Artikel "Sidang DUN" Terkini
Bajet 2019: Ucapan Penggulungan YAB Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri
KUALA TERENGGANU 28 November-MUQADDIMAHBismillahirrahmanirrahimAssalamu’alaikum Warahmatullahi WabarakatuhYang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,Ahli-ahli Yang Berhormat1. Alhamdulillah marilah merafakkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana memberikan kesempatan kepada kita untuk berada dalam dewan yang mulia ini bagi melaksanakan amanah Allah dan rakyat sebagai Ahli Yang Berhormat.2. Izinkan saya untuk mengambil kesempatan ini bagi merakamkanucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Ahli Yang Berhormat, khususnya di atas pandangan yang bernas dan membina samaada dari pihak kerajaan mahupun bukan kerajaan.Begitu juga kepada Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Enakmen Perbekalan 2019.3. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ketua Jabatan, Pegawai Kerajaan, Pemerhati dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam persidangan kali ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan media yang memberikan liputan terbaik sepanjang Sidang Dewan Undangan Negeri berlangsung. Semoga penglibatan semua dikurniakan ganjaran yang setimpal di sisi Allah SWT.Surat At-Taubah Ayat 105Bermaksud : Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu(akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan"Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,4. Beberapa isu telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat mengenai royalti dan sumber hasil negeri. Sebahagian daripadanya telah dijawab ketika sesi soalan-soalan lisan dan bertulis. Walaupun begitu saya ingin menyatakan komitmen jitu Kerajaan Negeri, bahawa kita akan membentuk satu jawatankuasa khas yangmelibatkan Ahli Yang Berhormat daripada kerajaan dan bukan kerajaan di atas kebersamaan untuk menyelesaikan isupembayaran royalti petroleum.Ini adalah hasil daripada budaya politik matang dan sejahtera yang juga wajar diikuti secara bersama oleh semua lapisan masyarakat. Termasuklah kerajaan diperingkat persekutuan dalam menyelesaikan masalah rakyat.5. Sehubungan dengan itu, saya juga amat terharu dan teruja dengan tawaran daripada 2 mantan Menteri Besar yang telah menyatakan komitmen untuk bersama Kerajaan Negeri memperjuangkan hak royalti Rakyat Negeri Terengganu. Semoga dengan kerjasama ini, akan membuahkan hasil yang menguntungkan semua rakyat Negeri Terengganu.6. Berkenaan isu Telaga Minyak Bertam yang dibangkitkan oleh sahabat saya Ahli Yang Berhormat Seberang Takir, Kerajaan Negeri optimis berdasarkan maklumat semasa dan fakta sejarah, Insya-Allah akan ada sinar dihujung terowong. Namun ia memerlukan penentuan melalui Jawatankuasa Bersama Teknikal (JBT) yangdipengerusikan bersama oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu.Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua,7. Saya telah dimaklumkan mengenai status projek yang telah diluluskan di bawah rolling plan (dengan izin) ketiga (RP3) dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), bahawa Kerajaan Persekutuan akan meneruskan projek menaik taraf /menggantikan jambatan sedia ada di FT003/448/60 Dungun, Terengganu.Selain itu, projek jalan raya Simpang Pulai – Lojing – Gua Musang - Kuala Berang, pakej 8 turut akan diteruskan dengan tender terbuka pada tahun 2019.8. Projek-projek berikut juga disenaraikan untuk diteruskan :……….Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir di atas persetujuan ini.9. