lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Terengganu Perkasa Industri Perikanan Darat
Dr Azman Ibrahim. Foto oleh - Wan Luqmanul HakimKUALA TERENGGANU, 17 April - Kerajaan Terengganu komited untuk  terus memperkasakan industri akuakultur perikanan darat di negeri itu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, usaha berkenaan akan bermula dengan melaksanakan beberapa pemurnian terhadap peraturan-peraturan sedia ada.Jelasnya, undang-undang yang ditambah baik itu bertujuan untuk menjamin kelestarian hasil perikanan darat untuk masa hadapan, mengawasi aspek keselamatan supaya tidak berlaku pemindahan wabak serta menjana pendapatan pengusaha dengan lebih baik.“Kaedah-kaedah perikanan darat ini merupakan satu undang-undang atau peraturan sebab Akta Perikanan 1985 yang ada cuma kawal untuk laut sahaja, jadi tidak ada satu peraturan untuk kita mengawal aktiviti perikanan darat.“Daripada beberapa negeri yang sudah melaksanakan kaedah-kaedah ini yang telah dibentangkan oleh Jabatan Perikanan Negeri Terengganu kepada kerajaan negeri, kita tengok ada beberapa frasa-frasa yang memerlukan pemurnian, iaitu kita perlu tengok realiti di Terengganu,” ujarnya.Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis Perasmian Bengkel Pemurnian Kaedah-Kaedah Perikanan (Akuakultur Perikanan Darat) Negeri Terengganu di Dewan Besar, Akademi Perikanan Terengganu, Chendering, di sini semalam.Dr Azman merasmikan Bengkel Pemurnian Kaedah-Kaedah Perikanan (Akuakultur Perikanan Darat) Negeri Terengganu.Turut hadir, Pengarah Perikanan Negeri, Zawawi Ali, Pengarah Akademi Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat, ketua-ketua jabatan serta agensi perikanan.Dr Azman turut berkata, hasil perincian kaedah perikanan darat yang meliputi kolam, sungai dan tasik itu akan dijadikan satu pelan khas untuk dibincang bersama pihak tertinggi sebelum dilaksanakan sepenuhnya.Tambah beliau, kaedah yang telah dipersetujui tersebut akan dipraktikan kepada seluruh pengusaha industri itu di Terengganu.“Hasil daripada bengkel ini insya-Allah kita akan ada satu cadangan kaedah-kaedah perikanan darat untuk negeri Terengganu.“Kemudian akan kita bincang secara lebih lanjut sebelum dijadikan satu kaedah yang diguna pakai di negeri ini,” tambah beliau.Bengkel tersebut akan berlangsung selama tiga hari bermula semalam yang disertai oleh lebih 40 pegawai daripada pelbagai agensi dan pertubuhan. 
16 Apr 19
811
Empty Image
Timbalan Menteri Kesihatan Puji Kad Sejahtera Terengganu
Dr. Lee dan Dr. Alias turut menziarahi pesakit di hospital Dungun.DUNGUN, 16 April - Pelaksanaan bantuan perubatan melalui Kad Sejahtera yang dilaksanakan Kerajaan Terengganu mendapat pujian Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Lee Boon Chye.Menurutnya, inisiatif itu dapat mengurangkan rakyat yang kurang berkemampuan."Terima kasih kepada negeri Terengganu kerana memberi perkhidmatan kepada rakyat sekali gus mengurangkan beban kepada klinik dan hospital awam kerana ia boleh digunakan untuk klinik swasta," katanya ketika ditemui pemberita.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis dialog sempena Lawatan Kerja Timbalan Menteri Kesihatan ke Fasiliti Kesihatan Dungun, di Dewan Majlis Perbandaran Dungun, di sini hari ini.Dalam program berkenaan, beliau yang disambut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak melawat Hospital Dungun dan mengadakan pertemuan dua hala dengan pegawai-pegawai perubatan negeri. Turut hadir, Timbalan Exco, Ahmad Shah Mohamed,  Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Mohd Jusoh serta Pengarah Hospital Dungun, Dr. Farah Najwa Abdul Rahim.Lebih 300 kakitangan perubatan seluruh daerah hadir dalam majlis dialog.Dr. Lee turut melihat perjalanan projek pembinaan hospital baharu Dungun yang dijadualkan siap pada Februari 2020.Dalam pada itu, Dr. Alias memaklumkan Kad Sejahtera akan memberi manfaat kepada 20,000 rakyat negeri itu melalui subsidi perubatan bagi wad kelas ketiga dan unit pesakit luar di klinik swasta.Inisiatif berkenaan merupakan salah satu manifesto kerajaan negeri dengan sebanyak RM12 juta diperuntukkan bagi tahun ini dengan nilai RM500 bagi setiap kad.
