Artikel "Pendidikan" Terkini
Hospital UniSZA Peringkat Akhir Putuskan Bentuk
Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang sedang dalam peringkat akhir untuk menentukan corak dan bentuk, akan menjadi sebuah hospital yang selesa untuk pesakit apabila siap kelak.Naib Canselor UniSZA, Prof Dato' Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, pihaknya mendapat kebenaran merancang daripada kerajaan negeri dan antaranya adalah mengadakan bilik khas bagi menempatkan pesakit di hospital berkenaan."Hospital Pengajar UniSZA ini akan mempunyai ciri-ciri antarabangsa dan Insya- Allah hospital ini bukan seperti hospital berbentuk 'warehouse' tetapi disediakan bilik untuk setiap pesakit."Ia adalah sebuah hospital awam tetapi setiap pesakit ada bilik masing-masing," katanya kepada wartawan ketika merasmikan program anak angkat di Kampung Seri Kenangan, Setiu, kelmarin.Menurutnya, kerja-kerja pembinaan sebenar akan dibuat di kawasan tersebut selepas siap proses pemasangan cerucuk.Tambahnya, pihaknya sudah membuat persediaan pengurusan sebanyak 90 peratus dan akan mematuhi perancangan asal untuk memastikan hospital ini siap sepenuhnya pada akhir 2019.Menurutnya, ketika ini, pihak UniSZA masih menempatkan penuntutnya bagi menjalani praktikal di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu."Begitu juga dengan kakitangan, kami ada 40 pakar yang masih berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan dan Pusat Perubatan UniSZA Holding di Kampus Gong Badak.
25 Apr 17
290
Inisiatif Tarik Pelajar Minat STEM
Bazlan bersama pelajar, ibu bapa dan guru-guru selepas Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang STEM Exxonmobil 2016, di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, Kuala Terengganu Penganjuran pelbagai program berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) di peringkat sekolah mampu meningkatkan bilangan pelajar dalam bidang STEM kepada nisbah 60:40 pada tahun 2020 seperti yang disasarkan kerajaan.Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin, berkata ketika ini pelajar yang mengikut pembelajran dalam bidang STEM belum mencapai sasaran yang memuaskan sedangkan negara memerlukan ramai tenaga kerja mahir dalam bidang tersebut untuk melonjakkan pembangunan negara.Katanya, sehubungan itu, pelbagai usaha yang telah dilaksanakan bagi memupuk minat pelajar kepada STEM di peringkat sekolah seperti kem dan pertandingan berkaitan sains adalah satu inisiatif yang tepat ke arah mencapai sasaran tersebut.“Terbaru, penganjuran program Anugerah Pelajar Cemerlang STEM Exxonmobil membabitkan 60 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah-sekolah menengah harian kerajaan di Terengganu.“Mereka yang mengikuti program itu dilihat lebih bermotivasi, bersemangat untuk meneruskan pengajian di peringkat universiti dan berminat mengikuti bidang kejuruteran dan perubatan,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang STEM Exxonmobil 2016, di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.Program itu dirasmikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, Bazlan Abdul Rahman.Hadir sama Pengurus Besar Hal Ehwal Awam dan Kerajaan Subsidiari- Subsidiari Exxonmobil, Sukiman Mohammed.Pelajar yang mengikuti program itu layak memperoleh wang tunai RM1,000 setiap seorang.Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin dianugerahkan sekolah menengah harian terbaik keseluruhan mata pelajaran STEM dan layak membawa pulang wang tunai RM3,000.
22 Apr 17
160
UniSZA Cadang Teroka IoT Martabatkan Bidang Agrikultur dan Pengurusan Bencana
Add captionUniversiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bercadang meneroka perkhidmatan dan teknologi berkaitan industri Internet of Things (IoT) bagi memartabatkan bidang agrikultur dan pengurusan bencana.Pengerusi Lembaga Pengarah universiti itu, Prof Emeritus Datuk Dr Kamaruddin Hussin berkata, pembangunan IoT yang merujuk kepada pemusatan pelbagai teknologi daripada komunikasi tanpa wayar kepada internet itu sedang dijalankan ketika ini.Katanya, buat permulaan UniSZA telah memulakan digital hab di kampus Besut dan akan disusuli program ladang tenusu di Ladang Pasir Akar yang akan dilancarkan minggu depan dalam mewujudkan konsep kerjasama pintar digital serta pertanian pintar."Kita akan membawa teknologi canggih IoT terutama dalam memartabatkan kedua-dua bidang itu."Selain itu, kita juga akan membangunkan sistem pengurusan bencana sebagai amaran awal buat masyarakat setempat dan ketika ini timbalan naib canselor penyelidikan dan inovasi universiti telah pun mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu," katanya.Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis Malam Anugerah Kewartawanan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 2017 di Kuala Nerus, malam tadi.Hadir sama, Naib Canselor, Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi A. Latiff.Menurut Kamaruddin, sistem pengurusan bencana itu akan berpusat di masjid dengan dilengkapi pelbagai teknologi termasuk wifi serta kemudahan lain bagi mengukur tahap kekeringan dan suhu.“Perkembangan itu kelak secara tidak langsung dapat menaikkan lagi nama universiti awam ke-18 di Malaysia itu sebaris institusi lain,”katanya.
