 23
318
Pusat Sains Semarak Edu-Tourism di Terengganu
Pusat Sains Semarak Edu-Tourism di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 31 Januari - Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) cemerlang dalam menyemarakkan industri pelancongan sekali gus menepati penanda aras kualiti perkhidmatan kerajaan dalam bidang terbabit. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata PSKT merupakan sebuah agensi yang berteraskan edu-tourism dengan konsep fun learning. “Justeru apabila telah merangkul dua anugerah iaitu ‘Gold Award Kids Edutainment Centre' dan ‘Best Edu-tourism Program' pada tahun 2022 dan secara tidak langsung memberi impak yang positif terhadap industri pelancongan Terengganu," jelasnya. Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) PSKT bersama Rakan Strategik di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu di sini hari ini. Turut hadir, Yang DiPertua Dewan Undangan Kerajaan Negeri, Dato' Yahaya Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat. Tambah Ahmad Samsuri, usaha yang dilakukan oleh PSKT amat bertepatan dengan saranan kerajaan negeri. “Inisiatif ini berdiri kukuh sebagai salah sebuah organisasi yang berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat di samping sedaya upaya memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam masyarakat," ujarnya. Sementara itu, kerajaan negeri melalui PSKT turut berperanan dalam mengadakan pelbagai inisiatif dan peluang kepada masyarakat dan pengunjung. “Iaitu mendalami ilmu pengetahuan dalam bidang sains, teknologi dan inovasi. Semoga jalinan kerjasama ini menjadi manfaat dan dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.  
31 Jan 23
778
Sasar 150,000 Lawat Pusat Sains Terengganu 2023
Sasar 150,000 Lawat Pusat Sains Terengganu 2023
KUALA TERENGGANU, 31 Januari – Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) meletakkan sasaran seramai 150,000 pengunjung pada tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim berkata, pada tahun lepas PSKT telah mencapai rekod apabila menerima pelawat seramai 100,000 orang. Katanya, ia meningkat berbanding pada tahun sebelumnya yang hanya menerima kunjungan seramai 10,000 orang sahaja. “Pencapaian ini menjadikan kutipan pendapatan tiket pelawat melebihi RM850,000 pada tahun 2022. “Manakala kutipan tahun sebelumnya sebanyak RM82,000 sahaja,” jelasnya. Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) PSKT bersama Rakan Strategik bertempat di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu di sini hari ini. Turut hadir Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat. Tambah Mohd Huzairil, PSKT berdiri kukuh sebagai salah sebuah organisasi yang berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat . Katanya, di samping itu pusat terbabit akan mempelbagaikan sumber maklumat dan ilmu mengenai sains persekitaran. "Kini, PSKT sedang mengorak langkah mengejar impian menjadikan salah sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang bertaraf antarabangsa. “Iaitu dalam kapasiti pendidikan berpelancongan dan memfokuskan elemen kreativiti, inovasi, sains dan teknologi dalam kalangan masyarakat,” katanya.  
31 Jan 23
555
Lega Tanah Dirampas Dikembalikan Semula
Lega Tanah Dirampas Dikembalikan Semula
DUNGUN, 31 Januari- Lima tahun penantian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun terlerai hari ini apabila 96 peserta terakhir tanah terkilan di DUN terbabit menerima geran tanah mereka hari ini. Jelasnya, penyerahan geran tanah kepada kumpulan terakhir daripada keseluruhan 346 peserta itu amat melegakannya. "Memanglah puas hati. Bukan kita sahaja, tetapi rakyat yang terkilan itu memang rasa bersyukur atas usaha kerajaan negeri kerana itu merupakan manifesto kita dan kita hendak selesaikan janji-janji itu. "Alhamdulillah, dengan usaha pejabat tanah, pegawai-pegawai daripada atas ke bawah yang terlibat untuk bersungguh-sungguh supaya benda ini dapat diselesaikan dalam tempoh yang kita harapkan sebab, kita harap manifesto ini akan selesai dalam tempoh lima tahun pertama (pentadbiran)," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah di Dewan Majlis Perbandaran Dungun, hari ini. Majlis berkenaan disempurnakan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar kepada 239 penerima. Ini kerana kata Alias,, selain 96 peserta tanah terkilan, penyerahan Borang 5A turut diadakan kepada seramai 72 penduduk bagi Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Wa Sejahtera dan 71 penerima di RTB Pertanian Bukit Senyamuk. Tambah Alias, penyerahan itu menamatkan penantian penduduk selama 24 tahun setelah tanah mereka diambil kembali kerajaan sebelum ini. "Dan, bagi permohonan baharu mengikut proseslah seperti biasa. "Ada lagi kawasan-kawasan yang menunggu undian lot iaitu di kawasan 'by-pass' Kampung Batu Tiong, kalau kita kira ada dalam 600 lot tetapi yang baru kita selesaikan untuk undi lot ini dalam 300 lot lebih. "Yang baru memohon, kita buka kawasan-kawasan yang diberi oleh pejabat tanah, cuma sekarang tanah yang diberikan kebanyakannya tanah berpaya dan saya berharap kerajaan negeri melihat perkara ini lebih teliti untuk menyediakan kemudahan asas di kawasan terbabit," katanya.  
