lightning-solid
Berita :

Artikel "Politik" Terkini

PAS Yakin Pertahan Kemaman
PAS Yakin Pertahan Kemaman
MARANG, 6 November - PAS Terengganu yakin kerusi Parlimen Kemaman akan kekal menjadi milik parti tu pasca Pilihanraya Kecil (PRK) pada 2 Disember nanti. Pesuruhjaya PAS negeri, Senator Dato’ Husain Awang berkata, walau bagaimanpun pihaknya tidak akan memandang mudah cabaran parti lawan kerana banyak cabaran perlu dihadapi. Katanya, parti lawan mempunyai sumber kewangan mencukupi berbanding PAS. "Justeru PAS dan ahli parti perlu berusaha mencari sumber kewangan untuk memenuhi keperluan PRK itu termasuk dengan mengadakan Majlis Makan Malam bagi Mengumpul Dana PRK Kemaman malam ini (semalam)," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis berkenaan di Dewan Dato’ Harun Taib di Rusila di sini malam semalam. Turut hadir Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Dato’ Mohd Nor Hamzah, ADUN Alur Limbat, Ariffin Deraman dan kepimpinan PAS negeri yang lain. Kata Husain, setiap ahli parti perlu berganding bahu bagi memastikan kemenangan di pihak PAS. “Yang penting ialah semua ahli PAS mesti mencari sumber kewangan untuk membantu memenangkan parti dalam mana-mana pilihan raya termasuk PRK Kemaman pada 2 Disember ini,” jelas beliau.
06 Nov 23
239
'Calon PAS PRK Kemaman Tunggu Keputusan Mesyuarat'
'Calon PAS PRK Kemaman Tunggu Keputusan Mesyuarat'
KUALA NERUS, 29 Oktober - Calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bagi kerusi Parlimen Kemaman akan diputuskan secara bersama dalam mesyuarat parti. Menteri Besar yang juga Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, buat masa sekarang pihaknya memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. “Jika saya komen kiri atau kanan, maka akan menyebabkan timbul pelbagai persepsi dan editor-editor akan wujudkan ‘tagline’ yang kontroversi. “Keputusan calon tersebut akan diumumkan sendiri oleh Presiden PAS dalam tempoh jangka masa yang telah diberikan,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Lawn Bowls Kebangsaan bertempat di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di sini semalam. Tambah Ahmad Samsuri, mesyuarat pusat yang pertama adalah pada Isnin ini iaitu mesyuarat pertama selepas Muktamar diadakan. “Saya tidak pasti mengenai agenda yang akan dibincangkan pada hari tersebut. "Tetapi ada beberapa agenda seperti pelantikan Pesuruhjaya PAS Negeri-negeri dan AJK lantikan,” ujarnya. Pada PRU15, wakil PAS, Che Alias Hamid memenangi kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi. Beliau mendapat 65,714 undi sekali gus menewaskan tiga calon lain termasuk bekas Menteri Besar yang mewakili BN, Datuk Seri Ahmad Said. Dua lagi calon iaitu Rosli Ab Ghani (Pejuang) dan wakil Pakatan Harapan (PH), Hasuni Sudin. PRK Kemaman diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Che Alias pada 26 September lalu.    
29 Oct 23
290
PRK Kemaman : Signal Rakyat Tolak PH-BN
PRK Kemaman : Signal Rakyat Tolak PH-BN
SHAH ALAM, 22 Oktober - Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman akan menjadi signal rakyat menolak kerajaan PH-BN yang ternyata tidak berupaya untuk mengurus dan mentadbir negara dengan baik. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat berkata, keadaan semasa akan memberi kelebihan kepada PAS untuk terus mengekalkan kemenangan dan mencapai majoriti yang lebih besar. "Saya telah melakukan tinjauan di seluruh peringkat sama ada dalam kalangan anak muda, bertemu dengan nelayan, peniaga di pasar penjawat awam kerajaan dan swasta semuanya memberikan jaminan akan berpihak kepada Perikatan Nasional (PN). "Kerana mereka bosan dengan kerajaan yang apabila bercakap akan berbohong  setakat ini dilihat tidak menunaikan satu perkara pun. "Kemarahan rakyat Terengganu lagi bertambah apabila wang royalti dinafikan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui di Muktamar Tahunan Ke-69, di IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam, di sini, semalam. Mengulas lanjut katanya, setakat ini dilihat PHBN tidak berupaya untuk mengemukakan calon yang berwibawa. "Apa yang ada ialah calon yang telah pun ditolak rakyat, dan telah kalah besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 samada peringkat parlimen mahupun peringat negeri. "Lebih memberi tambah keyakinan rakyat untuk terus berpihak kepada PAS ialah kejayaan menunaikan 20 manifesto serta sepanjang pemerintahan tidak ada lagi pemimpin yang didakwa terlibat rasuah," ujarnya. Dalam pada itu katanya, jawatankuasa pilihan raya telah dibentuk. "Saya kira kita menunggu masa sahaja untuk menghadapi PRK pada kali ini. "Kita sama -sama berdoa, agar PRK pada kali ini sekali lagi kita diberikan kemenangan dengan majoriti yang lebih besar," ujarnya lagi.  
