lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Martabat Manfaat Koperasi Kepada Masyarakat - Nurkhuzaini
KUALA TERENGGANU, 2 April - Kerajaan negeri berharap koperasi di seluruh Terengganu memartabatkan peranan dan manfaat pertubuhan mereka kepada masyarakat umum.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, manfaat koperasi selama ini tidak disedari oleh kebanyakan masyarakat."Koperasi-koperasi yang ada hari ini kebanyakannya dipimpin oleh golongan berusia dan kita mahu ia diperkenalkan untuk menarik minat golongan muda terutama di negeri ini supaya bergiat aktif dalam koperasi."Semoga kita dapat menggembleng tenaga secara bersama untuk mengangkat martabat koperasi di mata masyarakat dan mencapai kecemerlangan di peringkat ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sembang Santai Koperasi di Hotel Felda Residence, di sini, malam tadi.Hadir sama, Pengarah SKM Negeri Terengganu, Wan Abdul Halim Wan Abdul Razak dan Pengerusi Jawatankuasa Koperasi-koperasi Terengganu (KOPTER), Dato' Hashim Mamat.Program tersebut menghimpunkan lebih 700 koperasi yang aktif di seluruh negeri bagi mengukuhkan hubungan dan membina jaringan perniagaan antara mereka.Ia juga bertujuan meningkatkan pembangunan dan usahasama di samping membina pendapatan masing-masing dalam bidang yang diceburi.Sekitar 100 wakil-wakil koperasi hadir memberikan sokongan dan penglibatan dalam majlis berkenaan.
01 Apr 19
468
Empty Image
“Kereta Terbang” : Mitos Atau Realiti? - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Saya ditanya oleh rakan-rakan, apakah benar model skala kecil prototaip “kereta terbang” yang dipamerkan di LIMA 2019 adalah sesuatu yang benar atau hanya khayalan semata-mata?Jawapan saya, untuk berlaku adil, saya hanya menjawab dengan membuat analisa kejuruteraan semata-mata terhadap contoh model prototaip (berdasarkan model skala yang ditularkan). Tiada maklumat lain.Sekiranya saya menjawab di hadapan pelajar kejuruteraan saya maka prinsip seperti Bernoulli Principles, Newton’s Law, Aerodynamics, Aerothermodynamics, Fluid Mechanics dan segala prinsip fizik akan terpaksa dijelaskan.Saya akan meminta pelajar saya untuk mengkaji aspek power system, rotor size and design, vehicle design and structural integrity, materials, noise and vibration analysis, manoeuvrability, control system, pay-load, power to weight ratio, certification and worthiness, dynamic stability dan sebagainya.Saya akan meminta pelajar saya membuktikan menerusi computation fluid dynamics (CFD). Tentunya dalam tulisan ini saya tidak akan buat begitu.Bagi tujuan awam, saya memilih untuk menggabungkan jawapan ringkas saya ini berasaskan latar belakang saya sebagai saintis, jurutera, penyelidik, dan juga sebagai ahli politik.Saya akan cuba memberikan pandangan saya dalam bahasa yang paling mudah dan senang difahami.Pertama, premis bahawa ianya dilabelkan sebagai “kereta terbang”adalah provokatif dan sensasi. Sains dan teknologi seharusnya bukan sensasi, bukan gimik, tetapi perlu berasaskan fakta tepat.Tidak dinafikan juga mungkin sedikit kesilapan melabelnya, akan membuka ruang penafsiran yang salah. Maka amat penting untuk pihak yang memperkenalkan cadangan prototaip “kereta terbang” itu dan kementerian untuk cepat membetulkan nama panggilannya supaya tidak menjadi momokan.Itulah cabaran dunia baharu. Sebenarnya tidak mengurangkan apa -apa pun sekiranya dengan pantas pihak Menteri atau Timbalan Menteri membetulkan nama “kereta terbang” itu pada hari pertama, dengan menggelarnya dengan nama yang lebih sesuai seperti “vertical take-off transporter”, “automobile drone”, “drone taxi”, “auto hover” atau lainnya.Nama yang tepat akan bergantung pada prinsip bagaimana kenderaaan berkenaan akan mula berada di udara, samada menerusi “vertical take-off” seperti dron yang ada di pasaran waktu ini atau “take-off” biasa seperti pesawat kecil yang mempunyai “retractable wings”.Kedua, mungkin ada yang mula bertanya. Adakah boleh wujud kenderaan sedemikian? Ya, pada prinsipnya ianya tidak berlawanan dengan kejuruteraan, dan memang sudah ada kenderaan yang mampu berada di ketinggian tertentu seperti dron yang mampu menjadikan manusia sebagai bebannya.Maka soalan berikutnya, adakah yang dipamerkan di LIMA 2019 itu adalah suatu yang mungkin boleh terbang?Sekiranya reka bentuk dan pembinaannya adalah menepati reka bentuk kejuruteraan dan segala prinsipnya, maka ianya boleh berada di udara. Saya percaya, tentunya syarikat berkenaan mempunyai