lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
1,000 Meriahkan Majlis Berbuka Puasa ADUN Kota Putera
Lebih 1,000 jemputan memeriahkan majlis berbuka puasa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa yang berlangsung di Dewan Limbongan, Kampung Raja, semalam.Sempena majlis itu, turut diadakan penyampaian bantuan kewangan kepada masjid dan surau di kawasan DUN berkenaan.Sumbangan dari Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) itu membabitkan 40 surau dan masjid bertujuan membantu institusi agama itu menjalankan aktiviti masing-masing sepanjang Ramadan.Majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa pemimpin kerajaan negeri serta pegawai kanan daerah Besut.Antara yang hadir ialah Speaker DUN Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad dan ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.Turut hadir, Pegawai Daerah Besut, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar, Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Rashid Jusoh dan Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi.
05 Jun 17
81
Empty Image
Wujud Night Market Di Perkampungan Pulau Redang
Kerajaan negeri bercadang mewujudkan 'Night Market' dengan mengutamakan jualan produk pelancongan di perkampungan Pulau Redang dalam tempoh terdekat.Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata usaha  itu pasti dapat menarik minat pengunjung resort di  Pasir Panjang ke kawasan perkampungan pulau itu, sekaligus menambah pendapatan penduduk setempat."Peniaga Night Market diminta menghadiri kursus asas perniagaan yang diselia Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Penduduk di Masjid Kampung Baru, Pulau Redang, petang tadi.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail,  Ahli Parlimen Setiu, Che Mohamad Zulkifly Jusohdan Ahli Dewan Undangan Negeri, Batu Rakit Bazlan Abd Rahman.Ahmad Razif turut memberitahu, cadangan pembinaan jalan sepanjang 2.5 kilometer yang menghubungkan Pasir Pajang ke perkampungan Pulau Redang akan dipercepatkan.Katanya, ketika ini penduduk di pulau itu seakan terasing berikutan kehadiran beribu pelancong setiap hari hanya tertumpu di Pasir Panjang, tidak ke perkampungan."Keadaan itu dilihat sebagai satu kerugian kerana manfaatnya tidak sampai kepada keseluruhan masyarakat pulau," katanya.
04 Jun 17
180
Empty Image
Projek Perumahan Di Pulau Redang Siap Akhir Julai
Projek pembangunan 160 unit Rumah Pangsa Mampu Milik di Pulau Redang yang mengalami kelewatan pembinaannya dijangka siap akhir Julai ini.Projek perumahan setinggi lima tingkat melibatkan empat blok itu mula dibina pada 2012 di kawasan seluas 1.7 hektar kini hampir 86 peratus siap.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata projek rumah pangsa mampu milik yang bernilai RM28.6 juta itu adalah projek perumahan yang pertama di pusat peranginan itu."Harga yang ditawarkan kepada pemohon yang berkelayakan hanya RM68,000 seunit walaupun kerajaan terpaksa menanggung kos pembinaan lebih RM250,000."Nilai projek yang terpaksa ditanggung lebih tinggi  dibandingkan di tanah besar, bagaimanapun kerajaan tetap mengenakan harga mengikut kemampuan penduduk yang hanya perlu membayar RM184 sebulan," katanya.Beliau berkata demikian selepas meninjau projek perumahan itu sempena Lawatan Rasmi Menteri Besar Ke Pulau Redang, hari ini.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa  Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee dan Ahli Dewan Undangan Negeri, Bazlan Abd Rahman.Ahmad Razif berkata, setiap unit rumah dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air itu cukup penting bagi penduduk yang kebanyakannya hanya pekerja resort dan nelayan."Ada di kalangpan mereka yang terpaksa tinggal berhimpit dua hingga empat keluarga dalam kediaman ibu bapa kerana kesempitan wang untuk membina rumah sendiri,"katanya.
