Artikel "Semasa" Terkini
Kem Cador Bakal Menjadi Pusat Pemulihan Dadah Holistik Terengganu
Seorang pemenang cabutan bertuah utama sebuah motosikal menerima kunci dari Ustaz Mohd Nor (tiga dari kanan).KEMAMAN, 18 April - Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan untuk menggunapakai Bekas Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Cenderawasih Cador, Marang sebagai pusat pemulihan penagih dadah secara holistik pertama di Terengganu tahun depan.Pusat itu yang dibina di atas tanah kerajaan dalam perkiraan untuk diambilalih bagi tujuan tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, modul pelaksanaan pusat tersebut hampir 90 peratus siap.Ustaz Mohd Nor (dua dari kanan) menyampaikan hadiah cabutan bertuah di Hari Anti Dadah Kebangsaan (HADK) 2019 Peringkat Negeri Terengganu di Felda Kerteh 5, di Kemaman hari ini.Kerajaan negeri katanya, akan menyempurnakan modul tersebut berasaskan kepada modul yang baru yang disediakan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kementerian Dalam Negeri dan diselaraskan dengan beberapa modul yang disediakan oleh pensyarah-pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kuala Terengganu."Kerajaan negeri juga sedang menunggu penyediaan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) berkenaan dengan status untuk mengambil Kem Cador termasuk kos pengambilan tanah dan bangunan."Keputusan berkaitan akan dibuat dalam mesyuarat dengan agensi berkenaan, berhubung dengan perkara tersebut tidak lama lagi, " katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Hari Anti Dadah Kebangsaan (HADK) 2019 Peringkat Negeri Terengganu di Felda Kerteh 5, di sini hari ini.Ustaz Mohd Nor berucap merasmikan Hari Anti Dadah Kebangsaan (HADK) 2019 Peringkat Negeri Terengganu di Felda Kerteh 5, di Kemaman hari ini.Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Dato' Izhar Abu Talib dan Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu, Hilmi Fahzan Abdul Wahab.Seterusnya Ustaz Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata, kerajaan negeri juga sedang menunggu kertas perjawatan yang akan disiapkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bagi keperluan pengurusan dan pentadbiran pusat tersebut.Kerajaan negeri juga katanya, akan melawat pusat pemulihan dadah di Thailand yang dikatakan dibuat secara perkampungan dan tarikh lawatan ke pusat itu akan dimaklum sedikit masa lagi."Kerajaan negeri turut mengkaji konsep pelaksanaan pusat-pusat pemulihan dadah dalam negeri yang dibuat oleh Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) di samping pusat pemulihan yang dibuat oleh AADK sendiri di Besut.Gimik Perasmian Hari Anti Dadah Kebangsaan (HADK) 2019 Peringkat Negeri Terengganu dilaksanakan oleh Ustaz Mohd Nor (empat dari kanan) di Felda Kerteh 5, di Kemaman hari ini."Kerajaan negeri akan menggabungkan semua modul pelaksanaan pusat-pusat berkenaan untuk diadaptasikan di Kem Cador nanti, " ujarnya.Sementara itu Dato' Izhar menyokong penuh usaha kerajaan negeri untuk mewujudkan pusat tersebut di Kem Cador dan akan membantu sedaya mungkin bagi menjayakan pusat pemulihan dadah tersebut.
