lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Tiga Projek Perkedaian MBKT Beroperasi Awal Februari
Ahmad Razif memberi penerangan kepada peniaga-peniaga ketika meninjau projek MBKT di sekitar Pusat Bandar Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailTiga projek perkedaian Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang membabitkan peruntukan RM5.8 juta bakal beroperasi awal bulan depan. Projek berkenaan adalah Medan ICT MBKT bersebelahan Hospital Sultanah Nur Zahirah yang mempunyai 19 ruang niaga,  Bazar Kuih Tradisional di Gong Kapas (9 ruang niaga) dan Medan Selera Batu Buruk II pula menempatkan 13 ruang niaga.Bazar Kuih Tradisional di Gong Kapas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Mohd Zulkifli Abu Bakar, berkata projek yang bermula pertengahan tahun lalu kini dalam proses penyerahan surat tawaran dan serahan kunci kepada 43 penyewa.“Sebaik selesai semuanya termasuk membersihkan kawasan perniagaan, mereka akan dibenarkan berniaga pada awal Februari depan.“Peniaga akan dibekalkan apron bergambar logo Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 agar nampak lebih ceria dan mesra untuk menyambut pelanggan dan pengujung sempena VBT,”katanya.Mohd Zulkifli berkata demikian ketika ditemui Teganukita semasa mengikuti Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman meninjau projek MBKT di sekitar Pusat Bandar Kuala Terengganu, hari ini.Menurutnya,  semua penyewa adalah peniaga jalanan yang sebelum ini berniaga di tepi Pusat Akuatik Batu Buruk, lorong HSNZ dan peniaga asal di tapak jualan gerai kuih tradisional Gong Kapas.“Inisiatif MBKT melalui kerajaan negeri membina lot perkedaian itu, semata-mata mahu memastikan Pusat Bandar Kuala Terengganu lebih tersusun, bersih dan selesa.“Sebolehnya pihak kami tidak mahu lagi melihat kewujudan lot kedai tanpa permit dan peniaga jalanan tanpa lesen di bandar ini,”katanya.Katanya, keadaan itu bukan saja mencemarkan pemandangan malah menyebabkan pengendalian makanan tidak bersih berikutan tiada bekalan air untuk membasuh kelengkapan memasak, makan dan minum.“MBKT mahu peniaga mengamalkan sikap mesra pelanggan seperti yang disarankan Menteri Besar,  perkhidmatan bertaraf hotel, kadar harga setanding warung.“Saya tidak mahu lagi mendengar rungutan pelanggan, makanan di kawasan itu mahal, tidak setanding dengan layanan,”katanya. 
03 Jan 17
235
Empty Image
Pusat Akuatik Dibuka Semula Pertengahan Bulan Ini
Ahmad Razif dalam lawatannya ke Pusat Akuatik MBKT, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mula dibuka semula pada pertengahan Januari ini, sebaik sahaja kerja membaik pulih selesai.Pengarah Penyelenggaraan Bangunan MBKT, Zulkefly Hassan berkata, kerja-kerja pembaikan kini sedang giat dijalankan secara berperingkat dan ada kemudahan yang boleh mula digunakan pada pertengahan bulan ini.“Baik pulih melibatkan lantai pada permukaan kolam serta sekeliling kolam termasuk tambah baik sistem pam sedia ada di pusat akuatik ini.“Untuk permulaan, kita akan buka dahulu untuk bahagian kanak-kanak manakala di bahagian wanita serta dewasa ianya akan disiapkan secara berfasa,” katanya kepada Teganukita dalam lawatan kerja Menteri Besar ke Pusat Akuatik MBKT, di Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Terengganu, Zulkifli Abu Bakar dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ A Rahman Yahya.
02 Jan 17
1163
Empty Image
Peniaga Jangan Ambil Kesempatan - MB
Peniaga dinasihatkan agar tidak mengambil kesempatan terhadap pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya ketika kerancakan kempen `Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017'.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata,  peniaga perlu lebih mesra dalam menyambut kedatangan pelancong dengan budaya yang baik serta mesra, selain berurusniaga dengan kadar yang munasabah.“Harga barangan perlulah berpatutan. Harga yang mahal secara tidak langsung akan memberikan imej tidak baik kepada negeri ini sendiri.“Jangan pula ada peniaga merosakkan apa yang sedang kerajaan negeri laksanakan dengan memberi layanan yang tidak baik kepada pelancong-pelancong ini,” katanya.Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Meraikan Pelancong ASEAN di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Monspace Multinasional Corp, Dato’ Seri Jessy Lai.Dalam pada itu, Ahmad Razif berharap, agar dengan kedatangan pelancong ke Terengganu sempena VBT 2017 akan merancakkan lagi ekonomi penduduk setempat.“Bermula esok (hari ini) seramai lebih 3,000 pelancong dari negara-negara ASEAN akan melawat ke sekitar Kuala Terengganu termasuk Pasar Kedai Payang, Kampung Cina dan Pulau Warisan.“Diharapkan dengan kehadiran pelancong-pelancong yang begitu ramai akan memberi manfaat kepada rakyat kerana mereka sudah pasti mula berbelanja di tempat-tempat yang dibawa ini,” katanya.
