Artikel "Sidang DUN" Terkini
ADUN Perlu Mainkan Peranan Secara Konstruktif - YDP Terengganu
Yahaya Ali.KUALA TERENGGANU, 15 Julai - Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu berperanan secara konstruktif untuk menyuarakan kepentingan rakyat dalam sidang dewan.Yang Dipertua DUN, Yahaya Ali berkata, sesiapa sahaja yang diberi kuasa memerintah sama ada sekarang atau akan datang mestilah mempunyai keazaman politik (political will) bagi melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi ini."Lebih-lebih lagi , ahli-ahli Yang Berhormat baru saja mendapat suntikan semangat dan ilmu pengetahuan selepas mengikuti bengkel literasi ADUN & Ahli Parlimen yang memberi pendedahan tentang peranan mereka sebagai 'legislator'."Justeru itu, semua pihak harus memainkan peranan melaksanakan tanggungjawab ini secara konstruktif terutama dalam sidang yang berlangsung dalam tiga atau empat bulan sekali," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Kedua DUN Keempat Belas di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Yahaya juga berkata, sebagai ADUN, mereka tidak boleh berada dalam zon selesa (comfort zone) dan mesti sentiasa bermuhasabah."Sebagai ADUN, mereka perlu memainkan peranan yang berkesan termasuk peranan semak dan imbang (check and balance) kepada segala perancangan dan pelaksanaan kegiatan kerajaan (badan eksekutif)."Apa yang penting adalah usaha untuk meningkatkan diri bagi memainkan peranan secara berkesan," tambahnya lagi.Beliau turut mengingatkan bahawa usaha untuk meningkatkan diri bukan sahaja dari segi kemahiran berucap tetapi juga dari aspek ilmu pengetahuan dan penguasaan dalam memahami urusan pentadbiran kerajaan termasuk aspek kewangan, pengurusan sumber manusia, pembangunan dan sebagainya.
14 Jul 19
91
Pusat Pemulihan Dadah Holistik Dibina Tahun Hadapan
Mohd Nor Hamzah berkata pusat berkenaan akan dibina tahun hadapan.KUALA TERENGGANU, 12 Februari - Kerajaan Terengganu akan membina pusat pemulihan dadah berkonsepkan perkampungan bermula tahun hadapan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, pusat yang akan dibina sedang dalam kajian pihak kerajaan bersama-sama dengan beberapa institusi seperti Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).Jelasnya lagi, kerajaan negeri telah memperuntukkan bajet sebanyak RM 200 ribu kepada pihak berkenaan untuk melakukan kajian terperinci serta mencari tempat yang sesuai untuk membina perkampungan tersebut."Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM 200 ribu, atas asas untuk membuat kajian terlebih dahulu."Kita telah mendapat kerjasama daripada UNISZA (pensyarah), pejabat hal ehwal agama, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan juga Agensi Anti Dadah Kebangsaaan (AADK) sendiri untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah itu," katanya.Mohd Nor Hamzah ketika bersiaran di Studio TV Darul Iman.Beliau berkata demikian ketika hadir sebagai panel dalam wawancara khas segmen 'Kabbo Royak' siri keenam di Studio TV Darul Iman hari ini.Menurut beliau, pusat pemulihan dadah yang mengguna pakai konsep perkampungan itu akan menggabungkan beberapa elemen seperti rohani dan fizikal yang diyakini mampu memulihkan penagih.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung menambah, pusat pemulihan itu juga akan bertindak membina kehidupan yang baharu buat penagih selepas mereka berjaya dipulihkan daripada najis dadah.“Tempat pemulihan dadah ni dalam bentuk perkampungan, maksudnya kita akan gabungkan semua elemen, bukan sahaja ‘spiritual’ dan rawatan biasa.“Dalam kerjaya mereka kita nak sediakan, kemungkinan bagi yang minat membaiki (mekanik), ada latihan vokasional, seeloknya mereka membina kehidupan mereka di situ” katanya.Pusat pemulihan dadah secara holistik merupakan salah satu manifesto yang ditawarkan PAS Terengganu kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.