16 Apr 19
760
Empty Image
Terengganu Taja Biasiswa ACCA Pertama Di Pantai Timur
Ustaz Satiful Bahri Mamat.KUCHING, 16 April - Kerajaan negeri akan memulakan program tajaan biasiswa bagi anak Terengganu mendapatkan sijil Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) sekali gus mempelopori program itu di pantai timur.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, sebanyak RM600 ribu diperuntukkan dalam Bajet 2019 untuk tujuan tersebut."Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu (YT) akan melaksanakan program ini bermula tahun ini. Kita mengharapkan dengan sijil ACCA ini dapat menghasilkan akauntan profesional yang bertauliah, yang terbaik untuk negeri Terengganu," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jelajah Anak Terengganu Pasca Pembentangan Bajet Negeri 2019 Peringkat Negeri Sarawak di Penview Hotel, Kuching, Sarawak, kelmarin.Sementara itu, mengulas lanjut tentang perkara tersebut, Pengarah Yayasan Terengganu, Hishamuddin Hashim berkata, kerajaan negeri telah mengumumkan empat inisiatif bagi pelajar-pelajar Terengganu untuk meneruskan pendidikan di peringkat yang paling tinggi.Hishamuddin Hashim."Salah satu program yang telah diumumkan adalah skim biasiswa ACCA di mana sebanyak RM600 ribu diperuntukkan bagi tahun ini."Program ini akan bermula pada tahun ini. Insya-Allah pada Ogos ini, batch (kumpulan) pertama akan masuk untuk menjalani program ini."Kita telah mengadakan kerjasama dengan sebuah syarikat 'chartered accountant' dan juga Universiti Malaysia Terengganu untuk memulakan program ini yang dijangka pada bulan Ogos ini."Semua persiapan telah diatur. Insya-Allah kita akan adakan satu perjanjian persefahaman (MoU) bagi tujuan program," jelasnya.Dalam perkembangan sama, ditanya tentang jangkaan peserta yang akan mengikuti program berkenaan, Hishamuddin memaklumkan, kerajaan negeri mensasarkan seramai 17 orang pelajar pada 2019."Pada tahun ini, jangkaannya kita dapat ambil seramai 17 orang. Pelaksanaan program ini melibatkan dua kategori."Pertama pengajian sepenuh masa melibatkan jumlah biasiswa sebanyak RM38,400 seorang (10 orang). Kedua separuh masa melibatkan peruntukan RM30,000 seorang (7 orang)."Bagi pelajar sepenuh masa, mereka akan ditanggung sepenuhnya yuran dan wang saku. Manakala kerajaan negeri akan menanggung yuran sahaja bagi pelajar separuh masa."Tempoh masa pengajian sepenuh masa adalah dua tahun dan separuh masa antara dua hingga empat tahun," katanya.Bagaimanapun, katanya, pelajar Terengganu yang akan memohon perlu melepasi syarat-syarat kemasukan."Anak negeri Terengganu yang akan diberi pertimbangan adalah mereka yang mendapat keputusan cemerlang sekurang-kurangnya CGPA (Cumulative Grade Points Average) 3.0 dalam ijazah sarjana muda perakaunan dari IPT (Institut Pengajian Tinggi) yang diiktiraf."Pemohon hendaklah berumur tidak lebih 28 tahun bagi sepenuh masa dan tidak lebih 32 tahun untuk pengajian separuh masa dan mestilah mendapat tawaran kelayakan dari ACCA sendiri."Kita jangka pelajar yang mendapat keputusan terakhir dalam bidang perakaunan akan membuat permohonan. Permohonan telah dibuka sejak mingu lepas melalui 'online' portal YT."Sesiapa yang berminat boleh membuat permohonan. Selepas permohonan perlu mengemukakan balik dokumen-dokumen diperlukan kepada kita untuk pengesahan bagi memulakan program skim biasiswa," ucapnya.
