Artikel "Utama" Terkini
Anak Dungun Wakil Malaysia Di Asean-EU Young Leader Forum
Sharif menerima sumbangan dari Menteri Besar di atas kejayaannya mewakili Malaysia dalam Asean-EU Young Leader Forum. Foto oleh Zulkifli CW Putra.Anak Kelahiran Dungun, Ahmad Sharif Haron,28, dipilih sebagai wakil Malaysia dalam Asean-EU Young Leader Forum di Brussels, Belgium.Beliau yang merupakan pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di Universiti Kebangsaan Malaysia berkata amat bertuah apabila menjadi wakil tunggal negara untuk melibatkan diri dalam forum tersebut.Katanya, forum yang bakal bermula pada 26 Februari ini akan melibatkan 10 wakil dari Asean dan 28 wakil dari EU menjadikannya dari 38 negara."Peluang mewakili Malaysia dalam forum ini bermula apabila saya menghantar resume saya kepada Kementerian Luar Negeri dan Alhamdulillah pihak kementerian memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi wakil."Saya juga amat teruja serta gembira apabila Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman sendiri mengucapkan tahniah di atas kejayaan saya untuk menjadi wakil Malaysia dalam forum tersebut," katanya kepada Teganukita.Beliau ditemui pemberita selepas menerima sumbangan dari Ahmad Razif di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Terengganu, Dr Hashim Azmi Che Noh.
21 Feb 18
483
Kem Sri Pantai Dinaik Taraf Jadi Pusat Operasi Batalion Infanti Para
Menteri Besar bersama pegawai dan sebahagian anggota dalam Pasukan Aturgerak Cepat selepas mempamerkan keupayaan masing-masing dalam demonstrasi sempena pengistiharan Pengoperasian 18 RAMD (Para), di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Kem Sri Pantai Seberang Takir yang menempatkan Batalion Ke-18 Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dinaik taraf apabila bermulanya pengoperasian 18 RAMD sebagai sebuah Batalion Infanti (Para) yang dilancarkan, hari ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, batalion yang dibentuk sejajar dengan penstrukturan semula Tentera Darat bagi mewujudkan pasukan elit yang lebih siap siaga dalam mendepani segala ancaman musuh dan menjaga keamanan negara.“Terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutama Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Kasim yang mengistiharkan pengoperasian 18 RAMD (Para). Secara tidak langsung Kem Sri Pantai Seberang Takir Batalion 18 sudah dinaik taraf menjadikan pasukan tentera elit yang melibatkan tindakan ekstrim dan lebih agresif.“Lebih-lebih lagi, rasa bertuah Batalion Ke-18 ini kerana mendapat dua panglima, Panglima 8 Briged dan Panglima 10 Briged. Secara tidak secara langsung akan memperkukuh dan memperkuatkan Batalion Ke-18 ini dan juga memberi banyak peluang serta manfaat daripada apa yang diisytiharkan pada hari ini,”kata beliau.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Pengoperasian 18 RAMD, di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Kasim; Panglima 2 Divisyen Mejar Jen Dato' Mohd Ramli Jaafar; Pegawai Memerintah 18 RAMD (Para), Leftenen Kolonel Din Izuan Mahar Afandi.Sebelum itu, dalam ucapan beliau berkata, peranan pasukan keselamatan kita dalam menjaga keamanan dan keharmonian negara amat besar dan penting.Katanya, mereka mungkin tidak mengharapkan balasan atau pengiktirafan kerana sememangnya sudah menjadi tugas dan tanggungjawab mereka untuk menjaga keamanan. Bagaimanapun,sebagai orang awam sekurang-kurangnya kita mencontohi semangat dan tahap profesionalisma anggota keselamatan untuk dijadikan inspirasi. “Tambahan pula menjaga keamanan dan keharmonian bukanlah tugas pasukan keselamatan semata-mata. Saya sangat berharap, anggota masyarakat dapat bersama-sama meletakkan usaha menjaga keamanan dan kemakmuran ini sebagai agenda yang boleh dikongsi bersama. Elakkanlah dan jauhilah perkara yang boleh dianggap menjejaskan keamanan negara dan keharmonian kaum,”katanya.
