lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Ajal Selepas Pulang Bermain Badminton
DUNGUN -Seorang lelaki yang dalam perjalanan pulang selepas bermain badminton ditemui mati berhampiran kediamannya di Kampung Nyior, Bandar Paka, malam tadi (27 Ogos).Juriza Muda, 36, yang bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat penyelenggaraan industri pemprosesan minyak di Kawasan Perindustrian Kerteh, Kemaman, ditemui terbaring di atas tanah bersebelahan kereta Proton Wira miliknya pada pukul 9.30 malam.Ketua Polis Daerah, Supritendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian tersebut dan ketika kejadian, lelaki terbabit dalam perjalanan pulang ke kediamannya yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.Juriza MudaMenurut Baharudin, mayatnya ditemui oleh dua orang anggota polis dari Balai Polis Paka yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah di sekitar kampung tersebut .dan ketika tiba di lokasi kejadian, anggota tersebut melihat kereta yang dipandu mangsa berada di dalam keadaan yang mencurigakan."Melihat keadaan tersebut, anggota terbabit pergi ke arah kereta yang lampu dan pintunya terbuka kerana mengesyaki kemungkinan ada berlaku aktiviti mencuri di kawasan rumah yang dalam proses pembinaan,"Anggota terbabit kemudiannya menghampiri kereta tersebut  dan melihat satu jasad yang  terbaring di atas tanah bersebelahan sebuah pagar rumah yang dalam proses pembinaan tidak jauh dari kediamannya," katanya.Anggota penyiasat sedang melakukan siasatan di lokasi kejadian Menurutnya , melihat keadaan tersebut, anggota terbabit kemudiannya melaporkan kepada pegawai balai polis yang bertugas bagi memaklumkan berkenaan penemuan mayat tersebut dan pada masa yang sama isteri mangsa turut keluar dari rumah untuk melihat penemuan mayat tersebut."Isterinya telah mengesahkan bahawa jasad yang terbaring itu adalah mayat suaminya dan menurutnya , suaminya itu tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dan tidak menunjukkan sebarang tanda dia mempunyai penyakit."Sepasukan anggota perubatan dari Klinik Kesihatan Bandar Paka yang tiba tidak lama kemudian melakukan pemeriksaan terhadap mangsa dan mengesahkan mangsa sudah pun meninggal dunia," katanya.Menurut Baharudin, pemeriksaan lanjut terhadap mayat lelaki tersebut  tidak menemui sebarang unsur-unsur jenayah dan mayatnya kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat.
28 Aug 18
56
Empty Image
Ketengah Bantu Pekerja Ladang Terjejas Gempa Bumi Lombok
KEMAMAN -  Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) memperuntukkan sebanyak RM88,500 bagi membantu seramai 177 pekerja Indonesia yang menjadi mangsa gempa bumi di Lombok, Indonesia dalam satu majlis semalam.Majlis yang diadakan di Ladang Ketengah Jaya, Bandar Seri Bandi turut dihadiri oleh Pengurus Besar Ketengah , Omar Ismail dan majlis dimulakan dengan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan kaum keluarga pekerja yang terlibat dalam tragedi tersebut.Menurut Omar, seramai 111 orang pekerja warga Lombok bekerja di ladang Ketengah Jaya,  seri bandi manakala 66 orang lagi  bekerja di Ladang Ketengah Perwira telah diberi bantuan sebanyak  sebanyak rm 500 seorang."Ini adalah sebagai menghargai jasa mereka bekerja dengan pihak kita  dan kita terpanggil untuk memberikan bantuan supaya meringankan beban mereka yang terjejas dengan bencana tersebut."Sumbangan yang diberikan adalah satu daripada tanggungjawab sosial koporat (CSR) pihak KETENGAH dalam membantu warganya yang dalam kesusahan dan kita turut merasai penderitaan yang dialami oleh keluarga pekerja yang terjejas dalam kejadian tersebut," katanya selepas ditemui pada majlis tersebut.Omar menyampaikan bantuan kepada pekerja ladang yang berasal dari Lombok.Menurut Omar, meskipun