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri juga telah mengadakan perbincangan dengan pihak Felda Wilayah Timur, Insya-Allah banyak perkara yang telah dibincangkan untuk kebaikan bersama antara Kerajaan Negeri, Felda dan para peneroka.10.Mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Adun Kemasik, Industri hiliran (downstream) (dengan izin) adalah industri yang mengguna pakai bahan mentah atau raw material yang kemudiannya ditambah nilai (value-added) (dengan izin) untuk menjadi sesuatu yang lebih bernilai. Sebagai contoh pasir silika yang dijual secara raw material mempunyai harga yang rendah. Namun sekiranya ia diproses menjadi silica nugget seperti ini...nilainya akan meningkat. Seterusnya jika ia diproses menjadi finished product (dengan izin) labu sayung seperti ini maka harganya akanmeningkat lebih tinggi. Proses ini secara tidak langsung juga akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.Usaha-usaha kerajaan untuk menarik pelabur dari industri hiliran masuk ke Terengganu adalah sebagaimana berikut:a) Mewujudkan perhubungan yang baik dengan pelabur-pelabur sedia ada sebagai langkah menggalakkan syarikat berkenaan meningkatkan pelaburan mereka dan menarik pelabur-pelabur yang menjadi pelengkap kepada produk mereka. Sebagai contoh sebuah kilang kereta yang dibuka akan membawa kepada pembukaan kilang tayar, bateri, besi dan elektronik.b) Menyertai misi-misi pelaburan anjuran Malaysia Investment Development Authority (MIDA). Penyertaan Kerajaan Negeri ke dalam misi pelaburan ini amat penting kerana ini adalah peluangKerajaan Negeri untuk mengadakan sesi business matching secara terus dengan pelabur-pelabur.c) Bekerjasama dengan MATRADE dalam mempromosikan peluang-peluang pelaburan di Negeri Terengganu untuk menarik pelabur luar negara.d) Mengadakan hubungan yang baik dengan agensi-agensi pelaburan seperti MIDA dan ECERDC dalam usaha menarik para pelabur ke Negeri ini. Saya juga telah menerima surat pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana dan Penyelarasan (ICC) Negeri Terengganu pada 8 November 2018. Terima kasih saya ucapkan kepada YAB Perdana Menteri di atas kepercayaan ini.e) Mengeratkan hubungan dengan NGO-NGO yang berkait rapat dengan sektor industri sebagai contoh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cinadan Dewan Perniagaan India Muslim Terengganu. Melalui jalinan perhubungan ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri di dalam usaha mempelbagaikan industri di Negeri Terengganu danini tidak hanya terhad kepada pelabur asing sahaja.f) Mengenal pasti potensi kawasan-kawasan industri baharu yang mampu menarik minat pelabur. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri akan mengenal pasti kawasan-kawasan industri baharu yangberhampiran dengan perkhidmatan logistik dan lebuh raya. Ini juga dibincangkan dalam mesyuarat pertama ECERDC yangdipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 31 Oktober 2018.g) Menambah baik sistem penyampaian untuk memastikan permohonan pelaburan dapat diluluskan dengan lebih cekap danefisien. (Semua birokrasi permohonan pelaburan akan dipermudahkan tanpa meminggirkan kepentingan aset dan rakyat Terengganu)h) Membantu pelabur untuk menikmati skim galakan pelaburan yang menarik daripada agensi pelaburan seperti MIDA dan ECER.11.Sebagai langkah memperkukuhkan prestasi syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan, kita telah mengenal pasti perkara yang perlu dipertingkatkan dan meneruskan rationalization and segmentation plan (dengan izin). Pelan ini bertujuan untuk mengkategorikan anak-anak syarikat mengikut sektor perniagaan supaya tiada persaingan dan pertindihan fungsi antara anak-anak syarikat. Padamasa yang sama anak-anak syarikat dapat berkembang dan sekaligus meningkatkan ekonomi negeri serta memberi manfaatkepada rakyat.12.Bagi melaksanakan penambah baikan terhadap anak-anak syarikat Terengganu Inc, kita telah melantik ICC Consultant Center yang sedang melaksanakan kajian Terengganu Incorporated GroupOrganization Design and Corporate Transformation Excericse (dengan izin) dalam usaha meningkatkan keberkesanan Organisasi syarikat.Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,PENUTUP13.Saya difahamkan bahawa keputusan UPSR akan diumumkan esok.Dikesempatan ini marilah kita mendoakan agar semua pelajar-pelajar anak Terengganu yang telah menduduki UPSR beroleh kejayaan dengan cemerlang. Saya juga ingin mengucapkan ribuanterima kasih dan sejuta penghargaan terhadap dedikasi dan pengorbanan para guru, semua warga sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru dalam mendidik anak-anak Terengganu.14.Kerajaan Negeri amat menghargai peranan wanita dalam pembangunan Negeri Terengganu. Sumbangan mereka tidak dapat dinafikan bahkan sangat signifikan. Bagi memartabatkan lagi peranan kaum wanita, maka Kerajaan telah memutuskan untuk membawa cadangan bagi melantik seorang Adun Wanita berdasarkan fasal 27(2) Undang-undang bagi diri Kerajaan Terengganu yang akan mewakili suara semua wanita Negeri Terengganu.15.Bajet 2019 yang bertemakan Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera merupakan satu bajet yang menyeluruh dan memenuhi aspirasi serta keperluan rakyat. Malah melalui bajet ini juga, Kerajaan Negeri akan menunaikan 12 daripada 20 manifesto Pilihanraya Umum Ke 14.16.Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali telah menukilkan satu nasihat kepada para pemimpin dalam kitabnya yang masyhur (Al-Tibru al-Masbuk fi Nasihatil Muluk) 1 untuk memberikan perhatian terhadap tiga perkara. Pertama, apabila rakyat meminta belas kasih, maka pemimpin wajib memberinya. Kedua, apabila menghukumirakyat, maka pemimpin wajib berlaku adil. Ketiga, pemimpin mestilah melaksanakan apa yang telah dikatakan.17.Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah sama-sama menghayati Budaya Politik Matang dan Sejahtera dalam perbahasan bajet 2019. Semoga budaya ini dapat diteruskan dan dicontohi oleh semua pihak bagi melahirkan sikap ta’awun (kerjasama) dalam perkara-perkara yangmendatangkan kebaikankepada rakyat dan negeri.Al-Maidah Ayat 2Bermaksud : Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).18.Akhirnya, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan semua Ahli Yang Berhormat yang berpartisipasi dalam perbahasan sepanjang sidang DUN ini dijalankan.Dari Kuala Besut berlayar ke Tanjung Lipat,Sampan berlabuh di Pulau Kapas,Marilah kita bulatkan sepakat,Jangan dikenang perkara yang lepas.Mencari sejarah di Tanjung Guliga,Untuk dibawa ke Teluk Bidara,Orang Terengganu hatinya muliaitulah Negeri Maju Berkat dan SejahteraSekian, Terima Kasih
28 Nov 18
56
Bajet 2019: Pasir Silika Mampu Hasil Baju Kesihatan
KUALA TERENGGANU, 28 November- Industri silika dilihat bakal menjadi sektor pelaburan yang berdaya tinggi baharu di Terengganu apabila ramai pelabur menunjukkan minat termasuk dari Taiwan yang menyatakan persetujuan menjadikan pasir silika sebagai bahan utama dalam pembuatan baju kesihatan.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah & Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkata, keistimewaan baju kesihatan itu mengesan pelbagai penyakit termasuk demam.Katanya, perkara itu semakin positif apabila Kedutaan Taiwan menghantar pasukan khas ke Terengganu untuk kajian mendalam mengenai perkara itu .“Kerajaan akan membuat susulan mengenainya agar benar-benar memberi faedah kepada ekonomi Terengganu, termasuk peluang pekerjaaan kepada rakyat.“Manakala, pelabur negara lain mahu membina hotel bertaraf lima bintang di salah sebuah pulau yang menawarkan kadar sewa antara RM3,000 hingga RM4,000 semalam,”katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Muhammad Khalil Abdul Hadi (PAS-Batu Buruk) dalam sesi soal jawab di Sidang Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Dalam perkembangan yang sama, Tengku Hassan memberitahu industri silika di Terengganu berpotensi terus berkembang baik, apabila pihaknya turut didatangi pelabur dari Arab Saudi dan Bangladesh tiga hari lalu, yang turut menyatakan kesudian untuk melabur.“Namum begitu, kerajaan tetap mengambil pendekatan berhati-hati kerana bimbang ditipu. Pengalaman sebelum ini, ada pelabur yang menyatakan persetujuan dan sudah pun menandatangani penjanjian, menarik diri di saat akhir.“Keadaan itu pastinya merugikan kerajaan kerana sebaik persetujuan dibuat kerajaan bersetuju menyediakan tapak industri dengan membelanjakan peruntukan RM13 juta. Mengelak daripada perkara itu berulang, kerajaan akan mengenakan syarat-syarat tertentu kepada pelabur,”katanya.
