lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Terengganu Berjaya Kumpul RM1.3 Juta Bantu Turkiye
Terengganu Berjaya Kumpul RM1.3 Juta Bantu Turkiye
KUALA TERENGGANU, 15 Mac – Terengganu berjaya mengumpulkan jumlah sumbangan sebanyak RM1.3 Juta untuk membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata jumlah tersebut melebihi sasaran ditetapkan. Katanya, ia terdiri daripada hasil sumbangan rakyat Terengganu melalui Tabung Terengganu For Turkiye dan NGO Pasrelief. "Hasil kedua-dua tabung tersebut berjumlah RM588,067 dan RM745,650. “Terengganu juga merupakan negeri yang paling banyak menyumbang untuk mangsa gempa bumi tersebut. “Terbukti rakyat Terengganu sangat perihatin, cakna dan pemurah walaupun mereka bukan kalangan kaya namun mempunyai sifat yang kaya dengan hati serta dermawan dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” jelasnya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penyerahan Kutipan Derma Tabung Terengganu For Turkiye Sempena Misi Kemanusiaan ke Turkiye bertempat di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman di sini hari ini. Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Tambah Wan Sukairi, pihak kerajaan negeri juga telah membentuk satu rombongan dalam menghantar dana tersebut pada 17 Mac nanti iaitu pada hari Jumaat ini. “Saya bagi pihak kerajaan negeri mengucapkan Terima kasih kepada semua penyumbang yang terdiri daripada Jabatan-Jabatan, Anak Syarikat Kerajaan Negeri (GLC), agensi-agensi dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat," katanya. Terdahulu, pada 6 Februari 2023, sebuah gempa bumi besar telah melanda sebahagian Turkiye dan Syria serta telah mengorbankan sebanyak lebih 40 ribu nyawa dan lebih 100,000 orang mangsa yang cedera. Difahamkan, keseluruhan mangsa yang terjejas seramai 23 Juta termasuk 7.1 Juta orang kanak-kanak di dua negara tersebut.  
15 Mar 23
226
Aktivis Kemanusiaan Dilantik Ahli Dewan Negara
Aktivis Kemanusiaan Dilantik Ahli Dewan Negara
KUALA TERENGGANU, 15 Mac – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mesyuarat Keempat Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri ke-14 pada hari ini sebulat suara bersetuju melantik aktivis kemanusiaan yang juga Tokoh Maal Hijrah Terengganu 2020, Hussin Ismail sebagai Ahli Dewan Negara. Pelantikan itu dicadangkan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar selepas diumumkan Speaker DUN, Dato’ Yahaya Ali semasa persidangan berkenaan. Ahmad Samsuri berkata, pelantikan pengasas rangkaian sekolah tahfiz, Akademi Al-Quran Amalillah dan Pengerusi Tetap Muktamar Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) itu berkuat kuasa pada Rabu bagi menggantikan Nuridah Salleh yang melepaskan jawatan. “Presiden Yayasan Amal Malaysia itu mendapat pengajian menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu selama tiga tahun (1968-1970). “Selepas itu beliau melanjutkan persekolahan ke tingkatan empat di Sekolah Menengah Alam Shah, Cheras sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat universiti. “Beliau memulakan kerjaya awal sebagai guru sains di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan di Kuala Berang, Hulu Terengganu, kemudian meneruskan kerjayanya dalam bidang korporat,” jelas Ahmad Samsuri.