pakar teknikal yang berkebolehan, tetapi dengan melihat reka bentuk berkenaan perjalanan masih jauh.Pada hemat saya, sekiranya itulah cadangan reka bentuknya, maka ianya memerlukan cubaan yang lebih serius untuk memastikan ianya mampu berada di udara.Sekiranya ianya adalah projek pelajar saya, saya akan memberi komen awal terhadap reka bentuk pelik penutup berjaring di atas kipas, yang pada hemat saya akan mengurangkan daya dan kuasa tujahan (thrust force and power) yang akan membolehkan kenderaan itu berada di satu ketinggian tertentu di udara.Faktor kritikal ialah mempunyai daya dan kuasa tujahan dan angkat yang mempu mengatasi berat kenderaan bersama bebanannya. Penutup berjaring berkenaan akan hanya membolehkan angin yang keluar di bawah dalam keadaan seragam (uniform flows) tetapi tujahan mengurang (reduced thrust).Ini akan menyukarkan lagi bagi mencapai daya tujahan bagi mengangkat kenderaan berkenaan.Ketiga, di zaman media baharu ini, kerap kali inisiatif kerajaan kadangkala juga berdepan dengan kritikan dari rakyat awam, dan pimpinan masyarakat lainnya yang tentunya mempunyai berbagai pandangan dan latar belakang.Menteri atau Timbalan Menteri yang mengeluarkan kenyataan menyokong kenderaan berkenaan, haruslah mengambil maklum bahawa kita sebagai pimpinan masyarakat hendaklah cuba (saya katakan cuba kerana saya juga tidak mudah untuk mengawal perasaan kita sendiri) untuk tidak bertindak balas dengan sindiran orang ramai, iaitu tidak membalas kutukan dengan kutukan balas. Ambil maklum dan jelaskan dengan hati yang terbuka.Apa salahnya kita menggunakan ayat seperti : “saya memahami kritikan berkenaan, kami akan ambil maklum dan atasi apa jua masalah rekabentuknya”, “kami akan berikan penjelasan di satu masa nanti’, “penjelasan teknikalnya adalah seperti berikut…”, “itu adalah contoh sahaja, reka bentuk akhir tentunya berbeza, sesuai dengan objektif kenderaan berkenaan” dan sebagainya.Jack Welch, mantan CEO of General Electric, menyebut : “Orang ramai mesti yakin dengan anda, anda pula harus membina keyakinan orang ramai”.Menarik bukan, objektif nampak mudah tetapi mengusahakannya adalah tidak semudah itu!.Semoga Berjaya! Benediximus!*********************************************************************************I have been asked by my peers, is it true that the small-scale prototype of the ‘flying car’ exhibited at LIMA 2019 was in fact true and not just a made-up fantasy?To answer that, and to be fair, I only made an engineering analysis on the prototype model (based on the model scale that went viral). No other information.If I was answering this in front of a class of engineering disciples, I would have to touch upon Bernoulli’s Principle, Newton’s Law, Aerodynamics, Aerothermodynamics, Fluid Mechanics and many more applied physics principles.I would ask my students to look into the power system, rotor size and design, vehicle design and structural integrity, materials noise and vibration analysis, manoeuvrability, control system, pay-load, power-to-weight ratio, certification and worthiness, dynamic stability etc. I would have them prove through computation fluid dynamics (CFD).But surely in this written piece I will not do the same. To appeal to the general public, the everyday reader, I will choose to merge my simple answer based on my background as a scientist, an engineer, a researcher and also as a politician; and thus I will do my best to share my opinion while eliminating scientific jargon so everything can be communicated clearly.Firstly, labelling this invention as a ‘flying car’ is provocative and sensational. Science and technology should exist on the basis of facts, not gimmicks and sensation. Undeniably, this mislabelling could lead to misinterpretation.Therefore it is absolutely crucial that those who introduced this as a ‘flying car’, the inventors and the ministry, rectify it’s nickname so as to not cause mockery. That is the challenge of today. Minsters and Deputy Ministers would not do the invention any injustice to call it a more appropriate name such as ‘vertical take-off transporter’, ‘automobile drone’, ‘drone taxi’, ‘auto hover’ etc.An accurate name would be assigned based on the principles applied in launching it into the air, be it through ‘vertical take-off’ as much of the conventional drones on the market are, or just ‘take-off’ as is seen in small planes that have retractable wings.Secondly, some would ask, is it possible for such a thing to