lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Banjir di Terengganu, Dungun Rekod Mangsa Terjejas Banjir Paling Tinggi
Banjir di Terengganu, Dungun Rekod Mangsa Terjejas Banjir Paling Tinggi
KUALA TERENGGANU, 17 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Terengganu meningkat pagi ini dengan pembukaan semula sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Besut, malam tadi. Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) negeri, kesemua PPS di Besut ditutup sepenuhnya petang semalam, namun kembali dibuka kira-kira pukul 9.00 malam tadi membabitkan sebuah PPS yang menempatkan lapan penduduk daripada dua keluarga. Katanya lagi, seramai 2,693 daripada 654 keluarga direkodkan berlindung di 37 PPS bagi enam daerah terjejas, setakat pukul 8.00 pagi tadi. Ketika ini, daerah Dungun masih merekodkan jumlah tertingi dengan 1,687 penduduk daripada 418 keluarga di 14 PPS, diikuti Setiu dengan 336 penduduk daripada 94 keluarga di lapan PPS. Sementara itu, Hulu Terengganu mencatatkan seramai 282 penduduk daripada 64 keluarga di tujuh PPS, manakala Kemaman (131) dan Marang (249). Dalam pada itu, cuaca panas dan sesekali hujan menyebabkan paras air sungai mengalami trend turun naik di beberapa di negeri ini.  
17 Dec 23
218
30 Keluarga Terjejas Ribut Terima Bantuan Segera
30 Keluarga Terjejas Ribut Terima Bantuan Segera
KEMAMAN, 16 Disember - Hampir 30 keluarga yang terjejas akibat ribut di sini menerima bantuan baiki rumah segera melalui Pegawai Khas Ahli Parlimen Kemaman. Pegawai Khas Ahli Parlimen Kemaman, Hazri Jusoh yang hadir meninjau di tempat kejadian berkata, dalam kejadian semalam, rumah mereka telah rosak dipukul ribut. "Kita telah mengambil tindakan segera dengan mencari penempatan sementara di samping turut meghulurkan bantuan-bantuan lain. "Selain itu kita akan menyegerakan pembaikan rumah supaya keluarga dapat kembali semula ke tempat tinggal mereka, " katanya. Beliau berkata demikian ketika  ditemui  Kampung Pengkalan Pandan di sini pada pagi semalam. Sementara itu, Pengerusi JPKK Pengkalan Pandan, Mohd Saridin Abd. Aziz memberitahu, sekitar 5.00 pagi hari kejadian, beliau menerima panggilan daripada mangsa yang memaklumkan rumah dilanda ribut.  "Jadi dalam hampir pukul 6.00 pagi kita ke tempat kejadian, rumah yang paling teruk, hampir 100 peratus atap tidak boleh digunakan.  "Antara tindakan awal yang diambil ialah memanggil kesemua 'tukang-tukang' rumah yang ada. "Insya-Allah kita segerakan membaik pulih hampir 30 buah terlibat," ujarnya lagi.
16 Dec 23
199
18 RAMD Selamatkan 59 Mangsa Banjir Terkandas di Kg Tok Kah
18 RAMD Selamatkan 59 Mangsa Banjir Terkandas di Kg Tok Kah
DUNGUN, 16 Disember - Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD)(PARA) telah diatur gerakkan untuk membantu dan menyelamatkan 59 mangsa banjir yang terkandas di sekitar Kampung Tok Kah, Dungun semalam. Ketua Kompeni 18 RAMD (Para) Operasi MURNI Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Dungun, Mejar Mohd Amir  Mohd Alid berkata seorang pegawai dan 25 anggota lain-lain pangkat sebagai 'first responder' telah digerakkan bagi melaksanakan tugas bantuan menyelamat dan memindahkan mangsa banjir seawal jam 3 pagi itu. "Pihak kami telah menerima maklumat daripada penduduk kampung berkaitan kawasan mereka yang telah dinaiki air dan mereka tidak keluar ke ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). "Seterusnya kami mengaturgerakkan semua aset perairan bagi menyelamatkan 59 orang mangsa banjir itu untuk dibawa ke PPS di Sekolah Kebangsaan Tok Kah pada jam 4 pagi," katanya kepada pemberita. Beliau juga berkata pihaknya sentiasa bersedia 24 jam untuk membantu mangsa banjir yang terperangkap di lokasi mengikut aduan yang diterima daripada orang awam tanpa mengira masa. Dalam pada itu, mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 2,622 orang sehingga jam 8 malam ini, membabitkan enam daerah. Daerah Dungun mencatatkan jumlah mangsa teramai dengan 1,615 orang daripada 399 keluarga yang ditempatkan di 14 PPS.
