lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
MB Tinjau KT Night Market
Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengadakan lawatan kerja ke KT Night Market di Kampung Tanjung Kuala Terengganu, hari ini.Lawatan kerja itu bertujuan meninjau pembangunan semasa di kawasan tersebut, selain mengenal pasti isu serta permasalahan setempat dan langkah penyelesaian yang perlu diambil oleh Kerajaan Negeri.Ahmad Razif turut meluangkan masa kira-kira setengah jam beramah mesra dengan peniaga di situ sebelum meneruskan lawatan kerja ke Rumah Warisan Haji Su dan Projek Perumahan Rakyat Padang Hiliran.
31 Jan 17
27
Empty Image
Terengganu Kembali Hangatkan LTdL 2017
Rozi (dua dari kanan) bersalaman dengan Emir sejurus selesai sidang media mengenai status terkini penyertaan Terengganu dalam kejohanan LTdL 2017, di Hotel Permai Inn, semalam. Foto oleh Zulkifli CW PutraBerita gembira buat semua peminat sukan berbasikal Terengganu apabila negeri ini disahkan kembali tersenarai sebagai laluan dalam perlumbaan basikal berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017.Pengumuman oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Dato' Rozi Mamat itu susulan persepakatan yang dicapai kerajaan negeri dengan penganjur LTdL, sekali gus menyelesaikan isu penarikan laluan Terengganu dalam peta LTdL 2017 yang tersebar di media, sebelum itu."Kerajaan negeri juga bersetuju membantu penganjur menaja keperluan logistik dan penginapan sepanjang perlumbaan LTdL di negeri ini nanti, " katanya pada sidang media, di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu, semalam. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif LTdL, Emir Abdul Jalal dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan ), Zainal Abidin Hussin. Sebelum ini, kerajaan negeri kecewa dengan keputusan penganjur untuk menggugurkan Terengganu meskipun kerajaan negeri banyak menyokong dan membantu LTdL termasuk memberi sumbangan bagi menjayakan perlumbaan tersebut. Sementara Emir berkata, pihaknya juga akan mempromosikan kempen Visit Beautiful Terengganu 2017 sempena Tahun Melawat Terengganu di sepanjang perlumbaan bermula 22 Februari sehingga 1 Mac ini. Sebagaimana jadual asal, LTdL yang dijangka akan disertai 20 pasukan profesional seluruh negara itu melibatkan dua peringkat perlumbaan di Terengganu iaitu dari Kuala Berang ke Jertih dan Jertih ke Grik.
29 Jan 17
124
Empty Image
Toh Seng Cheng, bakal Calon DUN Bandar
Ahmad Razif bersama beberapa tetamu mengaul Yee Sang  pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DUN Bandar, di Kampung Cina, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkifli PutraKerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Kuala Terengganu  berkemungkinan akan isi   Setiausaha MCA Bahagian Kuala Terengganu Toh Seng Cheng pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Pengerusi MCA Terengganu, Dato’ Toh Chin Yaw, berkata  perkara itu sudah dipersetujui pucuk kepimpinan negeri,  Dato’ Seri  Ahmad Razif Abd Rahman selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dalam satu perjumpaan baru-baru ini.Katanya, walaupun dalam PRU lalu kemenangan di kerusi berkenaan tidak berpihak kepada MCA tetapi soal itu bukan ukuran kerana Barisan Nasional mengamalkan konsep toleransi dan persefahaman antara rakan komponen sejak dahulu, kini dan selamanya.“Sememamgnya pengundi di DUN ini majoriti terdiri daripada orang Melayu tetapi yakin dengan kemampuan bakal calon berkenaan yang sememangnya sudah dikenali ramai, “katanya.Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri  Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DUN Bandar, di Kampung Cina, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir meraikan majlis itu, Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.Terdahulu, Ahmad Razif dalam ucapanya berkata, beliau mengharapkan kerjasama antara pelbagi kaum di Terengganu berterusan, baik dalam aspek memajukan negeri  mahupun berdepan PRU akan datang.
28 Jan 17
638
Empty Image
Budaya Cintai Al-Quran Perlu Dilazimi Dalam Kehidupan
Ahmad Razif bermesra dengan pelajar sebaik tiba di MajlisMajlis Menghafaz al-Quran peringkat Terengganu, di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus. Foto oleh Zulkifli CW Putra  Penganjuran Majlis Menghafaz al-Quran peringkat  negeri dilihat sebagai platform mengajak masyarakat Islam khususnya di Terengganu supaya mencintai al-Quran dan menjadikan budaya tersebut dilazimi dalam kehidupan seharian.Di samping itu, penganjurannya bertujuan mengangkat martabat sekali gus memberi pengiktirafan kepada para huffaz supaya menjadi contoh dan tauladan kepada masyarakat agar budaya hafazan dijadikan alternatif pendidikan kepada generasi akan datang.Bersempena Majlis Menghafaz al-Quran peringkat Terengganu yang berlangsung selama dua hari, berakhir malam tadi, seramai 23 peserta pelbagai kategori memperdengarkan bacaan masing-masing.  Majlis penutup disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.Hadir sama isteri, Menteri Besar, To’ Puan Halina Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim.Ahmad Razif berkata, majlis tilawah atau menghafaz al-Quran yang dianjurkan saban  tahun, merupakan titik tolak kepada terbinanya nilai murni serta qudwah hasanah dan menjadi ikutan setiap lapisan generasi ummah. Katanya, kerajaan negeri juga sentiasa komited dan mendokong segala bentuk usaha dalam memartabatkan al-Quran serta syiar Islam di negeri ini. “Umat Islam perlu menoleh sejenak ke belakang, menauladani sirah Nabi Muhammad SAW dalam aspek menjayakan agenda perpaduan,”katanya.