27 Nov 18
218
Bajet 2019 : Kerajaan Negeri, JPS Jalin Kerjasama Atasi Hakisan Pantai Kampung Kolam
KUALA TERENGGANU, 27 November - Kerajaan negeri melalui kerjasama Jabatan Pengaliran Dan Saliran (JPS) akan melaksanakan projek menambak dan membaik pulih pantai yang bernilai RM500 ribu bagi menggantikan projek pengawalan hakisan pantai di Pantai Kampung Kolam, Pengkalan Maras, Seberang Takir yang dibatalkan oleh Kerajaan Pusat.Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh berkata, usaha itu sebagai antara persediaan kerajaan negeri berdepan risiko hakisan pantai di kawasan berkenaan yang dijangka lebih parah pada tahun ini.Katanya, keputusan pembatalan projek berkenaan adalah selaras dengan dasar Kerajaan Pusat apabila berlaku pertukaran pentadbiran menyebabkan projek yang belum dilancar serta baharu 15 peratus pembinaan itu, perlu kajian semula secara menyeluruh oleh JPS melibatkan keberkesanan kos berikutan kekangan kewangan Kerajaan Pusat masa kini."Projek ini yang memakan belanja RM90 juta yang dijangka dilaksanakan pada 2019 telah dibatalkankan atas alasan justifikasi kewangan peringkat pusat."Namun sebagai persediaan awal, kerajaan negeri akan teruskan usaha untuk mendapatkan peruntukan sebanyak RM500 ribu melalui hasil rundingan bagi melaksanakannya dengan segera supaya masalah hakisan sepanjang 500 meter ini dapat diatasi atau dikurangkan,"ujarnya.Terdahulu beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh Hishamuddin Abdul Karim (PAS-Tepuh).Menurutnya lagi, pihaknya juga akan meneruskan pelaksanaan projek kawalan hakisan dalam skala yang kecil bagi membendung masalah yang membelenggu penduduk di kawasan lain apabila menjelang musim tengkujuh.