tinggal berjauhan dengan keluarga, pihaknya melihat setiap pekerja yang terlibat masih mempunyai semangat untuk bekerja meskipun tahu kediaman mereka ada yang musnah dalam kejadian itu.Tambahnya, pihaknya akan memikirkan beberapa bantuan lain yang dianggap bersesuaian dalam usaha untuk membantu semua pekerja ladang yang terjejas dalam kejadian itu.Pekerja ladang yang ditemui merasa syukur dan berterima kasih di atas bantuan yang diberikan kerana sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung mereka untuk membaiki kerosakan kediaman yang dialami oleh keluarga mereka yang kini hanya tinggal di dalam khemah sementara dan rumah sanak saudara.Bagi Mohamun Jonin , 25, kejadian gempa bumi tersebut telah menyebabkan isteri dan dua anaknya terpaksa tidur di dalam khemah kerana bimbang rumahnya itu akan runtuh kerana mengalami kerosakan yang teruk. ."Terima kasih kepada pihak yang menyumbang dan duit yang saya terima ini boleh digunakan untuk membeli makanan kepada keluarga di kampung dan untuk membaiki  rumah yang rosak ," katanya.Omar , ( lima dari kiri ) bergambar bersama semua penerima sumbangan.Kejadian gempa bumi di Lombok pada 29 julai lalu telah mengorbankan seorang rakyat Malaysia serta 16 penduduk tempatan manakala 40 yang lain cedera dan gegaran yang kuat turut dirasai di seluruh wilayah dan Pulau Sumbawa.Kejadian gempa bumi kedua pada 5 ogos yang berlaku di Lombok Timur telah mengorbankan seramai 381 orang manakala 1,033 orang mengalami kecederaan.
27 Aug 18
78
Empty Image
Terengganu Pergiat Produk Pelancongan Sukan
Ustaz Sulaiman Sulong (kanan) berucap dalam sidang media kejohanan tersebut. Foto - Harish FadzillahKUALA TERENGGANU - Pertandingan Kejohanan Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018 yang sedang berlangsung sekarang ini adalah salah satu produk pelancongan sukan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat  negeri, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, ia bukan pertandingan biasa kerana melibatkan peserta yang datang daripada 10 negara dan 20 pasukan yang akan bertanding."Pertandingan boling padang yang diadakan pada kali ini merupakan satu acara yang diberi perhatian oleh kerajaan negeri,“Ianya melibatkan peserta yang datang  menyertai pertandingan dan dalam masa yang sama  kita mengambil kesempatan untuk  melancong dengan menziarahi tempat-tempat menarik.“Kita turut mengambil peluang ini untuk memperkenalkan Terengganu sesuai dengan apa yang kita  lancarkan iaitu 'Beautiful Terengganu',” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program Majlis Makan Malam Rasmi Kejohanan Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018 di Dewan Permata, Hotel Permai Inn pada Ahad, 26 Ogos.Katanya, melalui aktiviti sukan itu, kerajaan negeri dapat menjana pulangan dan hasil pendapatan serta membantu  penggiat-pengiat pelancongan  serta para peniaga.Para pemain juga ialah pelancong yang akan membeli produk keluaran tempatan.Sehubungan dengan itu, Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM), Datuk Wan Nawawi Wan Ismail berkata, beliau berharap dengan tersedianya kelengkapan dan tempat arena Lawn Bowls yang bertaraf dunia di Gong Badak akan menarik lebih ramai lagi kontijen  yang datang ke Terengganu.Menurutnya, tiada masalah untuk pasukan Malaysia merangkul beberapa medal dalam pertandingan kali ini.“Apabila menjelang SUKMA, pasukan Terengganu akan menghantar para atlet untuk membuat pendedahan luar samada berlawan dan kita pernah ke Perth  untuk berlatih tetapi sekarang ini kita tidak perlu ke mana-mana,“Sebagai pulangan, ianya memberi satu pendedahan yang baik kepada pasukan SUKMA yang akan bertanding  2 minggu lagi,” tambahnya.Justeru, ianya juga adalah satu pulangan yang baik kepada Negeri Terengganu.