12 Apr 17
125
252 Pelajar Jayakan KISS
Seramai 252 pelajar telah menjayakan Khemah Ibadah Sekolah-Sekolah (KISS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) peringkat kebangsaan yang diadakan di Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu selama empat hari berakhir semalam.Penganjuran KISS kali ketiga yang bertujuan mencungkil bakat kepimpinan dalam kalangan pelajar sekolah rendah itu dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Islam KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.Bertemakan ‘Al-Quran Asas Pembinaan Ilmu dan Penyempurnaan Akhlak, majlis penutup perkhemahan itu telah disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.
10 Apr 17
202
Usaha Perkasa Bahasa Inggeris Perlu Dilipat Ganda
Mohd Zubir bersama peserta Persidangan Antarabangsa Bahasa Inggeris, di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah KasimKerajaan negeri menyambut baik inisiatif Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam usaha meningkatkan kecekapan tenaga pengajar Bahasa Inggeris di negara ini, selain berharap inisiatif itu perlu dilipatgandakan.Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, berkata bidang pengajaran pada masa kini memerlukan sesuatu yang kreatif dan berbeza, selain tidak hanya bergantung kepada buku teks semata-mata.Katanya, menjadi tanggungjawab golongan pendidik untuk mengubah gaya pengajaran terhadap pelajar bagi meningkatkan minat serta menjadikan mereka lebih kreatif.“Teknik pengajaran bahasa akan menjadi kreatif sekiranya guru sentiasa mencari inisiatif berbeza semasa mengajar seterusnya menjadikan pelajar lebih kreatif.“Sehubungan itu, saya berharap semua tenaga pengajar terutamanya guru Bahasa Inggeris menyedari kepentingan menggunakan pelbagai pendekatan serta material pengajaran yang baik agar pelajar bersemangat dan sentiasa berhubung dengan persekitaran pengajaran dan pembelajaran,” katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Bahasa Inggeris, di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini. Persidangan selama dua hari, berakhir berakhir esok (23 Mac) itu memgumpul ahli akademik tempatan dan luar negara untuk berkongsi pandangan dan pengetahuan tenang bidang kajian yang meliputi kesusasteraan dan pengajaran Bahasa Inggeris.
22 Mar 17
123
Peserta Program Empower ECER Ditambah Seluruh Terengganu
Beberapa pelajar yang diraikan sempena bersama tetamu kehormat di Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 kepada 25 peserta Empower ECER Kuala Nerus, Setiu dan Marang di Pejabat ECER Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail.Kerajaan negeri berhasrat menambah bilangan peserta program Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di setiap daerah di negeri ini bagi meningkatkan prestasi akademik pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, menerusi inisiatif program pembangunan modal insan yang dilancarkan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) pada 2010, pelaksanaan program latihan akademik itu menyasarkan pelajar yang berprestasi lemah dan sederhana.“Ketika ini, setiap daerah mempunyai lebih kurang 200 peserta daripada keluarga kumpulan berpendapatan B40 dan untuk tahun ini kerajaan negeri dengan kerjasama ECER akan meneruskan program ini dengan menambah lebih ramai bilangan pelajar di setiap daerah.“Secara tidak langsung, dengan penambahan peserta program ini sedikit sebanyak dapat membantu menyelesaikan masalah kemiskinan yang membelenggu keluarga peserta dengan memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak mereka,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 kepada 25 peserta Empower ECER Kuala Nerus, Setiu dan Marang di Pejabat ECER Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Dato’ Jebasingam Issace John.Sementara itu, Ahmad Razif turut merakamkan ucapan terima kasih kepada ECER kerana program Empower yang diperkenalkan itu banyak membantu meningkatkan keputusan peperiksaan awam di Terengganu termasuk SPM.“Saya bangga kerana 25 orang pelajar hari ini menerima pengiktirafan di mana mereka ini terdiri daripada golongan keluarga B40.“Yang mana, kalau ikut keadaan biasa memang sukar untuk mereka berjaya kerana tiada kemudahan dan kelengkapan seperti pelajar lain, tetapi atas inisiatif ECER program Empower ini telah membuka peluang para peserta sekaligus berjaya menunjukkan peningkatan prestasi akademik,” ujarnya.Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri akan terus membantu pelajar-pelajar ini termasuk menerusi kerjasama dengan beberapa universiti negeri ini yang akan menawarkan tempat untuk mereka meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.“Kerajaan negeri dan ECER akan bantu pelajar ini untuk menempatkan mereka di pusat-pusat pengajian yang sewajarnya kerana yang paling mustahak mereka ini berjaya dan dapat keluarkan keluarga daripada kemiskinan.“Jika mereka berminat untuk meneruskan pelajaran di pusat-pusat pengajian di negeri ini tiada masalah, tetapi terpulang kepada pelajar untuk tentukan apa yang mereka minat,” ujarnya.