exist? Yes, principally it doesn’t go against engineering and there are already vehicles that are capable of levitating at such a height such as drones that can support the load of a human.And so this begs the question, is it possible what we witnessed at LIMA 2019 would have the potential to ‘fly’?If it’s construction and design adheres and obeys laws and principles of physics and engineering, there would be nothing stopping it from staying in the air. I believe the company who exhibited this has many able and talented technical specialists, but this prototype/model still has a long way to go before it can be applicable in our daily lives.If that was the proposed design, I advise a more serious attempt to make certain it would be able to stay levitated. Had this been one of my student’s projects, I would make an early comment on the bizarre design of the netting cover on the fan, which in my opinion would reduce the thrust force and power that would make it possible for the device to stay up in the air at certain heights.A critical factor is that the thrust force and power would be able to overcome the load of the vehicle and also it’s pay-load (whatever the vehicle is meant to hold. Eg a human). This netting cover would only allow air to be expelled through the bottom in a uniform flow but with the consequence of reduced thrust.This would make it difficult for the device to reach a sufficient thrust power to lift it off the ground.Thirdly, in this new day and age of social media and technology, often times any government initiatives face harsh critiques from the public and other local authoritatives of all sorts of backgrounds and views. Trully understandable.Ministers and Deputy Ministers who released statements supporting the vehicle should take note that we as authoritative figures must try (and I say ‘try’ because often times – my self - it is hard to control our own emotions) to not react impulsively towards snide comments; that is to not respond defensively and negatively. Take note and explain with an open heart.What if instead, we used words such as; “I understand the critiques received and we have taken them into consideration to further improve said vehicle’s design in the future”, “we will provide a sound explanation in the future”, “the technical explanation is so-and-so...”, “the exhibited model was just an example.The final design would be different, more refined and suitable to the vehicles objectives” and etc. A quote by one fine former CEO of General Electric, Jack Welch : “People have to trust you. You have to build in trust for people.”Interesting, right? Objectives are easy to make but to make it work, now that’s the real challenge!Good luck! Benediximus!Menteri BesarYAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar1 April 2019.
01 Apr 19
210
Empty Image
Zainal Abidin CEO Baru TDM Berhad
Zainal Abidin.KUALA TERENGGANU, 1 April - TDM Berhad (TDM) mengumumkan pelantikan Zainal Abidin Shariff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) TDM Berhad yang baharu, berkuat kuasa pada 1 April 2019.Pelantikan tersebut berikutan tempoh tamat kontrak GCEO sebelumnya, Dato’ Mohamat Muda pada 31 Januari 2019.Dalam pada itu, Pengerusi TDM Berhad, Raja Dato' Haji Idris Raja Kamarudin mengucapkan tahniah kepada Zainal Abidin atas pelantikannya.Katanya, sebagai sebuah syarikat tersenarai, TDM Berhad mempunyai tanggungjawab kepada para pemegang sahamnya untuk mencipta dan menyampaikan nilai."Lebih jauh lagi, kami akan melancarkan Rancangan Penciptaan Nilai (VCP) dan Rancangan Pembangunan Perniagaan (BDP) serta inisiatif lain untuk mengukuhkan Kumpulan dengan pertumbuhan yang mampan di masa hadapan."Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap keupayaannya untuk menghasilkan keputusan," ujarnya.Zainal Abidin, 52, menyertai TDM Berhad dengan pengalaman selama 28 tahun dalam sektor korporat, terutamanya dalam pengurusan operasi dan transformasi, kewangan, tadbir urus, cukai dan audit. Pengalaman yang ada menambahkan jaminan keupayaannya untuk menerajui pertumbuhan konsisten TDM."Zainal Abidin sebelum ini telah bertugas dengan Persatuan Penanam Gabungan sebagai Ketua Eksekutif. Pengalamannya dalam industri perladangan dan kepakarannya dalam mengatasi perubahan pengurusan, adalah kemahiran penting untuk memacu TDM dalam rancangan VCP & BDP untuk pencapaian agresif mengikut sasaran yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah."Beliau memperoleh