lightning-solid
Berita :

Artikel "Pendidikan" Terkini

Empty Image
Terengganu Belanja RM29.9 Juta Taja Pelajar Ke Universiti Luar Negara
Ahmad Razif bersama lima pelajar cemerlang yang akan melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka  di Jerman, pada pertengahan bulan ini. Foto oleh Zulkifli PutraKerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu (YT) memperuntukkan lebih RM29.9 juta bagi menaja seramai 468 anak Terengganu menyambung pelajaran ke universiti luar negara bagi sesi pengajian 2016/2017. Daripada jumlah itu, lima pelajar akan ditaja melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka di Jerman, pada pertengahan bulan ini, membabitkan peruntukan RM182,000.Lima pelajar berkenaan Ahmad Azharul Azri Amri; Ahmad Nizam Najmi Abd Wahab; Amerul Atiq Yahaya; Abdul Latif Sa'id dan Mahirah Hanim Abdul Rahim masing-masing menerima wang pendahuluan berjumlah RM36,411.95.Ahmad Azharul Azri dan Mahirah Hanim akan melanjutkan pengajian di Universiti Sprachzentral Leipzig; manakala Ahmad Nizam Najmi, Amerul Atiq dan Abdul Latif masing-masing di Universiti Weilhem, Kassel dan Dusseldorf.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, 12 pelajar pula masih dalam tempoh menunggu untuk melanjutkan pengajian di University of Nottingham, United Kingdom pada September nanti.Katanya, seramai 12 pelajar kini sedang melanjutkan melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan, perubatan dan Aeroangkasa di universiti terkemuka di Jerman.“Pihaknya menerusi Yayasan Terengganu  tetap meneruskan tajaan kepada mana-mana  pelajar yang lulus cemerlang sama ada dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Matrikulasi ke universiti luar negara, biarpun berdepan kekangan ekonomi. “Adalah tidak benar dakwaan segelintir pihak bahawa kerajaan negeri sudah menghentikan penajaan pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara kerana hakikatnya program ini tetap diteruskan, cuma jumlahnya berkurangan sedikit daripada kebiasaan," katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Diri kepada lima pelajar tajaan YT dalam bidang kejuruteraan ke Jerman di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang dan Pengarah YT, Mohamad Sulong.
01 Mar 17
378
Empty Image
STPM 2016 : Kurang Cemerlang SPM Bukan Halangan Cipta Kejayaan
Maizatul menerima insentif segera berupa komputer riba dari Ahmad Razif. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kurang memberangsangkan bukan penghalang bagi Nik Nur Maizatul Akhmal Nik Li, 19 untuk mencabar diri menjadi seorang daripada pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016.Maizatul dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Marang merupakan antara 15 calon pelajar terbaik STPM di Terengganu yang memperolehi semua A penuh dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Pengajian Am, Sejarah dan Geografi.Anak ketujuh daripada 10 beradik itu berkata, walaupun keputusan SPM dua tahun lalu kurang cemerlang, namun bukan alasan menyerah kalah sebaliknya berusaha bangkit untuk menyambung pelajaran pra universiti demi membantu mengubah nasib keluarga yang serba kekurangan."Dalam SPM, saya hanya mendapat 4A dan 5B. Jujur saya memang rasa rendah diri tetapi emak selalu pesan hanya kita yang boleh ubah nasib kita. Kami bukan orang senang."Ayah meninggal lima tahun lepas, emak hanya suri rumah, jadi perbelanjaan keluarga selama ini banyak dibantu empat orang abang yang bekerja kilang dan mekanik," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pengumuman Keputusan STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah, Dungun, hari ini.Dalam majlis tersebut, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman turut menyampaikan insentif segera kepada pelajar cemerlang STPM negeri Terengganu.Seramai 70 orang pelajar menerima keputusan semua A bagi STPM 2016 dan 15 daripadanya memperolehi keputusan semua A penuh dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00.Kerajaan Negeri turut membelanjakan hampir RM100,000 sebagai insentif kepada pelajar cemerlang STPM.Bagi 15 pelajar yang memperolehi keputusan semua A Penuh, mereka menerima komputer riba manakala bagi 55 lagi pelajar yang memperolehi semua A termasuk A- menerima tablet dari kerajaan negeri.
