lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Industri Perkayuan Terengganu Bakal Tembusi Pasaran Dunia
Industri Perkayuan Terengganu Bakal Tembusi Pasaran Dunia
KUALA LUMPUR, 11 Jun – Industri Perkayuan Terengganu menerusi syarikat berkaitan kerajaan negeri, Pesama Timber Corporation Sdn Bhd (Pesama) dijangka bakal menembusi pasaran dunia. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata melalui satu perjanjian persefahaman (MoU) dengan Forest Avenue International (Forest Avenue) pada hari ini dijangka akan membantu Pesama untuk menembusi pasaran Amerika Syarikat (US). Katanya, melalui produk-produk hilirannya memandangkan Supreme Group telah pun mempunyai pasaran di US. “Kerjasama di antara dua syarikat perkayuan ini membolehkan Pesama menghasilkan produk yang memberi nilai tambah (value added products). “Manakala Forest Avenue akan memberikan garis panduan kepada Pesama,” katanya dalam satu kenyataan di Laman Facebook Rasmi miliknya pada hari ini. Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pesama Timber Corporation Sdn Bhd. (PESAMA) dan Forest Avenue International Sdn Bhd ( SUPREME GROUP) bertempat di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur kelmarin.  Hadir Sama pada majlis tersebut, Pengerusi Pesama, Ir Saiful Azmi Suhaili. Tambah Ahmad Samsuri, kerjasama itu diadakan bertujuan bagi memperluaskan segmen pengkomersilan sambungan perpanjangan kayu ‘finger-joint’ dan kayu kumai ‘moulding’ di pasaran. “Pesama merupakan anak syarikat Golden Pharos Bhd (GPB) yang menjalankan perniagaan perkayuan di Terengganu manakala Forest Avenue merupakan anak syarikat Kumpulan Supreme, syarikat perkayuan terbesar di Klang, Selangor. “Semoga kerjasama ini akan memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak seterusnya kepada ekonomi negeri, insya-Allah,” jelasnya. Sementara itu, Ir Saiful berkata, antara garis panduan yang diberikan Forest Avenue termasuklah berkaitan dengan spesifikasi produk, kemahiran tenaga kerja dan teknologi serta kerjasama lain dari masa ke masa. Tambahnya, Pesama sentiasa terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak bagi memastikan produk perniagaan hilirannya dapat diperluaskan ke peringkat lebih tinggi. “Memandangkan produk hilirannya masih di peringkat pengenalan berbanding syarikat-syarikat gergasi dalam negara,” ujarnya.  
11 Jun 23
741
‘Selamat Datang Harimau Malaya ke SSMZA’ - MB Terengganu
‘Selamat Datang Harimau Malaya ke SSMZA’ - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 11 Jun - Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengalu-alukan kedatangan skuad Harimau Malaya ke Terengganu bagi aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1. Ahmad Samsuri menerusi hantaran di media sosial turut mengucapkan selamat datang kepada seluruh peminat bola sepak untuk berkampung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak. “Selamat datang peminat dan pemain skuad Harimau Malaya ke bumi Terengganu Darul Iman sempena perlawanan persahabatan antarabangsa Malaysia menentang Kepulauan Solomon pada 14 Jun (Rabu) dan Papua New Gunine pada 20 Jun (Selasa). “Alhamdulillah, SSMZA, Gong Badak telah terpilih menjadi tempat perlawanan antarabangsa dan ini satu pencapaian bagi negeri kita,” katanya. Tambah Ahmad Samsuri, usaha kerajaan negeri hari ini membaiki dan membaikpulih stadium ini sejak 2019 akhirnya mendapat pengiktirafan. “SSMZA menjadi salah satu stadium terbaik yang ada di Malaysia hari ini. Welcome to SSMZA,” katanya. Kedua-dua perlawanan pasukan Malaysia akan berlangsung pada 9 malam bagi memberikan peluang kepada peminat di Pantai Timur menyaksikan aksi pasukan kebangsaan. Skuad kendalian Kim Pan Gon yang mengharungi dua aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada bulan lepas, mencatat kemenangan 1-0 dan 2-0 masing-masing ke atas Turkmenistan dan Hong Kong. Stadium Nasional Bukit Jalil yang menjadi venue keramat skuad Harimau Malaya, tidak dapat digunakan berikutan kerja-kerja penggantian rumput pada masa ini  
11 Jun 23
537
PRN : Bas Percuma Untuk Perantau?