04 Jun 17
598
Empty Image
Pemohon Dana Raya Yang Tercicir Masih Boleh Membuat Rayuan
Ahmad Razif bersalaman dengan tetamu ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Masjid Baru Tok Dor, Jabi, kelmarin. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KasimRakyat Terengganu yang tercicir dalam senarai penerima bantuan Dana Raya masih boleh mengemukakan rayuan untuk mendapatkan bantuan berkenaan sebelum sambutan Aidilfitri ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri tidak mahu mereka yang layak tetapi masih tercicir daripada mendapatkan bantuan berkenaan.Katanya, bantuan Dana Raya berjumlah RM88.7 juta mula diagihkan kepada 239,323 penerima di Terengganu pada 27 Mei lalu sebagai persediaan menyambut perayaan Aidilfitri."Semua penerima boleh menebus baucer masing-masing di Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank berdekatan sebelum September ini.“Bagaimanapun seperti tahun sebelum ini masih ada pemohon yang layak tetapi tidak mendapatkan bantuan itu disebabkan beberapa masalah teknikal dan mereka masih diberi peluang untuk membuat rayuan,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa Peringkat Parlimen Setiu di Masjid Baru Tok Dor, Jabi, kelmarin.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato'Mohd Jidin Shafee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dan Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang.Menteri Besar berkata, jumlah penerima bantuan sentiasa meningkat setiap tahun, berbanding RM81.3 juta yang diperuntukkan kepada kira-kira 219,754 anak negeri pada tahun lalu.Katanya, sebanyak RM61.1 juta akan disalurkan kepada 154,730 golongan miskin manakala RM9.9 juta untuk 33,305 warga emas; RM4.2 juta (14,005 orang kelainan upaya) dan RM13.3 juta pula melibatkan 37,283 duda atau ibu tunggal.Beliau menasihat orang ramai agar sentiasa berhemah dalam mengurus perbelanjaan walaupun rakyat negeri ini mendapat pelbagai bentuk bantuan yang disediakan kerajaan menjelang sambutan Aidilfitri.
04 Jun 17
39
Empty Image
Peruntukan RM712,000 Bantuan Untuk Penduduk Wilayah Ketengah
Ahmad Razif turut merasmikan Pasaraya Sabasun milik Che Salmi Che Ibrahim, di Dataran IKS Ceneh Baharu, Chukai, Kemaman, semalam. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailLembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) memperuntukkan lebih RM712,000 melalui Tabung Amanah Masyarakat untuk diagihkan kepada warga miskindi wilayah itu, tahun ini. Pengerusinya, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pengagihan itu melibatkan 2,112 penerima merangkumi empat zon di Wilayah Ketengah. "Empat zon terbabit ialah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal dan Air Putih di Kemaman dan DUN Paka serta Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), DUN Bukit Besi di Dungun. "Bantuan yang diberikan itu terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk sumbangan wang tunai atau mengikut keperluan penerima seperti latihan serta bantuan peperiksaan," katanya. Ahmad Razif yang juga Menteri Besar berkata, selain itu pembahagian itu juga disalurkan mengikut kriteria seperti penduduk miskin, orang kurang upaya (OKU) dan sebagainya.Menurutnya, Ketengah berharap sumbangan daripada Tabung Amanah Masyarakat ini dapat meringankan beban penduduk miskin dan mereka yang memerlukan.Ahmad Razif berkata demikian di Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Amanah Masyarakat Ketengah Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih dan Kijal, di Cheneh, Kemaman, semalam. Di majlis itu, seramai 612 orang penduduk DUN Air Putih dan Chukai turut menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM183,500. Katanya, dana sumbangan itu diperolehi daripada hasil keuntungan anak syarikat Ketengah yang terlibat dalam pelbagai sektor perniagaan yang menjana keuntungan. "Menerusi keuntungan yang diperolehi itu ianya akan dipulangkan kembali kepada rakyat melalui pelbagai saluran," katanya. Ahmad Razif berkata, tabung yang ditubuhkan lebih 10 tahun itu sudah membelanjakan kira-kira RM4 juta membabitkan 10,000 penerima.
03 Jun 17
73
Empty Image
Anak Terengganu Di Kuala Lumpur Terima Dana Raya, TOM Di Majlis Berbuka Puasa 10 Jun Ini