17 Apr 19
753
Masalah Air Di Kawasan Luar Bandar Setiu Bakal Berakhir
Shaharizukirnain Abdul Kadir.KUALA TERENGGANU, 18 April - Masyarakat luar bandar di Setiu mengalu-alukan komitmen Kementerian Pembangunan Luar Bandar melaksanakan projek bekalan air di kawasan berkenaan sebagai langkah untuk membangunkan ekonomi setempat.Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, masalah bekalan air sudah lama berlarutan sehingga menjejaskan kehidupan dan mata pencarian penduduk.Katanya, kerajaan bersetuju meluluskan beberapa projek bekalan air di kawasan luar bandar melibatkan Kampung Padang Serai, Beris Tokku, Setia Jaya, Che Mohid, Pak Kancil Dalam dan Pengkalan Gelap.“Masalah air rakyat di Setiu yang telah saya suarakan dalam membahaskan kajian separuh penggal RMK11 (Rancangan Malaysia Ke-11) baru-baru ini telah mendapat reaksi positif daripada pihak kerajaan.“Isu bekalan air luar bandar telah lama dialami oleh penduduk Setiu dan saya berharap agar dengan pelaksanaan projek ini dapat menyelesaikan isu bekalan air yang merupakan antara masalah utama penduduk luar bandar,” katanya.Sementara itu, beliau turut berterima kasih atas pengumuman Perdana Menteri untuk meneruskan pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).Walaubagaimanapun, Shaharizukirnain sedikit kecewa apabila stesen di Telaga Papan yang sebelum ini termasuk dalam jajaran ECRL dibatalkan.“Pembinaan ECRL ini jelas sekali mampu memberi manfaat yang besar kepada masyarakat khususnya rakyat Terengganu.“Namun begitu, saya tetap ingin menzahirkan kekecewaan saya terhadap pembatalan projek pembinaan stesen di Telaga Papan yang sebelum ini termasuk dalam jajaran ECRL," katanya.Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan agar Kerajaan Pusat melaksanakan beberapa projek pembangunan tambahan bagi mengembangkan ekonomi luar bandar Setiu.“Saya meminta agar Kerajaan Pusat mampu menyediakan inisiatif lain dengan menambahkan bilangan projek-projek seperti projek perumahan dan lain-lain yang berskala besar,” tambah beliau lagi.
17 Apr 19
140
Fahami Maksud ‘Tiada Paksaan Dalam Beragama’
Oleh : Hidayah Azlin SETIU, 18 April – Pemahaman tiada paksaan dalam beragama perlu difahami sebaiknya agar tidak diputar belit oleh pihak tertentu yang boleh membawa kepada pandangan negatif terhadap Islam.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, tiada paksaan dalam beragama bermaksud orang bukan Islam tidak dipaksa untuk memeluk Islam. Namun, seruan Islam mestilah disampaikan kepada mereka.“Ruang untuk menyampaikan dakwah Islam jangan disekat. Selepas itu, terserahlah kepada mereka sama ada nak terima atau tidak. Pemerintah Islam tidak boleh paksa, ugut, tekan, tangkap atau yang sewaktu dengannya supaya mereka memeluk Islam,’’ tegasnya.Dr. Azman berkata demikian menerusi laman Facebook rasmi beliau, pagi ini.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi itu berkata, bagi orang Islam pula, mereka tertakluk kepada hukum untuk wajib mematuhi syariat Islam.“ Pemerintah mesti memastikan ummat Islam dalam negeri atau negara hidup dengan pematuhan kepada syariat Allah. Ada ketikanya sampai memerlukan penguatkuasaan undang-undang,’’ jelas beliau lagi.“ Contohnya, jika pemerintah mewajibkan menunaikan solat Jumaat atau mewajibkan wanita Islam menutup aurat, itu tak dinamakan paksaan dalam beragama. Benda sebegini mudah saja nak faham kecuali kalau ada niat nak putar belit, ulas beliau lagi.
17 Apr 19
77
Chicken Cottage ‘Peremajaan Semula’ - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 17 April - Rangkaian restoran makanan segera berjenama antarabangsa yang berpangkalan di London, Chicken Cottage dan beroperasi di cawangan Kuala Terengganu akan melalui proses rejuvenate (peremajaan semula).Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keseluruhan cawangan Chicken Cottage termasuk dalam dan luar negara kini sedang melalui proses penelitian semula terhadap segala aspek untuk mengurangkan kerugian yang dialami. “Kita akan buat proses rejuvenate di Chicken Cottage cawangan Kuala Terengganu termasuk akan dipindahkan ke Mayang Mall apabila siapnya tempat yang dijangka lebih menjadi tumpuan ramai itu nanti.“Buat masa ini, kita dalam proses untuk hentikan sementara operasinya sehingga dibuka kembali di Mayang Mall yang mungkin akan mengambil masa selama dua tahun sehingga pusat membeli belah baharu tersebut siap,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco, di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, dalam tempoh tersebut, semua kakitangannya akan ditempatkan secara sementara di anak syarikat kerajaan negeri yang lain dengan melihat kepada kesesuaian dan proses penempatan tersebut akan dilakukan selepas Aidilfitri nanti.“Dengan pilihan, mereka ini akan beri keutamaan untuk bekerja kembali di Chicken Cottage yang dijadualkan akan beroperasi di Payang Mall dalam masa dua tahun akan datang,” ujarnya.
