lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Tumbangnya BN Di Telemung Selepas 60 Tahun
Tumbangnya BN Di Telemung Selepas 60 Tahun
HULU TERENGGANU, 12 Ogos - Tarikh 12 Ogos 2023, mencipta sejarah apabila buat julung kalinya apabila Dewan Undangan Negeri (DUN)Telemung tumbang kepada PAS dalam tempoh 60 tahun di tangan rakyat. Keputusan PRU DUN ke 15, bagi kerusi N21 Telemung telah memihak kepada calon PAS,  Zawawi Ismail  meraih  undi dengan majoriti tipis 295 undi. Dengan kemenangan itu, Zawawi menewaskan penyandang BN selama empat penggal iaitu Dato Rozi Mamat dengan 8,380 undian, manakala Rozi hanya memperolehi 8,085 undian. Ramalan awal untuk DUN Telemong terus kekal kepada kemenangan BN nyata meleset apabila suara rakyat berani memilih PAS untuk menerajui kepimpinan kerusi keramat ini untuk lima tahun akan datang.
12 Aug 23
2126
SPR Guna Helikopter Bawa Peti Undi Dari Pulau Redang
SPR Guna Helikopter Bawa Peti Undi Dari Pulau Redang
KUALA NERUS, 12 Ogos - Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan perkhidmatan helikopter bagi membawa peti undi dari Pulau Redang. Peti undi tersebut dibawa dari Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Pulau Redang ke pusat pengundian di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Batu Rakit sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini. Seramai 1,307 pengundi di Pulau Redang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit telah menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat mereka hari ini. Kenyataan tersebut dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Terengganu pada hari ini. DUN Batu Rakit membabitkan pertembungan antara calon Parti Islam Se-malaysia (PAS), Mohd Shafizi Ismail dan Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang kerusi, Bazlan Abd Rahman. Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Bazlan meraih kemenangan tipis dengan majoriti 299 undi selepas memperoleh 10,046 undi menewaskan Mohd Shafizi yang mendapat 9,747 undi. Manakala calon PKR, Amir Long memperoleh 800 undi dan hilang wang deposit.  
12 Aug 23
375
Baru 50 Peratus Keluar Mengundi di Terengganu
Baru 50 Peratus Keluar Mengundi di Terengganu
KUALA NERUS, 12 Ogos - Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) setakat jam 1 petang di Terengganu merekodkan 50 peratus. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Terengganu mencatat jumlah peratusan keluar mengundi paling tinggi setakat ini berbanding lima negeri lain yang mengadakan pilihanraya serentak hari ini. Katanya, iaitu di Kelantan (40%), Kedah (49%), Selangor (44%) Pulau Pinang (42%) dan Negeri Sembilan (46%). Bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pula mencatat peratusan keluar mengundi sebanyak 47 peratus setakat jam 1 petang. Maklumat diperolehi berdasarkan kenyataan media di Laman Facebook Rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia pada hari ini. Sebanyak 3,190 pusat pengundian mengandungi 17,048 tempat mengundi atau saluran sempena PRN di enam negeri dibuka bermula 8 pagi tadi. Turut dibuka ialah 41 pusat mengundi membabitkan 217 tempat mengundi atau saluran sempena PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak. Berdasarkan tinjauan Urus Setia Penerangan Darul Iman, cuaca di kebanyakan kawasan di Terengganu dilaporkan cerah dan baik. Kebanyakan pengundi di beberapa tempat negeri ini memilih untuk keluar awal iaitu sebelum pusat pengundian dibuka.  
