lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Calon PAS Kemasik Hantar Notis Tuntut Pengfitnah Minta Maaf
Calon PAS Kemasik Hantar Notis Tuntut Pengfitnah Minta Maaf
KUALA TERENGGANU, 2 Ogos - Calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili menuntut permohonan maaf daripada beberapa media dan Ezza Suria Muda berhubung laporan serta kenyataan yang mempunyai unsur fitnah. Dalam surat yang dihantar oleh peguam Ir Saiful, Nordin Kassim & Aziz pada semalam itu menyatakan bahawa, bekas ADUN Kemasik itu memberi tempoh selama 24 jam dari tarikh penerimaan notis tersebut untuk menarik semua kenyataan itu. Nordin Kassim & Aziz berkata, anak guamnya turut memohon memadamkan penyiaran-penyiaran kenyataan tersebut daripada semua laman web, portal, akhbar dan mana-mana platform yang menyiarkan isu berkenaan kerana telah menyebabkan Ir Saiful menanggung ‘distress’, aib dan kerosakan reputasi. “Bahawa Puan (Ezza) perlu membuat permohonan maaf tanpa syarat dan terbuka secara bertulis kepada anak guam kami dan menyiarkan (penyataan maaf) yang sama dalam semua media yang menyiarkan isu ini. “Bahawa Puan (Ezza) perlu memberikan aku janji yang puan tidak akan mengulangi kenyataan fitnah terbabit dan membayar ganti rugi.  “Sekiranya gagal, anak guam kami akan meneruskan tindakan undang-undang dan menuntut ganti rugi atau perintah injuksi tanpa sebarang rujukan lanjut pihak puan,” ujar peguam Ir Saiful. Dalam pada itu, menurut surat berkenaan, Nordin Kassim & Aziz menegaskan bahawa dakwaan yang dibuat itu adalah tidak benar, mengelirukan dan tidak wajar sama sekali. “Kenyataan-kenyataan tersebut dibuat secara terancang lebih-lebih lagi selepas anak guam kami telah sah dicalonkan sebagai calon PAS di DUN kemasik. “Ia bersifat skandal, sensasi dan satu cubaan  pembunuhan karakter yang terancang sekali gus menimbulkan persepsi negatif terhadap anak guam kami yang juga calon PAS,” katanya. Difahamkan tuntutan sama turut diserahkan kepada Berita Harian, Harian Metro dan Utusan Malaysia. Sebelum ini, seorang wanita didakwa tiba-tiba muncul sebelum hari penamaan calon dan mendakwa 'digantung tidak bertali' oleh suaminya yang juga salah seorang calon PAS pada Pilihan Raya Umum DUN ke-15.
02 Aug 23
3211
Kerajaan Kakistokrasi Perlu Dihapuskan
Kerajaan Kakistokrasi Perlu Dihapuskan
KEMAMAN, 2 Ogos - Kerajaan yang mempunyai pemimpin yang tidak berkelayakan atau dikenali sebagai kakistokrasi perlu diturunkan bagi membangunkan sesebuah negara.  Calon N30 Kijal daripada parti Parti Islam Se-malaysia (PAS), Datuk Razali Idris menyatakan bahawa ramai di kalangan menteri yang bersama Kerajaan Persekutuan sekarang tidak menjalankan tugas dengan baik. "Kakistokrasi adalah pemimpin yang tidak kompeten ataupun tidak layak dan tidak cekap didalam menguruskan sesuatu terutama negara kita. "Di dalamnya ada yang bila dia bercakap, dia bohong, apabila dia berjanji dia mungkir dan apabila diberikan amanah dia khianati," katanya. Datuk Razali Idris atau Tok Li Beliau berkata demikian ketika Majlis Ceramah Perkenal Calon PRU Negeri ke-15 yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Kemaman di Kampung Pengkalan Cicar, Kemaman pada 31 Julai lalu. Turut hadir berceramah adalah Hazri Jusoh, Ir Saiful Azmi Suhaili dan Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli. Beliau yang juga dikenali sebagai Tok Li, berpegalaman dalam bidang pembangunan sistem telekomunikasi dari Parti BERSATU telah dipilih oleh kepimpinan Pusat sebagai calon dan bertanding diatas tiket PAS bagi menentang Ahmad Said dari Barisan Nasional di DUN Kijal.  Senator itu juga mengupas beberapa isu negara diantaranya isu LGBT, 3R, perjanjian maritim dengan Indonesia dan akhirnya menyeru kepada yang hadir supaya bersama bekerja dan mengundi PAS. "Saya menyeru kepada semua yang hadir agar tidak memangkah BN sebaliknya mengundi PAS pada 12 Ogos nanti sebagai isyarat kepada Putrajaya bahawa seluruh rakyat telah menolak mereka," ujarnya.  
