Artikel "Politik" Terkini
LUHAM Bantu Suburkan Proses Demokrasi
KUALA TERENGGANU, 15 Oktober - Pertubuhan Kebajikan Lepasan Pelajar Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM Care)Terengganu akan membantu menyuburkan proses demokrasi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 nanti.
Setiausahanya, Dato' Fariz Dato' Mustafa berkata pendedahan kepada orang ramai mengenai Undang-Undang Pilihan Raya dan pemakaian undang-undang terkini adalah penting.untuk sistem pentadbiran negara.
"Natijahnya program ini memberi pencerahan kepada mereka tentang tugas selaku peguam dan juga pengamal undang-undang dalam mengendalikan urusan berkait pilihanraya sama ada sebelum, semasa atau selepas tempoh PRU.
"Amalan dan pemakaian undang-undang ini melibatkan Akta Pilihan Raya 1958 membabitkan perjalanan PRU, kaedah mengundi POS, pengundian awal serta akan mengendalikan masalah-masalah yang timbul atau diteruskan melalui petisyen pilihanraya.
"Isu ini dilihat dalam konteks terkini bukan sahaja dari sudut politik tetapi digarap dari sudut undang-undang yang mementingkan keadilaan dan kesaksamaan kepada mana-mana pihak tenpa melihat parti politik mana bertanding, dan ini sangat penting dalam mengelakkan pencalonan ataupun penaamaan calon dibatalkan juga kriteria calon juga diperhalusi,"ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Seminar Undang Undang Pilihan Raya : Amalan dan Pemakian Terkini dan Undang-Undang Pilihan Raya dan Politk Semasa : Apa peranan Peguam dan Pengamal Undang-Undang, di Paya Bunga Hotel Kuala Terengganu, di sini baru-baru ini.
Majlis berkenaan dirasmikan bekas Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli dan acara penutupnya telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Antara panel yang ditampilkan ialah Pengerusi NGO LUHAM, Nik Bahrum Nik Abdullah, Penasihat LUHAM Care Terengganu, Mohd Zabidi Yusof serta Pengerusi LUHAM Care Terengganu, Tuan Kamaruzaman Abdul Wahab.
Mengulas lebih lanjut, Fariz berkata pendedahan itu juga akan membantu pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Polis dan pihak yang terlibat untuk melancarkan proses menasihati pihak berkenaan menuruti kehendak undang-undang dan perlembangaan setelah melalui proses reformasi undang-undang PRU yang membenarkan undi 18 yang melalui proses pendaftaran secara automatik.
"Saya yakin dan percaya program ini mampu melahirkan peguam yang berkebolehan dan berkemahiran dalam menasihati parti politik yang terlibat supaya amalan dan pemakaian undang-undang menurut lunas undang-undang yang telah ditetapkan tidak disalahtafsirkan.
"Supaya mencapai matlamat dan hasrat reformasi sistem pilihanraya untuk memberi keadilan kepada rakyat dalam memilih calon dan parti yang merkea sukai dan kehendaki, oleh kerana kerana itu kami melihat program ini sangat penting, insya-Allah akan diteruskan dalam konteks yang lain mungkin lebih besar yang akan melibatkan penyertaan orang awam, dan juga pihak-pihak yang terlibat dalam sistem pilihanraya kita ini," ujarnya.
15 Oct 22
425
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri
KUALA TERENGGANU, 14 Oktober – Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
Beliau menyifatkan bahawa dakwaan demikian timbul daripada pemerhati yang tidak berada dalam gelanggang politik sebenar bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU).
“Sebelum PRU-14 lagi ada (penganalisis politik) kata Pas di Kelantan akan tewas dan macam-macam yang akan jadi.
“Dia macam main bola. Orang yang bermain atas padang dengan duduk di luar ini lain. Orang duduk luar ni kalau Messi dengan Ronaldo main pun dia komen.
“Tapi apa yang berlaku di padang itu adalah ‘real’, jadi terima kasih atas pandangan itu dan kita (PN) akan kerja lebih kuat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Bola Sepak Kejuaraan Terengganu Football League 2022 di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Presiden Persatuan Bola Speak Negeri Terengganu (PBSNT), Marzuki Sulong dan Datuk Bandar MBKT, Rosli Abdul Latif.
Dalam perlawanan itu, pasukan Besut FA berjaya menewaskan The Black Warrior FC dengan jaringan 5-0 sekali gus mengesahkan mereka sebagai juara liga.
