Artikel "Pendidikan" Terkini
UMT Hargai Media Sempena Kedatangan Syawal
Dato' Muda Mamat (dua dari kiri ) bergambar bersama Naib Canselor UMT, Prof Dato' Dr Nor Aieni Mokhtar sempena kunjungan ke UKOM, hari ini. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailUniversiti Malaysia Terengganu (UMT) meneruskan tradisi setiap tahun mengunjungi Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM), di Jalan Pejabat, Kuala Terengganu, hari ini sebagai menghargai kumpulan pengamal media yang banyak membantu mempromosikan institusi itu, bersempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.Selain UKOM, institusi pendidikan ulung di negara ini juga turut mengunjungi media lain, termasuk agensi di bawah Media Prima, Utusan Malaysia, Radio Televisyen Malaysia dan Bernama.Naib Canselor UMT, Prof Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar berkata, menerusi pendekatan strategik itu, secara tidak langsung boleh merapatkan hubungan antara UMT dengan pengamal media yang berupaya menaikkan imej kedua-dua pihak dan mencapai misi penubuhan masing-masing."UMT sangat menghargai peranan media dan banyak manfaat yang kita perolehi daripada hubungan baik dan sedia terjalin ini. Oleh sebab itulah kita mengambil kesempatan pada bulan Syawal yang bakal menjelang ini untuk bertemu mata dan menyampaikan sedikit cenderahati sebagai penghargaan kami kepada media,"katanya.Sementara itu, Pengarah UKOM, Dato’ Muda Mamat, berkata pihaknya berbesar hati menerima kedatangan pengurusan UMT yang diketuai Nor Aieni sendiri kerana sudi meluangkan masa walaupun sentiasa sibuk dengan tugasan rasmi jabatan."Saya berharap hubungan baik yang terjalin sejak dahulu lagi dikekalkan bukan sahaja bersama UKOM malah media cetak dan alternatif yang lain dalam menyalurkan berita yang memberi faedah kepada semua pihak, masyarakat dan juga negeri khasnya,"katanya.Turut hadir, Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) UKOM, Muhd Aimin Mohd Tahir.
20 Jun 17
215
Terengganu Sedia Bas Percuma Mahasiswa Balik Raya
Kerajaan negeri melalui Persatuan Permata Anak Terengganu (Permata) meneruskan tradisi menyediakan bas pulang beraya ke Terengganu secara percuma kepada mahasiswa dan mahasiswi pada 23 Jun ini (Jumaat).Yang DiPertua Permata, Mohd Kamaruzaman Jusoh berkata, sebanyak lapan bas yang disediakan untuk membawa anak-anak Terengganu pulang beraya ke kampung halaman masing-masing menerusi beberapa zon.“Kami berbesar hati untuk membantu para pelajar untuk pulang ke kampung halaman dan meringankan beban pelajar untuk membeli tiket.''Walaubagaimanapun, sambutan tahun ini tidak begitu menggalakkan berbanding dengan tahun-tahun yang lepas kerana ramai pelajar yang pulang beraya lebih awal ke kampung halaman,"ujarnya.Beliau berkata, tempat berkumpul bagi mahasiswa yang belajar di zon utara Penang, Kedah dan Perlis adalah di Stesen Bas Sintok, Kedah. Bagi zon selatan, Johor dan Malaka, perlu berkumpul di Skudai Johor.“Manakala, zon tengah 1, Kuala Lumpur & Selangor di Jalan Chowkit dan zon tengah 2, Negeri Sembilan, PJ, Dengkil dan Sepang pula mereka perlu berkumpul di Seremban 3, Negeri Sembilan,” ujarnya.Katanya, bagi Zon Selatan dan Zon Utara, waktu bertolak dari kawasan masing-masing ialah pada pukul 5 petang. Manakala bagi Zon Tengah 1 & 2 akan bertolak pada pukul 9 malam. Ini kerana, Permata ingin memastikan semua bas akan tiba pada pukul 5 pagi dan mereka akan bersahur bersama di bangunan Yayasan Terengganu.