17 Apr 19
190
Drawbridge Terengganu Beroperasi Aidilfitri Ini - MB
KUALA TERENGGANU, 17 April - Kerajaan negeri optimis jambatan angkat atau `drawbridge’ yang menghubungkan muara selatan di Kuala Terengganu (KT) dan muara utara di Seberang Takir dapat digunakan sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sekiranya tiada apa-apa halangan, drawbridge yang menjadi mercu tanda baharu bagi negeri ini dijadualkan akan beroperasi sepenuhnya awal Jun ini.“Kita jangka drawbridge akan disiapkan sepenuhnya akhir bulan ini di mana tempoh sebulan diambil sebelum diserahkan kepada kerajaan negeri yang dijangka pada 30 Mei.“Buat masa ini drawbridge masih lagi di bawah pengurusan pihak Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sebelum diserah kepada kerajaan negeri.“Sekiranya segala proses dapat disiapkan termasuklah urusan jalan raya di kawasan sebelum naik drawbridge itu (KT-Seberang Takir), kita optimis ianya boleh digunakan sebelum hari raya nanti,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco, di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, apabila siap kelak dan semuanya berjalan lancar, drawbridge diharapkan dapat mengurangkan kesesakan jalan raya pada musim perayaan.
17 Apr 19
110
Kuala Terengganu Pengeluar Terbesar Ikan Makan
Zawawi Ali.Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 17 April - Kuala Terengganu menjadi daerah penyumbang utama dalam industri pengeluaran ikan makan di Terengganu.Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Zawawi Ali berkata, Terengganu mempunyai seramai 825 penternak yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Negeri dalam kategori ikan makan dan hiasan serta benih ikan.Jelasnya, daripada keseluruhan data berkenaan, Kuala Terengganu mencatatkan peratusan tertinggi berbanding daerah lain dalam sektor ikan makan.“Pada tahun 2018, sebanyak 5,351.61 metrik tan pengeluaran ikan makan telah direkodkan dengan nilai RM94.668 juta manakala pengeluaran ikan hiasan dan benih adalah masing-masing bernilai RM4.018 juta dan RM932.369 juta.“Kuala Terengganu mengungguli pengeluaran ikan makan sebanyak 35 peratus manakala daerah Kemaman memberi sumbangan hampir 41.6 peratus bagi sektor ikan hiasan, pengeluaran benih ikan marin pula disumbangkan oleh Besut,” jelasnya.Beliau berkata sedemikian semasa berucap dalam Bengkel Pemurnian Kaedah-Kaedah Perikanan (Akuakultur Perikanan Darat) Negeri Terengganu 2019 bertempat di Dewan Besar, Akademi Perikanan Malaysia, di sini, semalam.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim, Pengarah Akademi Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat, ketua-ketua jabatan serta agensi perikanan. Bengkel yang berlangsung selama tiga hari itu adalah usaha pihak kerajaan bagi memastikan pengurusan pembangunan imdustri akuakultur lebih teratur.Ia juga bertujuan untuk mengangkat produk perikanan negeri ke pasaran negara dan juga antarabangsa.
16 Apr 19
163
Medan Ilmu Bakal Diwujudkan Di Dataran Berbumbung Piramid Bukit Besi
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 17 April- Dataran berbumbung piramid di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi bakal menjadi medan ilmu bagi masyarakat sekitar apabila siap sepenuhnya Mei nanti.Pegawai Penyelaras Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN), Ghazali Sulaiman berkata, medan ilmu yang bakal diwujudkan itu merupakan aspirasi dari perkembangan ilmu yang berlaku sejak zaman berzaman di Masjid Rusila Marang dan Medan Ilmu Tok Guru di Kota Bharu Kelantan.“Saya optimis dan cukup yakin bahawa dengan kewujudan medan ilmu ini ianya akan lebih membantu dalam membina dan mewujudkan kesejahteraan dikalangan masyarakat setempat.“Projek ini merupakan projek kerajaan terdahulu yang menelan belanja hampir empat juta, Insya-Allah kita akan memanafaatkannya sebaik mungkin dengan program yang bermanafaat dan saya juga bercita-cita agar medan ilmu ini nanti akan menjadi salah satu aspek yang menarik dari sudut pelancongan selain kita mempunyai tempat-tempat yang menarik di Bukit Besi ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pihak media, ketika meninjau projek berkenaan di Bandar Baru Sri Bangun, Bukit Besi, di sini hari ini.Katanya lagi, beliau turut merancang apabila bangunan itu siap nanti akan diwujudkan pusat niaga mingguan.“Ianya bagi membantu usahawan setempat dan juga berhasrat untuk membantu golongan mereka yang terlibat dengan asas tani dari Hulu Dungun, iaitu mereka yang dari Kampung Jongok Batu, Kuala Jengai, Kampung MInda, Kampung Talong dan lain-lain bagi memasarkan hasil tani mereka sendiri di dataran ini dan berpeluang untuk mendengar kuliah,’’ ujar Ghazali.Medan Ilmu itu menurutnya masih belum diberikan nama, namun tidak menolak kemungkinan akan menamakan dataran berkenaan dengan nama-nama tokoh yang hebat didalam sejarah Islam.“Inilah masanya bagi kita membuktikan bahawa kerajaan Terengganu memang bertekad dan beriltizam untuk membina masyarat dengan nilai ketamadunan yang tinggi mengikut acuan Islam dalam masa yang sama tidak menolak arus pembangunan dan kemodenan serta meransangkan aktiviti perniagaan kearah kehidupan masyarakat yang lebih baik,” tegas beliau.