15 Mar 23
655
PMINT Meterai MoU Pajakan Tanah Dengan Nilai Pelaburan RM2.5 Bilion
PMINT Meterai MoU Pajakan Tanah Dengan Nilai Pelaburan RM2.5 Bilion
KUALA TERENGGANU, 15 Mac- Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Xinda Development Sdn. Bhd. bagi pajakan tanah untuk membangunkan zon perindustrian baharu di Cheneh, Kemaman yang akan dikenali sebagai kawasan perindustrian Cheneh Baharu (tambahan). Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah & Kesejahteraan Pentadbiran Negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkata, pembangunan kawasan baru itu akan dijalankan secara berfasa oleh syarikat pelabur dari China itu diatas tanah pajakan yang dibenarkan oleh kerajaan negeri selama 60 tahun. "Fasa pertama melibatkan pajakan tanah berkeluasan 70.485 ekar bagi pembangunan kilang 'finished produk factory', semi finished factory' dan ruang pejabat. "Xinda Development Sdn. Bhd. akan membangunkan kawasan tersebut bermula tahun ini dengan industri berasaskan produk seramik kuartz dan perlombongan dengan anggaran nilai pelaburan bagi fasa satu bernilai RM600 juta dan menjana 1,000 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dalam tempoh lima tahun, " ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan MoU tersebut yang berlangsung di Hotel Paya Bunga, semalam. Pada majlis itu, Permint Granite Sdn Bhd (Permint Granite) yang merupakan anak syarikat PMINT turut memeterai MoU bersama MyMineral Sdn Bhd. untuk membangunkan kuari kuartz juga di Cheneh, Kemaman.  Sementara, Xinda Development Sdn Bhd pula menandatangani 'Letter of Intent' dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk bekerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan melibatkan perdagangan, pelaburan serta nanoteknologi.  Tengku Hassan berkata, bahan mentah daripada kuari itu akan dibekalkan kepada pengilang di kawasan pembangunan yang dibangunkan oleh Xinda Development Sdn Bhd. Menurut Tengku Hassan, perancangan pembangunan pihak Xinda Development Sdn. Bhd. bagi keseluruhan fasa akan melibatkan nilai pelaburan berjumlah RM2.5 bilion dengan mewujudkan sehingga 3,800 peluang pekerjaan. "Ianya merangkumi perancangan pembangunan kilang finished product factory' dan 'Cheneh High Tech Park' pada masa hadapan yang sekaligus mampu meningkatkan pembangunan kepada kawasan sekitar, " ujarnya.
15 Mar 23
1524
Lima Lokasi Lihat Anak Bulan Ramadan di Terengganu
Lima Lokasi Lihat Anak Bulan Ramadan di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 15 Mac - Lima lokasi di negeri ini dipilih untuk melihat anak bulan Ramadan pada Petang Rabu 22 Mac ini bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijrah. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, dalam satu kenyataan memaklumkan cerapan anak bulan yang akan dilaksanakan itu membabitkan  29 lokasi terpilih di negara ini oleh jawatan kuasa diperkenankan untuk melihat anak bulan. Bagi negeri ini, lokasi melihat anak bulan ialah Bukit Besar (Kuala Terengganu), Bukit Geliga (Kemaman), Pulau Perhentian (Besut) dan Balai Cerap (Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin), Mukim Merang (setiu). Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja bersetuju kaedah menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan Rukyah dan Hisab. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen, pada malam berkenaan.
15 Mar 23
1439
Isu Muara Sungai Merang ke Parlimen Khamis Ini
Isu Muara Sungai Merang ke Parlimen Khamis Ini
HULU LANGAT, 14 Mac – Masalah muara Sungai Merang yang cetek menjadi keutamaan dalam sesi perbahasan di Persidangan Parlimen pada Khamis ini. Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, usaha bagi membawa suara rakyat Setiu tidak malap walaupun ada perbezaan pentadbiran Persekutuan dan Negeri. “Saya akan kekal konsisten sebagaimana sesi lepas bagi memperjuang isu infrastruktur dan kebajikan buat rakyat hingga pada sesi lepas banyak projek besar diluluskan di Setiu. “Sesi kamar khas beberapa hari lalu juga telah saya bangkitkan supaya disegerakan penyelesaian masalah hakisan di Pengkalan Maras dan Baru Kecil. “Pada Khamis ini Setiu akan bangkit bagi membawa isu air serta masalah muara Sungai Merang cetek yang semakin teruk,” katanya ketika ditemui dalam Hari Keluarga Perantau Terengganu peringkat Lembah Klang di Kingfisher Resort, di sini baru-baru ini. Beliau turut mengambil kesempatan merakamkan penghargaan buat perantau kerana menyumbang dalam kemeanagan besar Perikatan Nasional di Terengganu pada Pilihan raya Umum lalu. “Dsebabkan sumbangan perantauan ini. lonjakan kemenangan berhasil begitu besar sehingga menyapu bersih semua kerusi. “Pilihan Raya Negeri akan datang ini, dengan kejayaan kerajan negeri laksanakan 20 manifesto tidak mustahil Pas akan menyapu bersih 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan majoriti sama atau lebih besar berbanding PRU lalui,” tambahnya. Terdahulu, Shaharizukirnain berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Setiu pada PRU dengan majoriti udi sebanyak 19,032.10:08 AM  
