lightning-solid
Berita :

Artikel "Politik" Terkini

Pengundian Awal Babitkan 221 Anggota Polis di Setiu Lancar
Pengundian Awal Babitkan 221 Anggota Polis di Setiu Lancar
SETIU, 15 November - Proses pengundian awal membabitkan seramai 221 pegawai dan anggota polis beserta pasangan di Setiu berlangsung dengan lancar bermula jam 8 pagi. Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superitendan Afandi Hussin berkata, kesemua anggota menjalankan kewajipan atas kesedaran masing-masing tanpa diugut atau dipengaruhi mana-mana pihak termasuk tidak diberikan sebarang amaran. "Dengan kesedaran ini maka kesemua anggota polis di daerah ini menyatakan komitmen tinggi untuk mengundi kerana ia akan menentukan masa hadapan negara untuk dibangunkan, kalau tidak mengundi ia menjadi satu kerugian. "Sebagai rakyat sewajarnya tidak mengambil sikap mengecualikan diri untuk menjalankan kewajipan ini tidak kira sesiapa sama ada tentera, polis, orang awam dan siapa sahaja perlu untuk mengundi,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di Pusat Pengundian Awal di Dewan Abdul Ghafar Rajab, Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu, di sini, hari ini. Lokasi pengundian awal bagi daerah ini, turut dibuka di Bilik Maklumat Balai Polis Sungai Tong serta Batu Rakit. Ujarnya lagi, bagi membentuk sebuah negara yang bersih dan stabil pengundi perlu memilih calon yang berwibawa untuk membina kepentingan negara dan bukan untuk kepentingan parti tertentu. Dalam pada itu menurutnya, anggota yang positif Covid-19 juga tidak diabaikan dan diberikan perhatian agar individu yang dijangkiti virus berkenaan masih mampu menjalankan hal sebagai rakyat Malaysia. "Tetap akan mengundi mengikut sepertima prosedur yang telah disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, daripada awal lagi kita telah memastikan anggota semua berada dalam keadaan sihat, hanya seorang sahaja anggota polis di daerah ini yang didapati positif Covid-19,"ujarnya lagi.  
15 Nov 22
399
Polis Hulu Terengganu Siap Sedia Hadapi PRU15, Banjir
Polis Hulu Terengganu Siap Sedia Hadapi PRU15, Banjir
HULU TERENGGANU, 15 November - Polis Hulu Terengganu bersiap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan fenomena banjir akibat Monsun Timur Laut (MTL). Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, pengurusan Jawatankuasa Banjir Daerah telah menyediakan pelan kontijensi untuk membuat persiapan sekiranya berlakunya bencana banjir di Hulu Terengganu pada hari pengundian nanti. "Pelaksanaan tugas berdasarkan aset dan petugas, jadi  kita tidak ada masalah cuma anggota-anggota PDRM akan menumpukan sepenuh tugas kepada kawalan keselamatan bagi proses PRU15 nanti. "Pihak Bomba selaku Timbalan Komander Operasi akan menguruskan proses pemindahan dan lain lain perkara yang berkaitan dengan banjir," jelasnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuang undi  di Pusat Pengundian Awal di Dewan Kelah, Kompleks PDRM, di sini. Katanya lagi, ia bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pengundi terjamin semasa menghadapi PRU15.        
15 Nov 22
96
PRU15 : Kempen Di P038 Bersih, Tiada Laporan Polis Diterima
PRU15 : Kempen Di P038 Bersih, Tiada Laporan Polis Diterima
HULU TERENGGANU, 14 November - Polis Hulu Terengganu tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sepanjang tempoh berkempen hingga hari ini. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, pihaknya tidak menerima laporan insiden seumpama itu daripada mana-mana parti politik yang bertanding. "Sepanjang tempoh berkempen di P038, kita tidak menerima aduan atau laporan bersabit kesalahan PRU, perbuatan khianat atau apa-apa kes jenayah di daerah ini. "Setakat ini 'report' masih bersih dan dalam keadaan sangat terkawal," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuang undi  di Pusat Pengundian Awal di Dewan Kelah, Kompleks PDRM, di sini. Seramai 232 pegawai dan anggota polis menjadi kumpulan pertama penentuan mandat kerajaan menerusi PRU15, di P038 hari ini. Mohd Adli berkata proses pengundian awal  dijalankan mengikut kaedah pengundian biasa yang  disaksikan oleh wakil-wakil calon yang bertanding. "Proses pengundian awal ini dijalankan bermula jam 8 pagi hingga 5 petang di dua lokasi iaitu Dewan Kelah, Kompleks Perumahan PDRM Hulu Terengganu (220 anggota) dan Balai Polis, Ajil (12 anggota). "Sehingga jam 10.30 pagi, lebih 60 peratus pegawai dan anggota telah keluar menunaikan kewajipan masing-masing sejak jam 8 pagi tadi,"ujarnya.