12 Aug 23
280
Dua Calon PAS Selesai Buang Undi Sekolah Sama
Dua Calon PAS Selesai Buang Undi Sekolah Sama
KUALA NERUS,12 Ogos - Dua calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) N11 Seberang Takir, Khazan Che Mat dan N08 Batu Bakit, Mohd Shafizi Ismail tiba di Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka, kira-kira jam 8.15 pagi tadi bagi menunaikan tanggungjawab membuang undi. Khazan yang ditemui pemberita selepas selesai membuang undi berkata, beliau berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya setakat ini. “Alhamdulillah semuanya berjalan baik, proses demokrasi berjalan lancar dan tiada sebarang bentuk provokasi dilakukan. “Saya lihat ramai turun awal untuk mengundi, cuaca juga baik dan harapnya semua pengundi akan keluar mengundi,” jelasnya. Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir N11 menyaksikan pertembungan dua penjuru antara parti PAS, Khazan Che Mat dengan calon Barisan Nasional (BN), Ahmad Razif Abdul Rahman. Manakala, DUN Batu Rakit N08 juga menerusi pertemuan dua penjuru antara calon PAS, Mohd Shafizi Ismail dengan calon Barisan Nasional (BN), Bazlan Abd Rahman.    
12 Aug 23
178
Perantau Tidak Lepas Peluang Tunai Tanggungjawab Memilih
Perantau Tidak Lepas Peluang Tunai Tanggungjawab Memilih
KUALA TERENGGANU, 12 Ogos- Rata-rata perantau dilihat sanggup pulang ke negeri kelahiran masing-masing bagi mengambil peluang memilih pimpinan kerajaan. Ada yang memohon cuti tahunan, balik sendirian dan sebagainya antara bukti kesungguhan rakyat Malaysia yang terlibat dalam menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke 15 serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu, hari ini. Mahfudzah Sarah Razilah Mansor yang bertugas di Rawang, Selangor, berkata dia hanya pulang ke Kuala Terengganu bersama anak-anak dan adiknya memandangkan suaminya mengundi di Sabak Bernam, Selangor. “Saya dan anak-anak sampai malam tadi, sebelum itu, saya singgah di Temerloh ambil adik untuk datang mengundi sekali pagi nie. “Kami sangat teruja untuk mengundi di negeri sendiri, dan tidak tukar tempat mengundi semata-mata hendak balik negeri asal, hendak mengundi dekat sini juga,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, hari ini. Katanya, beliau mengharapkan calon yang akan memenangi PRU DUN ke-15 dan PRK Kuala Terengganu akan melakukan yang terbaik untuk rakyat dan Negeri Terengganu. Sementara itu, Wan Azliana Wan Adnan yang tinggal di Selangor  menyifatkan PRU DUN Ke-15 dan PRK Kuala Terengganu kali ini memberi peluang kepada dirinya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. “Disebabkan tidak dapat pulang mengundi pada PRU Ke-15 yang lepas, saya ambil peluang ini untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi. “Diharapkan calon yang menang nanti dapat menjadi wakil rakyat yang boleh membantu masyakarat setempat,” ujarnya yang juga mengundi di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1.  
12 Aug 23
231
Proses Pengundian DUN Seberang Takir Lancar
Proses Pengundian DUN Seberang Takir Lancar
KUALA NERUS, 12 Ogos – Calon Parti Islam Se-malaysia (PAS), Khazan Che Mat turun padang meninjau pusat mengundi di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) DUN hari ini. Khazan berkata keadaan proses pengundian di DUN tersebut berjalan dengan lancar mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan. Beliau memulakan tinjauan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal kira-kira jam 10 pagi tadi diiringi pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya yang terlibat. Khazan kemudian melawat beberapa lagi pusat mengundi, antaranya di Dewan Sivik Seberang Takir dan SK Kompleks Seberang Takir. “Setakat ini, keadaan berjalan lancar dan terkawal namun peratusan keluar mengundi tidak dapat dibaca dengan jelas lagi,” jelasnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tinjauan di perkarangan Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir di sini hari ini. Tambah Khazan, saluran pengundi muda dapat tidak putus-putus sepanjang lawatan di beberapa pusat pengundian pada pagi ini,” katanya. Dalam tinjauannya, Khazan turut dilihat menyapa pengundi di pusat mengundi bagi bertanya khabar dan situasi semasa. “Alhamdulillah setakat ini, cuaca sangat baik, pengundi diharap dapat menunaikan tanggungjawab lebih awal,” ujarnya.  