12 Feb 19
76
Nuridah Calon Ahli Dewan Negara Wakili DUN Terengganu
Nuridah Mohd Salleh KUALA TERENGGANU, 29 November - Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu meluluskan pemilihan Nuridah Mohd Salleh sebagai calon wanita untuk dilantik sebagai Ahli Dewan Negara menerusi undian sebulat suara sebagai Senator selama tiga tahun berkuat kuasa bulan ini.Beliau menggantikan Engku Naemah Engku Taib yang tamat tempoh perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Negara pada 5 November lalu.Nuridah, 57, berasal dari Kampung Padang Buloh, Pekan, Pahang yang merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Agama Kuala Rompin dan seterusnya menyambung pengajian ke peringkat Diploma Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Ijazah Pengubatan Islam Darussyifa’.Beliau yang juga pendakwah bebas pernah tiga kali dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) iaitu dua kali sebagai calon parlimen di Rompin pada PRU13 dan Sungai Buloh pada PRU14 serta calon DUN Tahan pada PRU12.Ibu kepada 10 orang anak ini turut aktif dalam persatuan dan menyertai program keamanan seperti Misi Kemanusiaan Gempa Bumi di Lombok & Palu, Indonesia, Misi Kemanusiaan ke Syria, Myanmar, Bangladesh, Jerman dan Republik Czech, Misi Food Flotilla For Rohingya, Misi Dakwah di Pulau Krismas, Australia dan banyak lagi bagi menunjukkan wanita juga boleh memainkan peranan membawa suara keamanan kepada masyarakat dunia.Nuridah yang ditemui selepas persidangan DUN hari ini berkata, pencalonan ini merupakan satu penghormatan dan kepercayaan kepadanya bagi menjalankan tugas untuk menyuarakan hasrat kerajaan negeri di peringkat pusat."Saya juga sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri kerana memberi kepercayaan kepada Zuraida sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili suara wanita."Ini suatu perkara yang sangat menggembirakan kami serta seluruh muslimat kerana sudah lama menantikan saat ini dan kami berharap dapat menjalankan tugas sebaiknya dengan sokongan dari semua pihak," katanya.
29 Nov 18
121
Landasan Terbaik Muslimat Jadi Calon PRU Akan Datang
Dr Ahmad Samsuri meneliti dokumen sejurus selesai majlis angkat sumpah ADUN wanita yang baharu Terengganu, hari ini.KUALA TERENGGANU, 29 November - Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita pertama Terengganu, Zuraida Md Noor bakal menjadi landasan terbaik untuk PAS Terengganu mengemukakan calon muslimat pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Terengganu mempunyai ramai tokoh-tokoh wanita yang boleh diketengahkan sebagai calon ADUN dan mampu memenangi pilihan raya umum untuk menganggotai barisan kepimpinan negeri.“Pelantikan ini sebagai satu landasan untuk kita membina kepimpinan dan ketokohan wanita...Saya percaya wanita di Terengganu ramai tokoh yang mampu diketengahkan, namun atas sebab suasana demografi dan sebagainya di Terengganu menyebabkan mereka tidak menjadi calon pilihan raya.“Peristiwa pada hari ini (pelantikan ADUN) sebenarnya membuka ruang kepada wanita di masa akan datang untuk menjadi wakil rakyat yang dipilih pada pilihan raya. Jadi kita berharap ini merupakan satu permulaan yang menunjukkan keterbukaan kita supaya dapat membawa aspirasi semua golongan di Terengganu,” katanya.Beliau yang juga Menteri Besar berkata demikian sejurus selesai Sidang DUN di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Zuraida yang juga Pengarah Ameerah negeri mengangkat sumpah memegang jawatan itu selama sepenggal bagi tempoh lima tahun, hari ini di hadapan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali.Pemilihan itu dibuat selaras dengan pelantikan ADUN yang termaktub dalam Perkara 27, Fasal 2, Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu yang diluluskan ketika era pemerintahan PAS pada 1999 hingga 2004.Ibu kepada tiga cahaya mata yang lahir tanggal 1 Ogos 1980 di Kuala Terengganu, mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Tengku Bariah sebelum ke Terengganu Advanced Technical Institute (1998-2002) dalam Diploma In Manufacturing Engineering(Major in Tool & Die Design). Sebelum itu, Menteri Besar berkata, pelantikan itu akan menjadi sejarah baharu buat Terengganu dan mengharapkan isu wanita dan suara golongan hawa akan dibawa ke persidangan DUN untuk diselesaikan di peringkat negeri dan Pusat.“Kena faham konteks politik di Terengganu, di mana kehadiran ADUN wanita ini seingat saya tidak pernah berlaku sebelum ini dalam pilihan raya."Jadi pada kesempatan hari ini juga membuka ruang untuk wanita, bahawa wanita Terengganu juga mampu memberi hujah dan berperanan dalam DUN,"katanya.Mengulas mengenai situasi sidang DUN, beliau berpuas hati dengan perjalanan persidangan sepanjang lima hari sejak Ahad lalu yang berjalan lancar dan menonjolkan budaya politik baru apabila pihak kerajaan dan bukan kerajaan boleh berbincang bersama bagi mencari penyelesaian untuk rakyat.Beliau juga berharap situasi tenang dan positif yang turut ditonjolkan di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri lain itu juga akan berterusan pada persidangan DUN akan datang.