02 Jan 17
92
Empty Image
Gelombang Kedua Melanda Hulu Terengganu
Gelombang banjir kedua mula melanda Hulu Terengganu apabila hujan lebat berterusan sejak semalam.Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik berkata, pusat pemindahan sementara yang baru mula dibuka di Masjid Kampung Peneh yang melibatkan 55 mangsa daripada 8 keluarga."Angka akan bertambah lagi memandangkan hujan dan air Sungai Berang makin naik termasuklah air Sungai Telemong juga semakin meningkat semula."Kami dalam proses berjaga-jaga ke arah pembukaan balik pusat pemindahan di Pasir Dula dan Kampung Kuala Ping," katanya ketika dihubungi Teganukita.Menurut Azmi, setakat ini  hanya dua pusat permindahan yang masih beroperasi iaitu di Bukit Tadok, masih kekal dengan 152 mangsa daripada 18 keluarga.Jumlah keseluruhan mangsa dua pusat pemindahan berkenaan adalah seramai 207 orang daripada 71 keluarga.Mengikut laporan, bacaan paras Sungai Berang di Pengkalan Ajal terkini 16.12m (0.12m melebihi paras bahaya).Terbaru setakat jam 10 pagi ini, pusat pemindahan Kampung Lubuk Periuk telah mula dibuka dengan pendaftaran seramai 12 keluarga melibatkan 60 mangsa.
02 Jan 17
33
Empty Image
JKM Jamin Bekalan Makanan Mencukupi
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi jaminan bekalan makanan kepada mangsa bencana boleh bertahan sehingga Mac ini, jika banjir berterusan di Terengganu.Ketua Pengarah JKM, Datuk Zulkiply Ramli, berkata pihaknya sudah membuat perjanjian dengan lima pembekal utama bagi menghantar bekalan makanan segera bagi memastikan bekalan tidak terputus kepada mangsa banjir."Depot penyimpanan barangan mampu menyimpan bekalan makanan dan keperluan asas mangsa selama sebulan jika bencana berterusan."Malah pihak JKM bersama-sama pegawai daerah telahpun mengenalpasti para pembekal tempatan,"kata Zulkiply.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat lawatan mengejut di Pusat Pemindahan Banjir dekat Balai Raya Kampung Getang, Hulu Terengganu, hari ini.Menurut Zulkiply, satu depo besar di Marang akan menghantar barang keperluan dan makanan kepada mangsa banjir ke 18 lokasi depo mini.Katanya, JKM juga menyediakan 160 pengkalan hadapan bagi menempatkan makanan dan keperluan asas mangsa yang berdekatan dengan pusat pemindahan banjir."Ini bagi memastikan bekalan makanan sampai kepada mangsa jika lokasi terbabit terputus hubungan dan setiap pangkalan hadapan mampu menyimpan bekalan makanan antara tiga ke tujuh hari mengikut keperluan mangsa."Sekiranya berlaku bekalan makanan habis dan tidak cukup dengan keperluan mangsa,kita akan pastikan depoh besar di Sungai Buloh, Selangor akan menghantar bekalan segera," katanya.
02 Jan 17
67
Empty Image
Tiga Sekolah Masih Ditutup
Walaupun kebanyakan kawasan yang dinaiki air semakin pulih di Terengganu, tiga buah sekolah rendah di Setiu dan Hulu Terengganu bagaimanapun masih ditutup berikutan jalan utama dan kawasan sekolah yang ditenggelami air.Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata, sekolah terbabit  iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung Besut (SKKB) dan Sekolah Kebangsaan Sungai Las (SKSL) di Setiu serta Sekolah Kebangsaan Getang, Hulu Terengganu.Shafruddin berkata, tiga sekolah itu membabitkan seramai 317 orang murid dan 58 orang guru."Dua sekolah iaitu SKKB dan SKSL ditutup kerana jalan ditenggelami air sementara Sekolah Kebangsaan Getang air melimpahi kawasan sekolah," katanya ketika meninjau keadaan banjir di Kampung Besut, Setiu, petang ini.Menurutnya, laluan untuk ke sekolah terbabit masih lagi merbahaya kepada kenderaan ringan.Katanya, di SKKB beberapa bangunan seperti kantin sekolah masih ditenggelami air, manakala kelas tidak terlibat.