27 Nov 18
99
Bajet 2019 : Projek Jelapang Fasa Dua Tingkat Pengeluaran Padi
KUALA TERENGGANU, 28 November- Kerajaan negeri akan menjalankan projek jelapang padi fasa dua dengan menambah 5,046 hektar kawasan luar jelapang ke kawasan jelapang sebagai usaha untuk meningkatkan keluasan sawah padi di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, penambahan projek jelapang yang baharu akan meningkatkan jumlah keluasan kawasan dalam jelapang negeri ini kepada 10,369 hektar.Menurut Dr Azman, permohonan penambahan kawasan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi Jabatan Pertanian negeri pada April lalu dan kini berada pada peringkat pelaksanaan dasar oleh Kerajaan Pusat.“Setakat ini, jumlah keluasan kawasan penanaman padi di Negeri Terengganu ialah 12,542 hektar dimana 5,323 hektar adalah kawasan dalam jelapang, sementara 7,221 hektar lagi kawasan luar jelapang,” ujarnya.Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Sulaiman Sulong (PAS -Pengkalan Berangan) mengenai langkah diambil kerajaan untuk menampung pengeluaran padi di negeri ini dalam sesi soal jawab lisan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di Wisma Darul Iman, di sini, kelmarin.Dr Azman berkata, kawasan dalam jelapang merupakan kawasan yang diberikan fokus oleh negara sebagai kawasan pengeluaran padi beras negara dengan dilengkapkan segala keperluan dan infrastruktur untuk penanaman padi dua kali setahun. “Ianya mempunyai bekalan air yang dan pengairan yang mencukupi dimana terdapat 12 jelapang padi seluruh negara.“Manakala kawasan luar jelapang kurang diberikan tumpuan, bekalan air kebiasaannya bergantung kepada air hujan dengan tali air sokongan dari JPS dan penanaman padinya kebiasaan sekali setahun,” ujarnya.Menurut beliau lagi, pengeluaran padi beras oleh kawasan jelapang padi di Terengganu berjumlah 52,000 matrik tan setahun hanya mampu memenuhi sekitar 53 peratus kadar kecukupan sara diri (SSL) rakyat negeri ini.“Maknanya kita memerlukan sekitar 47 peratus lagi untuk cukupkan keperluan rakyat Terengganu dan Projek Jelapang Padi Fasa Dua merupakan salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan jumlah pengeluaran padi negeri ini,” ujarnya.
27 Nov 18
64
Bajet 2019 : Penurunan Kadar Kunjungan Ke Tasik Kenyir Bersebab - Ariffin
Ariffin (kiri) berucap menggulung perbahasan Enakmen Perbekalan 2019 di DUN Terengganu semalam.KUALA TERENGGANU, 28 November - Penurunan kunjungan pelancong ke Tasik Kenyir sebanyak 3.9 peratus tahun ini berbanding tahun lalu berpunca dari empat perkara termasuk Tahun Melawat Terengganu, Bola Sepak Piala Dunia, Pilihan Raya Umum ke 14 dan ketibaan Bulan Ramadhan.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman berkata, data kunjungan itu menurun dikira dari Januari sehingga Oktober, berjumlah 637,309 orang tahun ini berbanding 663,084 orang tahun lalu."Ini bererti sejumlah 25,775 orang dengan kadar 3.9 peratus penurunan kehadiran, berlaku tahun ini berbanding tahun lepas."Dan inilah faktor utama yang menyebabkan data kunjungan pelancong tahun ini tidak sama dengan data tahun 2017," ujarnya.Katanya, tahun lalu kerajaan melancarkan Tahun Melawat Terengganu sudah tentu kujungan pelancong ke negeri ini meningkat.Tahun ini kata beliau, ada Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia sudah pasti ramai yeng menumpukan perhatian kepada perlawanan bertaraf antarabangsa itu sekaligus tidak ramai yang keluar rumah pergi melancong. Lagi pun katanya, tahun ini negara menghadapi demam PRU14 dan Bulan Ramadhan sudah pasti membataskan pergerakan orang ramai dari mengadakan aktiviti luar rumah termasuk melancong dan sebagainya.Beliau berkata demikian ketika menggulung Perbahasan Enakmen Perbekalan 2019 di Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke 14 di Wisma Darul Iman semalam.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat menjawab persoalan ADUN Telemong, Dato' Haji Rozi Mamat mengenai kadar berkenaan ketika membahas rang enakmen tersebut kelmarin.Ariffin berkata, walaupun begitu data kunjungan pelancong ke tasik itu meningkat jika dibandingkan dengan tahun 2016."Pada tahun 2016, pengujung ke Tasik Kenyir hanya berjumlah 413,000 orang berbanding tahun ini yang berjumlah 637,309 orang," jelasnya.Dalam pada itu kerajaan dimaklumkan bahawa penjualan 'House Boat' di Tasik Kenyir mengalami peningkatan sebanyak 10 peratus tahun ini berbanding tahun sebelumnya."Ini menunjukkan di Tasik Kenyir masih lagi ada produk-produk pelancongan yang semakin meningkat jualannya berbanding sebelum ini termasuk penjualan House Boat," jelasnya lagi.