14 Oct 22
610
PN Muktamad Pembahagian Kerusi Dalam Masa Terdekat
KUALA TERENGGANU, 14 Oktober – Perikatan Nasional (PN) bakal memuktamadkan pembahagian kerusi bersama parti gabungannya dalam masa terdekat bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Moktar berkata PN akan mengadakan perbincangan lanjut susulan keputusan Parti Islam Se-Malaysia (Pas) memilih untuk bersama PN berbanding UMNO.
“Kerusi untuk pilihanraya bukan sahaja di Terengganu tapi di seluruh Malaysia akan dibincangkan dalam tempoh seminggu ini, Insya-Allah sebelum Jumaat depan akan selesai.
“Fokus mesyuarat nanti akan melibatkan pembahagian kerusi DUN dan juga parlimen, maka kita (PN) akan tentukan nanti,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Hadiah Bola Sepak Kejuaraan Terengganu Football League 2022 di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, di sini hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi PN Terengganu menjelaskan bahawa kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan kesediaan bekerjasama dengan Parti Pejuang adalah satu laporan mengelirukan oleh pihak media.
“Saya ada menerima ‘WhatsApp’ daripada beliau mengatakan bahawa ada silap faham tentang apa yang dilaporkan, jadi sebenarnya kenyataan tersebut bukan begitu,” tambahnya.
Walaubagaimanapun, Ahmad Samsuri berkata bahawa semua strategi bagi menghadapi PRU adalah dinamik dan mungkin berubah mengikut situasi semasa sehingga tiba hari penamaan calon.
Dalam aksi bola sepak tersebut, pasukan Besut FA berjaya menewaskan The Black Warrior (TBW) FC dengan jaringan 5-0 menjadikan Besut FA dinobatkan sebagai juara liga.
14 Oct 22
224
PAS Tidak Gopoh Kait Buah Yang Belum Ranum! – Abdul Hadi
MARANG, 14 Oktober – Keputusan PAS yang mengambil langkah mengukuhkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bukannya dengan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi PRU ke-15 disifatkan tidak tergopoh-gopoh mengait buah yang belum masak.
Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata, umpama buah durian, usah kait cepat sangat, kalau kait cepat sangat, belum sempat masak lagi dan apabila kita makan akan menyebabkan kembung perut.
“Begitulah diumpamakan bukannya kita nak bermusuh dengan UMNO, oleh kerana ada kekeruhan kita tangguh dulu. Oleh sebab itu, kita mengambil kesempatan untuk menjernihkan keadaan dulu.
"Apa yang penting kita nak ajak semua rakyat Islam dan orang bukan Islam tolak penerima dan pemberi rasuah. Tolak yang 'keruh' pilih yang nak menjernihkan keadaan," katanya ketika menyampaikan Kuliah Dhuha sempena Karnival TMBS DUN Rhu Rendang di Pantai Kelulut, di sini, pada Jumaat.
Beliau turut menyeru agar semua ahli PAS terus bekerja melaksanakan amar makruf nahi mungkar, Walaupun ini lebih payah, lebih senangnya dengan UMNO lah, boleh menang cepat, tetapi PAS tidak gopoh.
“Keputusan demi prinsip penyatuan ummah bersama PN ini diambil untuk biar buah durian masak betul-betul dulu. Saya tahu ada orang PAS ni tak tahan, terliur sangat, nak makan pengat durian. Hakikatnya durian mentah lagi, kena sabar dulu biar masak molek dulu,” katanya.
Sementara itu, beliau turut mengumumkan PAS membuat keputusan untuk menggunakan simbol sendiri iaitu bulan memandangkan parti berkenaan mempunyai sokongan padu di tiga negeri tersebut.
Tiga negeri di bawah pentadbiran PAS iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah akan menggunakan lambang parti sendiri bagi semua calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Categories: Utama, Semasa, Politik
Tags:
Keywords: (no set)
Meta Description: (no set)
14 Oct 22
564
Terengganu Tidak Bubar DUN, Tumpu Banjir
MARANG, 13 Oktober- Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pagi ini memutuskan bahawa parti itu kekal dengan pendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri-negeri di bawah pentadbiran PAS sekiranya Pilihan Raya Umum diadakan pada tahun ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Presiden PAS, Tan Sri Dato' Seri Abdul Hadi Awang memaklumkan bahawa negeri-negeri terbabit iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu mengekalkan pendirian tidak membubarkan DUN seiring pembubaran di peringkat parlimen.
"PAS akan terus mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi PRU ke-15 atas prinsip penyatuan ummah.
"Kita juga akan memuktamadkan perbincangan kerusi-kerusi negeri bersama PN selain akan mengangkat senarai calon dari negeri untuk penilaian Majlis Syura Ulama," jelasnya menurut kenyataan berkenaan.
