Artikel "Semasa" Terkini
COVID-19 : Beberapa Jalan Utama Di Kemaman Ditutup
Oleh: Wan Abdul HadiKEMAMAN, 20 Mac - Beberapa jalan utama di Kemaman ditutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan diperketatkan bagi mengekang wabak COVID-19 termasuk jalan ke Bandar Cukai.Antara jalan-jalan utama yang ditutup, Bandar Chukai ke Balai Polis Kemaman, Kuantan ke Balai Polis Kemaman, Kuala Terengganu ke Balai Polis Kemaman, Air Putih ke Bandar Chukai, Kuantan ke Bandar Chukai dan Kuala Terengganu ke Bandar Chukai.Jalan-jalan utama ini dilencongkan bagi membataskan pergerakan orang ramai yang masih berdegil dengan Perintah Kawalan Pergerakan tersebut.Berikutan laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dikeluarkan pada petang ini, penambahan 130 kes baharu COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah 1,030 di Malaysia ketika ini.Orang ramai diminta berada di dalam rumah seperti mana Perintah Kawalan Pergerakan 18 Mac hingga 31 Mac 2020 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
20 Mar 20
379
COVID-19 : Jangan Sebar Maklumat Palsu Hingga Cetus Suasana Panik - Dr Suhazeli
Dr Suhazeli Abdullah.Oleh: Adli MohamadKUALA TERENGGANU, 20 Mac - Masyarakat diseru agar tidak menyebarkan maklumat-maklumat yang tidak sahih berkait wabak COVID-19 sehingga mencetuskan suasana panik dalam komuniti.Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Tengkawang, Dr. Suzeli Abdullah berkata, ada sebahagian masyarakat yang bertindak melulu menyebarkan berita-berita yang belum ternyata kesahihannya.Sedangkan katanya, hal berkenaan di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum diputuskan di mana akan mengenal pasti terlebih terdahulu serta menjadi amalan kakitangan kesihatan mengambil langkah berhati-hati.Di peringkat KKM telah mengenal pasti beberapa kaedah mengesan virus COVID-19 melalui saringan melibatkan seluruh hospital, pusat kesihatan serta pejabat kesihatan seluruh negara."Di mana kita telah membahagikan kepada beberapa golongan saringan yang kita golongkan sama ada orang itu mempunyai tanda-tanda ataupun tidak dan kalau mempunyai tanda-tanda kita akan bahagikan kepada dua sama ada teruk atau biasa," ujarnya.Tambah beliau, jika keadaan pesakit teruk, mereka akan dirujuk terus ke hospital untuk dirawat secara sokongan."Manakala bagi yang ada tanda-tanda awal, kita akan kuarantin di tempat-tempat yang telah ditentukan di seluruh negara," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika bersiaran secara langsung melalui Kuliah Dhuha Masjid Rusila yang disampaikan Ahli Parlimen Marang, Dato Seri Abdul Hadi Awang, hari ini.Katanya, walaupun wabak ini boleh dikesan melalui tanda-tanda biasa ketika disaring melalui empat tanda utama iaitu, demam, batuk, sesak nafas, sakit kerongkong dan selesema, namun komplikasinya amat dibimbangi."Komplikasi yang kita risau jangkitan ke dalam paru-paru (Ammonia) yang boleh menyebabkan merosakkan badan manusia."Dan merebak ke seluruh badan, jantung, buah pinggang dan seterusnya pergi ke otak yang akhirnya boleh membawa kepada kematian," ujarnya.