16 Apr 19
1067
'Jangan Lupa Nyoblos' - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 17 April - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan selamat mengundi kepada semua warga Republik Indonesia (RI) dalam Pemilihan Umum 2019 (Pemilu 2019, hari ini."Sempena Pemilu 2019 hari ini, saya ingin mengucapkan selamat mencoblos (mengundi) buat semua warga Indonesia."Pilih calon terbaik demi keadilan dan kesejahteraan rakyat Indonesia dan rantau sejagat. Jangan lupa nyoblos, jangan sampe golput (tidak mengundi) ya," kata beliau dalam status Facebook, hari ini.Sementara itu menurut sebuah portal berita Indonesia, IDN Times, pemilu kali ini menjadi sejarah pertama Pemilihan Anggota Legislatif (Pileg) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) dibuat secara serentak.Menurut Daftar Pemilih Tetap Hasil Perbaikan 3 (DPTHP3) bertarikh Isnin, 8 April lalu sejumlah 192,866,254 orang berkelayakan untuk mengundi tahun ini .Ia bertambah sebanyak 37,734 orang pemilih berbanding DPTHP2.Pemilu itu akan memilih Calon Presiden (Capres) dan Calon Wakil Presiden (Cawapres), Anggota Dewan Pemilihan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI), Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Provinsi, Anggota DPRD Kabupaten atau Kota dan Anggota Dewan Perwakilan Daerah (DPD).Dua pasangan Capres dan Cawapres dipertandingkan termasuk Jokowi Dodo dan Prof Dr K H Ma'ruf Ami (Jokowi-Ma'ruf) sementara lawannya Prabowo Subianto Djojohardikoesoemo dan H Sandiaga Salahuddin Uno (Prabowo-Sandiaga).Pasangan Jokowi-Ma'ruf didokong oleh 10 parti termasuk PKP, PDI Perjuangan, Golongan Karya, NASDEM, Perindo, PPP, Solidaritas Indonesia, HANURA, PKP dan Bulan Bintang.Manakala pasangan Prabowo-Sandiaga didokong oleh enam parti termasuk GERINDRA, Garuda, Berkarya, Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Parti Amanat Nasional (PAN) dan Demokrat.Seramai 7,968 Calon Anggota Legislatif (Caleg) dari 16 buah parti bertanding dalam Pemilu kali ini termasuk 4,774 calon lelaki dan wanita (3,194).Sebanyak 575 kerusi DPR dipertandingkan bertambah 15 kerusi berbanding Pemilu 2014 (560 kerusi).Lebih dari 7,000 Caleg DPR berebut kerusi parlimen manakala Lebih dari 800 Caleg bertanding merebut kerusi DPD.