16 Apr 19
699
Empty Image
52 Hafiz MTQT Terima Anugerah Graduasi
 Nik Karimah Nik Abdul Ghafar (dua dari kanan) menerima Anugerah Khas MTQT dari Ahmad Shah (dua dari kiri).Oleh: Syed Abdul RahmanKUALA TERENGGANU, 16 April - Meraih keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Syahadah Tahfiz dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) adalah sangat penting bagi meneruskan cita-cita menuntut ilmu di peringkat universiti.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, hal itu kerana keputusan peperiksaan tersebut adalah sebagai tiket bagi melayakkan seseorang pelajar untuk memasuki institut pengajian tinggi."Hanya pelajar mempunyai keputusan yang cemerlang sahaja akan ditawarkan melanjutkan pelajaran ke universiti dan kolej dalam serta luar negara daripada ribuan yang memohon," katanya.Anak Ahli Parlimen Setiu, Haji Shaharizukirnain Abd Kadir (tengah) turut bergraduasi di TER Kuala Ibai semalam.Beliau berkata demikian dalam catatan Kata-kata Aluan Buku Cenderahati Majlis Istiadat Graduasi dan Khatam al-Quran Kali Ke-28 Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu (MTQT) di Dewan Kenanga Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai, di sini, semalam.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Haji Ahmad Shah Muhamed mewakili beliau merasmikan majlis tersebut.Ahmad Shah dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri sentiasa komited untuk terus menyokong usaha ke arah melahirkan generasi yang menghafal al-Quran di samping cemerlang dalam bidang akademik.Antara pelajar MTQT yang bergraduasi di TER Kuala Ibai semalam.Beliau mengharapkan agar pelajar tahfiz MTQT mengekalkan kegemilangan ilmu sehingga berjaya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dengan keputusan yang cemerlang sepertimana sejarah kecemerlangan dalam majlis graduasi tersebut.Di majlis itu,  seramai 52 orang pelajar lepasan STAM menerima anugerah graduasi dan 19 orang dari mereka memperolehi keputusan Mumtaz, manakala 24 orang Jayyid Jiddan dan selebihnya mendapat pangkat Jayyid.Tiga pelajar masing-masing menerima Anugerah Khas MTQT, Anugerah Imam 'Asim Al-Kufi dan Anugerah Imam Nafi' Al-Madani.Pelajar berkenaan ialah Nik Karimah Nik Abdul Ghafar, Nur Izzah Hanim Mahadi dan Muhammad Nurhakim Mohd Razali.Perarakan masuk Majlis Istiadat Graduasi dan Khatam Al-Quran Kali-28 MTQT di Dewan Kenanga Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai semalam.Ahmad Shah menyampaikan sijil anugerah dan Syahadah Tahfiz kepada semua pelajar tersebut.Sementara itu 19 orang pelajar lelaki dari maahad tersebut akan mengikuti Kuliah Pengajian Islam di Universiti Al-Azhar Mesir dan akan berlepas ke negara itu pada 19 April ini.Sementara empat pelajar lelaki berlepas ke Mesir minggu lepas untuk mengikuti pengajian yang sama di universiti tersebut.Manakala seorang pelajar perempuan ke Universiti Basaksehir, Turki lebih awal dan sedang mengikuti pengajian bahasa Arab di universiti berkenaan.Sementara selebihnya akan belajar di universiti-universiti tempatan dalam pelbagai bidang pengajian.
16 Apr 19
1161
Empty Image
Sekolah Agama Rakyat Jadi Produk Pelancongan Islam
KUALA TERENGGANU,15 April – Sekolah Agama Rakyat (SAR) antara satu produk pelancongan Islam yang menarik minat pelancong untuk ke Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kemajuan institusi pendidikan juga dapat membantu kewangan negeri dan juga rakyat.“Terengganu terkenal dengan sistem sekolah agama rakyat, sekolah rendah Islam, sekolah menengah Islam, kemudian kita juga ada maahad tahfiz yang tumbuh macam 'cendawan' di negeri ini.“Pondok ini kalau kita susun molek bila orang luar  datang  ia memberi satu sumber  kewangan  kepada rakyat  Negeri Terengganu dalam sudut pelancongan,” ujarnya.Beliau yang juga Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkata demikian selepas Majlis Symposium On Islamic Tourism 2019 di Hotel Paya Bunga Square, di sini, semalam.Ariffin berkata, bagi menyelaras semua pusat ilmu itu di bawah sistem pendidikan yang lebih cekap dan tersusun, Kerajaaan Pusat  meminta semua sekolah tersebut berdaftar dengan kerajaan negeri.Sementara itu, dalam perkembangan lain beliau berkata, inisiatif yang diambil untuk menekankan pelancongan Islam menerusi Simposium Islamic Tourism 2019 menjadi satu usaha yang baik.Katanya, Kerajaan Terengganu mempromosikan semua produk Muslim dan  'sahabat bukan Islam'."Kita mempunyai potensi yang besar. Kami dah bincang dengan Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre, Dato’ Seri Abdul Khani Daud supaya membuat program di sini. Program ini  sangat baik dan memberi kesan kepada  pelancongan Negeri Terengganu," jelasnya.Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri akan meneruskan program Madinah Ramadan sebagaimana tahun lalu dan menambah baiknya termasuk mengadakan di setiap daerah sepanjang bulan itu.
