Artikel "Semasa" Terkini
Geng Masjid Junior Terima Hadiah
Oleh ; Mustaqim AfandiBESUT, 21 Januari - Seramai 100 orang kanak-kanak menerima hadiah sebuah basikal hasil daripada Program Geng Masjid Junior Kota Putera.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro & Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, pihak Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota Putera mengambil inisiatif untuk memankinkan lagi kehadiran kanak-kanak ke masjid."Sambutan program ini amat memberangsangkan apabila lebih 150 kanak-kanak istiqomah ke masjid untuk solat berjamaah."Kepada mereka yang solat berjamaah penuh mereka mendapat sebuah hadiah basikal dan baucer makan KFC.'Mereka juga akan dibawa ke santuari gajah di Tasik Kenyir pada 8 februari nanti," ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup Geng Masjid Junior pada Ahad, 19 Januari.Antara empat masjid yang terlibat iaitu Masjid Limbongan,Masjid Islah Paya Rawa, Masjid Alur Lintang dan Masjid Pengkalan Nyireh.Menurut Nurkhuzaini, Muaz Syarifuddin dari Masjid Limbongan telah menjadi johan keseluruhan membawa pulang hadiah pakej percutian ke Pulau Perhentian.Justeru itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan masjid yang kita pilih kerana memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini."Insyaallah kita akan mencari lagi inisiatif lain lagi supaya anak-anak rajin untuk solat berjamaah dimasjid kerana itu juga tuntutan dalam agama Islam."Mudah-mudahan anak-anak muda ini akan tetap istiqomah untuk solat berjamaah dimasjid," tambah beliau.
21 Jan 20
126
RMM Tempinis Perintis Rumah Patuh Syariah Terengganu - MB
Dr Ahmad Samsuri menandatangani plak sekali gus merasmikan Majlis Pecah Tanah RMM Tempinis di Padang Bola Kampung Tempinis Kerandang Besut. BESUT, 21 Januari - Rumah Mampu Milik (RMM) Mukim Tempinis Kerandang di sini menjadi projek perintis rumah berciri mesra syariah pertama di Terengganu.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, idea penjenamaan semula RMM dengan penambahbaikan ciri-ciri rumah mesra syariah telah dirujuk untuk dijadikan identiti bagi membolehkan rakyat negeri Terengganu dan para pemaju perumahan membezakan RMM negeri Terengganu dengan negeri-negeri lain.“Kita berdoa agar usaha kita secara berterusan ini mampu kita laksanakan untuk manfaat rakyat negeri Terengganu yang memerlukan rumah berkenaan,” jelasnya.MB (tengah) menyempurnakan gimik perasmian Majlis Pecah Tanah RMM Tempinis Kerandang Besut.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah RMM Tempinis di Padang Bola Kampung Tempinis Kerandang di sini hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman serta isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abd Rahman.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu berkata, 100 buah RMM di Mukim Tempinis itu adalah contoh terbaik yang membuktikan komitmen kerajaan negeri terhadap golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40).“Iaitu golongan berpendapatan isi rumah RM3,500 sebulan dan ke bawah mampu tinggal di rumah selesa dan mempunyai kelengkapan yang mencukupi di negeri Terengganu, khususnya di daerah Besut.“Kita berharap projek ini memberi kemudahan kepada golongan yang sangat memerlukan bantuan perumahan kerana masih terdapat penduduk yang menyewa dan menumpang rumah orang lain di negeri Terengganu,” jelas beliau.Menurut Dr Ahmad Samsuri, RMM di Mukim Tempinis Kerandang itu dibina di atas tanah kerajaan berkeluasan 9.51 ekar atau 3.85 hektar yang merangkumi keluasan tapak 800 kaki persegi satu unit.Katanya, spesifikasi rumah berkenaan mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air serta ruang keluarga yang eksklusif menepati syariah iaitu terhalang dari perhatian tetamu yang berkunjung ke rumah berkenaan.Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu di atas penganjuran majlis berkenaan.
21 Jan 20
383
Nanas MD2 Jadi Sumber Pendapatan Baharu
Oleh: Mohd AsrafKEMAMAN, 20 Januari - Nanas MD2 menjadi pilihan YIT Ketengah Perwira Sdn Bhd sebagai sumber pendapatan baharu.Pengerusinya, Wan Hapandi Wan Nik berkata YIT Ketengah Perwira Sdn Bhd adalah sebuah syarikat dibawah kerajaan negeri dimana mencatat keuntungan hampir setiap tahun.“Perniagaan utamanya adalah sawit. Namun dengan keadaan semasa menyebabkan harga sawit jatuh merundum suatu ketika.“Penerokaan baharu dalam mencari hasil dan bukan hanya menggunakan satu mata kail sahaja namun kita mencuba beberapa mata kail agar hasil keuntungan lebih besar dan berlipat kali ganda dengan beberapa kajian dan penelitian yang dijalankan sebelum ini,” ujarnya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Penanaman Nanas MD2 di ladang milik syarikat tersebut.Menurut Wan Hapandi yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, nanas MD2 yang ditanam di tanah tinggi adalah nanas terbaik dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penduduk negara ini.Sementara itu, program tanaman ini ditanam seluas 10 ekar dengan jumlah keseluruhan mencecah 200,000 pokok.