28 Nov 18
38
RM80.01 Juta Kutipan Hasil Hutan Terengganu
Dr Ahmad Samsuri MokhtarKUALA TERENGGANU, 29 November - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kutipan hasil perhutanan yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri Terengganu dari tahun 2017 hingga 2018 adalah berjumlah RM80.01 juta.Katanya, ini termasuk kutipan hasil tahun 2018 sebanyak RM44.43 juta manakala selebihnya RM35.59 juta, tahun sebelumnya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Haji Hapandi Wan Nik dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke 14 di Wisma Darul Iman di sini.ADUN Sura itu dalam soalan bertulisnya ingintahu tentang kutipan hasil perhutanan yang diperolehi Kerajaan Negeri Terengganu dari tahun 2017 hingga 2018.
28 Nov 18
53
Kerajaan Tangani Gejala Sosial Remaja Terengganu
"Gejala sosial di kalangan remaja Terengganu ditangani dengan baik." -Dr Ahmad Samsuri (kanan).KUALA TERENGGANU, 29 November - Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai program bagi menangani masalah keruntuhan akhlak serta gejala sosial di kalangan remaja melalui pelbagai jabatan kerajaan.Ini termasuk melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Yayasan Islam Terengganu (YIT).Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, JHEAT melalui Bahagian Undang-undang Keluarga melaksanakan beberapa program untuk tujuan tersebut termasuk Program Pembangunan Keluarga Islam (PPKI) dan Program Pembangunan Sosial (PPS).Menteri Besar berkata, bahagian itu juga mewujud dan memperkasakan Modul Keluarga Sakinah yang bersepadu dan praktikal melalui program kursus perkahwinan Islam, Ziarah Mahabbah dan Bimbingan Islam kepada Pesakit-pesakit di Wad Hospital seluruh Daerah di Negeri Terengganu dan lain-lain.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Haji Wan Hapandi Wan Nik dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke 14 di Wisma Darul Iman di sini.Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata, sebanyak empat program untuk tujuan tersebut juga dilaksanakan oleh Bahagian Dakwah JHEAT termasuk mewujudkan kelas Agama Islam Terengganu (SPAIT), menempatkan seramai 260 orang muallim dan 56 pegawai Daie bagi mengimarahkan masjid dan suaru di seluruh negeri Terengganu, membuka kelas Tafaqquh Fiddin, kursus kefahaman Islam dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan menerbitkan bahan bercetak untuk pelajar dan masyarakat awam."Perbelanjaan bagi aktiviti ini untuk tahun 2018 adalah sebanyak RM309,000," jelas beliau.Menurut Dr Ahmad Samsuri berkata Bahagian Penguatkuasaan JHEAT juga melaksanakan enam program termasuk Seminar Pencegahan Jenayah Syariah kepada Mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu.Kursus Pencegahan Jenayah Syariah kepada Pelajar Sekolah bagi Daerah Setiu 2018, Forum Ihya' Ramadhan "Hebat Ibadat, Delete Maksiat", Program Islam Mukhayyam Komuniti Di Sayang.Seminar Pencegahan Jenayah Syariah kepada Mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun dan Pelajar Kolej Vokasional Dungun serta Program Bina Insan Komuniti Yang Disayangi.Sementara itu YPK pula melaksanakan tiga program termasuk Saya Anak Terengganu "Taklif"-Pemantapan Tanggungjawab Ibu Bapa dan Anak, Saya Anak Terengganu "Ingat Sebelum Terkena", Saya Anak Terengganu "Peningkatan Potensi Diri".Sementara i-MiTS pula kata beliau sentiasa menangani masalah gejala sosial di kalangan remaja secara berterusan melalui bimbingan kerohanian, majlis ilmu, sukan, pembinaan jati diri dan pendedahan kerjaya.Dalam pada itu YIT juga mengadakan pelbagai progran termasuk Usrah di kalangan Mat Motor, Penagih Dadah, Kak Yah (Pondan), remaja terlibat budaya Punk dan lain-lain.