02 Jan 17
93
Empty Image
Kerajaan Negeri Sasar 50,000 Pengunjung Ke Pameran Negeri Cantik, Budaya menarik
Kerajaan negeri melalui Lembaga Muzium Negeri Terengganu menyasarkan 50,000 pengunjung bakal mengunjungi Pameran Negeri Cantik, Budaya Menarik yang berlangsung selama enam bulan di ruang legar Muzium Negeri Terengganu bermula semalam.Timbalan Pengerusi Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Abd Rahman berkata, pameran yang berkonsepkan paparan keunikan budaya dan keindahan negeri melalui alam semulajadi dan sejarah itu adalah salah satu medium mempromosi Tahun Melawat Terengganu yang dijenamakan semula kepada Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017.“Pameran ini juga bertujuan memperkenalkan kepada pengunjung tentang kepelbagaian produk makanan khususnya makanan tradisional negeri ini selain mempamerkan kesan-kesan sejarah, keunikan batuan dan flora, fosil-fosil haiwan dan sebagainya.“Kita mengharapkan ianya mendapat sokongan daripada masyarakat setempat selain kerjasama penggiat pelancongan dengan membawa pelancong sempena VBT 2017 berkunjung ke muzium untuk mengenali lebih dekat kepelbagaian khazanah alam, keunikan dan keindahan negeri Terengganu yang ditonjolkan melalui pameran ini,” ujarnya.Beliau yang mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pameran Negeri Cantik, Budaya Menarik dan Pelancaran Kalendar Aktiviti 2017 Lembaga Muzium Negeri Terengganu di Muzium Negeri, hari ini.Menurut Tengku Zaihan, pameran ini merupakan pameran pertama yang dilaksanakan secara NBOS oleh Lembaga Muzium Negeri Terengganu dengan kerjasama daripada beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mempamerkan sebanyak 257 koleksi gambar dan lukisan.“Bagi merealisasikan objektifnya terdapat lebih dari 50 koleksi artifak budaya dan foto keindahan alam semulajadi dan tempat menarik menjadi kandungan dalam pameran tersebut.“Ianya turut diisi dengan Pertandingan Melukis Citra Terengganu yang bakal mengumpulkan pelukis luar dan tempatan bagi menvisualkan imej terengganu melalui medium seni lukis,” ujarnya.
01 Jan 17
159
Empty Image
Nadma Berjaya Atasi Masalah Banjir
Pengurusan bencana yang diambil alih Agensi Pengrusan Bencana Negara (Nadma) daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) sangat berjaya mengatasi masalah banjir di Pantai Timur.Nadma yang menjadikan cara pengurusan banjir di kemaman pada 2014 sebagai acuan melaksanakan simulasi berdepan bencana, berhasil meningkatkan kecekapan apabila berdepan masalah itu.Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad zahid Hamidi, berkata pengambilalihan pengurusan pengurusan koordinasi bencana oleh Nadma daripada MKN memboehkan pemantauan lebih awal dan tersusun. "Nadma akan melakukan kerjasama erat dengan beberapa agensi penyelamat dan penguatkuasaan untuk memastikan amaran dapat dilakukan lebih awal."Ini perlu untuk kita buat pemindahan awal sebelum air mengancam nyawa dan harta benda dalam keadaan itu, kita berdoa agar musim tengkujuh yang berlaku sekarang akan segera pulih," kata beliau.Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Bencana Banjir Kampung Bukit Tadok,Telemong, petang tadi.Turut hadir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Ketua Pengarah Nadma, Datuk Zaitun Abd Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri Telemong, Dato' Rozi Mamat.Katanya lagi, simulasi yang dibuat juga banyak membantu meningkatkan kecekapan pengurusan banjir.Ahmad Zahid turut berkata, Nadma akan mengambil beberapa tindakan untuk mempercepatkan bantuan yang diberikan malah kesiapsiagaan pada peringkat awal."Tapi dengan adanya Nadma, kita telah melakukan pemantauan lebih awal dan tersusun. "Seketariat peringkat pusat, negeri, daerah serta kampung telah kita wujudkan dan adakan beberapa simulasi," katanya lagi.