27 Nov 18
49
Bajet 2019 : Projek Tebatan Banjir Baroh Tok Jiring Siap Tahun 2020
Dr Mamad (kiri) berucap menggulung perbahasan Enakmen Perbekalan 2019 di DUN Terengganu semalam.KUALA TERENGGANU, 27 November - Projek Tebatan Banjir Baroh Tok Jiring, Kuala Nerus dekat sini dijangka siap pada tahun 2020 lewat setahun dari tarikh sebenar. Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Negeri Dr Mamad Puteh berkata, projek tersebut diluluskan pada tahun 2015 dan dijangka siap pada tahun hadapan. "Sekarang ini sepatutnya projek itu siap dalam kemajuan sekitar 64.79 peratus tetapi kesiapan sebenarnya sebanyak 62.62 peratus, kemajuannya negatif 2.17 peratus sahaja (lewat 31 hari)," katanya. Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Bajet 2019 di Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke 14 di Wisma Darul Iman di sini hari ini. Dr Mamad (tengah) ketika membuat lawatan kerja ke ke Tapak Projek Tebatan Banjir Baroh Tok Jiring, Kuala Nerus baru-baru ini.Projek itu lewat disiapkan kerana 120 lot tanah belum dibayar.Masalah bayaran pengambilan balik tanah untuk projek berkenaan dijangka akan selesai tidak lama lagi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dalam soalan lisannya sebelum itu bertanyakan tentang status bayaran tersebut.Baru-baru ini, Dr Mamad telah membuat lawatan kerja ke tapak projek berkenaan untuk mengetahui kemajuan dan permasalahan yang dihadapi.Ketika dihubungi Dr Mamad yang juga ADUN Kuala Berang menjelaskan bahawa projek tersebut menelan belanja RM87 juta.Projek itu dimulakan pada 15 Mac 2015 dan tarikh asal siap ialah 11 Mac 2018.Ia dilanjutkan ke tarikh baru iaitu 16 September 2019 (selama 583 hari) kerana belum selesai pengambilan balik tanah.Kontraktor bagi projek ini ialah GPQ Sdn Bhd .Dr Mamad berkata jumlah keseluruhan pengambilan balik tanah ialah 232 lot. Pejabat Tanah telah selesai siasat sebanyak 211 lot tanah.Sebanyak 91 lot tanah telah selesai dibuat pembayaran manakala 120 lot lagi belum selesai dibayar.Sementara 22 lot tanah lagi ditangguhkan kerana terlibat dengan perubahan rekabentuk 'West Bund' No. 2.Penyelesaian pembayaran 120 lot tanah itu memerlukan peruntukan sebanyak RM16.9 juta.Dilaporkan bahawa seramai lebih 300 penduduk di kampung berkenaan bimbang kawasan perumahan mereka ditenggelami air ketika musim banjir. Mereka dilaporkan trauma dan bimbang jika banjir besar di kampung berkenaan berulang lagi sebagaimana tahun 2014.
27 Nov 18
852
Bajet 2019 : Veterinar Diarah Buat Pemutihan Padang Ragut
KUALA TERENGGANU, 27 November- Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu diarahkan melakukan pemutihan keperluan padang ragut dan manfaatnya untuk kegunaan haiwan ternakan di seluruh negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, kerajaan negeri mengenal pasti banyak padang ragut di negeri ini mengikut pewartaan tanah yang ada dan tidak digunakan sepenuhnya.“Sebab itu kita minta pihak Veterinar membuat pemutihan semula secara besar-besaran bersesuaian dengan jumlah ternakan yang ada kerana berdasarkan tinjauan mendapati ada rezab yang disalah gunakan."Contohnya di Setiu, kita ada 17 padang ragut yang mana tidak digunakan semaksimanya dan disalah gunakan untuk tujuan lain," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi soal jawab Sidang Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Menurut Dr Azman, pada awalnya petani memohon pajakan tanah untuk integrasi perladangan dan penternakan, namun sebaik diluluskan, mereka tidak melaksanakan sebarang aktiviti sepatutnya."Bukan sahaja lembu, najis lembu pun tiada. Mereka mohon pajakan tanah hendak buat padang ragut tetapi setelah dapat, mereka tanam sawit."Pihak kami juga dapati ada rezab padang ragut yang keluasan 60 hektar tapi cuma guna empat hektar dan ada juga yang 100 hektar tapi guna untuk padang ragut sebanyak sepuluh hektar serta banyak lagi penyalahgunaan,"kata beliau lagi.