01 Aug 23
518
Ahli Politik Dalang 'Drama Murahan' Jatuhkan PAS
Ahli Politik Dalang 'Drama Murahan' Jatuhkan PAS
KUALA TERENGGANU, 1 Ogos - PAS Terengganu menegaskan isu 'drama murahan' membabitkan calon PAS Kemasik dengan seorang wanita yang ditimbulkan menjelang hari pengundian didalangi ahli politik tertentu. Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Alias Razak berkata pihaknya percaya perkara itu telah dirancang lama dan ia dimainkan bagi menimbulkan persepsi negatif terhadap PAS. "Perkara ini tiba-tiba muncul, kami mendapat maklumat drama ini didalangi oleh pihak tertentu, pada kebiasaan apabila mereka kehabisan modal, akan timbulkan isu-isu peribadi dan saya yakin sebaik sahaja selesai pilihan raya dia akan berakhir begitu sahaja. "Sejarah sebelum ini membuktikan, pada PRU ke-4, PRU ke-13 pimpinan PAS diserang isu-isu peribadi tetapi akhirnya tiada tindakan pun diambil setelah berakhir pilihan raya. "Kalau ada isu boleh bawa ke Pejabat Agama untuk tindakan pihak berwajib, jadi ini satu tindakan yang tidak 'gentleman', sangat tidak bertamadun, madani jauh sekali dalam kempen untuk meraih undi rakyat Terengganu," ujarnya. Beliau yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu, berkata demikian pada sidang media di Pejabat Perhubunagn PAS negeri, di sini, hari ini. Mengulas lanjut katanya, memang kempen murahan itu bermatlamat untuk menjejaskan kredibiliti calon untuk mengalihkan sokongan rakyat yang pada ketika ini berpihak kepada PAS. "Mainan politik menjelang pilihan raya, kalau ada bukti kukuh boleh terus ke pejabat agama, buat masa ini (didapati) ia hanya isu politik yang direka, kalau betul kenapa isu ini sebelum ini tidak didedahkan dan hanya ditimbulkan selepas penamaan calon. "Saya rasa rakyat Terengganu cerdik dan setiap kali menjelangnya pilihan raya isu ini ditimbulkan bagi mengaibkan calon-calon, ini strategi kotor daripada pihak musuh, kita tidak pernah gunakan isu sebegitu untuk lawan calon musuh, kita hanya bagitahu apa yang telah dibuat dan akan dibuat untuk rakyat," ujarnya. Tambah Dr Alias, pemilihan calon Kemasik itu telah melalui tapisan ketat dan segala perkara mengenai dirinya telah diteliti dengan sangat mendalam sebelum dipilih oleh kepimpinan. "Isu ini jika dipanjangkan akan mengaibkan orang tidak bersalah jadi ia merupakan perkara yang tidak baik sebagai orang Islam. "Saya difahamkan beberapa tindakan telah diambil oleh calon, sekiranya tidak berhenti menyebarkan berita palsu ini dia akan mengambil tindakan saman, calon berani buat tindakan tersebut bermakna dia (menyatakan) tidak bersalah," ujarnya.    
01 Aug 23
700
GLC Tengganu Terima Anugerah Peringkat Nasional
GLC Tengganu Terima Anugerah Peringkat Nasional
KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Anak syarikat kerajaan negeri, Epic Berhad menerima anugerah Company of the Year (Oil & Gas Integrated Services) CSR Leadership Award for Outstanding Community Support sempena Sustainability & CSR Malaysia Awards 2023 di sini. Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad, Ir Mukhtar Suhaili berkata EPIC Berhad merupakan salah satu daripada 55 syarikat yang terpilih menerima anugerah itu. Katanya, ia berkaitan inisiatif kemampanan, kelestarian dan CSR. “Ini termasuk pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan oleh syarikat sepanjang 2022. "Majlis tersebut diadakan di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur di sini," katanya dalam kenyataan di laman Facebook Rasmi miliknya baru-baru ini. Tambah Mukhtar, anugerah telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri. “Tahniah dan terima kasih kepada semua pasukan Kumpulan EPIC yang menjayakan usaha ini. “Doakan semoga saya dan pasukan terus mampu menggalas tugasan ini dengan cemerlang. “Semoga tanggungjawab dapat ditunaikan dengan sebaiknya dalam mencari bekal khidmat untuk dibawa sampai ke Akhirat,” ujarnya.  