20 Mar 20
300
COVID-19 : Taman-Taman Awam Terengganu Ditutup
NOTIS PENUTUPANDimaklumkan bahawa seluruh taman-taman awam di bawah selenggaraan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu DITUTUP mulai 18-31 Mac 2020. Taman awam tersebut ialah:1) Taman Awam Batu Buruk2) Taman Awam Lagun Kuala Ibai3) Taman Shahbandar4) Taman Medan Maziah5) Taman Rekreasi Teluk Ketapang6) Taman Hiliran7) Taman Waterfront, Pulau KambingPenutupan ini selaras dengan perutusan khas YAB Perdana Menteri mengenai COVID-19, pentadbiran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu diarah untuk melaksanakan Perintah Pelaksanaan Kawalan Pergerakan mulai 18-31 Mac 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.ArahanDatuk BandarMajlis Bandaraya Kuala Terengganu
20 Mar 20
277
COVID-19 : MAIDAM Terengganu Segerakan Bantuan
KUALA TERENGGANU, 20 Mac - Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengambil tindakan membantu golongan asnaf terjejas akibat wabak COVID-19 dengan pembayaran bantuan bulanan kepada akaun asnaf diawalkan pada 18 hari bulan, kelmarin.Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIDAM, M Rozi Bidin berkata, kebiasaannya pembayaran dibuat pada 25 hari bulan setiap bulan."Kita segerakan bantuan kepada asnaf yang memerlukan termasuk kita segerakan beberapa bantuan lain, antaranya bantuan sara hidup. Jumlah keseluruhan yang kita belanjakan kelmarin adalah sebanyak RM3 juta."Sekarang ini kita sedang memantau dan telah menubuhkan pasukan 'On Call COVID-19 MAIDAM' untuk pastikan sekiranya ada maklumat asnaf yang terjejas dan memerlukan bantuan."Setelah dikenal pasti tindakan segera akan diambil. Sebagai contoh kelmarin ada asnaf di Hulu Terengganu perlu duit untuk beli barang keperluan makanan, kita terus hantar bantuan dalam bentuk tunai ke rumah yang berkenaan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, hari ini.Tambahnya, MAIDAM juga sentiasa bersiap siaga dan arahan telah dikeluarkan kepada Pegawai MAIDAM Daerah bagi memantau keperluan asnaf."Saya dah minta semua Pegawai MAIDAM Daerah supaya ambil perjalanan sepatutnya sekiranya terdapat maklumat berkaitan keperluan asnaf."Oleh kerana pergerakan kita terbatas sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini, jadi kita harapkan mana-mana pihak atau individu boleh memberi maklumat kepada MAIDAM tetapi kita harapkan biarlah yang betul-betul perlu bantuan sahaja, bukan yang nak ambil kesempatan dalam tempoh ini," tegasnya.
20 Mar 20
134
COVID-19 : Orang Ramai Perlu Sentiasa Berwaspada
Oleh: RizauddinDUNGUN, 20 Mac - Orang ramai khususnya warga Dungun disaran sentiasa berwaspada serta membuat persediaan awal ekoran penularan wabak COVID-19 ke seluruh dunia buat masa ini.Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, walaupun wabak itu belum ke tahap membimbangkan di kawasan ini, namun masyarakat perlu sentiasa mengambil berat mengenai pengetahuan tentang wabak berkenaan.Katanya, beliau menyokong penuh segala langkah diambil oleh pihak kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan yang secara berterusan menyampaikan maklumat serta info terkini berkaitan COVID-19 melalui pelbagai saluran."Pihak Pejabat Parlimen Dungun juga tidak terlepas dari memberi kesedaran kepada seluruh warga Dungun termasuk warga emas yang kebanyakannya tidak tahu apa sedang berlaku di seluruh dunia sekarang."Apa yang penting sekarang kita perlu bersatu untuk sama-sama mencegah wabak ini, sebab itulah pentingnya kesedaran di kalangan rakyat," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Kesihatan Daerah Dungun, baru-baru ini.Dalam pada itu, beliau turut menyeru agar usaha kesedaran terus dilakukan dari semasa ke semasa khususnya dari petugas media agar orang ramai tahu dengan lebih terperinci berkenaan risiko wabak berjangkit ini.Pada lawatan tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan berupa makanan kepada 70 petugas barisan hadapan pasukan pencegahan COVID-19 atas tanda solidariti dan penghargaan kerana sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat.