27 Nov 18
302
Bajet 2019 : Tiga Ahmad Berpadu Tuntut Royalti Terengganu
Dr. Samsuri bersama dua mantan menteri besar, Razif (kiri) dan Ahmad (kanan).KUALA TERENGGANU, 27 November - Dua mantan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Dato’ Seri Ahmad Said menyatakan hasrat untuk membantu Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mendesak Kerajaan Persekutuan bagi mendapatkan baki royalti yang dianggarkan bernilai RM400 juta hingga RM500 juta.Ahmad Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir berkata, wang ehsan atau royalti merupakan perkara yang sensitif kepada rakyat Terengganu.“Kebiasaannya pada tahun-tahun yang lalu, kerajaan negeri akan menerima jumlah sepenuhnya pada bulan Oktober."Kini, sudah penghujung November dan baki anggaran sekitar RM500 Juta belum diterima lagi.“Kita melahirkan rasa bimbang kerana Bajet 2019 yang diumumkan berasas kepada sumber ini,” katanya kepada media selepas sesi soal jawab Sidang Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Ahmad Razif.Beliau menggesa sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk rundingan bersama Kerajaan Persekutuan sebagai satu lagi medium penyelesaian. “Kita perlu bersama-sama dalam hal ini termasuklah bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, bekas ADUN Bandar dan bekas ADUN Batu Buruk yang sentiasa mengemukakan perkara ini sejak dahulu.“Malah, bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang kini menjadi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan perlu bersama kerana beliau mempunyai hubungan rapat dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya yang merujuk kepada Senator Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad. Sementara itu, Ahmad Said (BN-Kijal) pula menggesa Kerajaan Persekutuan supaya menghormati perjanjian yang telah dimeterai sebelum ini.“Kita mesti akur dengan perjanjian royalti minyak yang telah dipersetujui kedua pihak sejak dahulu.Ahmad Said.“Walaupun hakikatnya, kadar lima peratus itu tidak adil kepada kita tetapi kita tetap menerima perjanjian yang telah ditandatangani dan berharap Kerajaan Persekutuan juga sama dalam hal ini.“Saya telah menyatakan hasrat untuk bersama-sama kerajaan negeri dalam hal ini. Namun, keputusannya terserah kepada Menteri Besar,” katanya.Dr. Samsuri menyambut baik hasrat mereka dan memutuskan untuk merangka jawatankuasa yang akan diperincikan selewat-lewatnya sebelum akhir Disember."Kita sebagai pemimpin perlu bersatu dalam memenuhi hak rakyat dan kerjasama ini merupakan politik matang dan sejahtera yang kita inginkan," katanya.
27 Nov 18
133
Kunjungan Bersejarah Ke DN Perak- Ngeh Koo Ham
Haji Yahaya (duduk ) menandatangani buku pelawat DN Perak, disaksikan oleh Dato' Ngeh Koo Ham (kanan). - Foto Syaiful Mustafa
IPOH - Lawatan Kerja Yang Dipertua (YDP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Yahaya Ali ke Dewan Negeri (DN) Perak dan Selangor menghasilkan perbincangan yang baik untuk penambahbaikkan pengurusan DUN.