21 Jan 20
320
Aina Mikayla Dalam Perhatian Kerajaan
KUALA NERUS, 21 Januari - Kerajaan negeri berusaha membantu meringankan beban keluarga kanak-kanak penghidap penyakit jantung berlubang, Aina Mikayla Abdul Aziz, 2, dari Kampung Bukit Tok Ris di sini.Justeru Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kampung berkenaan sedang berusaha mengumpulkan maklumat mengenai latar belakang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) itu dan keluarganya untuk dipertimbangkan serta diberi bantuan sewajarnya.Pegawai Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PK-NERUS), Ustaz Wan Yusrizal Wan Shafi'i, Pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Tunggal, Wan Mohd Faudzi Wan Harun dan Pengerusi MPKK Bukit Tok Ris, Mohd Ali Ngah telah menziarahi kanak-kanak serta keluarga tersebut semalam dan menyampaikan sumbangan kepada mereka.Sementara itu, ibunya, Mariam Abdullah, 23, berkata, anaknya itu telah disahkan oleh doktor menghidap penyakit jantung berlubang sejak dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, 8 Januari 2018.Menurut beliau, anaknya juga telah disahkan sebagai orang kelainan upaya (OKU) kerana tumbesarannya terbantut dan tidak dapat berjalan seperti kanak-kanak normal lain.“Sewaktu anak saya dilahirkan pada 8 Januari 2018 di HSNZ, doktor telah mengesahkan bahawa anak saya telah menghidap penyakit jantung berlubang.“Anak saya juga turut disahkan sebagai orang kelainan upaya (OKU) kerana tumbesarannya terbantut dan tidak dapat berjalan seperti kanak-kanak seusia denganya,” jelas beliau ketika ditemui sempena majlis ziarah tersebut.Mariam berkata, beliau dimaklumkan bahawa jantung Aina perlu dibedah tetapi terpaksa ditangguhkan kerana usianya terlalu muda."Kami sekeluarga terpaksa berusaha menyediakan kos rawatan sebanyak RM600 setahun dalam keadaan pekerjaan suami tidak menentu," jelasnya.Katanya, suaminya, Abdul Aziz Abdullah, 33, hanya bekerja sebagai buruh am di kampung dengan pendapatannya sekitar RM900 sebulan, tidak mampu menampung kos hidup yang semakin meningkat.Adik Aina Mikayla merupakan anak sulung dari dua beradik manakala adiknya, Azia Miranda baru berusia 40 hari.
20 Jan 20
150
MB Terengganu Rasmi Bangunan PASTI Bestari As-Siddiq
MARANG, 21 Januari - Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tiba di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Bestari As-Siddiq, Kampung Bukit Che Ali, di Kijing pagi tadi bagi merasmikan bangunan pusat asuhan itu.Ketibaan beliau bersama isteri, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abd Rahman disambut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong, Pengerusi Eksekutif Muaz Force Sdn Bhd, Dato’ Seri Zakaria Abdul Razak serta kepimpinan tertinggi PASTI Negeri Terengganu.PASTI Bestari As-Siddiq yang memulakan sesi pembelajaran pada 1 Januari lalu, kini mempunyai 53 pelajar dengan empat tenaga pengajar.Dr Samsuri dalam ucapannya berkata, PASTI berkenaan merupakan yang ke-40 bagi daerah Marang.Penubuhan PASTI berkenaan bermula dari kerja-kerja pembinaan sehingga tersergamnya sebuah bangunan yang begitu lengkap kemudahan infrastrukturnya dan merupakan hasil sumbangan sebuah syarikat swasta di negeri ini.“Terima kasih kepada Dato’ Seri Zakaria yang merupakan penyumbang utama kepada penubuhan PASTI ini.“Pembinaan PASTI Bestari ini adalah untuk memenuhi keperluan dan memberikan pendidikan awal yang terbaik untuk anak-anak,” ujarnya.Katanya, PASTI ini dikategorikan sebagai PASTI Bestari kerana kaedah pembelajarannya sedikit berbeza dengan PASTI biasa kerana banyak menggunakan multimedia untuk membolehkan anak-anak ini mendapat pendidikan yang terbaik.