PRN : Bas Percuma Untuk Perantau?
PASIR GUDANG, 11 Jun - Kerajaan negeri berhasrat untuk menyediakan bas percuma kepada anak-anak Terengganu di perantauan bagi memudahkan mereka untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pihaknya mengambil maklum cadangan yang disuarakan oleh perantau agar mengadakan kembali inisiatif berkenaan. "Ini merupakan cadangan yang baik untuk kita menyediakan kembali sebagaimana yang kita lakukan ketika Pilihan Raya Umum (PRU) untuk peringkat parlimen melalui program 'Jom Balik Mengundi' di mana kita telah berjaya menyediakan 400 buah bas. "Pada kali ini dengan sambutan yang begitu mengalakkan sebelum ini, bagi memenuhi permintaan semua rakyat Terengganu yang berada di perantau ini kita berhasrat untuk Sediakan lebih banyak lagi bas bagi membolehkan perantau pulang menjalankan tanggungjawab mereka," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas menghadiri program Dialog dan Jamuan Bersama Kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu, Di Dewan Serbaguna Taman Nusa Damai, di sini semalam. Tambah Wan Sukairi, bagi merealisasikan cadangan yang diutarakan oleh perantau itu pihaknya akan segera membawa perkara berkenaan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam waktu yang terdekat. "Bagi melaksanakan program yang ini, kita tengok nanti bagaimana keputusannya untuk kita muktamadkan nanti bagi membantu perantau yang menyatakan semangat untuk pulang mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti," ujarnya lagi.  
11 Jun 23
295
Perantau Gembira, Mahu Kerajaan Sedia Ada Kekal
Perantau Gembira, Mahu Kerajaan Sedia Ada Kekal
PASIR GUDANG, 10 Jun - Rata-rata anak perantau Terengganu berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri hari ini dan mahu ia dikekalkan. Perantau yang berasal dari Pulau Serai, Dungun Wan Mohd Syazwan Mohd Zamri mengakui dia berbangga dengan prestasi cemerlang dan pelbagai perubahan yang dibawa PAS.  "Saya sangat berpuas hati saya rasa sangat rugi jika rakyat sama ada yang berada dalam negeri ataupun yang merantau tidak mengundi atau memilih kerajaan sekarang. "Sebenarnya yang mendakwa tiada pembangunan ini dia ada masalah hati yang payah hendak diubati setelah dibuat pelbagai kebaikan pun masih kata 'dok molek' sedangkan banyak kebaikan telah dilakukan. "Kita ambil satu contoh mengenai manifesto menyediakan lesen motosikal percuma perkara itu sangat baik sehingga Kerajaan Persekutuan pun turut menawarkan perkara ini untuk dilaksanakan," ujarnya. Dia berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman dalam program Dialog dan Jamuan Bersama Kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu, di Dewan Serbaguna Taman Nusa Damai, di sini, hari ini. Tambah Syazwan lagi kerajaan hari ini juga telah melakukan perubahan yang besar dari sudut mendidik rakyat melalui program-program keagamaan dan hiburan beeterakan agama. Hal ini jelasnya telah memberi impak perubahan cukup besar dalam kalangan rakyat. "Ini juga membezakan Terengganu dengan negeri yang lain misalnya ketika menghampiri waktu Solat Jumaat semua peniaga termasuk bangsa Cina dan India dah faham sehingga tiada masalah untuk menghentikan operasi perniagaan. "Sangat relevan dan sangat bersetuju kerajaan sekarang dikekalkan kerana telah membawa perubahan dari pelbagai sudut berteraskan agama sama ada dari segi ekonomi, pembangunan, pendidikan dan sebagainya," ujarnya. Seorang lagi perantau yang berasal dari Seberang Takir, Nazwanie Muda, 35, juga turut menzahirkan perasaan bangga