Dalam pada itu, Naib Presiden PAS yang merupakan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan, tumpuan kini difokuskan kepada persiapan menghadapi banjir.
"Sekalipun dijangka agak besar, saya rasa tidak ada masalah untuk berdepan banjir. Ini kerana, selain agensi kerajaan yang sedia ada dipersiapkan, daripada segi parti, PAS sendiri ada satu unit yang menguruskan isu dan persiapan banjir, jadi apabila kena hadap, kita hadaplah," katanya.
13 Oct 22
1145
DUN Terengganu Bubar Atau Tidak Tunggu Pengumuman
KUALA TERENGGAU , 11 Oktober - Masih menjadi teka teki adakah Terengganu akan melakukan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan Pilihan Raya diadakan bersekali dengan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, suatu kenyataan rasmi akan dikeluarkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bagi memuktamadkan keputusan berkenaan.
"Saya tidak boleh ulas, Setiausaha Agung akan beri kenyataan, tunggu kenyataan," katanya ditemui pihak media selepas selesai mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, di Kuala Lumpur, hari ini.
Walau bagaimanapun menurutnya keputusan telah ada cuma menunggu untuk diumumkan sahaja, selepas Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS, di Kuala Lumpur hari ini.
Sebelum ini PAS telah memutuskan tiga negeri iaitu Terengganu, Kedah dan Kelantan tidak akan membubarkan DUN sehingga tahun depan, jika PRU terpaksa diadakan pada tahun ini.
Dalam perkembangan sama, beliau yang juga merupakan Naib Presiden PAS berkata, pihaknya tidak akan berputus asa dalam usaha untuk menyatukan tiga parti Melayu antara PAS dengan UMNO serta BERSATU bagi mengelakkan berlakunya pertembungan.
"Kita masih mencuba, Kenyataan terakhir kita pun menuju kepada perpaduan ummah, kita tidak boleh berputus asa,"katanya.
Mesyuarat hari ini telah dipengerusikan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan telah berakhir pada jama 10.50 pagi tadi.
11 Oct 22
2210
Parlimen Bubar, Wajar Tolak Individu Terdesak
KUALA TERENGGANU, 10 Oktober - Kerajaan negeri kesal dengan keputusan pembubaran parlimen ketika semua jabatan dan agensi sedang bersiap siaga menghadapi musim banjir.
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan PAS telah menegaskan bahawa Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) tidak wajar dilakukan saat ini.
“PAS telah berulang kali menegaskan tentang ketidaksesuaian PRU-15 diadakan di saat negara bakal menghadapi suasana banjir yang kini bukan sahaja berlaku di Pantai Timur.
“Rakyat boleh membuat berbagai-bagai andaian tentang tujuan dan kehendak pembubaran yang dipaksakan ini walaupun tinjauan awam menunjukkan lebih 2/3 rakyat tidak bersetuju untuk PRU15 diadakan pada ketika ini,” katanya.
Beliau berkata demikian melalui satu kenyataan sejurus pengumuman pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri, petang tadi.
Ahmad Samsuri turut menyelar sebahagian pihak dalam parti tertentu bersikap pentingkan diri sendiri sehingga memaksa Perdana Menteri bertindak demikian.
“Mereka yang menekan sehingga keputusan pembubaran ini dibuat merupakan liabiti pada negara dan wajar ditolak dalam PRU yang akan datang,” tambahnya.
Sebarang keputusan berkaitan pembubaran tersebut bakal disahkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Harian Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang dijadualkan pada awal pagi esok.
10 Oct 22
1610
PAS Teruskan Usaha Elak Pertembungan Parti Melayu Pada PRU-15
KUALA NERUS, 6 Oktober- Parti Islam SeMalaysia (PAS) kekal komited dalam usaha menyatukan perpaduan di kalangan parti-parti dikuasai orang Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15, sebagaimana hasrat asal penubuhan Perikatan Nasional.
Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan, pihaknya masih berusaha mengelakkan pertembungan dengan UMNO dalam PRU nanti.
Beliau yang juga merupakan Menteri Besar Terengganu berkata, mengelakkan pertembungan dengan UMNO samada di negeri Terengganu atau negeri-negeri lain merupakan keputusan terbaik yang harus dipilih.
“Mengelakkan pertembungan dengan UMNO itulah paling ideal, sebab kita melihat secara menyeluruh maksud perpaduan ini.
“Bukan Terengganu sahaja, kita melihat samada ia boleh dicapai atau tidak, kita tengoklah.