22 Oct 23
328
MB Terengganu Kekal Naib Presiden PAS
MB Terengganu Kekal Naib Presiden PAS
SHAH ALAM, 22 Oktober – Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar diumumkan secara rasmi menang tanpa bertanding (MTB) bagi jawatan Naib Presiden Parti Islam Se-malaysia (PAS) bagi penggal 2023-2025. Turut mengisi barisan Naib Presiden PAS iaitu Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Kesemua mereka dikekalkan bagi jawatan berkenaan pada Majlis Pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69 bertempat di IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam di sini hari ini. Pengumuman itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Dato' Dr Abdul Halim Tamuri di sini pada Ahad. Sementara itu, empat pimpinan dari Terengganu yang terdiri daripada seorang Ahli Parlimen, dua orang exco dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik sebagai Ahli Jawatan kerja PAS Pusat. Kesemua mereka terdiri daripada Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim dan ADUN Jerteh, Dr Riduan Mohamad Nor.  
22 Oct 23
197
Anwar Perlu Tumpu Masalah Rakyat, Bukan Sekadar Bercakap
Anwar Perlu Tumpu Masalah Rakyat, Bukan Sekadar Bercakap
SHAH ALAM, 21 Oktober - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memberikan sepenuh perhatian untuk menangani pelbagai masalah dalam negara dengan perancangan teliti bukan hanya sekadar bercakap dan berjanji. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jika pihak kerajaan Persekutuan tidak fokus kepada masalah kesannya rakyat akan menderita. ''Bukan (juga) terbang (mengadakan lawatan) ke sana ke mari, sekejap Amerika, sekejap Dubai, ke Arab Saudi, ke China (maka) tidak akan ada solusi bagi menangani pelbagai isu diharapi rakyat. ''Kena duduk dan tengok masalah dihadapi rakyat bukan hanya berkata-kata ini dilihat kalau bercakap (bohong), lembu pun boleh terbang,'' ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ceramah 4 Menteri Besar, pada Muktamar Tahunan PAS kali Ke-69, di sini, semalam. Tegas Ahmad Samsuri, apa yang perlu disedari tugas memimpin negara perlu dibuktikan dengan pelaksanan serta perancangan yang tuntas. ''Kalau hendak memerintah negeri hanya melalui percakapan, baik dicari orang yang boleh duduk bersembang di kopi tidak perlu melakukan apa-apa. ''Tetapi tugas memeritah negeri dan negara kena duduk berbincang dan melaksanakan segala apa yang telah dijanjikan bukan hanya sekadar berjanji. ''Segala perkara akan menjadi mudah sahaja, tetapi kerana banyak sangat dalam kepala (pemikiran) yang hendak dibuat (Anwar) sampai tidak boleh buat apa, maka akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat,'' ujarnya lagi.    