dengan Kerajaan Terengganu hari ini di samping membawa perubahan juga turut mencaknai kebaikan rakyat. "Alhamdulillah, saya tengok kerajaan sekarang adalah pilihan yang baik untuk rakyat melalui semua manifesto yang dijanjikan telah ditunai serta sedang berjalan, ini menunjukkan pimpinan memberi komitmen yang tinggi, tiada istilah 'curi tulang' kerana membuat kerja masing-masing. "Lebih mengembirakan apa yang dinikmati oleh rakyat yang berada dalam negeri turut kami rasai antaranya Skim Permata Sejahtera, walaupun berada jauh dari negeri sendiri masih tetap merasai keistimewaan sebagai rakyat Terengganu, segala apa yang dilakukan telah cukup bagus," ujarnya. Dalam pada itu dia yang telah berkhidmat selama 10 tahun sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Kota Masai II menyifatkan pertemuan bersama perantau pada hari sangat bermakna dan terasa dihargai.  "Nampak kerajaan sekarang bersungguh-sungguh seolahnya memberikan satu jawapan kenapa ia perlu dikekalkan untuk terus membawa agenda kebaikan, kebajikan dan pembangunan untuk diteruskan pada masa-masa mendatang," ujarnya.
10 Jun 23
270
Dua Kad Merah Rencat Langkah Terengganu FC
Dua Kad Merah Rencat Langkah Terengganu FC
KUALA NERUS, 9 Jun- Dua kad merah yang diterima pertahanan, Argzim Redzovic dan penyerang, Ivan Mamut merencatkan usaha Terengganu FC mengutip sebarang mata, apabila tewas tipis kepada pendahulu Liga Super Malaysia, Johor DT, malam ini. Melayan kunjungan pasukan 'kebal' itu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Tomislav Steinbruckner membuat kejutan apabila menyenaraikan pemain muda meningkat naik, Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob sebagai penyerang utama. Tuan rumah mendapat peluang mencetak gol awal menerusi Sony Norde pada minit ke-17, namun rembatannya dari jarak dekat melambung melepasi gawang. Empat minit kemudian, Engku Shakir pula nyaris-nyaris menjaringkan gol, tetapi sekali lagi rembatan tersasar. Pada minit ke-20, Johor DT yang melakukan serangan pertama berjaya mendapatkan gol pendahuluan menerusi Fernando Forestieri. Bermula dari hantaran lintang Arif Aiman Mohd Hanapi, Forestieri melakukan sepakan gunting di luar kotak penalti yang menerjah jaring selepas situasi kelam-kabut dalam usaha pertahanan Terengganu FC mengeluarkan bola. Tuan rumah bagaimanapun kembali menyamakan kedudukan apabila Sony Norde menyempurnakan sepakan percuma dari jarak 20 meter, lapan minit kemudian. Perlawanan berlangsung rancak dengan kedua-dua pasukan bertukar-tukar serangan. Namun, pada minit tambahan separuh masa pertama, Sony Norde didakwa melakukan terjahan ke atas Arif Aiman sekaligus menghadiahkan penalti kepada pelawat. Penjaring terbanyak liga, Bergson Da Silva menyempurnakan sepakan penalti untuk Harimau Selatan berada di hadapan dengan jaringan 2-1. Bersambung babak kedua, Sang Penyu 'tempang' pada minit ke-52, apabila Argzim dilayangkan kad kuning kedua setelah dikesan melakukan terjahan keras ke atas Juan Muniz. Sekalipun kekurangan seorang pemain, Terengganu FC terus bermain secara terbuka untuk mencari jaringan penyamaan. Bagaimanapun, Terengganu FC sekali lagi dihukum pengadil perlawanan, Mohd Fusser Mad Sallih yang melayangkan kad merah kepada pemain gantian, Ivan Mamut pada minit ke-73. Ivan yang masuk menggantikan Domagoj Pusic tidak sampai sepuluh minit sebelum itu, didakwa mengasari Muhamad Feroz Baharudin yang melakukan kekasaran ke atasnya terlebih dahulu semasa perebutan bola. Bermain dengan sembilan pemain, tuan rumah lebih banyak bertahan di kubu sendiri dan melancarkan serangan balas dalam beberapa kesempatan. Johor DT menguasai perlawanan dan berhasil menambah jaringan menerusi Endrick Dos Santos pada masa tambahan separuh masa kedua. Perlawanan berakhir dengan skor 3-1 disulami kemarahan penyokong tuan rumah kepada pengadil perlawanan. Setelah perlawanan pertama pusingan kedua malam ini, Terengganu FC bagaimanapun kekal berada di tangga ketujuh liga dengan 20 mata.