Peruntukan RM88.7 juta Dana Raya bakal diagihkan kepada kira-kira 230,000 rakyat Terengganu termasuk yang tinggal di Kuala Lumpur dan Lembah Klang sempena Majlis Berbuka Puasa Perantau Bersama YAB Menteri Besar dan Kepimpinan Negeri Terengganu di Perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Presint 3, Putrajaya pada 10 Jun ini (Sabtu).Majlis yang dijangka bakal dibanjiri 10,000 anak Terengganu itu akan dihadiri Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua-ketua jabatan dan kepemimpin politik.Program anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama persatuan NGO-NGO Anak Terengganu di Lembah Klang dan Sekreariat Anak Terengganu Di Perantauan bermula seawal jam 5 petang dan berakhir 10 malam.Pengerusi Sekretariat Anak Terengganu Di Perantauan, Samiun Salleh berkata, program tahunan kerajaan negeri itu juga turut melibatkan  pengagihan DanaTransformasi Orang Muda (TOM) dan bantuan Tabung Darul Iman (TDI) yang diselaraskan menerusi Pejabat DUN masing-masing.Daripada keseluruhan dana raya kepada rakyat Terengganu yang mula diagihkan menerusi kaedah baucer sejak 27 Mei lalu, sejumlah RM61.1 juta kepada 154,730 golongan miskin, RM9.9 juta untuk 33,305 warga emas; RM4.2 juta (14,005 orang kelainan upaya) dan RM13.3 juta kepada 37,283 duda dan ibu tunggal.Katanya, sebanyak RM1.56 juta DanaTOM juga akan diserahkan kepada 7,800 penerima, manakala RM9,000 lagi bantuan TDI kepada lima penerima yang disenaraikan.“Sejurus selepas itu, peserta berpeluang mendapat hadiah cabutan bertuah yang menyediakan pelbagai barangan menarik untuk dibawa pulang.“Semua hadirin kemudiannya akan menyertai majlis berbuka puasa, solat Magrhib, Isyak dan berterawih. Manakala selepas terawih disediakan juga jamuan moreh dengan pelbagai menu istimewa termasuk Durian King, kambing bakar dan juga kuih-muih tradisional Terengganu,” katanya kepada Teganukita selepas mesyuarat kali kedua program itu, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.Beliau yang juga Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) berkata, semua kepimpinan negeri dijangka akan tiba dari jam 5 petang bagi menyambut anak Terengganu di perantauan serta beramah-mesra bagi merapatkan ukhwah sesama mereka.Katanya, penganjur juga menyediakan pusat khidmat  kaunter T-Cakna untuk anak Terengganu mendapatkan informasi dan bantuan berkaitan yang disediakan agensi kerajaan negeri bermula jam 4.30 petang hingga 8 malam.Tambah beliau, kepada anak Terengganu yang berminat menyertai majlis berbuka puasa ini, boleh menghubungi nombor pada iklan yang diedarkan dan diviralkan menerusi media sosial dan juga   kain rentang di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Sekretariat Anak Terengganu di Perantauan di Parlimen masing-masing pada kadar segera.
03 Jun 17
175
Empty Image
Imarah Ramadan Dengan Tadarus Al-Quran
Ahmad Razif ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Program Tadarus al-Quran (Wanita) Anjuran LKPIM Kuala Nerus di Masjid Al-Abrar, Seberang Takir. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KassimKira-kira 300 warga Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Kuala Nerus dan masyarakat setempat menyertai program Tadarus al-Quran di Masjid Al-Abrar, Seberang Takir.Program anjuran LKPIM itu turut mendapat kerjasama Penyelaras Wanita DUN Seberang Takir dan Persatuan Wanita Sedar (Surianita) Kuala Nerus.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sambutan terhadap program keagamaan seperti tadarus al-Quran begitu menggalakkan khususnya di bulan Ramadan.“Saya lihat, diseluruh Terengganu bahawa program tadarus al-Quran ini dijalankan begitu baik sekali.“Aktiviti ini diadakan di setiap masjid samada antara selepas pada terawih atau selepas pada subuh dan ianya secara tidak langsung dapat mengimarahkan bulan mulia ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Tadarus al-Quran (Wanita) di Masjid Al-Abrar, Seberang Takir, semalam.Katanya, semua pihak harus memainkan peranan bagi memastikan program-program keagamaan seperti ini menjadi budaya khususnya dalam kalangan generasi muda.Sementara itu, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri tidak mewajibkan semua masjid dan surau di negeri ini melaksanakan solat sunat tarawih 20 rakaat.“Ianya bergantung kepada setiap masjid dan surau itu dan ianya bukan paksaan.“Cuma kita berikan galakkan, mana-mana masjid dan surau yang hendak laksanakan 20 rakaat tidak ada masalah,” ujarnya.
03 Jun 17
83
Empty Image
NGO Disaran Perbanyak Program Islamiah
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Terengganu disarankan agar bersama- sama penduduk setempat memperbanyakan aktiviti kemasyarakatan dan  program islamiah di setiap surau dan masjid terutama sepanjang Ramadan.Isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria berkata, antara program yang mudah untuk dilaksanakan, tadarus al-Quran, solat sunat dhuha berjemaah, bacaan Surah Yasin dan berselawat."Menerusi program seumpama itu pastinya dapat menarik lebih ramai masyarakat, terutama golongan belia untuk mengunjungi rumah Allah,"katanya.Beliau berkata demikian pada Program Agihan Bantuan Kepada Ibu Tunggal Kuala Nerus di Surau Muhajirin, Telaga Batin, Seberang Takir, semalam.Program anjuran Puteri UMNO Kuala Nerus itu dimulakan dengan solat sunat dhuha berjemaah, bacaan Surah Yasin dan berselawat.Halina berkata, program itu akan diteruskan dengan mengagihkan barangan keperluan dapur dari rumah ke rumah."Penganjur program akan menumpukan penduduk yang kurang bernasib baik, antaranya ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya dan penduduk berpendapatan rendah ,"katanya.