21 Oct 23
163
Tun M Calon PN di Kemaman Hanya Khabar Angin
Tun M Calon PN di Kemaman Hanya Khabar Angin
KUALA TERENGGANU, 4 Oktober - Berita PAS-PN akan meletakkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon parti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman nanti hanyalah khabar angin. Menteri Besar Terengganu yang juga Naib Presiden PAS, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, setakat ini PAS belum memutuskan lagi calon yang bakal bertanding di parlimen berkenaan. "Saya tidak dengar ura-ura, saya hanya terbaca dalam surat khabar dan media sosial sahaja (sedangkan) tiada perbincangan dan kami belum 'sit down' di kalangan pemimpin tertinggi untuk berbincang bagi menghadapi PRK ini termasuk bagi menentukan calon. "Juga tidak dibincangkan lagi negeri mana yang akan membantu (kempen) di peti-peti undi di Parlimen Kemaman nanti," ujarnya ketika ditemui pemberita ketika Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 di sini, hari ini. Mengulas lanjut katanya, sebelum adanya sebarang keputusan maka spekulasi akan terus disebarkan dan segala kemungkinan boleh berlaku. "Selagi tidak dinamakan calon jadi ia terbuka. "Namun setakat ini kita akan mengekalkan kerusi tradisi, calon adalah daripada PAS," ujarnya. Menjawab mengenai keputusan PAS untuk tidak melakukan rayuan sehingga timbul pelbagai tohmahan dan tanggapan daripada segelintir pihak, katanya perkara itu tidak boleh dihalang. "KIta tidak dapat menghalang mana-mana individu membuat tanggapan atau tohmahan, situasi yang dihadapi sekarang sama dengan Kuala Terengganu, kita ambil langkah taktikal pada waktu itu dengan bersedia menghadapi PRK. "Cuma situasinnya berbeza kerana PRK Kuala Terengganu sama dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan, tetapi fakta kes itu tetap sama jadi tidak adil kalau Kuala Terengganu kita tidak rayu dan tiba-tiba di Kemaman kita membuat rayuan. "Apa yang paling penting kita hadap pilihan raya ini dengan segera supaya masyarakat Kemaman tidak tertunggu-tunggu siapa yang mewakili mereka kerana proses rayuan mengambil masa yang lama...jika dibiarkan sehingga bulan Januari akan timbul cerita lain di saat menghadapi banjir dan sebagainya," ujarnya.
04 Oct 23
262
PAS Sedia Hadapi PRK Kemaman
PAS Sedia Hadapi PRK Kemaman
KUALA TERENGGANU, 3 Oktober - PAS bersedia menghadapi Pilihan Raya Kawasan (PRK) Kemaman, selepas parti itu memutuskan tidak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu yang membatalkan kemenangan dicapai PAS pada Pilihan Raya Umum ke-15, pada November lalu. Naib Presiden PAS, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika mengulas keputusan itu berkata, pihak partinya bersedia mengerahkan jentera untuk memenangi kembali kerusi berkenaan. "Dari segi calon belum ada keputusan. Kita juga tidak pernah mengangggap mana-mana kerusi sebagai kerusi yang mudah dimenangi, termasuklah di Ru Rendang pun, walau telah kita menangi puluhan tahun. "Mana-mana yang ada akan dianggap satu medan untuk kita bekerja dengan sepenuh hati (untuk memenangkan), saya percaya rakyat kita di kawasan itu juga teruja untuk memberi kemenangan kepada calon PAS yang bertanding," katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-15, di sini, hari ini. Berdasarkan kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, keputusan itu diambil setelah hakim Anselm Charles Fernandis mengesahkan dalam sesi Pengurusan Kes melalui sidang video bahawa keputusan Yang Arif Hakim dalam kes berkenaan sama seperti mana keputusan Petisyen Kuala Terengganu. Pada PRU15 lalu, Calon PAS, Che Alias Hamid memenangi kerusi Parlimen terbabit dengan majoriti lebih 27 ribu mengalahkan Pengerusi UMNO Terengganu.
03 Oct 23
175
SG4 Langkah Luar Biasa
SG4 Langkah Luar Biasa
KUALA TERENGGANU, 25 September - Langkah empat negeri menubuhkan 'State-Government 4 (SG4)' merupakan satu langkah pembaharuan yang berani dan dianggap luar biasa. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, usaha merupakan satu inovasi gandaan ekonomi, pelaburan dan sosioekonomi bagi Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis yang mempunyai tarikan serta keunikan tersendiri. Tegasnya, agenda itu tidak mempunyai kepentingan politik sebaliknya adalah untuk kebaikan rakyat di setiap negeri ini. "Timbul kegerunan di peringkat Persekutuan, malah tukang karut kepimpinan tertinggi dalam UMNO yang kini semakin ketandusan idea mula meletakkan propaganda kosong mereka (berkait SG4). "Apabila kurang maklumat dan tidak tahu apa-apa berhubung SG4 menampakkan kedangkalan UMNO ini tiada langsung jiwa besar untuk 'move on' tujuannya adalah untuk kebaikan dan kepentingan di empat negeri dan bukan untuk berpolitik. "Sebenarnya ia hanya untuk membangunkan empat negeri yang sentiasa dianggap mundur oleh kerajaan Persekutuan," katanya melalui hantaran di facebooknya, di sini, baru-baru ini. Ujarnya, SG4 akan menjadi titik permulaan merubah persepsi dangkal yang mana negeri yang ditadbir 100 peratus Melayu adalah mundur. "Malahan ada cuba-cubaan untuk melagakan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, SG4 adalah satu gerakan murni di bawah PN, di samping mengambil kesempatan mencedok pemikiran unggul Tun Dr Mahathir Mohamad dan kumpulan pemikirnya dari dalam negara dan luar negara," katanya.