27 Aug 18
62
Empty Image
Kampung Bukit Perlu Bantuan Tingkat Penanaman Jagung
 Ahli MPKK kampung bersama pengusaha jagung.KUALA TERENGGANU - Kampung Bukit memerlukan jalan yang lebih lebar untuk merancakkan industri penanaman jagung hybrid yang semakin mendapat tempat di kalangan penduduk.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Ahmad Buniyamin Razimi, 33, berkata jalan yang sempit menyukarkan jentera dibawa masuk dalam usaha memperbesarkan lagi industri tersebut sebagai perusahaan kampung."Setakat ini, kita ada lapan pengusaha dan hanya mampu mengeluarkan 10,000 tongkol jagung setiap bulan. "Kita harap dengan bantuan yang disalurkan, akan dapat menambah jumlah pengusaha dan mempertingkatkan hasil," katanya ketika ditemui pemberita di kampung tersebut sempena temu mesra bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Mohd Nor Hamzah dalam program Berbasikal Ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung, baru-baru ini.ADUN Bukit Payung, Mohd Nor dan pegawai daerah, Azmi Razik menyampaikan palk penghargaan dan sumbangan benih jagung.Dalam pada itu, Salman Muhammad, 34, yang merupakan Bendahari MPKK kampung itu turut memohon supaya bantuan-bantuan memudahkan pengusaha dapat dilaksanakan dengan segera."Sebelum ini, pelbagai usaha telah dilakukan oleh penduduk kampung bagi merancakkan industri ini, namun tiada hasil yang tuntas diperoleh. "Kita harap dengan pentadbiran baru ini, sedikit sebanyak masalah dapat diselesaikan segera secara berperingkat," katanya.
27 Aug 18
241
Empty Image
Koperat Edar 1,500 Jalur Gemilang
Pengurus Besar dan bahagian pemasaran KOPERAT.KUALA TERENGGANU - Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sendirian Berhad (Koperat) mengedarkan 1,500 bendera Malaysia kepada pengguna jalan raya dalam usaha menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan rakyat.Pengurus Besar Koperat, Sayed Abdul Rahman Engku Sulong berkata, usaha kecil ini merupakan sumbangan pihak syarikat dalam menunjukkan semangat cintakan negara sempena sambutan kemerdekaan ke- 61 yang bakal tiba."Kami agihkan bendera kerana kita dapati akhir-akhir ini, semangat mengibarkan Jalur Gemilang semakin berkurang."Jadi kami berharap sumbangan kecil Koperat ini dapat membantu kibaran semangat merdeka dikalangan pengguna jalanraya terutamanya," katanya ketika ditemui pemberita dalam Program Pengagihan Jalur Gemilang di Pantai Batu Burok, di sini, baru-baru ini.Sayed Abdul Rahman.Sayed turut memaklumkan Koperat mengadakan pelbagai program setiap kali menjelang sambutan kemerdekaan negara."Tahun ini juga, kami akan mengadakan program Futsal Merdeka yang menjadi acara tahunan syarikat. "Kali ini, ia akan berlangsung di Kemaman," katanya sambil berharap kemerdekaan disambut penuh keharmonian antara pelbagai bangsa Malaysia.Pek berisi bendera dan air mineral diedarkan kepada pengguna jalanraya.
27 Aug 18
82
Empty Image
Kerajaan Gesa Para Atlet Berjuang Bersungguh-Sungguh
Ustaz Sulaiman Sulong berucap dalam program tersebut. Foto - Harish FadzillahKUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri menggesa agar para atlet Persatuan Asian Lawn Bowls Terengganu dan Malaysia berjuang bersungguh-sungguh melawan atlet dari negara lain dalam Kejohanan Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, dan Teknologi Maklumat negeri, Sulaiman Sulong berkata, semua atlet yang mewakili Malaysia harus mempersembahkan mutu pertandingan  dan mendapat kemenangan.Beliau juga berkata, semua kontijen harus memberi cabaran yang terbaik untuk pastikan mendapat nombor di peringkat Asia.“Kita mengharapkan para atlet menunjukkan semanagat kesukanan. Kalau kalah pun tidak mengapa. Tiada masalah."Yang penting kita tunjukkan semangat kesukanan dan dalam masa yang sama membuktikan bahawa semangat  kesukanan dan tautan ukhuwah di antara  seluruh atlet yang bertanding,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Rasmi kejohanan Asian Lawn Bowl Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018 di Dewan Permata, Hotel Permai Inn pada Ahad, 26 Ogos.Katanya, beliau mahu para atlet menunjukkan bahawa mereka membawa dakwah Islam sebagaimana Negeri Terengganu meletakkan tema Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.Justeru, beliau mengucapkan selamat bertanding kepada seluruh atlet khususnya atlet yang mewakili Negeri Terengganu dan Malaysia.
