lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Jangan Percaya Khabar Angin-MB
Ahmad Razif bersama isteri mengagih ole-oleh dari Mekah kepada tetamu . Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailAhmad Razif Abd Rahman meminta rakyat di negeri ini tidak terpengaruh dengan khabar angin mengenai pertukaran jawatannya sebagai Menteri BesarKatanya, suasana politik di Terengganu adalah stabil dan tiada apa-apa yang berlaku mahu pun bakal berlaku sebagaimana yang diperkatakan sejak beberapa hari lalu melalui cakap-cakap mahupun viral.“Tindakan seumpama tersebut seolah-olah untuk menimbulkan konflik sesama kepimpinan negeri. “Saya akan terus mengetuai kepimpinan negeri ini, mahu maju ke hadapan, tanpa fikir perkara remeh, sebaliknya bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) akan datang,” katanya.Beliau berkata demikian  kepada pemberita pada  Majlis Menyambut Kepulangan Menteri Besar Dan Isteri Dari Menunaikan Ibadat Haji di Kediamam Seri Iman, Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A Rahim Jusoh.Baru-baru ini sebuah akhbar melaporkan Ahmad Razif antara empat Menteri Besar yang akan ditukar oleh pucuk pimpinan (BN) menjelang PRU-14.Tiga lagi pertukaran dipercayai melibatkan Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakub; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.
23 Sep 16
40
Empty Image
Desas-Desus Pertukaran MB Adalah Tidak Benar
Berita mengenai pertukaran Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman yang dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris, baru-baru ini dinafikan oleh Pejabat Menteri Besar.Pegawai Khas Menteri Besar, Ahmad Fauzan Abdul Kadir berkata khabar angin mengenai pertemuan beliau bersama Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang dijadualkan pada hari ini juga  tidak benar.“Berhubung isu pertukaran Menteri Besar Terengganu yang kini sedang rancak disebarkan melalui media sosial, saya ingin menegaskan bahawa tiada pertukaran menteri besar dan khabar angin mengenai pertemuan antara Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman dengan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang dijadualkan pada hari ini adalah tidak benar sama sekali.“Dalam satu kenyataan Perdana Menteri sebelum ini ada mengatakan bahawa Ahmad Razif kekal menjadi Menteri Besar Terengganu sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 serta sebarang khabar angin mengenai pertukaran adalah tidak benar dan hanya dicipta oleh musuh-musuh dalaman politik untuk menghuru-harakan kestabilan politik di Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan di media rasminya.Tambahnya dalam kenyataan tersebut, Ahmad Fauzan berkata isu tersebut tidak seharusnya diwujudkan kembali kerana ianya telahpun selesai sebelum ini.“Berhubung dengan analisis politik yang dibuat dalam satu akhbar tempatan baru-baru ini, analisis itu dibuat berdasarkan kepada pandangan penulis dan pandangan ahli politik yang tidak mahu melihat Ahmad Razif mengetuai negeri dalam menghadapi pilihan raya.“Kenyataan dan analisis yang dibuat tidak mencerminkan hasrat dan niat Perdana Menteri terhadap Menteri Besar Terengganu dan tiga lagi menteri besar yang lain,” katanya.Katanya, Ahmad Razif juga sudah menyatakan pendiriannya untuk tidak melayani segala spekulasi dan hanya mahu menumpukan kepada pentadbiran negeri sehingga habis penggal selain terus memacu pembangunan negeri. 
21 Sep 16
117
Empty Image
Pegawai Kerajaan Perlu Berubah Seiring Cabaran Semasa - SUK
 Pegawai Tadbir Negeri Terengganu (PTN) perlu melakukan perubahan bagi menghadapi persekitaran yang dilihat kian mencabar khususnya dalam aspek memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, bagi menangani isu-isu yang semakin rumit dan kompleks, pegawai kerajaan hendaklah berubah mengikut arus dan teknologi terkini.Katanya, penambahbaikan secara berterusan menjadi aspek utama untuk mereka terus relevan dalam sistem perkhidmatan awam, khasnya kepada pelanggan, iaitu rakyat."Penambahbaikan yang dimaksudkan merangkumi tiga aspek iaitu peka dengan persekitaran, 'protocolly fit' dan ‘credentially good at all time’."Menjadi 'protocolly fit' bermakna sebagai seorang pegawai haruslah menunjukkan kredibiliti yang tinggi dari setiap aspek termasuk pemakaian, percakapan dan perhubungan pada setiap masa.“Manakala ‘credentially good at all time’ bermaksud menunjukkan diri sentiasa bagus dari semua perkara. Contohnya dalam isu pertukaran, apabila kita bagus, orang lain akan mengalu-alukan kedatangan kita,” katanya.Beliau berkata demikian  ketika berucap di Program Majlis Makan Malam dan Ucaptama Bersama PTN di Kediaman Seri Setia, Batu Burok, Kuala Terengganu, semalam.Dalam masa yang sama, Wan Nawawi berpesan kepada semua pegawai tadbir supaya sentiasa bersedia memikul beban tugas yang telah dipertanggungjawabkan demi memastikan kelancaran perkhidmatan awam negeri.“Satu hari nanti kita akan menjadi pegawai lain dari yang lain kerana sentiasa mempunyai semangat. Berusahalah meninggalkan satu legasi serta ianya nanti dapat dijadikan sebagai panduan kepada orang lain."'Pada masa yang sama, pegawai tadbir juga masih kekal dan akan terus mengutamakan servis  terbaik terbaik kepada rakyat, bagaimanapun kita perlu meningkatkan kemajuan diri terutamanya kepada pegawai muda dengan mencari pengalaman dan pendedahan menerusi penglibatan dalam pelbagai acara,"katanya.