28 Nov 18
508
Pelaburan Terengganu RM4.27 Bilion
"Terengganu terima pelaburan sebanyak RM4.27 bilion." -Dr Ahmad SamsuriKUALA TERENGGANU, 29 November - Jumlah pelaburan yang diterima Negeri Terengganu sehingga November tahun ini adalah sebanyak lapan pelaburan pada kadar RM4.27 Bilion kata Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Beliau berkata, ini termasuk RM4.20 bilion pelaburan asing manakala selebihnya RM73.31 juta pelaburan tempatan.Menurutnya mulai bulan Januari hingga Jun tahun ini, Negeri Terengganu menerima empat pelaburan berjumlah RM4.20 bilion termasuk pelaburan asing sebanyak RM4.16 bilion manakala pelaburan tempatan sebanyak RM35.80 juta.Sementara tahun 2017 pula Terengganu menerima empat pelaburan berjumlah RM73.12 juta termasuk RM35.62 juta pelaburan asing manakala selebihnya (RM37.51 juta), pelaburan tempatan.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh, Haji Hishamuddin Abdul Karim dalam Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke 14 di Wisma Darul Iman.
28 Nov 18
65
Bajet 2019: Terengganu Komited Tarik Pelabur Baharu
KUALA TERENGGANU, 28 November-Terengganu komited untuk terus menarik pelabur dari industri hiliran ke negeri ini bagi memastikan ekonomi terus berkembang sekali gus memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sehubungan itu, kerajaan akan mewujudkan perhubungan yang baik dengan pelabur sedia ada bagi menggalakkan syarikat berkenaan meningkatkan pelaburan dan menarik pelabur yang menjadi pelengkap kepada produk mereka.Katanya lagi, sekiranya sebuah kilang kereta beroperasi pastinya akan membawa kepada pembukaan kilang tayar, bateri, besi dan elektronik sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat."Di samping itu juga, kita menyertai misi-misi pelaburan anjuran Malaysia Investment Development Authority (MIDA) dan ini adalah peluang kerajaan negeri untuk mengadakan sesi 'business matching' secara terus dengan pelabur."Malah kita juga bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dalam mempromosikan peluang pelaburan di Negeri Terengganu untuk menarik pelabur luar negara dan mengadakan hubungan yang baik dengan agensi pelaburan seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC),"katanya.Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, di sini, hari ini.Dr. Ahmad Samsuri yang baharu sahaja menerima surat pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana dan Penyelarasan (ICC) Negeri Terengganu turut mengucapkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di atas kepercayaan tersebut.Tambahnya lagi, hubungan yang erat turut dijalinkan dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkait rapat dengan sektor industri sebagai contoh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina dan Dewan Perniagaan India Muslim Terengganu."Melalui jalinan perhubungan ini, ia menunjukkan komitmen kerajaan negeri di dalam usaha mempelbagaikan industri di Terengganu dan ini tidak hanya terhad kepada pelabur asing sahaja."Kerajaan negeri akan mengenal pasti kawasan-kawasan industri baharu yang berhampiran dengan perkhidmatan logistik dan lebuh raya yang boleh menarik pelabur baharu dan ia telah dibincangkan dalam mesyuarat pertama ECERDC yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 31 Oktober 2018,"katanya.Menurutnya, bagi menambah baik sistem penyampaian untuk memastikan permohonan pelaburan dapat diluluskan dengan lebih cekap dan efisien, semua birokrasi permohonan pelaburan akan dipermudahkan tanpa meminggirkan kepentingan aset dan rakyat Terengganu.Beliau berkata, usaha itu termasuklah membantu pelabur untuk menikmati skim galakan pelaburan yang menarik daripada agensi pelaburan seperti MIDA dan ECER.