18 Jun 17
115
Ganjaran Buat 446 Pelajar Cemerlang
Ahmad Razif bergambar kenangan bersama pemenang anugerah pelbagai kategori. Foto Harish Fadzillah Kasim Terengganu membelanjakan lebih RM232,000 sebagai menghargai 446 pelajar di negeri ini yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan umum tahun lalu. Daripada jumlah itu, seramai 367 pelajar yang memperoleh cemerlang dalam SPM, 59 pelajar STPM dan 17 cemerlang dalam peperiksaan STAM. Mereka yang tersenarai menerima insentif wang tunai beserta hadiah.Manakala dua penerima iaitu, Husna Mardhiyyah Mohd Fauzi dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz YT Kemaman dan Najmuddin Mohd Razif (SM Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq) dianugerahkan Pingat Emas Yayasan Terengganu.Kedua-duanya membawa pulang wang tunai RM5,000, seunit komputer riba, sepersalinan kot, pingat dan sijil penghargaan.Bagi kategori anugerah khas pula diperoleh pelajar Orang Kelainan Upaya, Nursyuhada Alias dari SMK Bukit Besar. memperoleh wang insentif sebanyak RM2,000.Anugerah itu disampaikan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu dan Apresiasi Kecemerlangan SPM, STPM, STAM dan Guru-Guru Akram Tahun 2016 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, semalam.Hadir sama, Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamudin Hashim dan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.Najmuddin yang memperoleh 11A (10+, 1A) berkata, anugerah yang diterima itu menjadi pembakar semangat untuk terus mencapai kecemerlangan ke peringkat lebih tinggi.“Saya sedang menunggu keputusan Unit Pusat Universiti (UPU), besar harapannya untuk menyambung pelajaran di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan bercita-cita mahu menjadi pakar perubatan,”kata anak kepada Timbalan Pengarah (Pengurusan) Unit Komunikasi Negeri, Mohd Razif Ab Majid.
14 May 17
213
Penjawat Awam Disaran Solat Dhuha
Kerajaan negeri meminta ketua jabatan kerajaan membenarkan kakitangannya menunaikan Solat Dhuha, khususnya pada bulan Ramadan nanti.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kakitangan Wisma Darul Iman sudah lama melaksanakannya dan tempoh yang dibenarkan adalah bermula dari jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi.Menurutnya, dalam tempoh yang dibenarkan itu, kakitangan kerajaan dibenarkan untuk solat Dhuha dan mengaji di surau yang disediakan.“Kebiasaannya Solat Dhuha mengambil masa 10 minit sahaja, jadi ia tiada masalah kerana bukannya ambil masa yang lama“Perkara sunat ini sudah lama diamalkan penjawat awam di Wisma Darul Iman dan saya menyarankan agar jabatan-jabatan lain melakukan perkara sama,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu dan Apresiasi Kecemerlangan SPM, STPM, STAM dan Guru-Guru Akram Tahun 2016 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari iniHadir sama, Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamudin Hashim dan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.Menurutnya, oleh itu, penjawat awam sewajarnya mengambil peluang ini untuk bersama-sama mendapat keberkatan dan syafaat dhuha. “Jangan ada yang ambil kesempatan kerana masa yang diberikan adalah terhad iaitu 10 minit sahaja. Selain itu, jika ada jabatan yang ingin melaksanakannya, mereka mestilah menyediakan tempat yang bersesuaian.“Jangan nanti ada yang ambil kesempatan dan kata kena pergi masjid, makan masa sehingga sejam. Ini tak boleh, apa yang saya maksudkannya adalah memberi galakan tetapi ia bukannya kemestian,” katanya.
14 May 17
79
60 Murid PPKI Berkhemah
Seramai 60 murid dari 12 sekolah Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) Daerah Setiu menyertai program perkhemahan selama tiga hari bertempat di Pusat Latihan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Putera Jaya, Setiu yang berakhir Sabtu lalu.Program itu bertujuan untuk mendedahkan murid istimewa dengan aktiviti luar yang mencabar bagi memupuk semangat kerjasama dan membentuk sahsiah diri di kalangan mereka.Selain itu ianya juga akan memberi pengalaman baru kepada peserta supaya mereka dapat melalui pengalaman yang sama dengan murid aliran perdana.Pengerusi Latihan Pengakap Setiu, Shansuddin Ahmad berkata, antara aktiviti yang diadakan ialah kawad, pertolongan cemas, ikhtiar hidup, 'blind train' dan orienteering."Alhamdulillah murid-murid ini dapat melakukan semua aktiviti dengan baik melalui tunjuk ajar urusetia perkhemahan."Setiap aktiviti yang diadakan mempunyai tujuan tertentu untuk kepentingan peserta dan diharapkan mereka memperolehi banyak ilmu dan pengalaman baru menyertai program ini," katanya.Majlis perasmian penutup dilakukan oleh Penolong Pegawai PPD Setiu (Pengurusan Pembangunan Kemanusia), Mohamad Noor Ahmad mewakili Pesuruhjaya Pengakap Daerah Setiu, Kipayatuallah Mohd Said.