21 Feb 18
1942
Dikir TTB Jelajah Negeri Sampai Mesej Untuk Rakyat
Rozi bergambar bersama kumpulan Persembahan Dikir 'Transformasi Terengganu Baharu(TTB) Tranung Negeriku Tranung Molek Doh' di Kg Cheting Persembahan Dikir 'Transformasi Terengganu Baharu(TTB) Tranung Negeriku Tranung Molek Doh' kini menjelajah 32 Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menyampaikan mesej secara langsung kepada rakyat.Program anjuran Unit Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu, Biro Penerangan UMNO Terengganu dan Pendikir TTB dilaksanakan sebagai penyatu masyarakat tanpa mengira fahaman politik melalui kesenian budaya.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, ini merupakan kehebatan kerajaan Barisan Nasional(BN) kerana menggunakan ruang dan peluang yang ada bagi menyampaikan maklumat yang baik kepada rakyat di akar umbi."Kita buat dan kita akan gunakan ruang dan peluang yang ada untuk sampaikan hasrat kerajaan melalui sukan, agama, kebudayaan, seminar dan forum tentang apa yang telah kerajaan negeri buat dan laksanakan."Tapi kita kena faham dalam masyarakat ni ada pelbagai kategori, ada yang suka bermain ... kita turun secara permainan dan ada masyarakat yang ke arah kebudayaan dan kesenian yang kita kira tidak melanggar peraturan, adat dan tatasusila agama...tidak salah kita gunakannya untuk sampaikan perkara yang baik kepada orang ramai, " katanya kepada pemberita di Dewan Terbuka Kampung Cheting, Telemong, semalam.Persembahan dikir TTB siri tiga yang menampilkan Cikgu Sulizi, Meli Tumpok, Pok Ya Mangkok, Pok Nik Oh La La serta Raja Soh Suara Muda dan kumpulan dikir barat, Gabungan Suara Muda Ajil disaksikan kira-kira 350 orang penonton daripada kawasan sekitar.Sementara itu, Rozi dalam ucapannya berkata, persembahan kebudayaan sedemikian perlu dipelihara sebagai khazanah melayu dengan keindahan yang ada dalam bait-bait senikata setiap lagu."Kita perlu lihat ianya dari sudut positif dan jangan tengok seni budaya sekadar unsur negatif atau maksiat sahaja, tengok juga dari aspek positif. Hayati pengisian persembahan kerana banyak unsur-unsur nasihat dalam senikata yang disampaikan."Kalau Jepun ada ninja, Korea terkenal dengan k-pop, kita orang Melayu juga ada kebudayaan sendiri dan antaranya dikir barat yang perlu di pelihara dan diketengahkan," kata Rozi.
20 Feb 18
45
Yakin BN Terengganu Menang Besar- Ahmad Razif
Ahmad Razif bersama Wanita UMNO selepas merasmikan penutup Program 2P: Pemantapan dan Pengukuhan Wanita UMNO Negeri Terengganu 2018. Harish Fadzillah KasimUMNO Terengganu yakin parti Barisan Nasional dapat mengekalkan kuasa pemerintahan negeri ini dengan jumlah kerusi lebih besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 seperti mana yang pernah dicapai PRU pada 2004.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata berdasarkan rekod dan pemantauan, rakyat hari ini semakin sedar dan mula menerima apa yang dilakukan kerajaan, selain senario politik semasa dan jentera parti dikatakan semakin padu.Katanya, oleh itu, tidak mustahil untuk Terengganu mengulangi sejarah pencapaian cemerlang pada PRU Ke- 12 apabila memenangi 28 daripada keseluruhan 32 kerusi berbanding hanya empat kerusi pada tahun 1999."Ketika ini seluruh jentera parti sudah bersiap sedia untuk 'berperang' dan hanya menunggu 'signal' daripada Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutup Program 2P: Pemantapan dan Pengukuhan Wanita UMNO Negeri Terengganu 2018 di Auditorium Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur di Wakaf Tapai, Marang petang tadi.Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Marang, A. Latiff Awang; Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam dan Naib Ketua Wanita UMNO negeri, Dato' Rohani Abdullah.Seramai 580 pemimpin pergerakan Wanita UMNO hadir dalam program yang disifatkan sebagai persediaan peringkat akhir sebelum menghadapi PRU-14.