Sarjana Kewangan dari RMIT University, Melbourne Australia pada tahun 2006," jelasnya.TDM Berhad menjangkakan akan memulakan sepenuhnya kerja-kerja meningkatkan proses, mengurangkan kos operasi dan peningkatan efisien dengan struktur organisasi yang baharu.Untuk rekod, TDM Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1965 dan tersenarai di papan utama Bursa Malaysia dengan perniagaan teras dalam perladangan kelapa sawit dan penjagaan kesihatan.Bahagian perladangan, TDM menguruskan 16 ladang kelapa sawit dan tiga (3) buah kilang di Terengganu dan Indonesia.TDM Plantation Sdn Bhd telah memperoleh sijil RSPO dan MSPO. RSPO menyediakan kerangka yang paling sesuai yang mengambil kira ciri-ciri ekonomi, sosial dan alam sekitar dalam pembangunan dan pengurusan ladang dan kilang.Ia menyokong sasaran pertumbuhan ekonomi, promosi kehidupan luar bandar yang baik dan amalan penjagaan alam sekitar dan lestari.Di bawah Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMDI), TDM mempunyai empat hospital pakar dengan menawarkan penjagaan sekunder dalam semua bidang utama kesihatan.Hospital-hospital tersebut adalah Kelana Jaya Medical Centre (KJMC), Petaling Jaya, Selangor, Kuantan Medical Centre (KMC), Kuantan, Pahang, Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS), Kuala Terengganu dan TDMC Hospital, Kuala Lumpur.
01 Apr 19
1064
Empty Image
MB Terengganu Cadang Kementerian Guna ICT Sepenuhnya
Penolong Pegawai Tanah pelbagai daerah dari seluruh negara bersua foto dengan Dr Ahmad Samsuri dan Dr Xavier (tengah) di Permai Hotel Kuala Terengganu malam ini.KUALA TERENGGANU,  1 April - Kerajaan negeri mencadangkan  Kementerian Air,  Tanah dan Sumber Asli menyediakan peralatan teknologi terkini di samping memberi pendedahan dan menggalakkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sepenuhnya kepada kakitangan kerajaan ketika melaksanakan tugas. Ini bersesuaian dengan tema 'Peranan Penolong Pegawai Tanah Dalam Merealisasikan Revolusi Industri 4.0' di Persidangan Penolong Pegawai Tanah Ke-7 di Permai Hotel, di sini hari ini. Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, antara aspek yang boleh dipertimbangkan oleh pihak kementerian ialah menyusun atur struktur perjawatan penolong pegawai tanah di pentadbiran tanah seluruh negara agar sesuai dengan keadaan semasa.Di samping  itu ia  dapat memberi keselesaan kepada pegawai-pegawai berkenaan dalam menjalankan kewajipan mereka termasuk keperluan kekananan (seniority) perjawatan masing-masing.Ketika berucap di majlis makan malam sempena persidangan tersebut Dr Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri juga sentiasa berusaha untuk memastikan kemajuan negeri itu berada pada tahap yang membanggakan dalam urusan  melibatkan tanah.Turut hadir dalam majlis makan malam itu, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar, pegawai-pegawai tinggi dari kementerian berkenaan dan kira-kira 800 orang penolong pegawai tanah daerah dari seluruh negara. Seterusnya Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, kerajaan negeri terus memberi perhatian serius dari semasa ke semasa terutama bagi mempercepatkan proses pembangunan yang melibatkan tanah iaitu dengan mewujudkan cara prosedur kerja yang lebih efisien (cekap) serta mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan."Apabila saya turun ke daerah-daerah dan mengadakan dialog dengan penduduk, soalan yang popular di kalangan rakyat di bawah ialah isu yang berkaitan dengan tanah dalam pelbagai sudut."Oleh kerana itu, isu tanah ini sebenarnya isu yang berkait rapat dengan diri mereka, tempat mereka berpijak, bukan semata-mata tempat mereka berpijak tetapi ada isu-isu yang perlu perhatian serius daripada pihak kerajaan bagi menyelesaikan masalah yang wujud di kalangan mereka," jelasnya.Beliau percaya dan berkeyakinan  bahawa kejayaan demi kejayaan akan dapat dicapai dalam waktu yang singkat dengan wujudnya hubungan harmoni antara semua warga kerja pentadbir tanah dengan agensi di Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli di bawah Menterinya Dr Xavier Jayakumar."Saya berkesempatan beberapa kali hadir mesyuarat Majlis Tanah Negara bersama dengan Dr Xavier dan kita dapat melihat bagaimana komitmen mereka yang sangat tinggi dalam membincangkan apa juga  isu yang bersangkutan dengan tanah, sumber asli dan air."Sehingga saya boleh kata antara mesyuarat yang paling kerap perbincangan dilakukan adalah di bawah Dr Xavier Jayakumar, tahniah diucapkan," ujarnya.