20 Mar 20
39
COVID-19 : Berasa Janggal, Tidak Dapat Solat Jumaat
Oleh: Aslam WiraFoto: Khairan Mat JusohMARANG, 20 Mac - Pastinya berasa janggal bagi umat Islam hari ini, tidak dapat menunaikan Solat Jumaat.Bagaimanapun atas dasar Maqasid Syariah yang menetapkan solat Jumaat di seluruh negara, termasuk Terengganu ditiadakan, arahan itu terpaksa dipatuhi.Peraturan itu ekoran penularan kes wabak COVID-19 yang semakin serius di Malaysia sehingga menyebabkan fatwa berkaitan solat berjemaah serta aktiviti keagamaan di seluruh negara dikeluarkan pihak berwajibDemi menjaga nyawa, dan menolak mudarat yang lebih besar, semua masjid diarahkan tutup dan lelaki yang cukup syarat dibenarkan untuk solat zohor di rumah masing-masing.Ketua Pertubuhan Amar Maaruf Nahi Mungkar Marang (Skuad Amar), Nasaruddin Samsudeng berkata, sebenarnya sangat janggal dan sedih, kerana sebelum ini kami mengetuai operasi membanteras aktiviti ponteng solat jumaat di daerah masing-masing.Katanya, berlainan dengan keadaan hari ini, pihaknya terpaksa melarang umat islam mengerjakan solat jumaat, selain memastikan semua masjid di Terengganu mematuhi arahan ini.“Skuad Amar berperanan sebagai agen kepada Sukarelawan Syariah yang dilantik baru-baru ini, kami telah turun bersama-sama untuk membantu Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membuat tinjauan dari masjid ke masjid bermula hari ini.” katanyaMenurutnya, pada hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan, kami dapati masjid dan qariah surau sudah mula mematuhi arahan pihak berkuasa dan Pejabat Agama berbanding hari pertama.“Dengan operasi dan tinjauan yang dilakukan hari ini, kami berharap rakyat lebih mempunyai kesedaran tentang bahayanya penyakit berjangkit ini,” tambahnya lagi.
20 Mar 20
266
COVID-19 : Tentera Digerak Mulai Ahad, Bukan Perintah Darurat
KUALA LUMPUR, 20 Mac- Kerajaan akan menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula Ahad ini dalam usaha mengurangkan pergerakan rakyat, namun ia bukanlah satu perintah darurat.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan yakin dengan bantuan tentera, tahap pematuhan rakyat terhadap perintah kawalan pergerakan akan lebih tinggi."Kita berharap rakyat terus patuh arahan tentera. Dari laporan pihak polis, jelas nampak ada peningkatan dari segi pematuhan rakyat. Kita ucap terima kasih kepada rakyat."Bagaimanapun, masih terdapat insiden ramai tidak mempedulikan arahan pihak kerajaan dan arahan polis. Pada peringkat awal ini, kita hanya nasihat dan tindakan berhemah dilakukan."Kalau akhirnya sampai tahap tidak boleh kompromi, maka tindakan undang-undang akan digunakan," katanya pada sidang media, di sini hari ini.Ismail Sabri juga menafikan penyebaran berita kononnya beliau akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya perintah darurat dilaksanakan."Semalam pelbagai berita palsu diedarkan. Ini lebih menambah banyak panik dalam kalangan rakyat. Ada sampai audio, 'posting' dalam Facebook yang mengatakan Menteri Pertahanan akan umumkan perintah darurat selepas dapat perkenan Agong."Saya tidak tahu Menteri Pertahanan mana. Tiada dalam perancangan untuk perintah darurat. Malah kononnya aset tentera sudah digerakkan untuk perintah darurat pun tidak betul. Jadi, saya nasihatkan rakyat jangan mudah percaya," katanya.Sumber: Berita Harian
19 Mar 20
146
COVID-19 : 764 Anggota Polis Dibekukan Cuti Di Terengganu