28 Nov 18
44
Bajet 2019: Terima Kasih Tun M Teruskan Projek Tertangguh-MB
KUALA TERENGGANU, 28 November- Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Terengganu merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad atas keprihatinan beliau menyediakan peruntukan untuk meneruskan beberapa projek di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang tertangguh sebelum ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, terdapat lapan projek di bawah JPS akan dilaksanakan bagi tahun 2019 yang sebelum ini ditangguhkan oleh Kementerian Kewangan oleh sebab tertentu. “Projek-projek berkenaan adalah Rancangan Tebatan Banjir Kemasik dengan anggaran RM60 juta, Rancangan Tebatan Banjir Guntong Luar (RM5 juta) serta Rancangan Tebatan Banjir Gong Kiat (RM7 juta).“Juga Rancangan Tebatan Banjir Kuala Terengganu Utara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan kawasan sekitar (RM10 juta), Pembangunan Sungai Bersepadu Kemaman (RM300 juta), Projek Muara Sungai Setiu (RM150 juta), Projek Muara Sungai Merchang (RM43 juta) dan Projek Menaik Taraf Air Taman Rakyat Dungun (RM1. 5 juta),” ujarnya.Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Dr. Samsuri berkata, beliau bagi pihak kerajaan negeri dan seluruh rakyat Terengganu menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan diatas pertimbangan yang sedemikian dan berharap semua projek tersebut dapat dilaksanakan dengan efisien untuk kepentingan rakyat negeri ini khususnya.
28 Nov 18
148
Bajet 2019: Cadang Bina 1,848 Unit RMM Di Enam Lokasi
KUALA TERENGGANU, 28 November- Kerajaan negeri merancang untuk membina 1,848 unit Rumah Mampu Milik (RMM) di enam lokasi terpilih di negeri ini mulai tahun depan .Lokasi yang dicadangkan adalah di Kuala Abang, Dungun dengan pembinaan 310 unit RMM, Mak Kemas, Marang (210) Pulau Kerengga, Marang (396), Bukit Puteri, Besut (300), Bukit Gasing, Marang (190) dan Gong Medang, Besut (400).Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, pihaknya menghantar senarai kawasan cadangan pembinaan RMM kepada kerajaan Pusat.Katanya, sekiranya dipersetujui, projek yang mengutamakan penduduk berpendapatan rendah itu akan dimulakan awal tahun depan dan dijangka siap dua tahun kemudian.“Kita juga berharap agar dengan adanya rumah ini, ianya dapat menyelesaikan sebahagian besar keperluan perumahan selain sebanyak 710 buah rumah dibina di bawah kerajaan negeri dan swasta."Kita juga menjangkakan empat daerah yang kini dalam proses pembinaan sebanyak 2,151 unit RMM diselesaikan di mana yang akan disiapkan dalam masa terdekat di Seri Bandi, Kemaman dan Pulau Redang, Setiu,"katanya.Menurutnya lagi, sekiranya projek pembinaan itu berjalan dalam tempoh yang ditetapkan, Terengganu akan mempunyai 5,000 unit RMM dalam tempoh dua tahun ini.Mengulas lanjut, Dr Alias berkata, kerajaan negeri merancang membina RMM di setiap daerah yang sepenuhnya dilaksanakan oleh kerajaan negeri di bawah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri (PMINT) dan KPKT."RMM 100 peratus dibuat oleh agensi di bawah negeri dan Pusat, lain-lain adalah rumah yang dibuat dengan kerjasama pemaju dan pihak swasta."Kriterianya mestilah jumlah permohonan di kawasan terlibat dan tapak tanah yang telah siap ditambun,"
28 Nov 18
91