14 Mar 23
616
Pelan Pentadbiran Kerajaan Penggal Depan Siap Dirangka
Pelan Pentadbiran Kerajaan Penggal Depan Siap Dirangka
HULU LANGAT, 14 Mac – Kerajaan negeri pentadbiran PAS telah melengkapkan pelan pemerintahan bagi penggal seterusnya dan akan dibentangkan pada satu tempoh akan datang. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dato’ Dr. Alias Razak perancangan itu jelas membuktikan bahawa PAS telah bersedia mengekalkan kerajaan pada penggal seterusnya. “Kita dapati bahawa respon rakyat sangat baik sepanjang pentadbiran hari ini melalui tadbir urus yang telus. “Begitu juga keadilan dalam kerajaan mengagihkan bantuan kepada golongan sasar tanpa sikap pilih kasih mengikut warna parti politik,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Keluarga Perantau Terengganu peringkat Lembah Klang di Kingfisher Resort, di sini baru-baru ini. Alias Razak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal merangkap Ahli Parlimen Kuala Nerus turut mengharapkan rakyat di perantauan menyumbang idea terhadap pentadbiran kerajaan. “Kerajaan sentiasa terbuka dalam menerima subang saran serta buah fikiran tidak mengira latar belakang, seiring dengan Pelan Induk Terengganu Sekjahtera 2030 (PITAS2030) yang akan kita realisasikan,” tambahnya. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat. ADUN Batu Buruk, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir. Program tersebut berjaya mengumpulkan seramai 300 perantau di Lembah Klang bagi mengeratkan hubungan dan sesi penerangan daripada pihak kerajaan negeri.  
14 Mar 23
137
Kerajaan Yakin Pertahan Kedudukan Selepas PRN
Kerajaan Yakin Pertahan Kedudukan Selepas PRN
HULU LANGAT, 13 Mac - Kerajaan negeri yakin pemerintahan negeri Terengganu sedia ada akan dapat dipertahankan selepas Pilihan Raya Negeri yang dijangka berlangsung pada akhir Ogos nanti. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata tatacara pentadbiran kali ini berupaya menguatkan gelombang sokongan terhadap kerajaan PAS.  “Kita sangat yakin bahawa sentimen pentadbiran PAS memerintah tidak lebih sepenggal bakal tamat.  “Orang ramai termasuk bukan rakyat negeri sendiri ‘suka’ dengan pentadbiran kerajaan negeri hari ini,” katanya.    Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Hari Keluarga Perantau Lembah Klang di kem Kingfisher, Hulu Langat di sini semalam.  Beliau turut yakin bahawa rakyat pada hari ini mampu mendapatkan maklumat tanpa batasan sehingga pihak tertentu tidak mampu menyekat kebenaran daripada ditutup. 
13 Mar 23
955
Generasi Kedua Felda Selasih Terima Geran Lagi
Generasi Kedua Felda Selasih Terima Geran Lagi
SETIU, 13 Mac - Seramai 10 orang generasi kedua warga Felda Selasih, Jabi  telah menerima geran hak milik tanah tapak rumah untuk fasa kedua setelah agihan fasa pertama disempurnakan pada Oktober, tahun lepas.  Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, dengan selesainya pengagihan fasa dua itu perjuangan untuk memastikan generasi kedua menerima geran hak milik bagi tapak rumah itu ternoktah. "Tahniah semua penerima geran tanah tapak rumah generasi kedua Felda Selasih. Sebagaimana saya janjikan kepada warga felda, geran diagihkan melalui dua fasa. "Hari ini 10 orang lagi telah menerimanya dalam fasa dua ini dengan jumlah keseluruhan 124 lot tanah. Tidak perlu majlis besar, yang penting matlamatnya sampai. Alhamdulillah, selesai satu babak penting dalam perjuangan membela nasib generasi kedua Felda,"ujarnya   Beliau berkata demikian dalam Majlis Agihan Geran Hak Milik Tanah Tapak Rumah Generasi Kedua di Felda Selasih, Jabi kelmarin. Menurut beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) kini dalam proses untuk mengukur halus dan menanam batu sempadan tanah dalam tempoh terdekat.