09 Jun 23
441
Terengganu, Petronas Jalin Kerjasama Bangunkan Loji Janakuasa
Terengganu, Petronas Jalin Kerjasama Bangunkan Loji Janakuasa
KUALA LUMPUR, 9 Jun – Kerajaan Terengganu menerusi Mentri Besar Terengganu Incorporated (MBI) menjalin kerjasama dengan PETRONAS Gas Berhad (PGB) bagi membangunkan Loji Janakuaasa Hidro Mini.  Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja berkata permeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) itu turut membabitkan cadangan Pengurusan Operasi dan Penyenggaraan Terminal di Terengganu. Katanya, langkah tersebut bakal mengukuhkan pembangunan ekonomi di negeri Terengganu. “Saya yakin bahawa kerjasama ini akan membuka peluang baharu dan memberikan manfaat kepada seluruh rakyat Terengganu. “Sejajar dengan matlamat pelan jangka masa panjang yang diberi nama Pelan Induk Terengganu Sejahtera atau singkatannya PITAS 2030,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara PETRONAS Gas Berhad dan Mentri Besar, Trengganu (Incorporated) bertempat di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada hari ini. Turut hadir Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ketua Pegawai Kewangan merangkap Penasihat Kewangan kepada Menteri Besar Terengganu, Muhammad Ramizu Mustaffa yang mewakili MBI. Manakala PGB pula diwakili Ketua Pegawai Eksekutif PGB, Abdul Aziz Othman dan Pengurus Besar Kanan (Pemprosesan Gas dan Utiliti), M Nazir M Nor. Tambah Tengku Seri Bijaya Raja, pembangunan loji janakuasa hidro kecil yang dicadangkan melalui anak-anak sungai di daerah Dungun adalah seiring dengan teras strategik 9 PITAS 2030 iaitu Pengukuhan Infra. Di samping itu jelasnya, pemerkasaan Teknologi Hijau dan Pengawalan Impak Bencana dilihat sebagai penyelesaian Tenaga Boleh Baharu (TBB”) yang kritikal dalam menjadi solusi cabaran bekalan elektrik terutamanya bagi kawasan luar bandar yang terpencil. Beliau berkata, bagi cadangan kerjasama pengurusan, operasi dan penyenggaraan terminal oleh sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Negeri Terenganu pula, ia dilihat sebagai satu langkah strategik dan berimpak. “Serta direalisasikan dengan jayanya, bakal membuka ruang pemerkasaan ekonomi bukan sahaja buat organisasi-organisasi terlibat, tetapi juga buat komuniti setempat melalui penawaran peluang pekerjaan dan perkongsian kemahiran teknikal. “Saya percaya Kerajaan Negeri akan sentiasa menyokong PETRONAS dan PGB dengan Penyediaan infrastruktur dan sumber yang lengkap. “Kerjasama kukuh yang terjalin sebelum ini telah memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak, justeru pihak Kerajaan berharap jalinan kerjasama baharu ini akan mengukuhkan lagi hubungan dengan PETRONAS dan PGB," ujarnya. Sementara itu, MBI telah meletakkan visi untuk menjalankan pelaburan strategik bagi merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan di Negeri Terengganu.  Oleh sebab itu kata MBI, usaha hari ini adalah sebahagian daripada komitmen syarikat untuk melihat pembangunan yang lebih berdaya saing dapat dicapai melalui pelaburan strategik tertumpu.  