15 Apr 19
147
Empty Image
Pelajar Terbaik STAM Teruja Berbicara Dengan Tokoh Alumni
Oleh : Aziz HambaliKUALA TERENGGANU, 15 April - Sekumpulan pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir teruja mendengar nasihat terakhir sebelum meninggalkan tanah air oleh Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sebuah majlis Bicara Tokoh Alumni Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin, di Dewan Fikri di sekolah itu, di sini, semalam.Wakil pelajar berkenaan, Muhammad Mujiburrahman Muhammad 20, dari Kampung Rantau Abang, Dungun berasa gembira kerana berpeluang mendengar pesanan berharga `Ayah Chik' sebelum berangkat ke Mesir."Alhamdulillah, bertuah sungguh saya rasa hari ni, slot bicara tokoh alumni bersama Tuan Guru Abdul Hadi sebentar tadi cukup memberi inspirasi kepada saya khususnya untuk pergi lebih jauh lagi,"Siapa sangka SMAASZA merupakan tempat tok guru belajar berpidato, menguasai bahasa Arab sebelum beliau melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sehingga berjaya saat ini menjadi ulama yang terkenal seantero dunia. Hal ini sangat memberi dorongan dan azam kepada saya untuk mengikut jejak langkah beliau, doakan,"katanya.Pada kesempatan itu juga, dia mewakili pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di SMAASZA Kuala Terengganu bersyukur dan berterima kasih kepada pihak sekolah kerana memilih mereka untuk ke Mesir, selain dapat menjayakan program yang amat bermanfaat seperti itu.Pelajar terbaik STAM SMAASZA 2019 itu berkata, ramai pelajar yang pergi menuntut ilmu di luar negara. Bagaimanapun, apabila pulang ke tanah air mereka tiada dalam lapangan masyarakat dan berharap perkara seumpama itu tidak berlaku kepada mereka.Dalam perkembangan yang sama, menurut Pengarah Sekretariat Pengurusan Pelajar Ke Mesir 2019 ILMAM Terengganu, Mohd Zahani Abdul Ghani, kesemua pelajar yang akan berangkat ke Mesir seramai 78 orang pada 19 April ini."Mereka yang akan ke Mesir terdiri daripada lima institusi pengajian yang berbeza-beza, antaranya Institut Pengajian Islam (INSPI), Ma'ahad Tahfiz Tarbiyah, Tok Jiring (MTT), SMAASZA, Kolej Al-Quran Terengganu, Padang Midin (KQT) dan sekolah persendirian (Pondok),"katanya.Tambahnya lagi, pada tahun lalu, seramai 71 pelajar melanjutkan pengajian ke Mesir dalam pelbagai bidang pengajian, berbanding tahun ini, seramai 78 pelajar pula berpeluang meneruskan pengajian di negara Timur Tengah itu.