15 Nov 22
664
Banjir : Nyawa Rakyat Lebih Utama Daripada Kempen
Banjir : Nyawa Rakyat Lebih Utama Daripada Kempen
HULU TERENGGANU, 15 November - "Semua memang nak menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)  tapi yang penting ialah nyawa rakyat sekiranya berlaku banjir pada ketika itu bukannya meneruskan kempen," tegas Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Hulu Terengganu (P038), Datuk Rosol Wahid. Demikian reaksi beliau apabila ditanya strategi kempennya sekiranya Hulu Terengganu dilanda banjir menjelang hari membuang undi pada 19 November ini. Katanya, keutamaan wajar diberi kepada persediaan banjir dan pengurusan mangsa bencana dan bukannya perebutan kuasa melalui pelaksanaan kempen. "Saya tidak seharusnya mengangkat kepentingan diri, sebaliknya  peka dan sensitif dengan suasana semasa. "Jadi kalau nak tukar antara menang dengan nyawa rakyat..bagi saya nyawa rakyat 'first' pilihan," ujarnya kepada pemberita selepas Majlis Santai Bersama Media di Warisan Pahlawan Resort, di sini hari ini. Tambahnya, dia tetap akan berpegang kepada mengutamakan rakyat dalam apa jua situasi terutama perkara yang melibatkan nyawa serta keselamatan walaupun berhadapan dengan PRU15 yang sangat penting. "Saya teringat kata-kata seorang tua bahawa atas dunia ini semua boleh cuba, nak makan ikan kelah boleh cuba, nak makan landak boleh cuba tetapi jangan sesekali cuba kematian," ujar beliau lagi. Rosol juga berkata jika berlaku banjir mungkin Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) membatalkan pengundian untuk PRU15. "Ini disebabkan kita ada lima hingga enam tempat pengundian sekiranya berlaku banjir...air akan naik terutama di Hulu Berang," jelasnya. Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata SPR mempunyai hak untuk menangguhkan PRU-15 jika banjir besar berlaku sepanjang tempoh berkempen. Katanya, perbincangan lanjut akan dibuat sekiranya keadaan mendesak dan PRU-15 tidak dapat dilaksanakan kelak.
15 Nov 22
171
Tentera Tunai Tanggungjawab Mengundi di Terengganu
Tentera Tunai Tanggungjawab Mengundi di Terengganu
KUALA NERUS, 15 November - Seramai 692 daripada 833 anggota tentera Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan pasangan di Kem Seri Pantai 18 RAMD, di sini hadir menunaikan tanggungjawab mengundi, pagi ini. Manakala, baki 141 anggota di kem berkenaan lagi mengundi secara pos. Pengundian awal dilaksanakan di Dewan Seri Terengganu yang dibuka seawal jam 8.00 pagi melibatkan saluran satu dan dua. Pusat pengundian akan ditutup pada jam 5.00 petang. Seramai 2,483 anggota tentera dan pasangan di negeri ini melakukan pengundian awal. Selain itu, ia turut melibatkan 4,542 anggota polis dan pasangan di 24 pusat mengundi awal (PMA) yang dibuka di seluruh Terengganu.              