01 Aug 23
506
Anwar Pertahan Zahid Suburkan Politik Wang?
Anwar Pertahan Zahid Suburkan Politik Wang?
KUALA TERENGGANU, 1 Ogos - Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa menyuburkan amalan rasuah dan politik wang sangat memalukan negara. Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Alias Razak berkata, perkara tersebut bukan hanya mengundang kecaman rakyat tetapi turut mengheret bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Presiden parti MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk turut menentang budaya tidak sihat itu. "Beberapa hari lepas Zahid Hamidi tanpa segan silu mengumumkan pemberian wang lebih 'setengah juta ringgit' kepada belia Terengganu sambil mengharapkan anak muda mengikut Gelombang Biru (BN) dan Gelombang Merah (PH). "Perkara ini sangat memalukan, ia mencabul proses demokrasi, namun malangnya Anwar Ibrahim dengan tegas mempertahankan Zahid Hamidi," ujarnya. Beliau yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu, berkata demikian pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS negeri, di sini, hari ini. Tegasnya, Malaysia akan rosak jika budaya tidak sihat tersebut terus disuburkan serta tidak dibendung. "Masyarakat akan hilang rasa hormat terhadap agensi kerajaan dan kerajaan jika acuh tidak acuh dalam perkara ini," katanya. Ujarnya, kini di Terengganu rentetan daripada tindakan Zahid itu, amalan rasuah tersebut sudah menjadi ikutan di peringkat bawahan UMNO itu sendiri. "Tersebar di media sosial, calon BN di beberapa DUN di Terengganu menghulurkan wang kepada orang ramai. "Kelakukan itu seolah-olah seperti mahu mencabar pihak berkuasa dan undang-undang negara, beberapa isu ini juga menunjukkan betapa tidak 'madaninya' PH-BN dalam berkempen. Kami berharap agar tindakan tegas dapat diambil oleh pihak berkuasa," ujarnya. Tambah belau, kelakuan tersebut menjadi bukti nyata betapa kerajaan campuran hari ini gagal serta hanya sekadar bercakap tentang ketelusan serta menentang rasuah. "Jika diimbas sebelum ini mereka jugalah yang lantang bersuara agar isu rasuah dan politik eang dijauhkan dalam kempen pilihan raya. Namun kini kita boleh melihat siapa sebenarnya bercakap benar dan siapa hanya pandai bermain kata-kata. "Kita yakin rakyat Terengganu dan lima negeri lagi menolak budaya politik kuno sebegini dan akan menghukum PH-BN dalam PRU DUN kali ini," ujarnya.