09 Jun 23
483
400 Orang Ibu Tunggal Terima Baucer Barang Harian
400 Orang Ibu Tunggal Terima Baucer Barang Harian
DUNGUN, 8 Jun - Seramai 400 orang ibu tunggal di daerah ini menerima baucer berupa pembelian barang keperluan harian.  Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Dato' Satiful Bahari Mamat berkata, ia merupakan salah satu insentif kerajaan negeri kepada mereka yang layak. "Sepanjang lima tahun pemerintahan, kerajaan negeri telah memberikan pelbagai manfaat kepada wanita Terengganu, antaranya termasuklah, Baucer Pakej Berpantang Buat Ibu Bersalin, Peruntukan RM1 juta bagi meneruskan program 'Home Manager' yang menyediakan peluang pekerjaan untuk wanita. "Pemberian tunai 'one-off' kepada ibu tunggal, Pelancaran Dasar Wanita Terengganu, Penubuhan Urus Setia Wanita Terengganu, Program Saringan Pap Smear dan Mamogram secara percuma, Tabung Siti Khadijah melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu," jelasnya. Beliau yang juga ADUN Paka berkata demikian ketika merasmikan program Himpunan Ibu Tunggal Terengganu (HIT) Peringkat Daerah Dungun 2023, di Dewan Darul Ansar, Dungun pada hari ini. Menurutnya, beliau sangat yakin rakyat semestinya bijak menilai kepimpinan kerajaan yang sedaya upaya mengangkat Terengganu ke arah sebuah negeri yang Maju, Berkat dan Sejahtera.  Beliau menambah, banyak peluang yang pihak kerajaan sediakan yang seharusnya mereka ceburi dalam bidang tersebut. "Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) juga ada menganjurkan Program Cakna Ibu Tunggal yang dilaksanakan bertujuan untuk menyatu dan memperkasakan jati diri golongan ibu tunggal supaya segala permasalahan dan kebajikan mereka dapat dibantu.  "Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menawarkan pelbagai bantuan kepada ibu tunggal antaranya termasuklah bantuan bulanan, bantuan penyaraan kanak-kanak, bantuan anak pelihara, bantuan sekolah (sekiranya mempunyai anak-anak bersekolah) dan banyak lagi," tambah Satiful. Justeru itu, beliau mengharapkan agar rakyat terus menyokong dan mengekalkan kerajaan pada hari ini agar program-program dakwah dapat diteruskan demi kebaikan  bersama.  