20 Feb 18
89
UKOM Anjur Pelbagai Program Penerangan Menjelang PRU14
Antara yang hadir ke Program Penerangan Isu Semasa anjuran UKOM di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Foto oleh Zulkifli CW Putra.Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) menjalankan pelbagai aktiviti dan program menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi membantu meningkatkan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Barisan Nasional.Pengarahnya, Dato' Muda Mamat berkata, walaupun di Terengganu tidak mempunyai isu-isu yang besar dibangkitkan oleh pembangkang sebagaimana Kerajaan Pusat, namun UKOM akan memberi tumpuan kepada cerita-cerita kejayaan kerajaan negeri.Katanya, UKOM akan menceritakan kejayaan-kejayaan sepanjang lima tahun terakhir serta usaha-usaha Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam mengatasi masalah dan menjaga kebajikan rakyat negeri ini tanpa sempadan."Pertama sekarang ini rakyat bercakap tentang kos sara hidup dan yang keduanya peluang pekerjaan tidak banyak di Terengganu setakat ini."Yang ketiga adalah isu perumahan rakyat. Rumah yang mampu dibeli bukan rumah mewah. Apabila menyebut hal perumahan rakyat ini, pembinaannya melibatkan kos yang tinggi namun dijual dengan harga yang murah. Ini tugas yang sedang kerajaan negeri laksanakan sekarang," katanya.Beliau ditemui pemberita sempena Program Penerangan Isu Semasa Anjuran UKOM di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengarah Komunikasi Strategik, Kementerian Kewangan Malaysia, Dato' Lokman Nor Adam.Tambahnya, pihaknya juga akan menjemput penceramah-penceramah dari kalangan profesional seperti dari Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Jabatan Perdana Menteri dalam masa terdekat supaya rakyat lebih memahami dan jelas terhadap isu yang sering dimainkan oleh pembangkang.Selain itu, Muda berkata UKOM juga dalam usaha untuk mencari gambar dan video insiden akibat daripada politik yang tidak stabil di luar negara."Contoh seperti yang berlaku di Lybia, Iraq, serta Iran akibat daripada gerakan ingin menjatuhkan kerajaan sedia ada dan akhirnya semua kecewa."Seperti yang terjadi di Iraq, contohnya dulu semua ingin jatuhkan Saddam Hussein, bermacam-macam dibuat dalam media sosial sehingga dikatakan Iraq menyimpan senjata nuklear berbahaya kepada dunia. Namun Selepas peperangan berlaku tiada apa pun yang dapat.. kosong," katanya.
20 Feb 18
76
UMNO Yakin Menang 2/3 Kerusi
Pihak pengurusan UKOM dan Dato' Lokman bersama peserta Program Penerangan Isu Semasa di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Foto oleh Zulkifli CW Putra.Pertembungan beberapa penjuru dalam Pilihan Raya Umum akan datang bakal memberi peluang lebih cerah kepada Barisan Nasional untuk menang majoriti 2/3.Pengarah Komunikasi Strategik, Kementerian Kewangan Malaysia, Dato' Lokman Nor Adam berkata, walaupun ada usaha untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada oleh DAP pada 2013 namun ia gagal.Katanya, antara tindakan pembangkang ketika itu adalah mengerahkan pengundi-pengundi kaum Cina dari seluruh dunia balik termasuk dari Norway dan Australia."Tahun 2013 kita ada pertandingan satu lawan satu, tapi untuk 2018 ini ia akan menjadi minimum tiga penjuru. Maksudnya undi yang pembangkang nikmati sebelum ini terpaksa dikongsi bersama-sama dengan PAS sebagai contoh."Perlu diingat banyak kerusi yang DAP menang hari ini kerana ada sokongan daripada PAS. Banyak kerusi yang PKR menang juga kerana ada sokongan dari PAS. PAS juga menang kerana ada sokongan daripada DAP dan PKR. Tetapi hari ini PAS sudah tidak bersama dengan PKR, DAP, PAN dan PPBM," Katanya.Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Program Penerangan Isu Semasa Anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir Pengarah UKOM, Dato' Muda Mamat.Dalam majlis tersebut, lebih 1,000 peserta terdiri daripada kakitangan awam memenuhi dewan tersebut.Sementara itu, Lokman berkata program penerangan sebegitu amat baik bagi membolehkan kakitangan awam khususnya supaya mereka boleh memberi penjelasan kepada orang awam lain."Kita nak supaya kakitangan awam ini antara orang yang terawal mendapat maklumat betul kerana apabila secara tidak langsung mereka yang hari-hari berhadapan dengan rakyat boleh memberikan penjelasan."Tapi kalau kita tidak memberikan penerangan kepada kakitangan awam kita itu sendiri, ini yang menyebabkan antara sebab kenapa dasar-dasar kerajaan kadang-kadang tidak disambut oleh kakitangan awam itu sendiri," katanya.Menurut Lokman, bermula Januari tahun lalu, sebanyak 296 program penerangan telah dilalukan olehnya termasuk kepada kakitangan awam, anak-anak syarikat kerajaan pusat dan negeri, mahasiswa universiti awam dan swasta, badan bukan kerajaan (NGO) serta pertubuhan-pertubuhan politik.