01 Apr 19
56
Empty Image
Hakisan Tebing Sungai Tanjung Sabtu Akan Ditangani Segera
Dr Khairuddin memantau tebing yang terhakis.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 1 April - Hakisan yang berlaku sepanjang 2.5km di tebing sungai Kampung Tanjung Sabtu akan ditangani secepat mungkin.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kawasan berkenaan boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk jika tidak dipantau dengan segera.Jelasnya, kebimbangan penduduk itu akan diselesaikan secepat mungkin dengan kerjasama beberapa pihak berkuasa.  “Hakisan ini telah meresahkan dan membimbangkan penduduk terutama penduduk yang tinggal berdekatan dengan sungai.“Pihak Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN) akan mengambil tindakan segera dan akan mengambil pandangan daripada pihak berwajib seperti Pihak Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading serta Jabatan Penyelenggaraan dan Saliran (JPS),” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika memantau kawasan sungai yang dilanda hakisan itu di Kampung Tanjung Sabtu, Buluh Gading kelmarin.Sementara itu, menurut Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Buluh Gading, Md Fauzi Mustaffa yang turut hadir berkata, hakisan berkenaan turut mendatangkan kerugian kepada masyarakat sekitar.Jelasnya, tindakan yang berkesan perlu diambil segera bagi mengelakkan tragedi yang sama berulang.“Penduduk-penduduk Kampung Tanjung Sabtu yang membina rumah di sepanjang sungai mengalami kerugian yang besar kerana tanah-tanah mereka hilang dibawa air pada setiap kali berlaku banjir.“Ada di kalangan mereka yang hanya mempunyai geran tetapi sudah tidak ada tanah akibat hakisan dan yang amat membimbangkan kami jika tiada tindakan yang diambil oleh pihak berwajib”“Kampung Tanjung Sabtu mesti diselamatkan daripada hakisan yang sentiasa berlaku setiap tahun,” tambah beliau.
01 Apr 19
560
Empty Image
Sidang DUN : Sultan Mizan Bimbang Keamanan Malaysia Tergugat
KUALA TERENGGANU, 1 April - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah bertitah melahirkan rasa bimbang kerana sejak akhir-akhir ini ada pihak tertentu, cuba menggugat keharmonian, keamanan dan kestabilan Malaysia yang terbina sejak sekian lama.Baginda bertitah, ada pihak berani melakukan perkara-perkara yang menyentuh kesucian agama Islam, memperlekehkan institusi diraja dan banyak lagi perkara yang berpotensi mengakibatkan kejadian yang tidak diingini berlaku."Beta mahu pihak yang berkenaan mengambil langkah berjaga-jaga supaya perkara-perkara seperti ini tidak menular di negeri ini," titah Sultan Mizan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Keempat Belas, di sini hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua DUN, Yahaya Ali, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli-ahli Parlimen, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.Baginda bertitah, Pilihan Raya Umum Ke-14 telah berlalu hampir setahun.Justeru, Sultan Mizan berasa sukacita dengan kepimpinan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kerana telah berjaya mengamalkan konsep kepimpinan yang matang dan sejahtera."Beta melihat semangat perpaduan dan kekitaan di antara Ahli-ahli Yang Berhormat dan rakyat Beta tanpa mengira mana-mana parti terserlah demi memastikan negeri Terengganu Darul Iman menjadi antara negeri paling harmoni di negara ini." titah baginda.Justeru Sultan Mizan menyeru supaya semua piahk mengenepikan politik kepartian dan beri keutamaan kepada agenda rakyat dan pembangunan negeri."Beta ingin melihat negeri ini setaraf dengan negeri-negeri maju yang lain," titah baginda lagi.