08 Jun 23
356
TDM Berhad Sasar Pendapatan RM620 Juta Tahun 2023
TDM Berhad Sasar Pendapatan RM620 Juta Tahun 2023
KUALA TERENGGANU, 8 Jun- Anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan TDM Bhd. (TDM Berhad) mensasarkan untuk mengutip pendapatan sehingga RM620 juta untuk tahun 2023 Pengerusi TDM, Datuk Tengku Seri Bijaya berkata pada tahun 2022, TDM mencapai rekod tertinggi dengan hasil pendapatan RM614.4 juta iaitu peningkatan sebanyak 20 peratus daripada tahun sebelumnya. Katanya, beberapa inisiatif dalam bahagian perladangan dan penjagaan kesihatan dijangka memberi impak positif kepada keuntungan kumpulan dan menyumbang kepada pertumbuhan berterusan bahagian perniagaan. “Tumpuan kami pada inisiatif teknologi, memanfaatkan kuasa mekanisasi dan pendigitalan akan menjadi kunci untuk mencapai matlamat ini.  “Selain itu, kami secara aktif mempertimbangkan peluang untuk mengembangkan perniagaan kami, secara organik dan bukan organik, untuk mencipta nilai jangka panjang buat para pemegang saham kami,” katanya  kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Am Tahunan (AGM) kali ke-58 bertempat di Elysium Skybridge, Level 3, Menara B, KTCC di sini hari ini. Tambahnya, TDM akan terus komited dalam usaha mengoptimumkan prospek perniagaan jangka panjang serta membina daya tahan bagi memastikan kemampanan segmen perniagaan utamanya. Menurut beliau, dalam tempoh lima tahun akan datang, tumpuan utama adalah untuk meningkatkan pendapatan dengan memenuhi permintaan yang semakin meningkat terutamanya dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pelancongan kesihatan. Katanya, bahagian penjagaan kesihatan akan meningkatkan kapasitinya melalui penambahan katil dan meluaskan lagi perkhidmatan dengan menawarkan rawatan sub-kepakaran baharu.  “TDM turut merancang untuk mengguna pakai pendekatan 'asset-light' dengan mengembangkan rangkaian hospitalnya melalui pengaturan pajakan dan jualan-pajakan balik.  “Strategi ini juga akan sekaligus membantu dalam usaha mendapatkan tapak brownfield serta pembangunan kemudahan baharu. Melalui pelaksanaan pendigitalan, Kumpulan komited untuk menambah baik keseluruhan pengalaman pesakit dan mengoptimumkan prestasi operasi,” ujarnya. Tambah Tengku Seri Bijaya lagi, pihaknya akan terus memanfaatkan rekod kejayaan syarikat dalam perniagaan minyak sawit mampan. “Bahagian Perladangan secara aktif meneroka peluang untuk meningkatkan kecekapan operasi dan keberkesanan kos melalui pelaksanaan teknik mekanisasi terkini,”jelasnya.  
08 Jun 23
455
Atlet Terengganu ke Sukan SEA Terima Insentif RM136,000
Atlet Terengganu ke Sukan SEA Terima Insentif RM136,000
KUALA NERUS, 8 Jun- Kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) menyampaikan insentif sebanyak RM136,000 bagi menghargai sumbangan atlet Terengganu dalam Sukan SEA 2023, yang berlangsung pada bulan Mei lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, insentif yang disampaikan terdiri daripada Skim Wakil Negara (SWARA) iaitu sebanyak RM54,000 dan Skim Hadiah Kemenangan (SHAKE) berjumlah RM82,000. "Program ini diadakan sebagai menghargai atlet Terengganu yang telah berjaya menyertai Sukan SEA di Phnom Penh, Kemboja, baru-baru ini. "Daripada seramai 54 atlet dan pegawai, kita telah memenangi lima Emas, lapan Perak dan 13 Gangsa (30 atlet daripada 13 acara sukan). "Hari ini kita menyampaikan insentif SWARA (RM1,000 seorang) dan SHAKE sebanyak RM4,000 bagi pingat Emas, RM3,000 (Perak) dan RM2,000 (Gangsa) untuk acara individu," katanya. Tambahnya, bagi acara berkumpulan, insentif diberikan sebanyak RM2,500 (Emas), Perak berjumlah RM2,000 dan Gangsa pula, RM1,500. Penyerahan itu disampaikan beliau dalam Majlis Apresiasi Atlet Terengganu Sukan SEA 2023, di Ar-Riyadah Residence, hari ini. Hadir sama timbalannya, Hishamuddin Abdul Karim; Pengarah MSNT, Ahmad Shahrizal Yahaya, serta barisan Ahli Jawatankuasa Pengurus Majlis Sukan Negeri Terengganu. Wan Sukairi turut berharap, dengan insentif yang disampaikan, ia memberi semangat kepada atlet-atlet negeri untuk terus melakukan yang terbaik dalam sukan seterusnya berjaya mewakili negara. "Dalam majlis ini juga turut disampaikan insentif Skim Hadiah Kemenangan (SHAKE) yang berjumlah RM 29,900.00 kepada atlet-atlet berbasikal yang telah memenangi pingat iaitu tujuh Emas, dua Perak, tujuh Gangsa dalam Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2023, Nilai, Negeri Sembilan yang telah berlangsung bulan lalu.