20 Feb 18
72
The Pocket Rocketman Cipta Rekod Baharu Asia
Foto Bernama.Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang mencipta rekod baharu Asia dalam acara pecut elit lelaki setelah mencatat kepantasan 9.774 saat sewaktu pusingan kelayakan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2018 di sini, hari ini.Catatan yang membolehkan beliau mengungguli senarai pelumba pada pusingan kelayakan yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai itu memadam rekod 9.843s yang dilakukan pelumba Jepun, Nitta Yudai di pentas kejohanan yang sama tahun lepas.Pada masa sama, catatan itu turut memadamkan rekod kebangsaan 10.074s miliknya yang dirakam pada edisi 2016 ACC di Jepun.Pelumba yang diberi jolokan 'The Pocket Rocketman' itu berkata pada awalnya misi utama adalah membuat catatan masa di bawah 10s dan langsung tidak menjangka mampu merekodkan kepantasan sehingga 9.774s memandangkan 9.8s adalah sasaran masa terpantas realisitik yang mampu dicapai.“Fokus utama saya hari ini adalah untuk cuba lakukan catatan terbaik di bawah 10s dan ketika saya sedang menunggu giliran, Shah (Muhammad Shah Firdaus Sahrom) terlebih dahulu mencatat masa di bawah 10s jadi selepas itu saya lebih bersemangat."Pada awalnya saya tidak menyangka berjaya mencipta sesuatu kerana suasana ketika saya menamatkan perlumbaan itu senyap seperti tiada apa-apa kejutan yang berlaku, namun apabila saya melihat ke skrin elektronik saya terkejut dan seakan tidak percaya dengan catatan masa itu," katanya kepada pemberita.Atlet kelahiran Dungun, Terengganu berusia 30 tahun itu sebelum ini merangkul pingat gangsa dalam acara keirin pada kejohanan yang berlangsung selama lima hari bermula Jumaat lepas. - BERNAMA
19 Feb 18
238
Bas Amphicoach Bakal Dipamerkan Kepada Orang Ramai
Ahmad Razif melepaskan anak benih udang. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailBas amphicoach bakal pertontonkan kepada orang ramai sepanjang Ekspo Terengganu 2018, bermula 25 Februari hingga 3 Mac di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak, Kuala NerusBagi tujuan itu, pihak yang bertanggungjawab akan mendapatkan permit sementara daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Laut bagi membolehkan bas itu dibawa ke lokasi Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, bas berkenaan tiba di Terengganu pada jam 8 pagi tadi dan ditempatkan di depo Jabatan Kerja Raya (JKR), Kuala Terengganu sementara mendapatkan kelulusan daripada agensi berkenaan."Pihak kami sedang menunggu kelulusan daripada JPJ dan Jabatan Laut untuk beroperasi. "Pihak JPJ dan Jabatan Laut dari ibu pejabat akan turun untuk membuat pemeriksaan dan kita akan melakukan ujian sebelum boleh beroperasi,"katanya.Ahmad Razif berkata demikian selepas ditemui pada Program D'Mukim dan Jualan Sentuhan Rakyat Sempena Majlis Pelepasan Benih Udang di Ladang Akuakultur Udang Bersepadu di Kampung Nyatoh, Setiu hari ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato' Mohd Jidin Shafee dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Blue Archipelago, Wan Nadhri Wan Fauzi. Sebanyak 400,000 benih udang dilepaskan di Taman Akuakultur Udang Bersepadu (iSHARP) yang dibangunkan Blur Archipelago Berhad (anak syarikat Khazanah Nasional Berhad). Bas amphicoach dibeli kerajaan negeri pada harga RM3 juta pada 2014 dan sebelum ini dijangka tiba pada Mei 2015 bagi merancakkan industri pelancongan selain bagi kegunaan ketika musim banjir.