31 Jan 23
2171
Amalan ITQAN Menuju Keseimbangan Kerja
Amalan ITQAN Menuju Keseimbangan Kerja
KUALA TERENGGANU, 31 Januari – Gagasan ITQAN yang disusun Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) memberi panduan dalam menghasilkan seorang penjawat awam yang seimbang dalam melaksanakan tugasan. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ridzuan Hashim berkata akronim ITQAN (Ihsan, Takwa, Qawwiy, Amin, Najah) melengkapkan produktiviti bagi seorang kakitangan. “Itqan Insani sebagai garis panduan oleh i-MITS bagi penjawat melaksanakan tugasan berlandaskan nilai-nilai Islam dalam menghasilkan kualiti kerja yang baik. “Nilaian kerja yang dilaksanakan dengan penuh kesungguhan apabila penerapan sifat Ihsan dipatuhi dengan sempurna, maka pekerjaan sebagai ibadah itu mendekatkan kita dengan Allah,” katanya ketika merasmikan Halaqah Unit Tubuh Sejahtera di Wisma Darul Iman hari ini. Halaqah Unit Tubuh Sejahtera menjadi program bulanan bagi pegawai dan kakitangan kesemua unit tubuh bakal membincangkan buku Fiqh Harakah tulisan mantan Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Abdul Hadi Awang dengan pengisi yang berbeza.  Semua lima unit tubuh yang terlibat adalah i-MITS, Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Urus Setia Belia Sukan dan NGO Terengganu (UBSNT), Urus Setia Wanita Terengganu (USWA) dan Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT).
31 Jan 23
262
AKRAB Terengganu Bawa 100 Murid Beli Kelengkapan Sekolah
AKRAB Terengganu Bawa 100 Murid Beli Kelengkapan Sekolah
KUALA TERENGGANU, 31 Januari- Program ‘Back To School’ anjuran Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu diteruskan lagi dengan 100 murid daripada keluarga kurang berkemampuan sekitar daerah ini diberi peluang membeli-belah kelengkapan sekolah di Mydin Mall, Gong Badak. Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja berkata, program tersebut merupakan salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) AKRAB SUK Terengganu dan turut mendapat kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu, PUSPANITA Negeri Terengganu serta Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.  “Setiap murid yang berusia antara tujuh hingga 12 tahun daripada 25 buah sekolah terpilih diberikan wang tunai RM300 bagi membeli kelengkapan sekolah di pasaraya Mydin dengan dibantu ibu bapa angkat yang terdiri daripada ahli AKRAB SUK Terengganu, PUSPANITA dan juga pihak Maidam. “Tujuannya adalah untuk meringankan beban keluarga anak-anak ini disamping meraikan silaturrahim di antara pelajar dan ibu bapa angkat dalam suasana santai,” ujarnya ketika berucap merasmikan program tersebut, di Dewan teater, Wisma Darul Iman, hari ini. Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Anuar Awang; Yang Dipertua Majlis Daerah Marang merangkap Pengerusi AKRAB SUK Terengganu, Zuwislan Awang serta Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam), Prof Madya Dr Ahmad Azrin Adnan. Hadir sama, Pengerusi PUSPANITA Negeri Terengganu, To’ Puan Nor Zaini Abd Latiff. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Maidam yang telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM30,000 bagi menjayakan program tersebut. “Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak Maidam yang sentiasa membantu kita menjayakan program tahunan ini. Katanya, menerusi program tersebut juga membuka peluang kepada para peserta untuk mendekatkan diri dengan komuniti luar dan dalam masa yang sama melatih diri untuk sentiasa membantu golongan yang kurang bernasib baik. “Program ‘Back To School’ yang bertemakan “Kami Ada” ini juga diharapkan memberikan semangat dan keceriaan kepada anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi dengan memakai pakaian seragam dan kelengkapan alat tulis baharu,” ujarnya.  