28 Feb 17
240
Empty Image
50 Pelajar Cemerlang SPM Ditawarkan Ijazah Dalam Bidang Pesawat
Seramai 50 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dipilih oleh Yayasan Terengganu bagi mengikuti ijazah dalam bidang pesawat yang ditaja penuh oleh ADMAL Sdn Bhd.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, program yang ditawarkan tersebut merangkumi ijazah dalam bidang jurutera serta juruteknik pesawat dengan anggaran kos keseluruhan RM4 juta."Program ini merupakan di bawah Yayasan Terengganu. Bagi pelajar yang berminat, mereka hendaklah menghubungi Yayasan Terengganu."Operasinya akan bermula seawal Jun atau Julai tahun ini di Pusat Latihan Penerbangan Tok Jembal," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Pengumuman Keputusan STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah, Dungun, hari ini.Turut hadir Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin dan Pegawai Pembangunan Dungun, Dato' Din Adam.
28 Feb 17
72
Empty Image
Pra Universiti Beri Peluang Kedua
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini dinasihatkan agar tidak memandang rendah kepada tawaran melanjutkan pelajaran di pra universiti.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pra universiti menjadi peluang kedua kepada pelajar yang tidak memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM untuk tidak tercicir daripada arus pendidikan nasional."Kebanyakan pelajar luar bandar apabila memperolehi keputusan tidak cemerlang dalam SPM, mereka tidak akan menyambung pelajaran sama juga kepada yang berjaya tetapi kerana dari segi perbelanjaan jadi mereka merasakan mereka tidak perlu pergi."Bagi mengelakkan daripada tercicirnya pelajar-pelajar ini, memang menjadi tradisi untuk Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu untuk memperbanyakkan sekolah-sekolah di kawasan luar bandar mewujudkan pra universiti."Kos untuk Pra Universiti tidak tinggi dan pelajarnya tidak perlu meninggalkan keluarga jadi mereka boleh meneruskan pembelajaran seperti biasa kerana perbelanjaannya tidak banyak disamping biasiswa disediakan kepada pelajar kurang berkemampuan," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Pengumuman Keputusan STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah, Dungun, hari ini.Turut hadir, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin dan Pegawai Pembangunan Dungun, Dato' Din Adam.Dalam masa yang sama, Ahmad Razif berkata kaedah yang digunakan kepada pelajar pra universiti sudah berbeza daripada yang pernah digunakan dahulu."Transformasi telah dilakukan dimana pelajar-pelajar ini tidak perlu mengenakan uniform sekolah."Di samping itu, sekarang kita mempunyai satu sekolah Pra Universiti di Hulu Terengganu dengan 100 peratus adalah berkonsepkan universiti," katanya.Dalam keputusan yang diumumkan hari ini, Terengganu mengekalkan negeri terbaik peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 buat kali ketiga berturut-turut.Terengganu mencatatkan minimum PNGK 2.85 dengan beza 0.14 dari minimum PNGK nasional.