Ketua Polis Terengganu, Dato’ Roslee Chik KUALA TERENGGANU, 19 Mac – Seramai 764 anggota polis daripada pelbagai pangkat dibekukan cuti termasuk yang sedang bercuti dipanggil bertugas bagi memantau perkembangan pergerakan dan aktiviti orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di negeri ini.Ketua Polis Terengganu, Dato’ Roslee Chik berkata pihaknya menubuhkan pasukan khas yang akan bertugas 24 jam di negeri ini terutama sekali tempat-tempat tumpuan orang awan seperti di supermarket-supermarket, pasar-pasar , di restoran-restoran ,pusat-pusat pelancongan bagi memastikan orang awam yang berada di kawasan tersebut bersurai dan kembali ke rumah. “Memanglah tindakan kita ni menyusahkan orang awam, tapi sebenarnya tindakan kita ini untuk mencegah dari penyakit lebih berjangkit lagi. Jadi saya merayulah kepada semua orang awam di negeri Terengganu ini kalau nak pergi membeli belah itu janganlah bawa anak bini ramai-ramai dalam satu kereta. ”Kalau perlu pergi sorang, pergi sorang je selepas beli barang balik jangan duduk berkumpul dan bersembang.Peringkat awal ni kita bagi nasihat, kita merayu supaya mereka ni akur dengan arahan-arahan yang kita keluarkan untuk mencegah penyakit ini daripada berjangkit,”ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini.Tambahnya, sekira orang awam masih ingkar, pada satu peringkat pihaknya akan ambil tindakan yang lebih keras mengikut undang-undang di bawah Akta 342 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988“Setakat ni belum ada apa-apa tindakan lagi, kalau sampai satu peringkat lagi jika keadaan bertambah buruk, kita boleh tangkap kerana ada akta-akta yang melibatkan penyakit berjangkit ni dibawah Akta 342.“Akta ini menyebut kuasa-kuasa telah diberikan oleh Menteri Kesihatan dimana Inspektor Atas berkuasa untuk menangkap mereka-mereka ni yang mana mereka boleh didakwa di bawah undang-undang ini,’’ ujar beliau.Menurut Roslee, bagi menjaga keselamatan pegawai dan anggota polis yang turun untuk bertugas sepanjang tempoh, langkah-langkah pencegahan telah diwajibkan kepada mereka bagi mengelakkan jangkitan virus.“Langkah-langkah pencegahan ni saya telah mewajibkan kepada semua mereka yang bertugas di inquiry office ataupun pejabat pertanyaan, pakai mask dan juga glove(sarung tangan) dan hand sanitizer sentiasa ada. “Begitu juga dengan pegawai-pegawai yang bertugas di lapangan ni kena pakai mask dan juga glove untuk mengelakkan daripada jangkitan. Kita takut bila pegawai dijangkiti penyakit ni tak mustahil nanti kita akan kuarantin satu balai, jadi susah tak ada orang nak buat kerja,” tambahnya.
18 Mar 20
330
COVID-19 : Sidang DUN Terengganu Berlangsung Separuh Hari Sahaja
KUALA TERENGGANU, 19 Mac - Persidangan Pembukaan Penggal Ketiga Bagi Mesyuarat Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan berlangsung pada 23 hingga 26 Mac ini akan dilaksanakan separuh hari sahaja.Yang Dipertuanya, Dato’ Yahaya Ali berkata ia bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai wabak COVID-19 yang sedang melanda ketika ini.Justeru itu katanya, persidangan yang akan diadakan pada 23 Mac nanti akan berlangsung separuh hari sahaja sebagaimana yang telah diperkenankan oleh Kebawah DYMM Tuanku Al-Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Tambahnya, persidangan kali ini juga akan berlangsung tanpa Istiadat Pembukaan oleh Kebawah DYMM Tuanku Al-Sultan seperti tahun-tahun sebelum ini.“Kebawah DYMM Tuanku Al-Sultan tidak akan berangkat tetapi baginda akan menghantar Perutusan Bertulis yang akan dibaca oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada hari pembukaan persidangan.“Perkara ini dibolehkan menurut Peraturan 37 Undang-Undang Bagi Kerajaan Negeri Terengganu,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini.Menurut beliau lagi, menurut Perkara 16(1), Peraturan-Peraturan Dan Perintaj-Perintah Tetap, Yang Dipertua DUN mempunyai kuasa untuk menetapkan Tertib Pekerjaan Dewan mengikut pertimbangannya.“ Oleh itu, persidangan pada kali ini tidak akan melibatkan ketua-ketua jabatan serta pemerhati dan hanya akan dihadiri oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sahaja dengan mematuhi arahan penjagaan dari Majlis Keselamatan Negara yang telah ditetapkan,” katanya..