13 Mar 23
673
Angkat Seni Silat, Jangan Sampai Ditelan Zaman
Angkat Seni Silat, Jangan Sampai Ditelan Zaman
BESUT, 12 Mac - Seni mempertahankan diri tradisional, silat perlu disuburkan khususnya dalam kalangan anak muda supaya tidak dilupakan dan ditelan zaman. Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, sukan seni silat semakin dilupakan, jadi semua pihak perlu memainkan peranan untuk memartabatkan kembali seni silat yang ada pada hari ini. Katanya, sekiranya tidak dipupuk, terutama dalam kalangan belia, seni silat ini semakin lama akan dilupakan dan lenyap. "Saya juga berharap agar seni silat ini akan dapat berkembang lebih jauh dimasa hadapan supaya anak-anak muda dapat terus mendekati seni silat kerana sukan ini merupakan seni warisan dan alat untuk perpaduan bangsa. "Tahniah saya ucapkan kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Rumah Mampu Milik (RMM) Gong Tengah atas usaha mengadakan program seni silat ini demi menjaga anak-anak muda di perumahan ini. "Saya akan terus menyokong dan menyumbang setakat mampu mana-mana aktiviti di kawasan perumahan ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Program Seni Silat Tongkat anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman RMM Gong Tengah hari ini. Azbi Salleh merasmikan Majlis Penutup Program Seni Silat Tongkat Sementara itu, Pengerusi KRT taman tersebut, Shaharomie Salahuddin berkata, tercetusnya idea untuk mewujudkan program seni silat tersebut adalah apabila melihat ramai anak muda zaman terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat. "Dengan adanya program sebegini anak-anak muda di kawasan perumahan ini boleh mengisi masa lapang dengan perkara yang positif dan dapat menjauhkan belia daripada mendekati masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah dan sebagainya. "Program Seni Silat ini sudah berjalan sejak pembukaan program ini pada 26 Februari yang lalu dan diadakan latihan pada setiap malam. "Hari ini merupakan hari terakhir latihan bagi pusingan pertama ini bagi memberi ruang kepada bulan Ramadan. Insya-Allah akan sambung balik selepas Hari Raya Aidilfitri nanti," ujarnya. Shaharomie Salahuddin, Pengerusi KRT Taman RMM Gong Tengah Jelas beliau lagi, program silat tersebut mendapat sambutan yang sangat baik daripada penduduk perumahan. "Setakat ini penyertaan dari anak-anak muda berumur lingkungan 4 hingga 16 tahun sudah mencecah 40 orang. Setiap malam datang latihan ke gelanggang silat. Penduduk taman ini sendiri pun memberi sokongan yang baik kepada program ini. "Harapan saya, semoga kami dapat menambah baik lagi sebarang kekurangan yang ada dalam menjalankan program ini dan dapat menyediakan kemudahan yang lebih baik untuk keselesaan dan keselamatan anak-anak muda dalam menjalani latihan. "Tidak lupa juga saya ucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang utama kami, Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh," ujarnya ketika ditemuramah sewaktu Majlis Penutupan Seni Silat Tongkat. Pelajar Seni Silat Tongkat melakukan pesembahan.  
12 Mar 23
412
'Car Free Hour' Pulihara Alam Sekitar
'Car Free Hour' Pulihara Alam Sekitar
KUALA NERUS, 12 Mac - Pejabat Daerah Kuala Nerus menganjurkan Program Kuala Nerus Car Free hour hari ini sebagai langkah memulihara alam sekitar dan besar harapan sekurang-kurangnya akan berlaku pengurangan jumlah kenderaan yang ketara pada hari program dilaksanakan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri merangkap Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr. Alias Razak berkata program itu sebagai satu usaha untuk meningkatkan kesedaran mencintai alam sekitar dalam kalangan penduduk dan juga menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. “Ini bagi menjadikan penjagaan kesihatan dengan beriadah bukan sekadar mengisi masa lapang semata-mata, bahkan menpunyai peranan yang lebih luas. Beriadah dapat meningkatkan semangat muhibah, kesukanan, perpaduan dan keharmonian antara individu,” katanya. Beliau berkata demkian ketika merasmikan dan melawat aktiviti yang dijalankan pada program Kuala Nerus Car Free di sekitar Taman Bandar Baru Kuala Nerus, di sini semalam. Turut hadir Pegawai Daerah dan juga Pentadbir Tanah Kuala Nerus, Ahmad Azizi Zulkifli. Hampir 500 pengunjung turut terlibat dalam aktiviti Fun Ride,Fun Walk,Fun Run. Program yang bermula 7 pagi sehingga 11 pagi hari ini menerima sambutan yang baik daripada masyarakat.
12 Mar 23
297