12 Aug 23
158
Pengundi DUN Ladang Terima Kehadiran Saya- Zuraida
Pengundi DUN Ladang Terima Kehadiran Saya- Zuraida
KUALA TERENGGANU, 12 Ogos- “Walaupun saya merupakan calon wanita bagi bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 pada hari ini, penerimaan penduduk serta pengundi di Ladang terhadap kehadiran saya sangat baik. Tidak ada sebarang masalah.” Itu kata calon Perikatan Nasional (PN)-PAS bagi kerusi  Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, Zuraida Md Noor. Menurut satu-satunya calon wanita yang mewakili PAS, sejak penamaan calon sehingga kini, beliau telah turun padang berkempen setiap hari dan telah berjumpa ribuan pengundi serta warga Ladang secara bersemuka khususnya di kawasan itu yang paling ramai pengundi. “Di DUN Ladang ini kawasan bandar, jadi tidak timbul isu gender di kalangan kami, setakat kami turun berkempen tidak ada penolakan untuk calon wanita, semua menyambut dengan baik. “Dengan pengalaman saya menjadi ADUN Wanita selama lima tahun dan saya juga anak jati di sini, jadi saya tidak kekok dengan masyarakat di sini,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah, hari ini. Terdahulu, Zuraida tiba di Pusat Pembuangan Undi di sekolah itu pada pukul 9.15 pagi dan selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi 10 minit kemudian di Saluran 5. Beliau turut mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan pengundi dan petugas yang ada dengan bertanya khabar mereka semasa meninjau kesemua 10 Saluran Mengundi di pusat terbabit. Dalam PRU DUN Ke-15 kali ini, Zuraida berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN),iaitu Dato’ Mohd Sabri Alwi.   
12 Aug 23
587
Ahmad Amzad Selesai Mengundi Di SK Durian Burung
Ahmad Amzad Selesai Mengundi Di SK Durian Burung
KUALA TERENGGANU, 12 Ogos- Calon Perikatan Nasional (PN)-PAS, Dato’ Ahmad Amzad Hashim bagi Parlimen Kuala Terengganu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Burung di sini, pada pagi ini. Beliau yang tampil kemas berpakaian kemeja tiba di pusat pengundian itu pada pukul 8.15 pagi dengan ditemani isterinya, Datin Dr. Nur Diana Ahmad Takri kelihatan ceria untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Ahmad Amzad yang juga penyandang kerusi itu selesai membuang undi pada pukul 8.27 pagi di Saluran 2 Pusat Pembuangan Undi di sekolah itu dan turut sempat beramah mesra dengan pengundi yang menunaikan tanggungjawab mereka di lokasi yang sama. Ketika ditemui pemberita, Ahmad Amzad yang juga bekas Timbalan Menteri Sains, Tenaga dan Inovasi Malaysia berkata, beliau berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian pagi ini dan berharap pengundi keluar lebih awal susulan keadaan cuaca yang tidak menentu. “Alhamdulillah, Allah S.W.T kurniakan hari ini cuaca yang baik, dan saya tengok yang keluar mengundi pun dalam keadaan yang segar, maksudnya tidak dalam keadaan yang stress ke apa ke walaupun di Kuala Terengganu ini berbeza dengan tempat-tempat yang lain dimana kita ada dua kotak undi iaitu satu Parlimen dan satu Dewan Undangan Negeri (DUN). “Saya berharap semua dapat keluar mengundi lebih awal supaya proses mengundi dapat diselesaikan dengan segera. Terima kasih kepada semua petugas termasuk pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), anggota keselamatan dan lain-lain,” ujarnya. Katanya, beliau mengharapkan pengundi dapat membuat pilihan yang bijak untuk memilih calon wakil rakyat mereka. “Saya rasa masyarakat telah pun melalui satu tempoh kematangan dalam menilai maklumat-maklumat yang disebarkan melalui media sosial dan sebagainya.  “Lebih-lebih lagi maklumat sekarang di hujung jari, jadi selagi mana kita membawa sesuatu yang betul, tidak menyeleweng fakta saya rasa tidak ada masalah. “Kalau ada kelemahan ke apa ke pada saya adalah lebih baik untuk kita menunjukkan kematangan dengan sedia bersifat terbuka untuk terima teguran,” ujarnya. Terdahulu, Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu terpaksa diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu membatalkan kemenangan Ahmad Amzad pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 27 Jun lalu. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril membenarkan petisyen dikemukakan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Zubir Embong. Ahmad Amzad menjadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018. Dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu kali ini, Ahmad Amzad berdepan dengan calon Pakatan Harapan (PH), iaitu Azan Ismail.  