18 Mar 20
1042
COVID-19 : Doa Menghadapi Wabak
Mufti Terengganu, Dato' Dr Zulkifly Muda.SOAL JAWAB AGAMA19 Mac 2020 #Soalan ke-69DOA MENGHADAPI WABAKSoalan:Dalam menghadapi situasi merebaknya COVID 19 ini, kami memohon pihak SS Mufti supaya sentiasa mendoakan kesejahteraan bagi kaum muslimin khususnya di negeri Terengganu Darul Iman.Jawapan:Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada kaum muslimin terutama di negeri Terengganu yang tercinta ini. Inilah doa saya: بسم الله الرحمن الرحيمالحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله وعلى أله وصحبه أجمعينSEGALA PUJIAN BAGIMU YA ALLAH PEMBERI RAHMAT,ENGKAULAH YANG KAMI SEMBAH DAN KAMI MAKRIFAT,ENGKAULAH MENTADBIR DENGAN QUDRAT DAN IRADAT,KEPADA ENGKAU KAMI MENGADU SAAT SENANG DAN MELARAT,KEPADA ENGKAU KAMI MENADAH TANGAN BILA BICARA TERSEKAT,اللهم صل على سيدنا محمد صلاة نسالك بها طب القلوب ودواءها وعافية الابدان وشفاءها ونور الابصار وضياءهاYA ALLAHMELIHAT SEGALA MUSIBAH DAN PENYAKIT YANG MEREBAK,KETAKUTAN MENYELUBUNGI KAMI BILA IA JADI WABAK,TOLONGLAH KAMI DALAM MENGHADAPI SUASANA TERDESAK,HILANGKAN SEGALA KERESAHAN YANG MEMUNCAK,اللهم عافنا في أبداننا وعافنا في أسماعنا وعافنا في أبصارناYA ALLAHKALAU ADA WABAK DALAM NEGERI KAMI, ENGKAU HANCURKAN,KALAU IA DALAM MASYARAKAT KAMI, ENGKAU MUSNAHKAN,KALAU IA DALAM KELUARGA KAMI, ENGKAU HINDARKAN,KALAU IA DALAM DIRI KAMI, ENGKAU LONTARKAN,اللهم انا نعوذ بك من البرص والجنون والجذام وسيئ الأسقامDENGAN NAMAMU TUHAN YANG BERSIFAT RAHMAN,HILANGKAN SEGALA KETAKUTAN DAN KEMUDARATAN,SAMA ADA DI BUMI, LANGIT, DARATAN DAN LAUTAN,ENGKAU PENDENGAR DOA SEGALA PERMINTAAN,HAMBAMU, DENGAN RAHMATMU BERTAUTAN,بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شئ في الارض ولا في السماء وهو السميع العليمYA ALLAHENGKAU JADIKAN KAUM HAWA DI SAMPING LELAKI,ENGKAU JADIKAN KANAN DI SAMPING KIRI,ENGKAU JADIKAN AIR DI SAMPING API,ENGKAU JADIKAN KERIUHAN DI SAMPING SUNYI,MAKA KURNIAKAN BAGI KAMI PENAWAR YANG MENGUBATI,DENGAN ITU HASANAH DI DUNIA KAMI PEROLEHI,KESEJAHTERAAN HASANAH UKHRAWI KAMI DAPATI,ربنا أتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب الناروصلى الله على سيدنا محمد وعلى أله وأصحابه وسلم والحمدلله رب العالمين
18 Mar 20
2099