19 Sep 16
167
Empty Image
THT Ulangi Kejuaraan MHL Buat Kali Ketiga
Pasukan Hoki Terengganu (THT) mengulangi sejarah apabila muncul juara buat  tiga kali berturut-turut Liga Hoki Malaysia (MHL) 2016 selepas menewaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 3-1 dalam perlawanan final, di Stadium Hoki Batu Burok, Kuala Terengganu, semalam.Ketua jurulatih pasukan tersebut, Sarjit Singh berkata, pencapaian dan kejayaan itu amat membanggakan beliau, apatah lagi berjaya mempertahankan status kejuaraan yang disandang sejak 2014 itu. “Walaupun untuk lima perlawanan awal, kita bermula perlahan apabila hanya memperoleh tujuh mata. Namun kita bangkit untuk lima perlawanan terakhir dengan mengumpul 15 mata lagi menjadikannya 22 mata.“Untuk menang ianya mudah, tapi bagi mengekalkan kejuaraan sebanyak tiga kali berturut-turut bukan sesuatu yang mudah,” katanya kepada pemberita.Kelebihan bermain di laman sendiri digunakan sepenuhnya apabila THT membuka jaringan seawal minit kelima menerusi pukulan penalti bekas pemain kebangsaan, Mohd Fitri Saari.Pada minit ke-18, asakan yang dilakukan membuahkan hasil apabila Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil membuka ruang untuk pasukan tuan rumah menjarakkan jaringan melalui gol padang.Bersambung babak kedua, THT terus mempamerkan aksi garang apabila Ismail Abu berjaya menyudahkan hantaran kapten pasukan, Mohd Faisal Saari pada minit ke-31 menerusi gol padang.Namun demikian, berselang seminit kemudian, TNB yang ketinggalan berjaya memecahkan kebuntuan apabila berjaya merapatkan kedudukan menerusi gol padang oleh Muhammad Ramadan Rosli.Dengan kemenangan 3-1 tersebut, THT yang mempertahankan kejuaraan sejak 2014 meraih wang tunai RM100,000, piala pusingan berserta medal.
18 Sep 16
68
Empty Image
MB Kongsi Kegembiraan Kejayaan T-Team Ke Separuh Akhir
Pasukan T-Team bersama pengurusan meraikan kejayaan mara ke separuh akhir selepas menjinakkan Felda United dengan agregat 2-1 dalam perlawanan suku akhir kedua, di Stadium Tun Abdul razak Jengka, Pahang, malam tadi. Photo Credit : T-Team FC.“Alhamdulillah, Alhamdulillah! Tahniah dan syabas kepada T-Team di atas kemenangan 1-0 menentang Felda malam ini (malam tadi) di Jengka,Pahang dan seterusnya melayakkan diri ke separuh akhir nanti.“Saya yakin dengan kemampuan semua pemain T-Team untuk membawa pasukan tersebut ke  `next level’. Saya sendiri tidak sabar untuk menyaksikan kejayaan T-Team di peringkat seterusnya,” Demikian respon Menteri Besar, Haji Ahmad Razif Abd Rahman sejurus T-Team mengesahkan laluan ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Felda United dengan agregat 2-1 dalam perlawanan suku akhir kedua,  di Stadium Tun Abdul Razak Jengka, Pahang, malam tadi.Beliau bersama isteri, Hajah Halina Zakaria yang masih berada di Mekah mengulas kejayaan itu menerusi Page Facebook sebagai tanda meraikan kejayaan dan kegembiraan itu bersama rakyat Terengganu yang lain khususnya penyokong bolasepak negeri.“Syabas dan tahniah sekali lagi kepada seluruh pasukan T-Team, pengurusan serta penyokong.Majulah bolasepak untuk negeri Terengganu! ,”katanya.Beliau sebelum perlawanan itu turut mendoakan kejayaan T-Team dan menaruh keyakinan yang tinggi pasukan kedua negeri mampu menampilkan kesungguhan dan disiplin yang tinggi untuk membawa kemenangan kepada Terengganu.“Saya yakin T-Team mampu menguasai perlawanan menentang Felda malam ini di Jengka,Pahang. Kesungguhan yang ada pada pasukan T-Team sepatutnya menjadi contoh kepada pasukan yang lain. “Saya mendoakan kejayaan anda. Terima kasih dan tahniah juga kepada semua penyokong T-Team yang turut berkonvoi ke Jengka hari ini. Anda membuktikan bahawa sukan telah berjaya menyatupadukan kita,”katanya lagi. Dalam perlawanan timbal balik di gelanggang lawan itu,  T-Team menang 1-0 selepas terikat 1-1 pada pertemuan suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 28 Ogos lalu.Pemain import kelahiran Uzbekistan, Dilshod Sharofetdinov muncul wira skuad The Titans apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-77 sekali gus memadamkan kelebihan tuan rumah yang turun beraksi dengan  mempunyai bekalan gol di tempat lawan.Ledakan gol itu meranapkan impian Felda United untuk mara lebih jauh dalam saingan merebut piala berprestij berkenaan berpunca daripada sepakan sudut oleh Mohd. Nor Hakim Hasan sebelum Sharofetdinov yang tidak dikawal menanduk bola ke dalam gawang The Fighters.T-Team dijadualkan menentang Selangor pada peringkat separuh akhir nanti.