15 Nov 22
369
Penting Turun Mengundi Untuk Bentuk Kerajaan Lima Tahun
Penting Turun Mengundi Untuk Bentuk Kerajaan Lima Tahun
KUALA TERENGGANU, 15 November - Pentingnya para pengundi awal turun mengundi pada hari ini untuk membentuk sebuah kerajaan yang terbaik demi menjamin masa depan negara dalam tempoh lima tahun akan datang. Calon Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Haji Amzad Hashim berkata, proses tersebut memainkan peranan penting dalam demokrasi pembentukan negara bebas daripada rasuah. "Kepada pengundi-pengundi awal yang membuang undi di Parlimen Kuala Terengganu, selamat menunaikan hak dan tanggungjawab anda sebagai warganegara ini. "Sudah pasti harapan dan doa saya supaya saudara semua akan mengundi saya, Calon No.4 bagi P036 - Parlimen Kuala Terengganu," jelasnya. Beliau yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata demikian dalam laman sosial facebook, pada semalam. Justeru itu, beliau menyeru supaya pilihlah calon berintegriti bagi membentuk sebuah kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil. "Berilah peluang lagi sekali untuk saya berkhidmat kepada warga Kuala Terengganu. InsyaAllah, saya akan cuba sehabis daya saya untuk membalas kepercayaan anda demi kesejahteraan Kuala Terengganu ini dan anda semua. "Semoga dengan undi yang telah diberikan oleh tuan-tuan menyumbang kepada pembentukan sebuah kerajaan yang prihatin bersih dan stabil demi masa depan negara kita yang lebih cemerlang. "Kuasa ada di tangan anda. Jangan lupa undi saya Calon No.4, Datuk Haji Amzad Hashim," ujarnya.
14 Nov 22
838
'Insya-Allah, Empat Kerusi Dalam Genggaman PAS'
'Insya-Allah, Empat Kerusi Dalam Genggaman PAS'
KUALA TERENGGANU, 14 November- Kerusi Parlimen Marang, Kuala Terengganu, Dungun dan Kuala Nerus diyakini berada dalam gengaman PAS Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Sabtu ini. Pengarah Pilihan Raya Pas Negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata, keyakinan itu berdasarkan maklumat risikan yang diperolehi daripada jentera, penyokong dan akar umbi parti. Katanya, PAS juga tetap berpeluang besar untuk menang di Hulu Terengganu, Setiu, Besut dan Kemaman walaupun saingan agak sengit. "Ini kerana kempen lawan terutama Barisan Nasional (BN) sangat 'sejuk', lesu dan tidak serancak PAS terutama dari segi kekerapan ceramah dan pemasangan poster, kain pemidang dan bendera parti di seluruh Terengganu. "Nampaknya BN tak begitu bersungguh dalam PRU-15, pos (markas) pun ada buka sekejap kemudian tutup, ceramah pun tak ada sangat seperti PAS sekurang-kurangnya mesti ada empat ceramah di setiap Parlimen setiap malam. "Calon lain seperti PH (Pakatan Harapan) dan GTA (Gerakan Tanah Air) serta calon Bebas tidak ada impak yang besar, kerana pertandingan ini seolahnya hanya antara PAS dan UMNO, jadi kita nampak memang kita masih mendahului di semua lapan kerusi Parlimen Terengganu," katanya dalam sidang media hari ini.  
14 Nov 22
750
Hubungan Rapat Pengundi Bantu Menangkan Amzad
Hubungan Rapat Pengundi Bantu Menangkan Amzad
KUALA TERENGGANU, 14 November - Hubungan rapat pengundi dengan Calon Parlimen Kuala Terengganu daripada PAS, Datuk Haji Amzad Hashim akan membantu bagi mengekalkan kemenangan beliau pada pilihan raya nanti. Mohamad Zulkifli Abdullah, 57 berkata, sifat mesra dan suka turun padang meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap calon Perikatan Nasional (PN) itu Dia yang juga peniaga berkata, pemimpin yang dipilih hendaklah mempunyai keperibadian dan jati diri yang baik untuk mentadbir negeri dan negara. "Rata-rata kenalan dan keluarga saya memberikan sokongan penuh kepada beliau pada pilihan raya nanti," katanya ketika ditemui media. Sementara itu, Khamisah Yusof, 48, berkata PN-PAS dilihat mempunyai calon yang berpengalaman dan berwibawa dalam pemerintahan. “Justeru dapat menjadikan calon tersebut kuat dan kepercayaan yang tinggi bagi menarik pengundi,” jelasnya. Hisham Mustafa, 43, juga berpendapat bahawa calon PN lebih layak melalui latar belakang kejayaan, pendidikan dan sebagainya. “Harapan agar dapat melihat perubahan yang lebih baik serta kebajikan rakyat yang lebih terjaga melalui pimpinan yang dipilih,” katanya.            