“Saya percaya UMNO Terengganu tertakluk kepada (keputusan) UMNO Pusat, jadi jika kita tidak boleh buat (muafakat) dengan UMNO Terengganu, kita buat dengan Pusat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Pembudayaan Kehidupan Bersyariat Negeri Terengganu Darul Iman di Dataran Masjid Seberang Takir, hari ini.
Jelasnya, PAS masih kekal dengan pendirian asal untuk tidak melakukan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi tidak negeri di bawah pentadbirannya iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.
“Semuanya akan bergantung kepada perbincangan dan pendirian PAS Pusat. Kita akan bincang balik pada Sabtu tetapi setakat hari ini, saya difahamkan ketiga-tiga negeri tidak akan membubarkan DUN sekiranya berlaku pembubaran dalam waktu terdekat,” katanya.
06 Oct 22
487
Kabinet Putuskan Fokus Masalah Banjir Berbanding PRU
KUALA NERUS, 22 September - Jemaah Menteri yang bermesyuarat semalam telah membuat keputusan untuk mengutamakan masalah banjir berbanding mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ketika ini.
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan keperluan dan kekuatan jentera kerajaan dalam dua situasi berbeza.
"Sebagai contoh jika sebahagian anggota bertindak menjaga peti undi manakala sebahagian lagi mengurus situasi banjir, kita lihat ini tidak sesuai dan menjejaskan kepentingan rakyat.
"Oleh itu, kabinet memutuskan untuk mengutamakan keperluan rakyat atau masalah banjir dahulu, kepentingan rakyat melebihi segala-galanya," jelasnya ketika berucap merasmikan majlis Pra Himpunan Teguh Pertahan 100k di Dataran Kompleks Sukan Negeri Terengganu di sini hari ini.
Namun begitu, menurut Timbalan Presiden PAS itu jika parlimen dibubarkan, parti Islam itu bersedia masuk ke 'medan perang'.
"Kita tidak bersetuju PRU dilakukan pada musim tengkujuh bukan kerana takut, tapi melihat keperluan rakyat yang lebih utama.
"Tetapi jika dibubarkan juga, kita akan masuk berlawan di pilihan raya," tegasnya.
22 Sep 22
349
PRU : ‘Jangan Susahkan Rakyat Demi Agenda Peribadi’
KUALA LUMPUR, 21 September - Pemimpin politik diingatkan agar tidak menyusahkan rakyat dengan mengadakan pilihan raya umum (PRU) pada waktu banjir semata-mata kerana mahu menyelesaikan masalah peribadi.
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan, tidak wajar untuk mengheret rakyat yang kini sudah dibelenggu pelbagai beban seperti masalah ekonomi.
“Cukuplah kita menyusahkan rakyat terutama mengheret mereka dengan adakan pilihan raya pada waktu banjir.
“Biarlah kita selesaikan urusan rakyat dan biar kita selesaikan urusan pendekatan ekonomi dahulu sebelum kita adakan pilihan raya.
“Sama ada mereka ini nak dengar atau tidak itu terpulanglah kepada mereka, tetapi pada saya kita berpolitik, berpolitik juga tapi janganlah pula mengheret rakyat untuk menyelesaikan masalah peribadi kita,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Yayasan Terengganu dengan syarikat pelaburan induk strategik kerajaan Terengganu di sini, hari ini.
Untuk rekod, Ahmad Samsuri pernah berkata sebelum ini, Terengganu tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya pembubaran parlimen dilaksanakan pada tahun ini.
“Ini kerana, kita lihat pada waktu sekarang ini tiada keperluan, dalam keadaan kita baru keluar daripada pandemik pada Januari lalu dan aktiviti ekonomi sedang rancak berjalan di mana rakyat pun mula keluar untuk menjalankan urusan masing-masing sama ada berniaga atau apa-apa juga usaha.
“Jadi tentulah, keputusan mengadakan pilihan raya dan membentuk suatu keadaan poilitik baharu yang belum tentu ini adalah (langkah) tidak cermat perkiraannya.
“Kita ingin melihat, oleh kerana tempoh penggal masih ada dan rakyat sedang bergerak ke hadapan, biarlah rakyat bergerak ke hadapan dengan pantas serta persoalan pilihan raya itu di kemudiankan,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden PAS itu menyokong kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa musuh parti Islam itu adalah Pakatan Harapan (PH) dan bukannya UMNO.
“Memang kita secara konsisten dalam Muktamar PAS pun telah disebut bahawa PH adalah lawan kita dalam pilihan raya.
“Tidak ada kerjasama dengan PH, kalau ada pihak yang timbulkan untuk adakan kerjasama dengan itu kita lebih awal bagitahu bahawa tiada sebarang kerjasama dengan PH,” katanya.
21 Sep 22
383