01 Apr 19
65
Empty Image
Sidang DUN : Kutipan Hasil Terengganu Berjumlah RM1.792 Bilion Tahun Lalu
KUALA TERENGGANU, 1 April - Kerajaan negeri telah mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM1.792 bilion tahun lalu dan menurun sebanyak RM280.34 juta berbanding tahun sebelumnya.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah bertitah, penurunan itu disebabkan oleh Terimaan Bukan Hasil berpunca daripada bayaran royalti minyak berkurang sebanyak RM317.57 juta atau 17.38 peratus. "Namun demikian, Beta berasa sukacita kerana Hasil Cukai tahun 2018 telah meningkat kepada RM77.99 juta berbanding RM57.46 juta tahun sebelumnya."Hasil Bukan Cukai juga meningkat daripada RM188.58 juta kepada RM205.29 juta," titah baginda sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Keempat Belas, di sini hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua DUN, Yahaya Ali,  Menteri Besar,  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar,  Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,  Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli-ahli Parlimen, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.Sultan Mizan bertitah bahawa baginda turut berasa sukacita dan bersyukur apabila jumlah kutipan zakat sentiasa meningkat setiap tahun.Titahnya, pada tahun lalu, jumlah kutipan zakat adalah sebanyak RM160.37 juta meningkat sebanyak RM22.42 juta berbanding tahun sebelumnya sebanyak RM137.95 juta."Beta mengucapkan syabas dan tahniah terutamanya kepada kerajaan negeri dan warga kerja Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) kerana telah melaksanakan tanggungjwab dan amanah yang diberikan dengan jayanya," titah baginda lagi.
01 Apr 19
70
Empty Image
Sidang DUN : Sultan Mizan Seru Semua Pihak Menyumbang Untuk Tabung Darul Iman
KUALA TERENGGANU, 1 April - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru semua pihak untuk menyumbang kepada Tabung Darul Iman bagi manfaat rakyat yang memerlukan dan kurang berkemampuan.Titah baginda, Terengganu merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai kemudahan bantuan segera seperti Bantuan Perubatan, Bantuan Sara Diri Tahunan, Bantuan Susu dan Lampin Pakai Buang serta Bantuan Musibah melalui Tabung Darul Iman.“Sehingga kini, hampir 25,000 orang telah menerima manfaat menerusi bantuan-bantuan yang dianggarkan mencecah sekitar RM24 juta. Kelangsungan kemudahan bantuan kepada rakyat ini mestilah dipelihara,” titah Sultan Mizan.Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Wisma Darul Iman, di sini hari ini. Sementara itu, baginda bertitah, program-program seperti Walimatul Urus Perdana dan penyediaan Kad Sejahtera kepada golongan rakyat yang layak disambut baik oleh seluruh rakyat negeri ini kerana ianya membantu golongan tersebut berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa kini.Dalam perkembangan lain, Sultan Mizan bertitah, baginda ingin menekankan kepentingan dasar prinsip tadbir urus yang baik dalam pelaksanaan tugas dan proses membuat keputusan dalam menterjemah program dan projek yang telah dirangka. “Oleh itu, proses perundingan awam perlu diperbanyakkan. Jauhkanlah sikap menjalankan program atau projek semata-mata untuk golongan tertentu sahaja sehingga mengenepikan kepentingan rakyat jelata. “Kerajaan negeri harus berusaha menggembleng setiap kepakaran yang ada pada semua pihak bagi mencapai objektif memajukan negeri,” titah baginda.