15 Apr 19
1380
Empty Image
Jangan Salah Faham, Daerah Terengganu Sifar Kemiskinan
Dr Azman Ibrahim. Foto oleh - Wan Luqmanul HakimKUALA TERENGGANU, 16 April - Orang ramai diharapkan agar tidak memahami secara salah maksud semua daerah di Terengganu sifar daripada kemiskinan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, ungkapan tersebut bukan bermaksud tidak ada orang yang miskin di seluruh Terengganu.Jelasnya, sebaliknya kenyataan itu adalah untuk mengiktiraf bahawa semua kawasan di negeri berkenaan tidak termasuk dalam kategori termiskin di seluruh negara.“Salah faham oleh netizen, daerah sifar kemiskinan ini bukan bermaksud tidak ada orang miskin tapi tidak tergolong daripada 28 daerah seluruh negara yang dikategorikan sebagai daerah termiskin dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM4,000.“Dan daripada 28 itu, tidak ada daerah di Terengganu yang termasuk, yang adanya ialah Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak.“Itu sahaja kenyataan tersebut, bukan makna tidak ada orang miskin di Terengganu, orang miskin dengan daerah termiskin lain makna dia, cuma orang silap faham,” katanya.Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis Perasmian Bengkel Pemurnian Kaedah-Kaedah Perikanan (Akuakultur Perikanan Darat) Negeri Terengganu di Dewan Besar, Akademi Perikanan Malaysia, Chendering, di sini hari ini.Perasmian bengkel pemurnian kaedah-kaedah perikanan.Turut hadir, Pengarah Perikanan Negeri, Zawawi Ali, Pengarah Akademi Perikanan Malaysia, Ruzaidi Mamat, ketua-ketua jabatan serta agensi perikanan.Semalam laporan yang bertajuk ‘Semua Daerah Di Terengganu Sifar Kemiskinan’ di pautan https://www.teganukita.net/2019/04/semua-daerah-di-terengganu-sifar.html mendapat perhatian netizen.Mengulas lanjut tentang perkara itu, Dr Azman berkata, pihak kerajaan negeri akan memantau semua rakyat di Terengganu bagi memastikan tiada yang ketinggalan dalam arus pembangunan.Kata beliau lagi, perkara itu penting bagi memastikan semua daerah di Terengganu tidak dikategorikan kembali sebagai 28 daerah termiskin.“Bagaimanapun kerajaan negeri sentiasa bersikap terbuka dan mengambil cakna perihal penduduk di tiga kawasan terbabit dengan menumpukan empat bidang utama yang dianggap mampu menambah pendapatan penduduk dan seterusnya mampu keluar daripada kelompok kemiskinan.“Sektor pertanian, perladangan, perikanan dan penternakan antara bidang yang boleh membantu golongan B40 untuk meningkatkan pendapatan,” jelasnya.  
15 Apr 19
402
Empty Image
“Street Dakwah” Semarak Semangat Di Ambang Ramadan
Pertemuan santai beri peluang berdakwah kepada masyarakat.Oleh: Aslam WiraMARANG, 16 April - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang dengan kerjasama Yayasan Islam Terengganu (YIT) kawasan Marang melaksanakan ‘Street Dakwah’ di sekitar kawasan rekreasi Pantai Kekabu, di sini, baru-baru ini.Proram berkenaan diadakan bertujuan untuk menyebarkan dakwah dan risalah berkaitan kepentingan solat serta mewar-warkan ketibaan bulan penuh berkat iaitu bulan Ramadan. Pengarah Program, Nurhidayah Ali menjelaskan, program itu dilakukan secara berkala oleh Beliawanis DUN Rhu Rendang bagi menyantuni masyarakat, terutamanya anak muda wanita kerana mereka lebih mudah didekati. Penyertaan mahasiswa semarak semangat dakwah."Sebahagian mereka mungkin segan untuk bersama kami secara langsung, jadi dengan adanya program dakwah sebegini kami dapat turun padang dan bertanya khabar mereka.“Pendek kata, setiap kali sambutan tertentu pasti akan diadakan program sebegini,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman sewaktu program berkenaan.Street Dakwah kali ini turut diserikan dengan kehadiran Beliawanis DUN Rhu Rendang serta hampir 30 mahasiswa dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang gigih menjelajah sepanjang pantai bagi mengedarkan risalah kepada para pengunjung.Sementara itu, Penyelia i-MiTS Rhu Rendang, Mohamad Embong mengharapkan lebih banyak aktiviti dakwah dan penerangan seperti ini dapat dilakukan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan tuntutan hidup beragama.“Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung. Semoga usaha yang sedikit ini dapat menarik lebih ramai lagi untuk lebih mendalami agama,” jelasnya ketika berucap di awal majlis tersebut.Dalam perkembangan sama, Hidayah juga menerangkan sedikit sebanyak peranan Belia dan Beliawanis DUN Rhu Rendang yang bertanggungjawab melaksanakan pelbagai program bersesuaian untuk mereka.Peranan mereka bukan sahaja tertumpu kepada program sukan dan rekreasi serta hiburan semata-mata, tetapi perlu seiring dengan pembinaan modal insan serta menepati syariat untuk para belia yang merupakan pelapis kepimpinan akan datang."Insya-Allah, kami mewakili anak muda DUN Rhu Rendang amat mengharapkan sokongan dan sebarang cadangan untuk diperkasakan agar belia dan beliawanis di sini menjadi contoh kepada DUN-DUN yang lain,” katanya.