20 Jan 20
1569
Kerajaan Negeri Kenal Pasti Lokasi Zon Mandian Selamat - MB
MARANG, 21 Januari - Kerajaan negeri bercadang untuk menambah zon mandian selamat di beberapa pantai peranginan di seluruh negeri ini bagi memastikan aktiviti riadah dijalankan di kawasan berkenaan selamat dan berada dalam pemantauan pihak berkuasa.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beberapa lokasi yang sesuai untuk tujuan itu telah dikenal pasti dan perkara berkenaan sedang dalam pertimbangan pihaknya.“Saya telah berbincang dengan beberapa orang Exco untuk menyediakan tempat-tempat yang khusus dan sesuai untuk aktiviti mandi-manda dan kita akan war-warkan kawasan berkenaan sebagai lokasi yang selamat.“Zon mandian selamat yang diperkenalkan di Pantai Pulau Kekabu, Marang sebelum ini yang mana dibuat satu lingkungan di kawasan itu untuk aktiviti mandi manda akan dijadikan model contoh untuk diguna pakai nanti,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kejadian lemas yang berlaku di Dungun baru-baru ini selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Bestari As-Siddiq, Kampung Bukit Che Ali, di Kijing, hari ini.Menurut Ahmad Samsuri, perbincangan dengan pasukan penyelamat daripada pelbagai agensi untuk melihat bagaimana cara untuk menangani kejadian tidak diingini seperti kes lemas sentiasa diadakan dari semasa ke semasa.“Terengganu mempunyai kawasan pesisir pantai sepanjang 244 kilometer dan agak mustahil untuk kita tempatkan pasukan penyelamat di semua tempat, justeru antara yang dilakukan selain pemasangan papan tanda amaran, kita turut menyediakan pasukan penyelamat di lokasi tumpuan,” ujarnya.Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai termasuk ibu bapa dan pengunjung luar supaya sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ketika berada di pantai peranginan negeri ini.“Nasihat saya kepada pengujung-pengunjung pantai di Terengganu supaya memastikan aspek keselamatan diri dan keluarga di bawah jagaan masing masing.“Mereka yang dewasa perlu membuat pertimbangan yang waras dan sewajarnya sesuai atau tidak untuk terlibat dengan aktiviti mandi-manda, manakala ibu bapa perlu sentiasa memantau anak-anak mereka dan pengunjung luar perlu bertanya kepada orang tempatan mengenai dasar pantai dan sebagainya untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” ujarnya.
20 Jan 20
50
Pengurusan Masjid Dan Masyarakat Perlu Profesional
Oleh : Izzat IzriKUALA NERUS, 21 Januari - Bagi mengembalikan semula fungsi masjid sebagai pengkalan utama pembangunan modal insan, institusi berkenaan disaran untuk meningkatkan tahap pengurusan dengan lebih profesional. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, pengurusan masjid serta masyarakat sekitar harus berkembang dengan lebih rancak sejajar dengan arus peredaran zaman. Katanya, perubahan tersebut tidak akan berjaya sekiranya tiada idea-idea dan tindakan proaktif untuk merancakkan suasana masjid dengan aktiviti atau program yang mesra rakyat.“Setiap pihak yang berada di dalam dan luar institusi itu harus bersedia untuk berubah bagi mengelakkan masjid hanya dilihat sebagai tempat untuk menunaikan solat.“Pentadbiran dan pengurusan masjid juga perlu dikemaskinikan, yang bercirikan profesionalisme. Sejak zaman Rasulullah S.A.W, masjid bukan hanya tempat ibadah, tetapi pusat kegiatan dakwah Islam yang luas,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Liqa Mahabbah Peringkat Masjid DUN Batu Rakit, di Dewan Masjid Mengabang Telipot di sini baru-baru ini.Menurut beliau, setiap anggota masyarakat juga perlu mengikuti jejak langkah Rasulullah S.A.W dengan menjadikan masjid sebagai tempat penyebaran ilmu dan mengeratkan silaturahim sesama insan. “Bermula dari masjid itulah, Baginda membina masyarakat baharu Madinah. Ahli sufi antara golongan yang terbit daripada kesedaran fungsi masjid. Mereka banyak mengambil manfaat daripada ajaran Rasulullah SAW ketika itu. Tambahnya, pada era moden hari ini, orang ramai harus berperanan besar dengan semaksima mungkin untuk memakmurkan masjid. “Memakmurkan masjid mempunyai dua pengertian iaitu membangun masjid secara fizikal, membersihkannya dan melengkapi dalam pelbagai sudut.