25 Jan 17
164
Empty Image
Terengganu Bakal Jadi Hub MRO Rantau Asia Pasifik
Wan Nawawi mewakili kerajaan negeri (dua dari kanan) menerima dokumen di Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Projek Penyelenggaraan, Pembaikian dan Ubah Rawat Pesawat Udara (MRO) di Kompleks Lapang Sasar, Tok Jembal, Kuala Nerus. Foto oleh Harish FadzillahTerengganu bakal menjadi hub Projek Penyelenggaraan, Pembaikian dan Ubah Rawat Pesawat Udara (MRO) di rantau Asia Pasifik dalam tempoh tiga tempoh akan datang.Projek  membabitkan pelaburan RM229 juta di kawasan seluas 14 hektar di Tok Jembal, Kuala Nerus itu bakal mewujudkan 660 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.Menteri Besar,  Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Kompleks MRO dan Pusat Latihan  Penerbangan yang  menjadi sebahagian daripada komponen utama pembangunan keseluruhan dalam pelaburan Admal Sdn Bhd dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2022."Projek MRO bakal menarik minat pasaran syarikat-syarikat penerbangan rantau Asia Pasifik termasuk dari negara China.   "Menurut Laporan Pasaran Industri Penerbangan oleh Boieng, keperluan pesawat udara baharu dijangka sebanyak 36,770 buah dari 2014 hingga 2032 yang bersamaan dengan nilai RM8.9 trillion (USD2.02 trillion).  "Terengganu dilihat berpotensi untuk muncul sebagai hub MRO kerana kedudukan geografinya di tengah-tengah rantau Asia Pasifik. Selain itu, kita berharap industri MRO mampu memberi nilai tambah kepada aktiviti di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dan aktiviti di kawasan setempat," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Projek Penyelenggaraan, Pembaikian dan Ubah Rawat Pesawat Udara (MRO) di Kompleks Lapang Sasar, Tok Jembal, Kuala Nerus, semalam.Terdahulu, Ahmad Razif menyaksikan majlis menandatangani antara kerajaan negeri dan ADMAL Sdn Bhd yang diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Ketua Pegawai Ekskutif Admal Sdn Bhd, Abdul Malek Packeer.Ahmad Razif berkata, projek ini adalah hasil  perincian Makmal Transformasi Ekonomi Negeri Terengganu yang diadakan pada 2015.Katanya, projek itu akan dilaksanakan dalam tiga fasa yang dikhususkan dalam Perancangan Pembangunan LTSM merangkumi tiga komponen iaitu pembinaan apron pesawat, bengkel dan kemudahan pengisian bahan bakar. "Kerajaan negeri turut bersetuju melalui bayaran pampasan agar Kompleks Lapang Sasar, Tok Jembal yang ada diberi hak milik kepada Admal Sdn Bhd," katanya.
24 Jan 17
204
Empty Image
Kompleks Jeti Merang Dibuka Februari Ini
Jeti Merang, di Setiu yang dinaik taraf menjadi Kompleks Jeti Merang dengan kos berjumlah RM14.7 juta akan dibuka kepada orang ramai bermula 1 Februari ini.Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Rosdi Awang berkata, kerja-kerja pembinaan kompleks jeti berkenaan siap sepenuhnya baru-baru ini."Jeti menempatkan terminal jeti untuk feri dan bot ke Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah,” katanya.Rosdi berkata, kompleks jeti itu mempunyai ruang perniagaan dan tempat menunggu yang selesa di samping dataran ketibaan dan kaunter tiket.Tambahnya, usaha menaik taraf jeti ini selaras dengan status jeti sebagai laluan utama ke beberapa pulau peranginan.Majlis penerangan penguatkuasaan daripada Jabatan Laut Wilayah Timur dan penyerahan surat kebenaran operasi jeti kepada pengusaha bot pelancongan diadakan di jeti itu, hari ini.