09 May 17
224
180 Pelajar Sertai 'EmpowerXchange'
Seramai 180 pelajar dari enam sekolah menengah dari dua daerah di Terengganu menyertai program motivasi Kem EmpowerXChange `Awaken The Giant Within' selama dua hari di sebuah resort di Merang Setiu, berakhir semalam.Program anjuran bersama Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan UniSZA Holding selaku penyedia latihan itu adalah tahun kedua diadakan di bawah penyeliaan UniSZA Holding.Ketua Pegawai Eksekutif UniSZA Holding, Nik Sazali Nik Hussin berkata, enam sekolah berkenaan adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Diman, SMK Kuala Jeneris dan SMK Tapu dari daerah Hulu Terengganu.Manakala dari Marang pula SMK Seri Payong, SMK Seri Serating dan SMK Rusila."Peserta adalah di kalangan mereka dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana. Pemilihan dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah, " katanya.Menurutnya, objektif utama program itu ialah untuk meningkatkan motivasi dan keyakinan diri dalam mencapai kejayaan akademik di kalangan peserta."Ianya juga bagi memperkukuhkan kefahaman dan kesedaran tentang kepentingan akademik dalam meningkat potensi pelajar," katanya.Antara modul program ialah Suntikan Motivasi, Pembentukan Diri, Kita Boleh, Positif Hati & Minda dan Azam & Aku Janji.Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Penolong Pengarah Teknik Dan Vokasional Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Adam Ismail.Menurut Adam, program itu diberikan kepada sekolah yang belum mendapat pembiayaan dari mana-mana pihak lain untuk menjalankan program bagi kejayaan pelajar."Seramai 300 pelajar dari setiap daerah terlibat dengan program membabitkan pelajar yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR, PT3 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.Adam berkata, pencapaian pelajar yang terbabit dengan program itu amat memberangsangkan dan menunjukkan peningkatan.
07 May 17
40
SMK Chalok Ungguli Silat Daerah
Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok (Model Khas) muncul juara keseluruhan Pertandingan Silat Seni Peringkat Sekolah-Sekolah Daerah Setiu apabila memenangi lapan daripada 14 acara yang dipertandingkan.Pengerusi Unit Silat Daerah Setiu, Mohd Yasrizal Ab Manaf berkata, seramai 60 pelajar terlibat dalam pertandingan yang diadakan di Dewan SMK Chalok itu."Alhamdulillah kita berjaya mengadakan Pertandingan Seni Silat Peringkat Sekolah Daerah Setiu hari ini."Seramai 60 pelajar terbabit pada hari ini bertanding dalam empat kategori iaitu Seni Tari Silat, Seni Tempur Silat dan Silat Seni Asli (Silat Pulut)," katanya ketika selesai pertandingan itu, khamis lalu.Yasrizal berkata, selain untuk melahirkan bakat dalam seni silat, pembabitan dalam aktiviti itu juga mampu mendisiplin pelajar menjadi lebih berakhlak dan beradab.Dalam pada itu, Pegawai Pendidikan Daerah Setiu, Kipayatuallah Mohd Said ketika berucap menutup program itu berkata beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka yang terbabit dengan penganjuran pertandingan seni silat itu.Katanya, beliau juga mengharapkan pelajar yang terbabit dengan seni mempertahankan diri berkenaan dapat terus aktif hingga ke peringkat lebih tinggi apabila menamatkan persekolahan nanti."Jangan putus asa, belajar hingga ke universiti persilatan ini, jangan hanya separuh jalan meminati seni ini dan jadikan ianya satu budaya dan saya berharap pelajar ini dapat mempeluaskan lagi bakat bakat mereka selepas ini."Melalui persilatan ini kita boleh membuka minda kita mnjadi pelajar yang positif dan terbuka," katanya.Setiu menjadi johan seni silat sekolah peringkat negeri selama tiga tahun berturut-turut bermula 2013.