01 Apr 19
589
Empty Image
Sidang DUN : Sultan Mizan Seru Kerajaan Negeri Terus Martabatkan Agama Islam
KUALA TERENGGANU, 1 April - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar terus komited berusaha memartabatkan agama dan umat Islam di negeri ini.Sultan Mizan bertitah, ianya perlu dilaksanakan menerusi gerak kerja profesional yang berupaya menangkis sebarang fitnah dan tuduhan jahat sekali gus membuktikan kemampuan sebenar sistem Islam sebagai cara hidup (ad-din).Baginda turut melahirkan rasa syukur kerana kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM3.5 juta untuk menubuhkan Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) yang bertujuan melatih para pendakwah dengan pelbagai ilmu dan kemahiran kontemporari. “Selain itu, kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu telah mewujudkan Program Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT) iaitu Kelas Pengajian Agama Hujung Minggu kepada mereka yang berumur 25 tahun ke atas.“Pada tahun ini, Program SPAIT telah memberikan manfaat kepada 1,955 pelajar untuk menuntut ilmu-ilmu agama dalam subjek Tauhid, Feqah dan Tasawuf,” titah Sultan Mizan.Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Wisma Darul Iman, di sini hari ini. Dalam pada itu, baginda turut menyarankan kepimpinan negeri agar sentiasa mengangkat martabat Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri ke tahap tertinggi mengatasi segala kepentingan peribadi dan politik masing-masing. “Beta yakin negeri dan rakyat akan terus menikmati keamanan, keharmonian dan kesejahteraan hidup sekiranya sikap hormat-menghormati dan mematuhi undang-undang dijadikan dasar utama.“Kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar bersama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan serta dengan kerjasama padu daripada jentera pentadbiran awam diharap akan mendapat petunjuk dan bimbingan Ilahi bagi menyempurnakan tanggungjawab dan amanah, secara adil lagi saksama, jujur lagi ikhlas, amanah lagi berintegriti,” titah baginda.
01 Apr 19
223
Empty Image
TATiUC Terengganu Tawar Biasiswa RM 3.1 Juta
KUALA TERENGGANU, 1 April - TATI University College (TATiUC), Kemaman menawarkan Biasiswa Terengganu Sejahtera berjumlah RM3.1 juta kepada pelajar baharu bagi kemasukan Mei dan September tahun ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya menjangkakan seramai 1,100 pelajar Sarjana, Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Asasi berpeluang menikmati keistimewaan yang pertama kali ditawarkan itu.Katanya, nilai biasiswa bagi setiap pelajar yang layak adalah berjumlah RM11,045 sepanjang pengajian meliputi yuran pengajian dan penginapan kolej kediaman.“Seramai 100 pelajar terawal turut ditawarkan elaun sara hidup sebanyak RM323 sebulan,” katanya kepada sidang media selepas Majlis Pelancaran Biasiswa Terengganu Sejahtera di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Hadir sama, Rektor Tatiuc, Profesor Dr Anuar  Ahmad.Katanya, keistimewaan lain, TATiUC turut menyediakan elaun sara hidup kepada pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda  RM250 sebulan atau bersamaan RM8,000 sepanjang pengajian manakala pelajar Diploma dengan bayaran RM200 sebulan atau RM4,800 sepanjang pengajian.“Pengurangan yuran pengajian sekiranya pelajar berupaya tampil cemerlang dalam bidang yang diceburi.“Oleh itu, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia disaran merebut peluang itu,” katanya. Sementara itu, Dr Anuar berkata, pihaknya komited dalam membangunkan potensi anak-anak pelajar.Katanya, mereka terutamanya yang datang daripada keluarga golongan asnaf dan berpendapatan rendah sewajarnya merebut peluang itu."Bukan mudah untuk mencari pusat pengajian yang menawarkan biasiswa.“Diakui banyak pihak,  pelajar lepasan TATiUC laris di pasaran industri di mana hampir 60 hingga 80 pelajar berjaya memperoleh kerja selepas enam bulan menamatkan sesi pembelajaran,” katanya.TATiUC menawarkan tiga program Sarjana, 10 program Ijazah Sarjana Muda, 13 program Diploma dan dua program Asasi dalam pelbagai bidang.Antaranya kejuruteraan, teknologi maklumat. pembuatan, automasi, elektrikal, ujian tanpa musnah, kimia, polimer, komputer, pengurusan teknologi dan media grafik.Maklumat lanjut berhubung syarat kelayakan dan tawaran Biasiswa Terengganu Sejahtera boleh hubungi 09 860 1130 atau layari www.tatiuc.edu.my.
31 Mar 19
189