18 Mar 17
297
SPM 2016 : Terengganu Tetap Unggul
Terengganu sekali lagi mengekalkan status cemerlang dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan , Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri. A. Latiff Awang, mengucapkan tahniah kepada semua pelajar dan guru, Pengarah Pendidikan Terengganu dan semua yang terlibat kerana masih mempertahankan kecemerlangan dalam peperiksaan awam itu.“Saya juga merakamkan ucapan tahniah kepada ibu bapa yang turut membantu dalam proses pembelajaran anak-anak. Kepada yang kurang berjaya, jangan putus asa dan teruskan berusaha untuk berjaya dalam hidup,” katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Berangan juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri, di bawah kepimpinan Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang menjadikan pendidikan sebagai fokus utama dalam pembangunan modal insan bertaraf dunia.Pencapaian Gred Purata Keseluruhan (GPK) Terengganu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 meningkat kepada 5.02 berbanding 5.06 pada 2015.Pencapaian keseluruhan itu melepasi GPK kebangsaan yang menetapkan sekurang-kurangnya 5.10 GPK.Jumlah calon yang lulus semua mata pelajaran turut bertambah kepada 10,345 orang dengan empat buah sekolah mencapai 100 peratus lulus semua mata pelajaran.Katanya, dua calon SPM negeri ini iaitu Husna Mardhiyyah Mohd Fauzi dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Kemaman yang mendapat 11A+ dan Lam Sin Gee, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman (9A+) dipilih sebagai pelajar cemerlang.
17 Mar 17
39
SPM 2016: Jaga Hubungan Dengan Allah, Petua 11 A+
Husna bersama ibu bapa melihat keputusan peperiksaan SPM 2016 yang diumumkan hari ini. Foto Zulkifli PutraMenjaga hubungan dengan Allah dan juga manusia menjadi resipi utama Husna Mardiyyah Mohd Fauzi untuk berjaya memperoleh keputusan cemerlang 11 A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 yang diumumkan hari ini.Meskipun mengakui belajar bersungguh-sungguh perlu bagi mencapai kejayaan, anak kedua daripada lima beradik itu berkata, apa yang lebih penting adalah mendekati dan melakukan ibadat kepada Allah secara berterusan kerana semuanya adalah kuasa Yang Maha Esa."Saya belajar seperti pelajar lain juga dengan mengikuti kelas tambahan dan juga mengulang kaji seperti biasa. Tidak ada kaedah lain tetapi saya sentiasa menjaga hubungan dengan Allah kerana saya yakin Allah akan memberi balasan baik kepada hambaNya."Selain itu, saya juga sentiasa menghormati dan berbuat baik dengan semua orang, terutama kepada ibu bapa, guru dan kawan-kawan, “ katanya ketika ditemui di Majlis Pengumuman dan Penyerahan Keputusan Peperiksaan SPM 2016 di Pejabat Pendidikan Negeri Terengganu, hari ini.Husna yang mahu melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan bercita-cita menjadi pensyarah mendapat semua A + dalam mata pelajaran yang diambil.Matapelajaran itu adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Bahasa Arab, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Syariah dan Islamiah dan Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah.Sementara itu, pelajar cemerlang bagi kategori Calon Berkeperluan Khas Nur Syuhada Alias dari SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu berkata kekurangan fizikal pada dirinya menjadi kekuatan untuk dia mencapai kecemerlangan.Syuhada anak kepada kerani swasta, Alias Salleh, 55 dan dan ibunya, Normah Mod Ali, 49, surirumah itu mengalami kecacatan penglihatan sejak lahir berjaya memperoleh keputusan 4 (A) 1(A-) 1(B+) 1(C) 1(E).Katanya, walaupun menghadapi kesukaran di mana perlu mendapat bantuan guru, kawan-kawan dan ibu bapa setiap kali belajar serta mahu mengulangkaji pelajaran, halangan itu tidak mendatangkan masalah.“Sebaliknnya saya menanam keyakinan pada diri, hanya mahu berjaya seperti rakan normal lain,”katanya..