01 Aug 23
166
TDM Sasar 100 Peratus Pekerja Am Tempatan Menjelang 2027
TDM Sasar 100 Peratus Pekerja Am Tempatan Menjelang 2027
KUALA TERENGGANU, 1 Ogos- TDM Berhad melalui anak syarikatnya, TDM Plantation Sdn. Bhd. (TDMP) menetapkan sasaran untuk mencapai kadar 100 peratus pekerja am dan 70 peratus penuai tempatan di ladangnya menjelang 2027. Ketua Pegawai Eksekutif TDMP, Hamdan Ibrahim, berkata, ianya merupakan sebahagian pelaburan TDM demi memartabatkan keupayaan dan potensi masyarakat tempatan, sekaligus membuktikan kadar kebergantungan industri perladangan terhadap pekerja asing dapat dikurangkan dengan usaha bersama serta meningkatkan sosio-ekonomi rakyat Terengganu.  “Kami yakin bahawa usaha ini adalah penting dalam memastikan kejayaan perniagaan kami dan kesejahteraan komuniti setempat, terutamanya pada kadar jangka masa yang panjang.” “Pelan hala tuju strategik TDMP ke arah masa depan yang lebih mampan menjadi contoh progresif terutamanya dalam industri perladangan, yang juga mencerminkan komitmen syarikat terhadap tanggungjawab sosial,” ujarnya dalam satu kenyataan. Sementara itu Pengarah Eksekutif TDM, Najman Kamaruddin berkata, bagi mencapai matlamat tersebut, TDMP merangka pelbagai strategi serta pendekatan yang efektif. “Syarikat merancang untuk meningkatkan penggunaan mekanisasi dan teknologi pertanian tepat (Precision Agriculture) di ladang-ladang sawit bagi meningkatkan kecekapan produktiviti dan mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga buruh manusia. “Penggunaan mekanisasi ini juga diharapkan dapat menarik minat pekerja tempatan untuk menyertai industri perladangan. Selain itu, program latihan berterusan juga akan disediakan kepada pekerja tempatan untuk memperkasakan kemahiran dan teknik-teknik moden menggunakan peralatan-peralatan yang terkini,” jelasnya. Katanya, sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), TDM akan menggunakan ruang dan peluang yang ada untuk bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan bagi mempromosikan peluang pekerjaan di ladang-ladang sekaligus meningkatkan kesedaran masyarakat tentang manfaat serta kelebihan menjadi sebahagian kakitangan perladangan di TDMP.  “Syarikat juga komited dalam menyediakan insentif yang menarik buat para penuai tempatan, termasuk gaji berasaskan prestasi, penghargaan atas usaha kerja keras dan dedikasi para penuai,” ujarnya.  
01 Aug 23
207
'Zahid Menipu' – Hanafiah Mat
'Zahid Menipu' – Hanafiah Mat
KEMAMAN, 31 Julai – Pengerusi Bencana Negeri Terengganu, Hanafiah Mat menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Zahid Hamidi baru-baru ini. Beliau yang juga merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, melahirkan rasa dukacita atas ucapan Zahid Hamidi itu menyatakan duit yang dihantar oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri. Seterusnya ujar Hanafiah, Zahid menyatakan kerajaan negeri menghantar ke setiap daerah hanya dibahagikan kepada orang-orang Parti Islam Se-malaysia (PAS) sahaja. “Hari ini saya nak menyatakan bahawa kenyataan tersebut adalah fitnah. “Saya menafikan sekeras-kerasnya dan duit tersebut tidak masuk dalam akaun kerajaan negeri Terengganu,” katanya dalam kenyataan di laman Tiktok rasmi miliknya kelmarin. Tambah Hanafiah, tidak munasabah Timbalan Perdana Menteri bercakap 'plawok' (bohong). Beliau berkata, duit bantuan banjir itu, kerajaan pusat berikan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) seterusnya diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir. “Data-data mangsa banjir diambil daripada Pejabat Daerah masing-masing. “Di sana, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bersama Penghulu, Pejabat Daerah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Mereka melihat dan menerima pendaftar mangsa-mangsa banjir di semua sekolah yang mereka pindah ataupun sebahagian mendaftar walaupun duduk di luar. “Jadi duit tersebut melalui JPP yang mengagihkan terus dan mungkin sedang dibayar oleh APM. “Tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri Terengganu, JPP yang membahagikan duit tersebut,” ujarnya.            
31 Jul 23
2225
Wan Hassan Sangkal Tuduhan Jahat Presiden UMNO
Wan Hassan Sangkal Tuduhan Jahat Presiden UMNO
KUALA TERENGGANU, 31 Julai - Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli menafikan sekeras-kerasnya berhubung tiga perkara yang dibangkitkan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu video dan menyifatkannya sebagai tuduhan fitnah. Dalam video tersebut, Ahmad Zahid mendakwa Wan Hassan menaiki kapal terbang bersamanya bagi melawat mangsa banjir di Dungun, memakai pakaian tidak sesuai ketika menyantuni mangsa banjir serta dakwaan Wan Hassan ahli Umno. Wan Hassan menegaskan ketiga-tiga tuduhan yang dinyatakan Presiden Umno itu adalah tidak berasas dan pembohongan secara terang-terangan. "Kalau perkara sekecil ini pun kita dapati sudah tidak betul, bagaimana dalam perkara-perkara yang lebih besar.  “Saya nafikan sekeras-kerasnya tidak pernah saya bercakap dengan Ahmad Zahid berkait dengan urusan banjir di Dungun dan saya tidak naik kapal terbang bersama dengannya. “Mengenai pakaian pula, saya turun ke kawasan banjir, menyantuni mangsa banjir dan juga menyampaikan sumbangan dengan pakaian yang layak untuk berada di kawasan dan tempat banjir,” ujarnya. Katanya, beliau merupakan ahli PAS tulen dan pernah menjawat beberapa jawatan penting di bawah pentadbiran PAS termasuk sebagai Exco Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 1999 “Pada tahun 2008 saya dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura serta tahun 2013, 2018 serta 2022 Ahli Parlimen Dungun,” jelasnya.  