Haji Yahaya berkata, ada perkara-perkara DUN Terengganu boleh belajar daripada DN Perak dan begitu sebaliknya.
Haji Yahaya (kanan) bersama Dato' Ngeh Koo Ham dalam Sidang Media di Bangunan SUK Perak.
"Sebahagian isu-isu yang penting dibincangkan, berkait soal penambahbaikkan fungsi dan peranan DUN yang menjadi tujuan asal lawatan ini, " katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan sempena selesainya, lawatan kerja beliau ke DN Perak dan Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Perak, 21 September.
Turut hadir dalam sidang tersebut, Speaker DN Perak, Dato' Ngeh Koo Ham.
Haji Yahaya (kanan) bersalaman dengan Ng Suee Lim di DN Selangor.
Pada 20 September lalu, Haji Yahaya dan rombongannya, membuat kunjungan hormat dan mendengar taklimat dari Speaker DN Selangor, Ng Suee Lim, di Shah Alam.
Seterusnya Haji Yahaya berkata, rombongan mendengar taklimat berkait keistimewaan yang diperolehi Ketua Pembangkang Perak dan Selangor serta memperkasa jawatankuasa pilihan 'select committee' bagi memantau perjalanan badan eksekutif kerajaan masing-masing.
"Ini semua merupakan perkara-perkara yang bagi DUN Terengganu dalam proses penambahbaikkan, " jelasnya.
Sementara itu, Dato' Ngeh Koo Ham menyifatkan kunjungan rombongan Haji Yahaya sebagai kunjungan bersejarah dan berterima kasih kepada beliau kerana membuat kunjungan hormat tersebut.
Dalam kenyataan balas Haji Yahaya berkata, perbezaan politik kerajaan negeri masing-masing, tidak menghalang beliau mengadakan kunjungan hormat ke DN Selangor dan Perak bagi tujuan tersebut.
Dalam Pilihan raya Umum ke 14 (PRU14) yang lalu, Negeri Selangor dan Perak dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) manakala Terengganu dimenangi oleh PAS.
21 Sep 18
300
Penambahbaikkan DN Selangor Contoh Terbaik
Ng Suee Lim (kanan) menyampaikan taklimat berhubung dengan DN Selangor kepada Haji Yahaya. -Syaiful Mustafa.
SHAH ALAM - Dewan Negeri (DN) Selangor, membuat banyak pembaharuan termasuk menubuhkan Jawatankuasa Pembasmi Kemiskinan, Pendengaran Awam dalam kes-kes tertentu, penyelesaian masalah air dan lain-lain bagi mempastikan fungsinya ditambah baik.
Speaker DN itu, Ng Suee Lim berkata penambahbaikkan itu dibuat bermula tahun 2008 selepas kerajaan Selangor bertukar tangan dari Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Rakyat (PR).
Haji Yahaya (kiri) menerima cenderamata dari Ng Suee Lim.
Katanya, penambahbaikkan DN itu diperuntukkan di bawah kuasa Speaker dan diluluskan dalam persidangan DN berkenaan.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Yahaya Ali, Setiausaha DUN, Encik Zulkifli Isa dan kakitangan pejabat DUN Terengganu di pejabat DN Selangor 20 September.
Turut serta dalam lawatan sambil kerja itu, Isteri YDP DUN Terengganu, Hajjah Zaroni Othman.
Dalam majlis yang sama, Haji Yahaya menjelaskan DUN Terengganu telah menubuhkan satu jawatankuasa penyelidik untuk penambahbaikkan DUN tersebut dianggotai beberapa orang pakar perundangan.
Haji Yahaya berkata, lawatan ke DN Selangor adalah siri lawatan kerja untuk mengambil manfaat dari sistem penambahbaikkan DN Selangor.
Bulan lalu, Haji Yahaya telah mengetuai satu siri lawatan kerja ke DUN Kelantan bagi tujuan tersebut.
19 Sep 18
42