16 Mar 17
239
SPM 2016: Terengganu Kekal Cemerlang
Shafruddin menyampaikan sijil Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2016 kepada Husna selepas mengumumkan keputusan SPM di JPNT Kuala Terengganu, hari ini. Foto Zulkifli Putra Pencapaian Gred Purata Keseluruhan (GPK) Terengganu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 meningkat kepada 5.02 berbanding 5.06 pada 2015.Pencapaian keseluruhan itu melepasi GPK kebangsaan yang menetapkan sekurang-kurangnya 5.10 GPK.Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, jumlah calon yang lulus semua mata pelajaran turut bertambah kepada 10,345 orang dengan empat buah sekolah mencapai 100 peratus lulus semua mata pelajaran.Katanya, dua calon SPM negeri ini iaitu Husna Mardhiyyah Mohd Fauzi dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Kemaman yang mendapat 11A+ dan Lam Sin Gee, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman (9A+) dipilih sebagai pelajar cemerlang.“Manakala pelajar cemerlang bagi kategori Calon Berkeperluan Khas pula dianugerahkan kepada pelajar SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu, Nur Syuhada Alias.“Syuhada berjaya memperoleh 4 (A) 1(A-) 1(B+) 1(C) 1(E) walaupun mengalami cacat penglihatan sejak kecil,”katanya ketika mengumumkan keputusan itu di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Kuala Terengganu, hari ini.Menurut Shafruddin, kategori sekolah cemerlang diperoleh SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus dengan pencapaian gred purata sekolah (GPS) 1.42 dan SM Sains Kuala Terengganu dengan GPS 2.14.“Pencapaian Gred Purata Mata Pelajaran pula, 30 daripada 55 mata pelajaran mencatatkan peningkatan.“Daripada 20,517 calon yang mendaftarkan diri untuk SPM 2016, hanya 19,968 calon menduduki peperiksaan itu, ketidakhadiran mereka di atas pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan, termasuk kematian dan kemalangan,”katanya.
15 Mar 17
1108
Kecekalan Anak Kecil Wajar Dicontohi - A. Latiff
Kecekalan murid Tahun Enam dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Marang, Mohd Faizal Hafis Adnan sehingga mampu meraih kejayaan dalam Kejohanan Merentas Desa Bawah 12 Tahun Peringkat Kebangsaan sepatutnya menjadi contoh dan model kepada rakan sebayanya.Faizal yang hanya berbadan kecil berasal dari Kampung Pantai Tukang Perahu di Seberang Marang, menarik perhatian ramai dan kisahnya tular apabila meraih kemenangan dengan cara yang luar biasa, akibat sanggup merangkak hingga ke garisan penamat selepas terjatuh di kejohanan berlangsung di Taman Botani Negara, Shah Alam, kelmarin.Situasi itu menyentuh hati rakyat Malaysia dan turut mendapat tweet daripada Menteri Pendidikan, Dato' Mahdzir Khalid.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff Awang berkata, ketabahan serta semangatnya sangat mengujakan dan wajar dipuji, malah sikap itu perlu dipupuk pada semua anak muda."Saya terpanggil untuk menemui anak kecil yang cekal dan patut menjadi teladan semua rakan sebaya ini."Berani, tabah dan bersemangat demi memenuhi impian walaupun berdepan kepayahan. Saya kagum dan berbangga,"katanya kepada Teganukita.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kejohanan Balapan & Padang Majlis Sukan-Sukan Daerah Marang kali ke 26/ 2017 di SMK Seberang Marang / SK Bukit Gasing, hari ini.A.Latiff juga menyerahkan sumbangan barangan sukan, plak dan sijil penghargaan kepada Faizal untuk menghargai semangat dan daya usaha pelajar itu.Faizal pada mulanya hanya murid yang sederhana dan berada di kelas terakhir di Tahun Tiga sebelum memasuki kelas terbaik pada tahun lalu dan meneruskan kejayaan tahun ini, selain menjadi pelajar harapan yang disasarkan memperolehi 6 A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2017 nanti.Bakatnya di bidang sukan pula dicungkil dalam acara merentas desa selepas muncul tempat ke-4 di peringkat negeri tahun lalu.Kemudian dia terpilih mengikuti latihan dalam pasukan Merentas Desa Negeri Terengganu.Sebelum itu, Faizal juga muncul naib johan merentas desa peringkat kebangsaan di Negeri Sembilan dan melakar kejayaan di luar jangkaan ramai.Selepas berjaya memenangi pingat perak tersebut, Faizal konsisten berlatih di tepi pantai setiap hari demi mencapai pingat emas.
13 Mar 17
516