18 Feb 18
95
BN Terengganu Nekad Tawan Semua Kerusi Parlimen
Ahmad Razif ketika berucap sebelum merasmikan Majlis Pelancaran Gerak Gempur Tawan 4P Parlimen Kuala Nerus dan Jentera Pilihanraya Serta Majlis Pecah Tanah Bangunan UMNO Kuala Nerus di Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Barisan Nasional (BN) Terengganu nekad merampas kembali empat kerusi parlimen di negeri ini bagi membolehkan kesemua lapan kerusi parlimen menjadi milik mereka.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata buat masa sekarang, empat kerusi sedia ada milik BN bakal dikekalkan manakala empat lagi akan ditawan kembali.Katanya yang juga Pengerusi BN negeri, keyakinan penuh diberikan berdasarkan semangat yang ditunjukkan oleh jentera-jentera BN dan UMNO."Pagi ini kita telah melancarkan Gerak Gempur Tawan 4P yang pertama di kuala Nerus. Malam ini di Marang dan selepas daripada itu di Dungun dan juga Kuala Terengganu."Kita berkeyakinan penuh dengan semangat jentera pilihanraya Barisan Nasional dan UMNO ini. Mereka begitu bersemangat terutama kepada empat parlimen yang kita ingin tawan ini," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Gerak Gempur Tawan 4P Parlimen Kuala Nerus dan Jentera Pilihanraya Serta Majlis Pecah Tanah Bangunan UMNO Kuala Nerus di Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Ketua Puteri UMNO Malaysia, Dato' Mas Ermieyati Samsudin; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus , Khairuddin Abdul Majid.Tambah Ahmad Razif, dengan semangat yang sama ditunjukkan oleh jentera di parlimen Kuala Nerus, beliau yakin mampu merebut kembali tiga kerusi DUN dalam parlimen tersebut."Saya penuh yakin bahawa dalam Pilihanraya Umum 14 ini akan berpihak kepada BN dan kita akan dapat rampas kembali parlimen yang telah kita hilang dan juga tiga dun lagi selain mengekalkan Seberang Takir," katanya.Hampir 10,000 ahli UMNO serta pemimpin setempat hadir memenuhi tapak perasmian bagi memeriahkan majlis tersebut.Dalam majlis yang sama, 5,000 cermin mata percuma diagihkan hasil sumbangan oleh Puteri UMNO Malaysia.
16 Feb 18
108
Terengganu Hantar Permohonan Balik Pengiktirafan Kampung Cina Kepada UNESCO
Ahmad Razif dan isteri, Halina bersama pemimpin setempat lain menjamu selera pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DUN Bandar. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Terengganu bakal melakukan permohonan kembali untuk mengiktiraf kepelbagaian warisan masyarakat Cina Peranakan di Kampung Cina, Kuala Terengganu kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, keunikan peranakan yang melalui asimilasi budaya tempatan itu memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh badan dunia tersebut untuk dipertimbangkan.Katanya, sejarah kehidupan golongan Mek dan Awang tidak boleh dijumpai di mana-mana tempat di dunia apabila seakan menyamai dengan kaum Melayu dan India termasuk dari segi makanan, percakapan dan kebudayaan."Sebelum ini kita pernah membuat permohonan kepada UNESCO untuk menjadikan Kampung Cina sebagai tapak pemuliharaan warisan tetapi tidak berjaya kerana kawasan itu telah diubahsuai di samping terdapat beberapa transformasi."Oleh itu kita ingin mencuba kaedah baharu dengan mengangkat aspek warisan masyarakatnya terutama generasi terdahulu yang berkebolehan membaca dan menulis jawi di samping mahir bercakap dalam dialek Terengganu tanpa pelat," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar bersama isterinya, To' Puan Seri Halina Zakaria.Turut hadir Speaker DUN, Dato' Mohd Zubir Embong; Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Azmi Razik Naib, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Dato' Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris serta beberapa pemimpin lain.Terdahulu, ketibaan Ahmad Razif dan Halina disambut oleh Pengerusi MCA negeri, Dato' Toh Chin Yaw dan Pegawai Penyelaras DUN Bandar merangkap Setiausaha MCA Kuala Terengganu, Toh Seng Cheng.Sementara itu, beliau memberitahu, kerajaan negeri akan memperkenalkan pelancongan berkonsepkan kenderaan elektrik di empat lokasi tumpuan ramai iaitu di Kampung Cina, Pasar Besar Kedai Payang, Pulau Warisan dan Dataran Syahbandar."Berpegang kepada slogan cara lama dimensi baru, pelbagai lagi aktiviti lain akan dirancang bagi merancakkan lagi pelancongan di kawasan itu," katanya.
16 Feb 18
502