25 Sep 23
1139
Rafizi Asyik Berpolitik, Tidak Fikir Soal Rakyat
Rafizi Asyik Berpolitik, Tidak Fikir Soal Rakyat
KUALA TERENGGANU, 26 Ogos - Menteri Besar Terengganu melalui tulisannya jelas memaparkan kekecewaannya terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang gemar berpolitik setiap masa daripada memikirkan soal rakyat dan negara. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, amat jarang Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menulis artikel dengan nada sebegitu kecuali ia benar-benar serius. ''Jika melihat bait-bait tulisannya dan memahami maksudnya, ia menjelaskan apa itu politik, ketika dan saat mana berpolitik, peranan serta fungsi sebagai pentadbir serta tugas untuk memaju dan memakmurkan negeri/negara secara kolektif sebagaimana termaktub dalam perlembagaan. ''Namun selepas tamatnya PRN (Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Ke-15), seolah-olah kelihatan seperti negeri yang diterajui Perikatan Nasional (PN) mahupun penyokong serta pendokong PN bakal dihukum kerana pegangan politiknya. ''Malaysia adalah sebuah negara berdaulat, begitu juga negeri-negeri yang menjunjung kesatuan yang membina Malaysia. Hormatilah perbezaan pandangan,''ujarnya. Beliau berkata demikian melalui hantaran di facebooknya, di sini, hari ini. Tambah Khalil, ketika sebelum ini Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi pembangkang meminta semua pihak menghormatinya serta dilayan dengan adil, begitu juga PN pada ketika ini. ''Jangan cakap tak serupa bikin dan 'double standart' kerana sikap beginilah ramai rakyat muak dan memandang hina kepada ahli politik dan pentadbir,''ujarnya.
26 Aug 23
229
"32-0, Kerajaan Terengganu Tak Boleh 'Menyederhanakan' Prestasi"
"32-0, Kerajaan Terengganu Tak Boleh 'Menyederhanakan' Prestasi"
KUALA TERENGGANU, 21 Ogos - Kemenangan besar PAS/PN pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 lalu bukan alasan untuk parti itu berpuas hati dengan prestasi lepas, ujar Dr Azman Ibrahim. "Saya kurang setuju kalau dikatakan kerajaan ini perlu kekalkan prestasi semasa, yang sepatutnya ialah kerajaan ini perlu tingkatkan prestasi. "Kita tidak boleh menyederhanakan prestasi kerja sekadar berpuas hati dengan kejayaan sesi lepas," ujar Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri itu melalui satu kenyataan hari ini. Mengulas lanjut kata beliau, pihaknya mengambil pendekatan melihat ke hadapan tanpa menoleh ke belakang untuk mengulas apa yang telah berlaku sepanjang kempen. "Perkara besar ialah untuk memahami bagaimana tingginya harapan rakyat kepada PAS/PN yang perlu dipenuhi setelah pengundi menjatuhkan hukuman 32-0 kepada BN/PH. "Lima tahun yang berlalu, rakyat telah membuat penilaian dan mereka memilih untuk mengundi dengan keputusan badi kerajaan sepenggal telah berakhir," ujarnya. Tambahnya, berlakunya peralihan penggal pertama kepada penggal kedua merupakan waktu yang yang sangat kritikal terpaksa ditempuhi dengan cabaran yang tersendiri. "Tapi kini setelah badi ini berjaya dilepasi ia bukan bermakna kita sudah boleh 'slow down' sebaliknya gear perlu dinaikkan lagi dan momentum graf perlu menaik ke atas. "Naik kereta kalau main gear sama, boleh 'lokoh' gear," ujarnya lagi.    
21 Aug 23
259