16 Dec 23
639
Mangsa Banjir Terengganu Cecah 2,103 Orang
Mangsa Banjir Terengganu Cecah 2,103 Orang
KUALA TERENGGANU, 16 Disember - Situasi banjir di negeri ini semakin meruncing apabila mencatat jumlah mangsa seramai 2,103 orang daripada 523 keluarga. Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata kesemua mangsa tersebut ditempatkan di 44 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam daerah terlibat banjir. Katanya, enam daerah yang masih terjejas adalah Hulu Terengganu, Besut, Setiu, Marang, Kemaman, dan Dungun. “Setakat jam 4.30 petang, Dungun merekodkan jumlah mangsa paling tinggi iaitu seramai 1,069 orang daripada 264 keluarga yang ditempatkan di 14 PPS. “Manakala di Besut dan Setiu pula mencatatkan seramai 222 dan 98 orang daripada 62 dan 41 keluarga serta 14 PPS dibuka dalam daerah berkenaan,”menurutnya dalam satu kenyataan media pada hari ini. Jelasnya lagi, daerah Hulu Terengganu dan Kemaman masing-masing merekodkan seramai 306 dan 206 mangsa daripada 72 dan 49 buah keluarga. “Kesemua mangsa tersebut berlindung di 12 PPS dalam dua daerah tersebut,” katanya. Sementara itu, Marang merupakan daerah terbaharu yang terjejas banjir dengan mangsa seramai 202 daripada 35 keluarga dalam empat PPS. “Hujan masih turun di sebahagian kawasan di negeri ini dan pemindahan mangsa banjir dijangka meningkat hari ini. “Orang ramai juga diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak bermain di kawasan banjir selain terus mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan,” ujarnya.                  
16 Dec 23
531
ATM Atur Gerak Pasukan Perubatan Hadapan Ke Lokasi Terjejas Banjir
ATM Atur Gerak Pasukan Perubatan Hadapan Ke Lokasi Terjejas Banjir
HULU TERENGGANU, 16 Disember - Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD)(PARA) yang berpangkalan di Kem Sri Pantai Seberang Takir membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memeriksa mangsa-mangsa banjir dari segi aspek kesihatan. Pegawai Memerintahnya, Leftenan Kolonel Mohd Zaki Jusoh, berkata ia meliputi kawasan tanggungjawab berdasarkan arahan dan juga panduan tentera darat untuk atur gerak operasi murni pada kali ini. "Pada pagi ini kita telah datang ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di PPS Pengkalan Ajal membawa Forward Medical Team (FMT) yang terdiri daripada 1 Pegawai Perubatan dan 5 anggota Lain- Lain Pangkat. "Tujuannya adalah bagi melihat dan memeriksa mangsa yang berada di PPS yang mungkin demam disebabkan banjir dan juga penyakit bawaan air yang lain termasuk sakit kronik sekiranya ada...kita boleh bantu sedikit sebagai asas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di PPS Pengkalan Ajal disini hari ini. Katanya, atur gerak pasukan 18 RAMD (PARA)secara keseluruhannya dibawah arahan Appointed Military Commander (AMC) 8 Briged kepada tiga kawasan tanggungjawab iaitu Hulu Terengganu, Marang dan Dungun.    