27 Aug 18
25
Empty Image
Zakiah, Pengerusi MPKK Wanita Pertama Daerah Dungun
Zakiah Alias.DUNGUN - Zakiah Alias @ Mohd, 51, dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Taman Indah, Bukit Besi baru-baru ini menjadikan beliau sebagai pengerusi wanita pertama dan tunggal di Daerah Dungun.Ibu kepada sepuluh orang anak ini telah bergiat lebih 30 tahun dalam arena politik dan menganggap pelantikan itu sebagai peluang untuk memartabatkan golongan wanita di mata masyarakat. "Amanah ini merupakan ruang untuk saya mengetengahkan keupayaan wanita dalam menerajui satu-satu kawasan. "Tidak dinafikan, sebagai pemimpin wanita, kita juga pasti menjadi rujukan dalam isu-isu yang melibatkan kaum wanita dalam masyarakat."Secara tidak langsung, keupayaan dan kebajikan wanita sebagai penggerak masyarakat akan mula mendapat perhatian dari pelbagai pihak," katanya yang merupakan Ketua Muslimat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi.Berpengalaman selama 12 dalam perusahaan kedai kek dan roti, Zakiah berhasrat mempertingkat ekonomi kaum ibu dengan pendedahan pelbagai sektor oleh agensi-agensi berkaitan."Kefahaman agama dan ekonomi penting terutama bagi kaum ibu dalam membina generasi yang cemerlang."MPKK Kampung Taman Indah telah mula bergerak dengan bantuan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan beberapa aktiviti telah mula dijalankan."Pada peringkat ini, kami ingin membina keharmonian dalam kampung bagi membolehkan  kita memiliki matlamat yang sama dalam membina kemajuan kampung ini," katanya.
27 Aug 18
114
Empty Image
Perlu Hormati Perjanjian Yang Dimeterai
Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang meninjau unjam yang dilabuhkan di Perairan Marang. Oleh: Aziz HambaliMARANG - Kerajaan pusat perlu meneliti dan membuat penilaian semula ke atas pembatalan yang dibuat oleh Perdana Menteri berkenaan isu Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang berkata, projek berkenaan akan memberi manfaat kepada rakyat di pantai timur dari segi ekonomi."Tetapi di sana ada perjanjian-perjanjian yang tidak menyenangkan, itu yang perlu diperbetulkan."Ianya terserah kepada majlis perundingan dan kerajaan pusat untuk membuat penilaian yang terbaik," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dalam Sidang Media Majlis Melabuh Unjam di Marang Waterfront, Jeti Perairan Marang, semalam (26 Ogos).Dato' Seri Abdul Hadi yang juga Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menjelaskan bahawa tidak mudah untuk kerajaan persekutuan membuat keputusan berhubung perkara itu kerana terdapat perjanjian antarabangsa yang perlu dihormati.“Tindakan untuk membatalkan ECRL tidak mudah kerana ada perjanjian yang telah dimeterai dan ada perjanjian antarabangsa yang perlu dihormati dan diselesaikan dengan cara yang baik."Perkara itu akan mengundang banyak masalah sama ada dibatalkan atau diteruskan, tetapi kita perlu melihat pilihan yang terbaik,” katanya.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Desa dan Asas Tani negeri, Dr Azman Ibrahim dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi  Maklumat negeri, Sulaiman Sulong.