20 Jan 20
746
MB Terengganu Bertemu Ketua Pengarah JKR
MB (tengah) menjelaskan sesuatu kepada Kamaluddin (kanan) dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur.KUALA LUMPUR, 21 Januari - Kepentingan kerjasama Jabatan Persekutuan dan Negeri dalam mengendalikan kemudahan infrastruktur untuk rakyat terutama jalan raya dan jambatan tidak boleh diabai sama sekali.Ini kerana kepentingan berbuat demikian mempunyai kaitan langsung antara satu sama lain khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR).Setiap negeri ada dinamakan Jalan Persakutuan dan ada juga dinamakan Jalan Negeri.Menurut Portal Kementerian Kerja Raya, Jalan Persekutuan adalah jalan-jalan penghubung antara negeri ke satu negeri dan dilabelkan dengan kod F atau FT.Manakala Jalan Negeri dan bandaran adalah jalan-jalan penghubung antara Bandar ke Bandar dan dilabelkan dengan kod negeri-negeri berkenaan.Kedua-dua jenis jalan ini dikendalikan oleh JKR Negeri dan Persekutuan.Justeru Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti Dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh mengadakan pertemuan dan perbincangan beberapa perkara dengan Ketua Pengarah JKR, Ir Kamaluddin Haji Abdul Rashid, di sini Sabtu lepas.
20 Jan 20
101
KPDNHEP Terengganu Isytihar 16 Barangan Kawalan
BESUT, 21 Januari - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggunaan (KPDNHEP) Terengganu menyenaraikan 16 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2020 bermula 20 Januari hingga 2 Februari ini.Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata, kategori barangan harga terkawal terdiri daripada ayam, telur ayam, sayuran, barang kering, hasil laut, ubi kentang dan daging babi.Katanya, dalam tempoh kawalan harga selama 14 hari itu, harga barangan yang disenaraikan dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatuan 2011."Penentuan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit dibuat mengikut kewajaran dan kesesuaian bagi penguatkuasaan kawalan harga yang lebih berkesan untuk memastikan harga yang berpatutan demi manfaat pengguna dan peniaga.“Kawalan harga itu merupakan satu langkah serius kerajaan dalam menangani kos sara hidup yang meningkat pada masa kini," katanya.Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan bersama Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman di Pasar Raya Giant, Jerteh, Besut, semalam, Menurutnya, bagi membendung kenaikan harga yang tidak munasabah oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab, tindakan pengeluaran notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatuan 2011 akan dilaksanakan ke atas mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan secara mendadak dan ketara.“Pada masa sama, pihak kami akan membuat pemantauan bagi memastikan bekalan barangan mencukupi dan memastikan harga barangan berpatutan."Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP akan berada di lokasi-lokasi tumpuan orang ramai membeli belah untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan," ujarnya.Sementara itu, Mohd Nurkhuzaini berharap pemborong dan peniaga di negeri ini tidak mengambil kesempatan dengan mengenakan harga yang tinggi.“Sekiranya itu berlaku, pastinya akan membebankan pembeli, selain harga makanan seperti kuih-muih dan pelbagai menu yang menggunakan barangan kawalan akan berlaku kenaikan harga,” katanya.
20 Jan 20
102
Tambahan 8 Minit Waktu Subuh Terengganu Bermula 25 Januari
Dato' Dr Zulkifly Muda.KUALA TERENGGANU, 21 Januari - Terdapat perubahan waktu solat Subuh bagi seluruh kawasan di negeri ini bermula 25 Januari dengan tambahan lapan minit daripada waktu semasa.Mufti Terengganu, Dato' Dr Zulkifly Muda dalam satu kenyataan semalam memberitahu, perubahan waktu solat Subuh itu dibuat setelah Jawatankuasa Fatwa Terengganu serta Jawatankuasa Takwim Hijri dan Waktu Solat bersidang bermula 14 Januari lalu.Ujar beliau, hasil persidangan itu, kedua-dua jawatankuasa telah bersetuju untuk melaksanakan waktu solat Subuh baharu."Bahawa waktu solat Subuh di negeri Terengganu hendaklah ditambah lapan minit daripada waktu sedia ada berkuatkuasa 29 Jamadil Awal 1441H bersamaan 25 Januari 2020."Manakala waktu solat fardu yang lain tidak berubah, serta solat Subuh yang telah dilaksanakan sebelum perubahan ini adalah sah dan tidak perlu diqadha," kata kenyataan itu.Tambahnya lagi, perubahan itu berlaku kerana waktu Subuh akan menggunakan parameter 18 darjah di bawah ufuk."Iaitu berkurang dua darjah atau 20 darjah di bawah ufuk yang digunakan sebelum ini," jelas kenyataan itu lagi.Berdasarkan rekod, waktu solat Subuh semasa di daerah Kemaman dan Dungun adalah pada 6.01 pagi.Manakala bagi daerah Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus pada 6.02 pagi, Hulu Terengganu, 6.03 pagi, Besut dan Setiu, 6.05 pagi.
20 Jan 20
353