07 May 17
777
100 Murid DUN Permaisuri Jayakan Hari Buku Sedunia
Seramai 100 murid dari lima sekolah di Setiu menjayakan program sempena Hari Buku Sedunia di Perpustakaan Daerah Setiu, Bandar Permaisuri, semalam.Penolong Pegawai Perpustakaan Daerah Setiu, Mohd Azran Yusof berkata, lima sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri masing-masingadalah Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol, SK Lembah Jaya, SK Putrajaya, SK Kampung Buluh dan SK Mangkuk.Katanya, Perpustakaan Awam Daerah Setiu juga menjemput pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu, Inspektor Diana Zaini untuk menyampaikan taklimat mengenai keganasan jenayah seksual di kalangan kanak-kanak dan langkah untuk mengelak kes seumpama itu."Acara terakhir program ini diselitkan dengan aktiviti mewarna yang disertai peserta."Program ini mendapat sambutan baik dan saya berharap akan ianya akan diteruskan lagi pada masa hadapan agar masyarakat di Daerah setiu dapat menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup seharian dan jadikan budaya ilmuan, "katanya.Dalam pada itu, Azran berkata, pihaknya sedang mengadakan kempen bebas denda bermula 20 April lalu sehingga 30 April 2017 bertujuan menggalakkan pengguna yang lewat memulangkan buku yang dipinjam supaya dapat memulangkan semula pada tarikh tersebut tanpa dikenakan denda.
26 Apr 17
207
164 Terima APC PPD Setiu 2016
Seramai 164 menerima pengiktirafan sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Pendidikan Setiu (PPD) Setiu 2016 di Putera Jaya, Setiu, hari ini.Anugerah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar.Di dalam ucapannya Iskandar mahu guru menjadi sebagai `role model' di mana pada zaman dahulu guru amat disanjung masyarakat dan dijadikan tempat rujukan masyarakat untuk pelbagai perkara.Menurutnya, budaya itu perlu dikembalikan semula pada zaman ini apabila ramai guru terlibat dalam kumpulan kemasyarakatan."Guru juga perlu memahami pelan pembangunan pendidikan Malaysia dengan perkaitannya situasi sekarang agar generasi akan datang mampu melahirkan kemenjadian murid," katanya.Iskandar mengucap tahniah kepada penerima anugerah itu dan mahu seluruh warga kerja Pejabat Pendidikan Setiu melaksanakan tugas dengan penuh integriti, berhemah, berdedikasi, ikhlas dan juga amanah.Dalam pada itu, bercakap Teganukita, Pengawai Pendidikan Daerah Setiu, Kifayatullah Mohd Said merakamkan ucapan tahniah kepada penerima anugerah dan berharap mereka dapat mengekalkan kecemerlangan dalam perkhidmatan dan menjadi institusi yang disegani ramai."Selepas ini penerima anugerah ini diharap akan menjadi pembimbing pada guru-guru baru agar sentiasa menjaga imej sebagai kakitangan yang menjunjung dan menyokong dasar-dasar kerajaan memerintah," katanya.
26 Apr 17
628
UniSZA Lancar Ladang Ternakan Kambing Tenesu Pertama Negara
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melancarkan DairyFarm sebagai Ladang Pengajaran dan Pembelajaran kambing tenesu yang pertama di negara ini.Projek di bawah Fakulti Biosumber dan Indutri Makanan yang dilancarkan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh memberi peluang pelajar dan komuniti mendalami pemindahan teknologi moden dalam bidang ternakan.Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, projek perintis universiti itu diharap dapat melahirkan usahawan berilmu di sektor pertanian dan penternakan.Katanya, satu kawasan di Kampung Bukit Marak, Pasir Akar, Hulu Besut, dipilih untuk dijadikan pusat latihan ternakan dan pengeluaran susu kambing terbesar di negara ini.Beliau berkata, pusat itu juga turut menawarkan latihan di bidang ternakan dan pemindahan teknologi kepada penduduk setempat yang berminat dalam industri tenesu.Idris yang juga Ahli Parlimen Besut ketika melancarkan program itu berkata, menerusi penubuhan pusat itu nanti akan memberi peluang pelajar universiti melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran 2u2i Program Ijazah Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan.Katanya, konsep pembelajaran di mana pelajar akan belajar selama dua tahun di universi dan dua tahun di industri memberi peluang kepada pelajar menimba ilmu sebagai penternak dan usahawan.“Adalah menjadi harapan dengan adanya pusat latihan itu Terengganu akan menjadi pengeluar susu kambing terbesar di negara ini untuk dipasarkan di seluruh negara,” katanya.
25 Apr 17
1370