08 Jun 23
255
Cacat Penglihatan Bukan Penghalang Khairulanwar Cemerlang SPM
Cacat Penglihatan Bukan Penghalang Khairulanwar Cemerlang SPM
KUALA TERENGGANU, 8 Jun - Seorang pelajar yang mengalami masalah penglihatan membuktikan kekurangan dirinya bukan halangan untuk mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan hari ini. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar, Khairulanwar Zakaria, 19, yang merupakan Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) mendapat keputusan 7A (5A+, 2A) sekali gus membolehkannya dinobatkan anugerah pelajar cemerlang SPM bagi kategori kurang upaya penglihatan (buta) peringkat Negeri Terengganu . Menurut Khairulanwar, dia mengalami masalah pada bahagian korteks otak yang telah disahkan sebagai 'both eyes cortical blindness' ketika berada di Tingkatan Satu. Anak bongsu daripada empat beradik itu berkata, walaupun perubahan ke atas dirinya agak mengejutkan, kekurangan itu dijadikan pembakar semangat untuk lebih cemerlang dalam pelajaran. “Dengan keadaan diri saya yang asalnya dapat melihat kemudian tidak nampak menguatkan lagi semangat saya untuk belajar bersungguh-sungguh.  “Waktu Tingkatan Satu hingga Tiga pencapaian saya dalam pelajaran agak sederhana dan biasa sehinggalah saya bertemu seorang rakan yang boleh dijadikan sumber inspirasi untuk bersaing secara sihat dalam pelajaran. "Kami sama-sama bersaing untuk berjaya. Saya ada seorang kawan lama yang dapat 'straight A', saya pun semakin bersemangat nak cuba juga dapat 'straight A' dan hasilnya, berkat doa ibu bapa dan guru saya mendapat keputusan cemerlang hari ini," ujarnya yang bercita-cita untuk bergelar seorang pendidik dan berhasrat menyambung pengajian ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Cheras. Khairulanwar ditemui pemberita selepas majlis pengumuman keputusan peperiksaan SPM Terengganu 2022 di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, di sini, hari ini. Sementara itu, bagi calon cemerlang SPM Terengganu, Nur Nadiatul Syakila Mohd Razif dari Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin yang mendapat 10 A+, dia bersyukur atas kejayaan yang diperoleh. “Tidak pernah sangka pun dapat semua A+, semua datang daripada Allah, satu benda yang yang saya selalu buat adalah berpaut dengan niat sebelum mula belajar. “Saya selalu bercakap dengan diri sendiri yang saya belajar kerana Allah, hendak bantu agama Allah, alhamdulillah dipermudahkan jalan,” ujarnya. Anak keenam daripada tujuh beradik kepada pasangan guru itu berkata, kejayaan yang dikecapinya hari ini adalah berkat doa kedua ibu bapa yang tidak putus-putus agar kesemua anak-anak berjaya dapat pelajaran. “Disamping tunjuk ajar guru-guru yang tidak mengenal erti jemu mengajar dan mendidik saya dan rakan-rakan dari segi akademik mahupun sahsiah diri,” ujarnya yang berhasrat menyambung pelajaran dalam bidang asasi undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).  
08 Jun 23
437