24 Jan 17
477
Empty Image
12 Barangan Harga Terkawal Sempena Tahun Baru Cina 2017
Nawi (tengah) melihat 12 barang harga terkawal bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina berkuatkuasa mulai 23 Januari hingga 3 Februari di Pasaraya The Store, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh: Zulkifli PutraKementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan sebanyak 12 barang harga terkawal bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad berkata, senarai barangan harga terkawal sempena perayaan bermula 28 Januari ini, akan berkuatkuasa mulai 23 Januari hingga 3 Februari di seluruh negara.Katanya, senarai barangan berkenaan ialah ayam hidup, ayam standard (disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati, hempedal), ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal), telur ayam gred A, gred B dan gred C.“Barangan lain ialah kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk kubis Beijing), bawang putih (China), ikan bawal (berat antara 200 gram hingga 400 gram seekor), udang putih besar (berat antara 41 ekor hingga 60 ekor sekilogram), daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak),” ujarnya pada sidang media sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina di Pasaraya The Store, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengarah KPDNKK Terengganu, Azlan Abdul Samad. Menurut Nawi, di Terengganu ikan bawal putih dan udang putih besar menghadapi masalah kekurangan bekalan yang serius ketika sambutan perayaan itu berikutan musim tengkujuh yang menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut.“Hanya dua barangan ini kekurangan stok di pasaran tetapi barangan lain tidak ada masalah. Justeru, pengguna diharap bijak membuat pilihan dalam berbelanja kerana walaupun bekalan ikan bawal putih dan udang putih besar agak terhad tetapi ianya masih tersenarai di bawah harga terkawal,” ujarnya.Katanya, seramai 177 kakitangan KPDNKK Terengganu ditugaskan memantau harga barangan sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina kali ini.“Sepanjang pemantauan dibuat, tidak ada lagi peniaga yang ingkar dan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan terkawal di bawah skim ini,” ujarnya.
24 Jan 17
112
Empty Image
LTdL 2017: TSG Mungkin Tarik Diri
Pasukan lumba basikal profesional Terengganu Cycling Team (TSG) berkemungkinan akan menarik diri dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 yang dijangka bermula pada 22 Februari hingga 1 Mac ini .Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, TSG juga yang sebelum ini ditadbir urus melalui kerajaan negeri mungkin dibubarkan atau diserahkan kepada pihak lain untuk mengurusnya.“Saya berasa seolah-olah apa yang diusahakan Terengganu dalam membangunkan sukan lumba basikal tidak dihargai pihak berkaitan, jadi buat apa kita membuang duit untuk terus menaja Pasukan TSG,”katanya.Ahmad Razif melahirkan perasaan kecewa berikutan tindakan drastik penganjur  LTdL 2017 yang menyingkirkan Terengganu sebagai salah satu laluan kejohanan itu pada tahun ini.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meninjau perubahan laluan di Pusat Bandar Raya Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Mohd Zulkifli Abu Bakar.Katanya, hanya kerana kerajaan Terengganu tidak menjadi penaja LTdL, penganjur berkenaan mengambil keputusan menggugurkan  laluan peringkat Kuala Berang-Kuala Terengganu dan Jerteh-Grik tanpa terlebih dahulu mengadakan sebarang rundingan.“Bagi saya, perkara itu tidak adil, penganjur sepatutnya mengenang jasa Terengganu yang melahirkan ramai jaguh bertaraf dunia dan pernah memberi sumbangan kewangan dalam beberapa edisi LTdL sebelum ini,”katanya
23 Jan 17
91
Empty Image
54 Mangsa Banjir Masih Tinggal Di Pusat Pemindahan
Sebuah pusat pemindahan sementara masih dibuka di negeri ini bagi memberi pelindungan kepada 54 orang daripada sembilan keluarga berikutan keadaan banjir semakin reda setakat pukul 10 pagi ini.Menurut kenyataan banjir dalam portal etindakan.terengganu.gov.my, pusat pemindahan yang masih aktif itu ialah di Surau Kampung Nyatoh, Setiu.Sementara itu, laporan aras air menerusi portal tersebut pula menunjukkan tiada sungai yang melepasi paras bahaya setakat ini.
23 Jan 17
30
Empty Image
Jumlah Mangsa Banjir Menurun
Jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 681 orang (187 keluarga) setakat pukul 11 pagi ini, berbanding 2,917 orang (854 keluarga) tengah hari semalam.Menurut kenyataan banjir dalam portal etindakan.terengganu.gov.my, hanya 14 pusat pemindahan yang masih beroperasi iaitu tujuh di Hulu Terengganu, Kemaman (3) dan masing-masing dua di Besut dan Setiu.Di Hulu Terengganu 403 orang (134 keluarga) masih di pusat pemindahan sementara 126 orang (24 keluarga) di Kemaman.Manakala seramai 82 orang (16 keluarga) pula masih ditempatkan di Dewan Serbaguna Bukit Tanah dan Balai Raya Kampung Padang Cili, Besut.Sementara, 70 orang daripada 13 keluarga lagi di Surau Kampung Nyatoh dan Balai Raya Beris Tok Ku, Setiu.
22 Jan 17
54