01 Jan 17
231
Empty Image
Bentuk Jenama, Imej Positif Untuk Pelancongan Terengganu
Kerajaan negeri berharap semua pihak dapat menzahirkan budaya yang terbaik dalam memberi perkhidmatan, sekiranya mahu menjadikan industri pelancongan Terengganu berjaya.Ini termasuklah memberi layanan yang mesra, sentiasa senyum, menjaga kebersihan, mengambil perhatian serius akan semua rungutan pelanggan dan cakna dengan keperluan mereka.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata sikap sambil lewa atau suka mengambil mudah tidak akan membantu membentuk jenama dan imej yang positif untuk pelancongan Terengganu."Kerajaan negeri yakin penganjuran kali ini bakal memberikan impak positif bukan sahaja kepada kerajaan, juga manfaat yang dapat dinikmati oleh rakyat terutama di kalangan peniaga, pemandu teksi, pengusaha restoran, pengusaha hotel, penggiat seni, ejen pelancongan dan mereka yang terbabit dalam industri hiliran pelancongan,"katanya ketika berucap sempena  pelancaran Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 di Duyong Marina & Resort Pulau Duyong, Kuala Terengganu, malam tadi..Majlis perasmian disempurnakan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Keberangkatan baginda diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda, Yang Dipertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail; Tengku Nadhirah Zahrah; Tengku Muhammad Mua'az dan Tengku Fatimatuz Zahra'.Baginda disambut Menteri Besar dan isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Ahmad Razif turut memberitahu, industri pelancongan Terengganu berpotensi tinggi untuk dimajukan dan VBT 2017 adalah antara usaha kerajaan negeri menjadikan industri pelancongan sebagai nadi penggerak kepada transformasi pembangunan negeri."Kejayaan industri ini boleh menjadi pemangkin kepada keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan turun naik harga minyak di pasaran global."Industri pelancongan adalah satu industri yang saling berkait. Sifatnya yang menjalin hubung antara sesama manusia dan antara manusia dengan alam, meletakkan industri ibni sebagai industri yang menjanjikan banyak peluang jaya diri untuk rakyat,"katanya.Katanya, kerajaan negeri menganjurkan VBT 2017 bagi menzahirkan potensi industri pelancongan untuk terus menyumbang kepada kebaikan rakyat dan kemajuan negeri seperti kejayaan Tahun Melawat Terengganu pada 1997, 2008 dan 2013.
01 Jan 17
85
Empty Image
Terengganu Sambung Semula Penerbangan Terus Dari Singapura
Terengganu mahu menyambung semula penerbangan terus dari Singapura, selepas perkhidmatan itu ditamatkan dua tahun lalu, selain mengadakan penerbangan terus dari Pulau Pinang sebagai usaha mencapai sasaran kedatangan  5.5 juta pelancong, sepanjang tahun ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pihaknya sedang mengadakan rundingan dengan  beberapa syarikat penerbangan tambang murah, termasuk AirAsia bagi merealisasikan hasrat itu."Kami menjangkakan akan menerima penerbangan pertama dalam tempoh terdekat.“Penerbangan terus  dari Singapura ke negeri ini pernah diadakan, terpaksa dihentikan di atas  sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan selain penerbangan yang tidak mencukupi,”katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media ketika menyambut pelancong yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, hari ini.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina  Zakaria dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.Ahmad Razif berkata, terbaru kira-kira 3,000 pelancong Asean akan tiba di negeri ini bermula esok (2 Januari) dan menginap selama tiga hari dua malam.Katanya, kedatangan mereka dengan menaiki 86 bas dari Kuala Lumpur itu adalah hasil daripada usaha promosi berterusan serta penganjuran  pelbagai program, termasuk Beautiful Terengganu di luar Terengganu sebelum ini.“Kerajaan Terengganu melalui Sekretariat Beautiful Terengganu akan mengedarkan Kalendar Pelancongan 2017 bagi memudahkan syarikat pelancongan dan pengunjung luarmembuat rujukan.“Hampir 50 program dan acara menarik bakal menggamit kehadiran pelancong, termasuk  Jom Qurban Di Tranung, di Teluk Ketapang, Krobek Fest (Dato Pata, Pantai Tok Jembal, Seberang Takir).,”katanya.    
31 Dec 16
39