02 Jun 17
85
Empty Image
Penantian 33 Tahun Dapatkan Hak Milik Geran Tanah Tertunai - Peneroka Felda Mengkawang
Mahari Othman (Hadapan)Memegang Geran Hak Milik Besama Penerima-Penerima Lain."Akhirnya hajat saya tercapai jua  setelah menunggu hampir 33 tahun untuk menerima geran hak milik tanah di Felda Mengkawang hari ini," kata Mahari Othman,58, yang merupakan generasi pertama peneroka di tanah rancangan itu.Jelasnya, segala penat lelah selama ini hilang dengan pengiktirafan yang diberikan dan kini mendapat hak milik tanah untuk diwarisi.Mahari berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Daerah Hulu Terengganu dan Penyampaian Geran Hak Milik Tanah kepada 176 peneroka Felda Mengkawang di Masjid Felda Mengkawang, Ajil, kelmarin."Alhamdulillah, ia merupakan rezeki bulan Ramadan pada tahun ini. Sudah terlalu lama menunggu saat untuk menerima hak milik setelah bertungkus lumus mengusahakan tanah rancangan sejak ia mula dibuka 33 tahun lalu. "Saya pernah terfikir sama ada saya masih sempat menerima geran tersebut apabila seorang demi seorang kawan-kawan termasuk ahli blok meninggal dunia, mereka sama-sama meneroka di awal pembukaan tanah rancangan tersebut," katanya.Di majlis itu, seramai 176 peneroka Felda Mengkawang daripada 329 peneroka menerima hak milik tanah daripada Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat dan Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik.Bagi generasi kedua Felda Mengkawang, Roziyawati Mat Deris, 39,berkata, saat gembira itu tidak dapat dikongsi dengan ibu bapanya yang telah lama meninggal dunia. "Ayah dan emak merupakan generasi pertama yang membuka tanah rancangan ini dan banyak berjasa di Felda Mengkawang.“Ayah saya,Mat Deris Mat Hasan meninggal pada 2014 dan emak, Esah Yassin pula pada 2007. Ketika arwah ayah masih hidup,dia sangat aktif dengan pelbagai jawatan termasuklah ketua blok, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) serta bendahari masjid,"katanya.Roziyawati Mat DerisRoziyawati berkata,beliau merasa gembira dan terharu setelah bertahun-tahun, akhirnya pengorbanan generasi pertama termasuk arwah ayahnya dihargai.
01 Jun 17
613
Empty Image
Majlis Berbuka Puasa Anak Terengganu Di Kuala Lumpur Bersama YAB MB 10 Jun Ini
Seramai 10,000 anak Terengganu yang menetap di Kuala Lumpur dan Lembah Klang bakal diraikan di Majlis Berbuasa Puasa Perantau Bersama YAB Menteri Besar dan Kepimpinan Negeri Terengganu di Perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Presint 3, Putrajaya pada 10 Jun ini (Sabtu).Majlis akan dihadiri Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua-ketua jabatan dan kepemimpin politik itu bermula jam 5 petang hingga 10 malam.Program anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama persatuan NGO-NGO Anak Terengganu di Lembah Klang dan Sekreariat Anak Terengganu Di Perantauan.Pengerusi Sekretariat Anak Terengganu Di Perantauan, Samiun Salleh berkata, program tahunan kerajaan negeri itu akan dimulakan dengan ucapan kepimpinan negeri dan juga Pesat, sebelum pengagihan DanaTransformasi Orang Muda (TOM), Dana Raya dan bantuan Tabung Darul Iman yang diselaraskan menerusi Pejabat DUN masing-masing.“Sejurus selepas itu, peserta berpeluang mendapat hadiah cabutan bertuah yang menyediakan pelbagai barangan menarik untuk dibawa pulang.“Semua hadirin kemudiannya akan menyertai majlis berbuka puasa, solat Magrhib, Isyak dan berterawih. Manakala selepas terawih disediakan juga jamuan moreh dengan pelbagai menu istimewa termasuk Durian King, kambing bakar dan juga kuih-muih tradisional Terengganu,” katanya kepada Teganukita, hari ini.Beliau yang juga Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) berkata, semua kepimpinan negeri dijangka akan tiba dari jam 5 petang bagi menyambut anak Terengganu di perantauan serta beramah-mesra bagi merapatkan ukhwah sesama mereka.Katanya, penganjur juga menyediakan pusat khidmat  kaunter T-Cakna untuk anak Terengganu mendapatkan informasi dan bantuan berkaitan yang disediakan agensi kerajaan negeri bermula jam 4.30 petang hingga 8 malam.Tambah beliau, kepada anak Terengganu yang berminat menyertai majlis berbuka puasa ini, boleh menghubungi nombor pada iklan yang diedarkan dan diviralkan menerusi media sosial dan juga   kain rentang di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Sekretariat Anak Terengganu di Perantauan di Parlimen masing-masing pada kadar segera.
31 May 17
806