14 Nov 22
201
Calon BN Besut Perlu Cermat Berkempen
Calon BN Besut Perlu Cermat Berkempen
BESUT, 14 November - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Besut, Datuk Nawi Mohamad diingatkan supaya cermat dalam berkempen agar tidak menyebabkan berlakunya salah faham kepada rakyat.  Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini A. Rahman menegaskan tempoh berkempen perlulah berlangsung dalam suasana harmoni tanpa menyebarkan sebarang fitnah terutama terhadap kerajaan negeri.  “UMNO datang ke Pulau Perhentian beberapa kali sepanjang tempoh berkempen ini dan saya difahamkan isu yang disebut kepada masyarakat sini bahawa kerajaan negeri rampas tanah rakyat.  “Sebenarnya tak betul, tanah di Teluk Keke itu milik anak syarikat kerajaan negeri iaitu TDM Berhad (TDM), TDM berurusan dengan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) bagi membangunkan pusat peranginan dengan cara pajakan,” katanya.    Beliau berkata demikian dalam Ceramah Pengenalan Calon Pilihanraya Umum (PRU) PAS di Pulau Perhentian, Kuala Besut di sini semalam. Mohd Nurkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera turut berkata, pelan pembangunan tersebut telah membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat di Pulau Perhentian.  “Saya dimaklumkan bahawa ada rakyat pulau sudah bekerja dengan pemaju buat masa ini dan kita yakin, apabila siap dibina bangunan (pusat peranginan) itu lagi ramai masyarakat pulau diterima kerja.  “Jadi pesanan saya kepada calon yang bertanding terutamanya daripada kem BN, jangan heret dan manipulasi usaha kerajaan negeri untuk manfaat takyat,” tegasnya.  Terdahulu, calon BN dilihat terdesak dalam berkempen sehingga perlu mengheret persepsi rakyat pulau terhadap isu tanah 42 hektar itu.  Parlimen Besut mempunyai pengundi seramai lebih 111,600 yang layak mengundi melibatkan empat calon yang bertanding daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) serta Gerakan Tanah Air (GTA).
14 Nov 22
745
Shaharizukirnain Berjaya Wujudkan Pembangunan Berskala Besar di Setiu
Shaharizukirnain Berjaya Wujudkan Pembangunan Berskala Besar di Setiu
KUALA TERENGGANU, 14 November - Penyandang kerusi Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir telah membawa perubahan berimpak besar untuk Daerah Setiu pada penggal lepas. Menurutnya, kejayaan itu merupakan hasil usaha beliau sama ada melalui pertemuan dan permohonan secara terus dengan jabatan dan menteri yang terlibat sejak 2018 hingga 2022 membabitkan peruntukkan sebanyak RM208.91 juta. Katanya, antara projek tersebut ialah dua Jambatan di Seri Bayas RM17.78 juta dan Jambatan Sungai Lerek RM6.75 juta, empat buah masjid di Kuala Kubang (RM3 juta), Pengkalan Merbau (RM3 juta) dan Chalok Barat (RM4 juta). "Dua buah klinik pula berjaya dibina di Batu Rakit (RM33 juta), di Rhu 10 (RM26 juta) selain itu turut dibina Balai Raya Gong Pasir (RM150,000), Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Renek (RM429,000) dan Dewan Tertutup Kampung Kerandang (RM450,000). "Batu penahan hakisan pantai di Kampung Pengkalan Maras (RM800,000), takung air di Batu Rakit (RM800,000) dan pedalaman muara di Kampung Mangkuk (RM112 juta) selain itu juga telah dibuka Jalan Pertanian Chalok Barat (RM750,000) dan telah berjaya membina 375 unit Rumah Mampu Milik (RMM) di Kampung Bintang," ujarnya melalui satu kenyataan di facebooknya, semalam. Perkongsiannya itu telah mendapat reaksi yang cukup baik di kalangan rakyat Setiu kerana telah berjaya membawa perubahan yang menepati kehendak dan keperluan rakyat. Rata-rata penduduk juga mahu beliau menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 agar terus kekal menjadi ahli Parlimen. Salah seorang penduduk, Hajar Fatimah menyatakan dalam tempoh yang singkat dengan pembangunan dan perubahan yang dibawa menunjukkan penyandang kerusi parlimen itu telah menunjukkan prestasi yang cukup membanggakan. "Alhamdulillah baru empat tahun, cuba bayangkan kalau Ustaz Zul (Shaharizukirnain) menjadi Ahli Parlimen untuk tahun-tahun seterusnya  ke hadapan sudah tentu akan banyak lagi kemajuan yang akan dibangunkan di Setiu," ujarnya.
14 Nov 22
359