16 Apr 19
206
Kerajaan Pusat Perlu Fokus Kerja, Kukuhkan Ekonomi - Haji Amzad
Haji Ahmad Amzad HashimKUALA TERENGGANU, 17 April - Kerajaan Persekutuan disaran supaya memberi tumpuan membangunkan ekonomi negara dan tidak lagi terus menyalahkan kerajaan terdahulu dengan apa yang berlaku dalam negara hari ini. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, tindakan sedemikian menyebabkan pelabur asing tidak yakin dengan pasaran saham dan kemampuan kerajaan mengurus ekonomi negara sehingga ramai di kalangan mereka bertindak menjual saham di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada media semalam.Haji Ahmad Amzad membaca penuh minat laporan daripada portal ekonomi antarabangsa Bloomberg semalam yang menggelarkan pasaran saham Malaysia sebagai 'World's Worst Major Stock Market 2019' (Bursa Saham Utama terburuk di dunia pada tahun 2019).Sebagai rekod, pasaran saham BSKL merosot sebanyak 14 peratus sejak Mei 2018 dan 3.5 peratus untuk 2019 sahaja. "Kemerosotan ketara ini sudah tentulah tidak baik kepada ekonomi dan memberi kesan langsung kepada Rangkaian Syarikat Kerajaan (Government Linked Company) yang membuat pelaburan aktif di dalam pasaran saham. "Sebagai contoh, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Khazanah Berhad, Tabung Haji, Perbadanan National Berhad (PNB) dan lain- lain lagi," jelasnya.Kemerosotan pasaran ini katanya, sudah tentu akan menjejaskan pulangan dividen kepada pencarum dan rakyat keseluruhan pada tahun-tahun akan datang."Memburukkan lagi keadaan adalah apabila Samsung Asset Management (sebuah firma pengurusan dana terkemuka Asia) pula mengeluarkan kenyataan bahawa pasaran saham Malaysia adalah 'membosankan'."Kenyataan ini sudah tentu berdasarkan prestasi BSKL yang lemah dan akan memberi kesan kepada persepsi pelabur luar," ujarnya.Dr Nazri Khan, Naib Presiden Kanan Philip Capital Management dalam kenyataannya menyebut bahawa pelabur asing sudahpun menjual saham tempatan mereka bernilai RM1.8 bilion untuk tahun ini sahaja.Dan terkini, FTSE Russel pula sedang menimbangkan untuk mengeluarkan bon bon Malaysia daripada indeks global. Haji Ahmad Amzad berkata, ia satu isyarat ketidakyakinan pelabur luar terhadap keteguhan ekonomi Malaysia dan kemampuan kerajaan sedia ada dalam mengurusnya."Saya berpandangan bahawa bagi memastikan ekonomi negara terus mapan, kerajaan hari ini wajar melakukan langkah langkah segera bagi menangani persepsi negatif pelabur. "Sebarang salah laku kerajaan lama sekiranya ada, wajar diserahkan kepada pihak berkuasa untuk diadili melalui sistem keadilan yang ada dan bukannya meneruskan polemik politik kepartian yang membuang masa dan fokus dari kerja sebenar mengurus negara," tegasnya.Menurut beliau, kabinet juga seharusnya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh memberi isyarat negatif yang mengurangkan kepercayaan pelabur.Katanya, walaupun tadbir urus yang baik adalah intipati prinsip utama kerajaan persekutuan hari ini, namun tidak semua perkara boleh diwar-warkan kepada masyarakat awam atas nama ketelusan demi menjaga sentimen pasaran."Sebagai contohnya, pengumuman mengejut pemindahan aset Tabung Haji kepada SPV pada Disember tahun lepas telah menyebabkan nilai 10 syarikat terbesar milik Tabung Haji merosot RM607 juta dalam masa seminggu sahaja. "Saya fikir pembangkang pun sedia memberi kerjasama bagi menjayakan matlamat memulihkan ekonomi negara dan membantu Perdana Menteri dalam segala daya usaha yang baik untuk negara," ujarnya. Katanya, ini antara intipati budaya politik matang dan sejahtera yang semakin difahami oleh rakyat yang sudah mual dengan politik ala rimba yang sarat dengan fitnah dan adu domba.
16 Apr 19
162
Cacat Tidak Halang Wahida Juarai Wheelchair Race
Oleh: Mohd Zukifli MatKUALA NERUS, 17 April - Kecacatan tubuh badan tidak menjadi penghalang kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri, Nur Amirka Wahida Azhar, 13, menjuari acara wheelchair race Pertandingan Tepoh Sport Challenge (TSC), di Tok Jiring, di sini, baru-baru ini.Wahida antara lima peserta Orang Kurang Upaya (OKU) yang menyertai program anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh itu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim turut berkerusi roda bagi menyelami kesusahan golongan itu.Wahida berkata, dia teruja kerana dijemput untuk bersama-sama peserta lain menyertai program yang julung kali diadakan itu.“Walaupun diri saya tidak sempurna seperti insan lain, saya tetap bersemangat menyertainya dan alhamdulillah dengan kekuatan yang ada saya berjaya menjuarai kategori wheelchair race," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas program itu.Tambahnya, apa yang dilalui itu menjadi pendorong untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai aktiviti sukan lain.
16 Apr 19
334