16 Dec 23
246
551 Mangsa Banjir Di Dungun
551 Mangsa Banjir Di Dungun
DUNGUN,16 Disember– Mangsa banjir di Dungun hari ini meningkat kepada 551 orang daripada 120 keluarga. Melnurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Dungun kembali dilanda banjir berikutan hujan lebat pada malam tadi. “Sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Daerah Dungun iaitu Sekolah Kebangsaan(SK) Tebing Tembah, Balairaya Kampung Pelandang, Dewan Sivik Paka, SK Kampung Nyior, SK Balai Besar, SK Tok Kah, Dewan Sivik Seberang Pintasan, Dewan Majlis Sukan Negara(MSN) dan SK Pusat. “Seramai 551 mangsa daripada 120 keluarga telah dipindahkan ke sembilan PPS berkenaan," lapor Sekretariat berkenaan.  Sementara itu, Ahli Parkimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli memohon agar semua penduduk di daerah Dungun ambil langkah berjaga-jaga memandangkan hujan masih turun.  "Saya mengharapkan mereka sabar dan tabah dalam menghadapi ujian ini. Terima kasih diucapkan kepada pihak keselamatan yang menjalankan tugas menyelamat dan memindahkan mangsa banjir ke tempat yang selamat. "Marilah kita berdoa agar dijauhkan dan diselamatkan diri dan keluarga daripada bencana ini," ujarnya lagi.
16 Dec 23
946
Karnival Silat Kebangsaan Himpun lebih 3,000 Peserta
Karnival Silat Kebangsaan Himpun lebih 3,000 Peserta
KUALA NERUS, 16 Disember – Karnival Silat Kebangsaan 2023 menghimpunkan lebih 3,000 peserta dari seluruh negara di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di sini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata ilmu persilatan yang ditonjolkan pada karnival kali ini adalah untuk mengangkat martabat dan budaya yang sangat penting untuk bangsa melayu. “Kita bercakap tentang melayu bukan bererti kita mengkhianati bangsa-bangsa yang lain tetapi untuk kita menjadi bangsa yang sangat berdisiplin dan kuat. “Di samping, bangsa yang akan terus mengangkat martabat seperti yang disyorkan oleh baginda Nabi Muhammad SAW,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Pembukaan Karnival Silat Kebangsaan 2023 di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus di sini semalam. Turut hadir, Yang Dipertua PESAKA Negeri Terengganu, Dato’ Yahaya Ali, Ketua Polis Negeri Terengganu, YDH. DCP Datuk Mazli Mazlan dan Pengerusi PEKIDA Negeri Terengganu merangkap Pengarah Program, Ahmad Fadrul Md Tahar. Tambah Hishamuddin, program ini anjuran bersama Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Negeri Terengganu , Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islam Malaysia (PEKIDA) Negeri Terengganu dan Yayasan Al-Amin. Tambahnya, penganjuran ini secara tidak langsung dapat membantu ekonomi tempatan melalui penginapan, makan-minum cenderahati dan pelbagai perkhidmatan yang digunakan oleh peserta selama empat hari berada di sini. “Dijemput kepada peserta dan pengunjung supaya dapat hadir ke semua acara sampingan berkenaan selain daripada menyertai karnival silat agar pelaksanaan program ini dapat dioptimumkan. “Ini sekali gus dapat menjadi batu loncatan kepada pelaksanaan program sebegini bagi tahun- tahun mendatang,” ujarnya. Beliau berharap, karnival ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.  Di samping itu katanya, pihak penganjur diharap dapat memastikan isu keselamatan peserta dan pengunjung dijaga dengan baik dan rapi supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.                        