15 Apr 19
233
Empty Image
Anak Muda Perlu Dalami Seni Warisan Terengganu
KUALA TERENGGANU, 15 April – Kerajaan negeri menyeru kepada golongan belia supaya membuka minda dan menanam minat  untuk mempelajari dan mendalami ilmu seni warisan serta kemahiran masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata,  ia amat penting demi memastikan kelangsungan budaya negeri agar tidak pupus di telan arus masa. “Negeri Terengganu kaya dengan tinggalan warisan dan budaya masyarakat Melayu tetapi jika diperhatikan beberapa warisan itu kian menghilang dan kemungkinan akan pupus. Ini kerana kurangnya golongan pelapis untuk meneruskannya.“Perkara seperti ini perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana ia penting demi menjaga identiti kita sebagai masyarakat Melayu Terengganu khususnya dan Malaysia umumnya,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkata demikian ketika berucap di Majlis Symposium On Islamic Tourism 2019 di Hotel Paya Bunga Square, di sini, hari ini.Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (pelancongan) Seni dan Budaya Malaysia, Dato’ Haslina Abdul Hamid, Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre, Dato’ Seri Abdul Khani Daud.Ariffin berkata, anak muda pada zaman sekarang  kurang berminat untuk mempelajari dan mendalami kemahiran pertukangan  kayu dan ukiran.“Terengganu pada suatu masa dahulu terkenal dengan kemahiran membina bot atau ‘boatbuilders’. Hari ini tinggal hanya beberapa orang sahaja di Pulau Duyong  yang berkemahiran dalam pertukangan  kayu seni bina bot dan kebanyakan mereka sudah semakin meningkat usia.“Begitu juga dengan seni ukiran yang semakin pupus. Seni ukiran ini  banyak diguna pakai  dalam pembinaan rumah. Kini untuk mencari  tukang ukir  tidak semudah dulu  kerana tidak ramai  yang mempunyai kemahiran itu. Saya kira  perkara ini bukan hanya dialami di Terengganu tetapi juga di negeri-negeri lain,” ujarnya.Menurut Ariffin, kajian mengenai seni dan budaya Islam dapat dibuat dan diperbanyakkan pada masa akan datang serta dikongsikan melalui medium seperti hari ini.Justeru itu, beliau juga menyeru kepada semua agar sama-sama berganding bahu memulihara  tinggalan warisan dan memelihara budaya kita yang unik.
15 Apr 19
322
Empty Image
ECRL Diteruskan : Terima Kasih - Menteri Besar Terengganu
Kerajaan negeri mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk meneruskan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).Berita gembira itu disambut baik oleh seluruh warga Pantai Timur khususnya rakyat Terengganu kerana projek berkenaan mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi dan memberi impak positif kepada sosial penduduk setempat. Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, dengan perkembangan ini juga, bandar-bandar utama dan sekitarnya akan tumbuh pesat seterusnya dapat meyakinkan pelabur dengan penyediaan pembangunan infrastruktur yang serba lengkap. "Saya percaya jika komitmen begini diteruskan, rakyat akan mendapat pelbagai manfaat daripada projek pembangunan yang dirancang," katanya dalam kenyataan menerusi laman rasmi Facebook beliau, semalam.Terdahulu, Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin, dalam kenyataan kepada media berkata, keputusan kerajaan meneruskan projek berkenaan akan memberi manfaat ekonomi bukan sahaja kepada usahawan tempatan, tetapi juga kepada kontraktor tempatan.Katanya, beliau mendapat maklum balas sangat baik daripada warga Pantai Timur, selepas mengumumkan keputusan kerajaan meneruskan projek kontroversi itu.Tambah beliau, satu daripada konsesi paling penting yang memihak kepada Malaysia ialah penyertaan kontraktor tempatan dalam pembinaan ECRL akan meningkat kepada 40 peratus daripada keseluruhan kerja awam 30 peratus.Selain itu, katanya, industri sampingan seperti inap desa, kedai makan dan runcit dan lain-lain pasti akan berkembang dengan projek ECRL ini dan kita harap usahawan besar dan kecil dapat mencari inisiatif merebut lebih banyak peluang.
15 Apr 19
41