31 Jul 23
1395
PAS Angkat Calon Profesional Pertahan Kubu Bukit Tunggal
PAS Angkat Calon Profesional Pertahan Kubu Bukit Tunggal
KUALA TERENGGANU, 31 Julai – Parti Islam Se-malaysia (PAS) meletakkan calon Profesional Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Sr Zaharuddin Zahid bagi mempertahankan kubu Bukit Tunggal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos nanti. Zaharuddin berkata, beliau sangat menghormati jasa dan pengorbanan yang telah dilaksanakan oleh Mantan ADUN Bukit Tunggal, Dato’ Dr Alias Razak sepanjang bekerja untuk rakyat di DUN ini. Katanya, beliau akan memastikan Bukit Tunggal tidak akan ketinggalan dalam arus pembangunan. “Pelbagai perkara yang ingin saya mengambil perhatian lebih awal jika diberi mandat untuk saya menjadi pemimpin di sini. "Antaranya berkaitan Klinik Kesihatan Bukit Tunggal, membangunkan industri di pesisiran pantai dan pelbagai lagi," katanya ketika Wawancara Bersama Calon N12 Bukit Tunggal di sini, semalam. Tambah Sr Zaharuddin, harapannya agar semua pengundi di N12 DUN Bukit Tunggal bersama-sama mempertahankan kemenangan PAS dalam usaha memberi 'signal' sebagai reaksi rakyat terhadap kerosakan yang berlaku dalam negara sekarang. “Walaupun kita bertanding di peringkat negeri namun keputusan enam negeri ini mampu memberi kejutan kepada kerajaan pusat. “Sekali gus, ia dapat memberi amaran kepada kerajaan pusat agar segera memperbaiki perkara yang menjadi harapan rakyat. "Saya memohon sekali lagi kepada semua pengundi yang berada di dalam dan luar negeri supaya pulang mengundi. "Di samping, kita dapat menunaikan tanggungjawab kita kepada agama, negara dan juga negeri," ujarnya.  
31 Jul 23
1882
Buat Kajian, Pilih Calon Terbaik- Ariffin
Buat Kajian, Pilih Calon Terbaik- Ariffin
MARANG, 30 Julai- Rakyat Terengganu dinasihatkan membuat pilihan bijak memilih calon dan parti yang mempunyai rekod serta pencapaian baik pada hari pengundian Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-15, 12 Ogos nanti. Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata, setiap satu undi mereka penting dalam menentukan kerajaan yang memerintah untuk tempoh lima tahun akan datang. “Rakyat Terengganu perlu memilih calon yang terbaik untuk diangkat sebagai pemimpin dengan membuat kajian terlebih dahulu. “Jangan terima bulat-bulat apa yang dijanjikan oleh calon yang bertanding di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, kaji dulu, buat kajian,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas proses penamaan calon bagi DUN Alur Limbat, di Kolej Al-Quran Terengganu, semalam. Terdahulu, Ariffin yang juga calon PAS Alur Limbat berkata, beliau bersyukur proses penamaan calon di DUN tersebut lancar tanpa sebarang provokasi daripada penyokong PAS dan Barisan Nasional (BN). “Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana proses penamaan calon berjalan dengan baik. Peringkat awal kiranya sudah selesai, maknanya DUN Alur Limbat hanya dua calon bakal bertanding iaitu saya mewakili PAS dan Yuseri Isa (BN). “Saya mengharapkan proses kempen juga dapat berjalan dengan baik. Kita yakin dapat mempertahankan DUN Alur Limbat untuk penggal kali ini,” ujarnya.  
30 Jul 23
232