17 Sep 16
168
Empty Image
KT Night Market Tawar 92 Tapak Niaga
Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) bakal menyediakan 92 premis perniagaan termasuk lot kedai dan petak penjaja di KT Night Market (KTNM) yang terletak di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu.Pegawai Harta Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu, Abdul Razak Abd Rahman berkata premis yang dibangunkan menerusi Lembaga Tabung Amanah Warisan tersebut mula dibina bermula Julai tahun lalu menelan belanja hampir RM14 juta.  “KTNM yang akan siap sepenuhnya pada 24 September ini berkonsepkan pasar malam eksklusif bagi peniaga kecil.“Selain premis perniagaan, ianya juga akan dilengkapi dengan kemudahan yang lebih kondusif seperti parkir, tandas awam, bilik persalinan bayi dan menara jam serta skrin paparan LED digital bagi memudahkan orang ramai mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan termasuk harga produk,” katanya kepada Teganukita.Pembinaan KTNM tersebut merupakan salah satu usaha kerajaan negeri untuk membantu golongan peniaga pasar malam melibatkan diri dalam perniagaan dalam suasana lebih kondusif dengan tawaran harga berpatutan selain membantu menyemarakkan lagi industri pelancongan di negeri ini.
14 Sep 16
392
Empty Image
Warga Singapura Teruja Sikap Muafakat Laksana Korban Di Terengganu
Warga Singapura yang menyertai program Ibadat Korban D'Terengganu teruja apabila pertama kali dapat melihat ibadat korban dilakukan secara tradisional.Seorang daripada 38 peserta, Hawa Samad, 70, berkata walaupun kali ketiga datang ke Terengganu, beliau mendapat pengalaman baru apabila berpeluang menyertai program tersebut bersama masyarakat Islam di sini."Ini merupakan kali pertama saya lihat penyembelihan lembu sebagai haiwan korban kerana di tempat kami menyembelih kambing."Cara di sini sangat berbeza seperti di Singapura. Di sini caranya lebih tradisional manakala di sana pihak berkuasa sentiasa memantau penyembelihan dilakukan," katanya kepada Teganukita.Hawa SamadTambahnya, beliau amat tertarik dengan budaya muafakat yang diamalkan masyarakat Islam Terengganu dan ianya nyata sangat berbeza di Singapura."Masyarakat di sini masih kuat dengan semangat gotong- royong. Kami di Singapura sudah tidak lagi mengamalkan konsep sedemikian," katanya.Bagi wakil dari Group Jalaluddin Travel & Services Singapura, Eliya Abd Rahman berkata, progran anjuran Kerajaan Negeri Terengganu ini merupakan pengalaman baru buat beliau."Sebelum ini, agensi kami hanya ke Indonesia dan Vietnam. Ini merupakan kali pertama kami ke Terengganu."Melalui program ini, kami diperkenalkan dengan budaya dan kehidupan masyarakat di Terengganu dan amat teruja dapat mengenali budaya serta sempat menikmati juadah utama, nasi dagang di sini," katanyaEliya Abd RahmanEliya berkata, agensi beliau merancang untuk kembali menyertai program tersebut dengan bilangan peserta lebih ramai pada tahun hadapan.Program Ibadat Korban D'Terengganu yang mengumpulkan seramai 38 peserta dari Singapura selama empat hari bermula 9 September adalah hasil inisiatif oleh kerajaan negeri semasa mengadakan Beautiful Terengganu di Singapura pada Ogos lalu.Selain dari menyertai ibadah korban di Terengganu, pelancong Singapura yang dibawa melalui agensi pelancongan tersebut turut dibawa ke destinasi tumpuan seperti Pasar Kedai Payang, Taman Tamadun Islam dan lain-lain.