16 Dec 23
346
Empat sungai di Terengganu Lepasi Paras Bahaya- JPS
Empat sungai di Terengganu Lepasi Paras Bahaya- JPS
SETIU, 16 Disember - Empat sungai di Terengganu masih mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu dua di Setiu dan masing-masing satu di Hulu Terengganu dan Marang. Bacaan dicatatkan setakat jam 9 pagi tadi berdasarkan laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Sungai berkenaan ialah Sungai Nerus di Kampung Langkap yang merekodkan bacaan 21.86 meter berbanding paras bahaya 21.00 meter. Sungai Chalok di Jambatan Chalok pula mencatat bacaan 8.91 meter, berbanding paras bahaya 8.40 meter Manakala Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu pula merekodkan bacaan 19.9 meter berbanding 19.7 meter paras bahaya. Di Marang, Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan mencatat bacaan 2.72 meter berbanding 2.7 meter paras bahaya. Sementara itu, dua sungai mencatatkan bacaan pada paras amaran iaitu Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri, Setiu dan Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman. Manakala paras waspada pula membabitkan empat sungai.  
16 Dec 23
126
Mangsa Banjir Terengganu Terus Meningkat
Mangsa Banjir Terengganu Terus Meningkat
KUALA TERENGGANU, 16 Disember – Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat dengan seramai 1,550 orang mangsa yang melibatkan 415 keluarga. Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata kesemua mangsa tersebut terdiri dari lima daerah melibatkan Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman, Besut dan Setiu. "Setakat jam 10.00 pagi sebanyak 30 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka kelima-lima daerah berkenaan. "Dungun merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 569 mangsa daripada 126 keluarga yang berada di 10 PPS. "Manakala, Hulu Terengganu mencatatkan seramai 514 mangsa daripada 152 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS," menurutnya dalam satu kenyataan media pada hari ini. Tambahnya, Besut merupakan daerah terbaharu yang terjejas banjir dengan bilangan mangsa seramai 183 daripada 53 keluarga dan ditempatkan di empat PPS. "Kemaman dan Setiu menempatkan seramai 205 dan 79 penghuni daripada 48 dan 36 keluarga terlibat," jelasnya. Katanya, kesemua mangsa tersebut berlindung di tujuh PPS dalam daerah berkenaan. “Hujan masih turun di sebahagian kawasan di negeri ini dan pemindahan mangsa banjir dijangka meningkat hari ini. “Orang ramai juga diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak bermain di kawasan banjir selain terus mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan,” ujarnya.    
16 Dec 23
114
Tiga PPS DUN Paka Dibuka
Tiga PPS DUN Paka Dibuka
DUNGUN, 16 Disember - Tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka mula dibuka semalam untuk menempatkan mangsa banjir.  Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Dungun, Ahmad Kamal Hakim Bin Ngah, setakat kemaskini jam 2.00 pagi ini, ketiga-tiga PPS berkenaan ialah PPS SK Tebing Tembah telah dibuka pada Jumaat jam 9.00 malam yang menampung 19 dewasa, 10 kanak-kanak, 1 bayi, dan 1 warga emas, melibatkan 9 keluarga dengan jumlah mangsa sebanyak 34. "Di samping itu PPS Dewan Sivik Paka turut dibuka pada 10.41 malam, menampung 28 lelaki dewasa, 19 perempuan dewasa, 4 kanak-kanak lelaki, 2 kanak-kanak perempuan, 1 bayi perempuan, serta 1 OKU lelaki dan 1 OKU perempuan. Jumlah keluarga di PPS ini adalah 13, dengan jumlah mangsa sebanyak 54," ujarnya.  Sementara itu, PPS SK Kampung Nyior dibuka pada 11.00 malam, menampung 2 lelaki dewasa, 1 perempuan dewasa, 2 kanak-kanak lelaki, 5 kanak-kanak perempuan, serta 1 OKU lelaki dan 1 OKU perempuan. Jumlah keluarga di PPS ini adalah 2, dengan jumlah mangsa sebanyak 12. "Cuaca semasa di kawasan tersebut adalah hujan. Trend peningkatan diperhatikan pada jumlah PPS, jumlah keluarga, dan jumlah mangsa. Kami akan terus mengikuti perkembangan dan memberikan maklumat terkini," katanya.
15 Dec 23
214