12 Aug 23
303
Empat Sekawan Orang Asli Teruja Pangkah Calon Pilihan
Empat Sekawan Orang Asli Teruja Pangkah Calon Pilihan
HULU TERENGGANU, 12 Ogos- Empat sekawan Orang Asli Semaq Beri Kampung Sungai Berua, teruja dapat menunaikan tanggungjawab kali pertama sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRN-15) di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Tapah di sini, hari ini. Halim Akong, 20 bersama tiga lagi kawannya Mazlan Karim, 21, Hasibi Salleh, 21, dan  Yusof Akom, 22 merupakan antara kumpulan pengundi Orang Asli yang sanggup pulang dari hutan sekitar Tasik Kenyir sejak dua hari lepas. Menurut Halim, beberapa orang dari kampungnya telah datang ke kawasan hutan untuk memanggil mereka pulang lebih awal dari tarikh sepatutnya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. "Kami meredah perjalanan selama lebih lima jam untuk balik ke kampung dengan rakan-rakan yang lain walaupun sepatutnya kami keluar dalam masa seminggu lagi. "Atas kesedaran inilah, kami sanggup pulang beramai-ramai dan datang bersama-sama pada hari ini untuk memilih calon wakil rakyat kami," ujarnya yang mencari hasil hutan sebagai punca rezeki. Sementara itu, seorang lagi pengundi muda Orang Asli, Mazlan berkata, dia teruja menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi buat kali kedua selepas PRU ke 15 baru-baru ini. “Saya tidur awal malam tadi, pukul 7.30 pagi sudah bersiap bertolak ke pusat mengundi bersama ahli keluarga serta kawan sekampung. "Harap calon yang dipilih nanti akan merubah ekonomi kami semua," ujarnya.
12 Aug 23
213
'Semoga Peratusan Keluar Mengundi Melebihi Jangkaan'
'Semoga Peratusan Keluar Mengundi Melebihi Jangkaan'
BESUT, 12 Ogos- Calon PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berharap peratusan keluar mengundi bagi DUN berkenaan melepasi jangkaan. Menurutnya, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, peratusan keluar mengundi bagi DUN Kota Putera mencecah 83 peratus. "Alhamdulillah, selesai tanggungjawab saya dan isteri sebagai rakyat Terengganu dan sebagai rakyat Malaysia dalam mengangkat proses demokrasi. "Kita lihat pagi ini ramai anak-anak muda dan perantau pulang ke kampung yang hadir ke pusat pembuangan undi (PPU) seawal jam 8.00 pagi. "Jadi, saya mengharapkan kita dapat peratusan keluar mengundi pada jumlah sama atau lebih lagi," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuang undi di PPU Sekolah Kebangsaan Kampung Raja, hari ini. Beliau yang hadir sekitar jam 9.30 pagi bersama isteri, Radzilah Abdul Razak membuang undi di saluran dua. Tinjauan di lokasi berkenaan memperlihatkan suasana tenang sejak ia dibuka pada jam 8.00, namun tidak putus-putus menerima kehadiran pengundi. Berdasarkan dapatan semasa daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga jam 9.00 pagi, sebanyak 10 peratus rakyat keluar mengundi bagi seluruh negeri Terengganu.  
12 Aug 23
128