27 Aug 18
51
Empty Image
i-MiTS Bantu JPAM Baik Pulih Rumah Mangsa Ribut
 Oleh: Adli MohamadDUNGUN- Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berganding bahu membantu membaik pulih rumah mangsa ribut di Bandar Al Muktafi Billah Shah, di sini, hari ini.Pembantu Hal Ehwal Masyarakat i-MiTS, Mohd Noor Azian berkata, bantuan segera itu bagi menyelesaikan masalah dihadapi penduduk berikutan struktur bumbung yang rosak dalam tragedi itu."Kejadian itu menyebabkan 92 buah kediaman rosak teruk dan perlu dibaiki segera. Manakala i-MiTS datang membantu bagi memudahkan kerja JPAM," ujarnya.Menurut beliau, tugas dan peranan i-MiTS bukan semata-mata di dalam pejabat, sebaliknya turun emmbantu ketika berlaku musibah, sejajar dengan fungsi  bagi memastikan keselamatan  serta mensejahterakan penduduk di samping memperkasakan peranan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).Sehubungan itu Pembantu Pegawai Teknologi Maklumat i-MiTS, Hanif Safwan Mansor pula memberitahu kaunter aduan bencana banjir sudah beroperasi bagi memastikan maklumat lengkap dan segera dapat dikumpulan untuk memastikan bantuan sampai dengan cepat kepada penduduk yang terlibat dalam musibah."Dari aduan ini di kaunter khas bencana ini kita terus pergi ke rumah-rumah mangsa. Tinjauan akan dilakukan segala keperluan seperti atap, perambung dan sebagainya disenaraikan bagi dipanjangkan kepada pihak yang akan mengusahakan proses membaik pulih rumah-rumah mangsa," katanya yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS DUN Bukit Besi.Katanya, selain JPAM dan i-MiTS, bomba, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan MPKK turut menjayakan misi bantuan itu.Selain itu, i-MiTS yang diketuai Zakiah Alias turut menyiapkan makanan yang dimasak secara bergotong- royong dengan penduduk setempat bagi dijamu kepada petugas serta komuniti setempat yang terlibat.
27 Aug 18
182
Empty Image
Perairan Malaysia Perlu Dikawal Dengan Helikopter
Foto : Solahuddin Al IdrusMARANG – Ahli Parlimen Marang, Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang mencadangkan agar lebih banyak helikopter digunakan untuk mengawal keselamatan perairan negara.Menurut beliau, hasil lawatan ke luar negara seperti di Amerika Syarikat, Australia dan lain-lain menyaksikan perairan negara berkenaan dikawal dengan ketat menggunakan helikopter supaya hasil laut tidak terjejas akibat pencerobohan nelayan asing.“Yang penting bukan sahaja penguatkuasaan sahaja malah mesti melakukan kawalan yang ketat.“Dengan alat-alat yang uzur sudah tentu kita tak mampu melaksanakan itu tetapi mesti dibuat menurut kepada kemampuan kita,” katanya.Beliau yang juga Presiden PAS berkata demikian ketika merasmikan Program melabuh Unjam di Perairan Kuala Marang, Marang Waterfront, di sini, semalam, (26 Ogos).Katanya, kerjasama semua pihak bukan sahaja penguatkuasa pemerintah termasuk nelayan sendiri untuk kepentingan mereka sendiri barulah berjaya meningkatkan rezeki dengan pertolongan Allah SWT.“Pihak perikanan letak tukun, letak pelampung, dia kerat pelampung termasuk yang guna kabel cari kikir kerat.“Ini langkah yang bodoh kerana membodohkan diri dia sendiri menyebabkan mereka yang memukat selepas itu tak kena pukat ikan pun lari dan  macam - macam boleh berlaku,” ujarnya.Menurutnya, para nelayan menghadapi kekurangan hasil laut kerana kesilapan manusia itu sendiri dan mereka mengambil langkah untuk meningkatkan hasil laut dengan melabuhkan unjam diperairan laut.“Ini adalah tindakan yang mudah dan segera serta kosnya tidak tinggi, adapun yang besar perlu pada masa dan kos yang besar,“Hari ini kita menyaksikan satu cara yang moden dan ilmu yang sepatutnya kita gunakan ialah dengan cara yang segera dan saya difahamkan tindakan mutakhir agak sedikit berkesan dengan lebih baik lagi,” jelasnya.Justeru, beliau berharap agar nelayan sendiri yang menjaga unjam tersebut.
27 Aug 18
75