12 Sep 16
98
Empty Image
MB Bantu Pengurusan Jenazah Allahyarham Zakaria Abdullah
Menteri Besar, Haji Ahmad Razif Abd Rahman meluangkan masa menguruskan jenazah jemaah haji dari Terengganu, yang akan dikebumikan pada malam ini di Sharaya, Mekah.Beliau bersama Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim menyegerakan urusan pengebumian itu, sebaik sahaja melawat jenazah di Hospital Ajyad Mekah."Alhamdulillah sudah selesai beberapa urusan dan jenazah akan akan dibawa ke Maala untuk dimandi dan dikapan. Seterusnya jenazah akan dibawa ke Masjidil Haram untuk solat jenazah. Kami menjangkakan  selepas Maghrib (waktu Mekah) dijangka akan disembahyang kan. Insya- Allah akan dikebumikan di Sharaya,"katanya.Beliau sebelum itu mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.Dalam kejadian  itu, Allahyarham Zakaria Abdullah, jemaah Haji 1MDB yang berasal dari Hulu Terengganu rebah dipercayai ketika sedang solat di Masjidil Haram, Mekah.Sebaik insiden itu,ketua rombongan haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman mengambil perjalanan segera menguruskan jenazah untuk dikebumikan.Ahmad Razif turut mendoakan supaya Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh arwah. Pada masa yang sama, Menteri Besar juga berharap supaya keluarga beliau di Terengganu tabah dan bersabar dengan ketentuan Allah SWT. Al-Fatihah.
09 Sep 16
229
Empty Image
Sambut Aidiladha Dengan Keinsafan
Menteri Besar, Haji Ahmad Razif Abd Rahman menyeru semua umat Islam di Terengganu khasnya dan Malaysia amnya dapat menyambut Hari Raya Aidiladha dalam suasana yang penuh keinsafan.Beliau yang kini sedang menunaikan haji di Mekah bersama isteri, Hajah Halina Zakaria turut berdoa supaya rakyat negeri ini sentiasa hidup dalam keadaan aman dan tenteram." Saya berharap supaya rakyat di Malaysia dan Terengganu khasnya dapat meraikan sambutan Aidiladha dengan penuh tenteram serta harmoni."Moga kita semua berada dalam keadaan ceria dan gembira, " kata beliau dalam video berdurasi 2 minit 18saat dikirimkan jurufoto Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Haris Fadzillah Kassim yang turut berada di Mekah, hari ini.Ahmad Razif dan isteri turut mengambil kesempatan memohon kemaafan atas segala kesilapan beliau selama ini.Video penuh ucapan ini turut disiarkan menerusi portal www.teganukita.net
09 Sep 16
61
Empty Image
Mekah- MB Terengganu Bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Melawat Jemaah Haji Malaysia
Menteri Besar, Haji Ahmad Razif Abd Rahman hadir bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang melawat jemaah haji Malaysia, sebentar tadi (8 September 2016) di Abraj Janadriyah Mekah.Menteri berkenaan memberitahu Malaysia merupakan antara beberapa negara yang memenuhi sepenuhnya penetapan syarat baharu Kerajaan Arab Saudi antaranya imbasan sepuluh jari dan pemakaian gelang e-hajj yang mengandungi maklumat jemaah haji; kesemua syarat baharu dipatuhi oleh Malaysia.Difahamkan se­mua je­maah haji Malaysia seramai 22,320 orang telah berada di Mekah, termasuk dari negeri Terengganu Darul Iman.Menjelang hari wukuf di Arafah tiga hari lagi, Ahmad Razif yakin semua jemaah dari Terengganu sudah bersedia sepenuhnya.Laporan Khas Oleh : Ruslan Abdul Rahman
08 Sep 16
197