31 Jan 23
580
'Sikap Profesional Kerajaan Terengganu Wajar Dicontohi' - Belia Malaysia
'Sikap Profesional Kerajaan Terengganu Wajar Dicontohi' - Belia Malaysia
KUALA TERENGGANU, 30 Januari - Kerajaan Terengganu disifatkan sebagai sangat profesional dalam membantu Majlis Belia Malaysia mengerakkan setiap program pembangunan belia dan beliawanis. Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, walaupun berbeza ideologi politik dengan kerajaan Persekutuan, sikap yang ditonjolkan negeri pantai timur itu wajar dicontohi semua pihak. Katanya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah selalu memberikan kerjasama yang baik kepada persatuan belia. "Contoh terbaik bagi saya kerajaan Terengganu dan Kelantan walaupun kita tahu ada perbezaan politik dan sebagainya, EXCO belia Terengganu sentiasa turun dalam apa jua program yang membabitkan belia, selalu bersama dan memberikan komitmen yang terbaik," ujarnya. Beliau berkata demikian di 'The International Youth Centre (IYC), Cheras yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Dalam pada itu Wan Sukairi menyatakan penghargaan atas kenyataan itu sambil memaklumkan ia sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan negeri. "Kami di peringkat kerajaan negeri sentiasa optimis dalam berganding bahu bersama pertubuhan belia bagi melakar masa depan belia Terengganu yang lebih dinamik,"ujarnya.
30 Jan 23
812
Mahkamah Tetapkan 12 Februari Bagi Keputusan Bantahan Awal
Mahkamah Tetapkan 12 Februari Bagi Keputusan Bantahan Awal
KUALA TERENGGANU, 30 Januari – Mahkamah Pilihan Raya hari ini menetapkan 12 Februari bagi tarikh keputusan terhadap bantahan awal yang dikemukan PAS sebagai responden dalam berdepan petisyen UMNO bagi parlimen Marang. Peguam yang mewakili diwakili Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang iaitu Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kedua-dua pihak diberi masa sehingga 6 Februari bagi memasukkan hujah tambahan terhadap tuduhan ini. “Hari ini adalah hari pendengaran untuk bantahan awal apabila petisyen ini dimasukkan terhadap Ahli Parlimen Marang bagi mempersoalkan beberapa perkara berkaitan persoalan undang-undang dan sebagainya. “Jadi setelah mendengar dari pihak kami sebagai responden dan juga hujahan balas daripada pihak pempetisyen, mahkamah menetapkan untuk kedua pihak memasukkan hujah tambahan dalam perkara tertentu sebelum 6 Februari ini. “Dan mahkamah akan membuat keputusan sama ada bantahan kami ini diterima atau tidak pada 12 Februari sama ada perbicaraan akan diteruskan atau tidak,” katanya kepada media selepas selesai prosiding di Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Terengganu, di sini hari ini. Sesi pendengaran hujah bantahan awal bermula pada jam 11 pagi di hadapan Hakim Pilihan Raya, Datuk Hassan Abdul Ghani. Terdahulu, UMNO Terengganu menfailkan petisyen pilihan raya bagi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 terhadap PAS di tiga kawasan di negeri ini melibatkan Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu.  
30 Jan 23
778