28 Feb 17
208
Empty Image
STPM 2016 Buktikan Anak Terengganu Cemerlang- A. Latiff
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang (kiri) bergambar kenangan dengan Siti Zubaidah dan ibu bapanya selepas pelajar terbaik STPM Malaysia itu  menerima anugerah yang disampaikan Menteri Pendidikan, Dato'Seri mahdzir Khalid, di  Hotel The Everly Putrajaya, hari ini. Add captionKejayaan anak Terengganu dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016, yang diumumkan hari ini, membuktikan bidang pendidikan negeri sentiasa berada di tahap terbaik.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latif Awang, berkata kejayaan 2,254 calon STPM 2016 yang memastikan Terengganu muncul negeri terbaik untuk kali ketiga berturut-turut itu mampu merekodkan sejarah buat negara dan sinonim sebagai Negeri Anjung Ilmu. Katanya, prestasi sebagai negeri terbaik peringkat kebangsaan dengan mencatat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.85 mengatasi PNGK nasional 2.71 sesuatu yang tidak mudah dicapai melainkan hasil usaha dan kerja keras semua warga pendidik.“Daripada jumlah itu, seramai 15 calon memperoleh Semua A penuh (PNGK 4.0), 55 memperoleh semua A (2.44 peratus), 5 Prinsipal dan 4 Prinsipal pula seramai 1,785 (79.19 peratus). Seramai 2,248 (99.73 peratus) lulus penuh.“Sebanyak 39 daripada 47 buah sekolah mengatasi gred minimum PNGK nasional dengan sekolah-sekolah di kawasan bandar mencatat purata PNGK 2.84 manakala di luar bandar 2.85,”katanya kepada Teganukita, hari ini.Menurutnya, Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu muncul sebagai sekolah terbaik negeri dengan PNGK minimum 3.27,  manakala calon dari SMK Bukit Payong Besut, Siti Zubaidah Ismail tersenarai antara pelajar terbaik di peringkat negara.“Manakala Daerah Marang berjaya mendahului tempat pertama dengan  PNGK 2.93, diikuti Besut  2.91. Daerah Kemaman pula muncul sebagai daerah yang terbaik bagi pencapaian semua A dan Daerah Besut terbaik dalam mendapat semua Prinsipal,”katanya.Beliau turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua warga pendidik seluruh Terengganu dan juga Pejabat Pendidikan Daerah Marang dengan kejayaan membangggakan itu."Pada masa yang sama, tidak lupa juga kepada pemimpin utama negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, seluruh tenaga pengajar dan pendidik serta ibu bapa saya mahu merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kerana berjaya memastikan kecemerlangan anak-anak kita hari ini,"katanya.
28 Feb 17
101
Empty Image
Terengganu Kekal Terbaik STPM 2016
Sebahagian pelajar cemerlang STPM 2016 bersorak kegembiraan selepas mendapat keputusan itu di SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun, hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailTerengganu mengekalkan kecemerlangan sebagai negeri terbaik dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 untuk kali ketiga berturut-turut.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, seramai 2,254 calon STPM 2016 mencapai kejayaan cemerlang dan Terengganu merekodkan 2.85 Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) mengatasi PNGK nasional 2.71.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, seramai 70 calon mendapat semua A berbanding tahun lepas seramai 50 orang."Keputusan keseluruhan negeri menunjukkan dari segi prestasi sekolah, sebanyak 39 daripada 47 sekolah di negeri ini mengatasi PNGK kebangsaan 2.71."Malah, apa yang amat membanggakan seorang calon kita, Siti Zubaidah Ismail yang juga anak penoreh getah dari SMK Bukit Payong, Besut tersenarai antara pelajar terbaik Malaysia."Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu pula muncul sekolah terbaik Terengganu dengan PNGK minimum 3.27 ," katanya ketika mengumumkan keputusan STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Intan Zaharah, Dungun, hari ini.Turut hadir, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin dan Pegawai Pembangunan Dungun, Dato' Din Adam.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang (kiri) bergambar kenangan dengan Siti  Zubaidah dan ibu bapanya selepas pelajar terbaik STPM Malaysia itu  menerima anugerah yang disampaikan Menteri Pendidikan, di  Hotel The Everly Putrajaya, hari ini. Ahmad Razif memberitahu, Kemaman muncul sebagai daerah terbaik bagi pencapaian semua A dan Besut pula mendapat semua Prinsipal.Beliau juga mengucapkan tahniah juga kepada Pejabat Pendidikan Marang kerana terbaik dalam pencapaian minimum PNGK iaitu 2.93 dan keseluruhan warga pendidik yang berkerja keras memastikan Terengganu sentiasa muncul sebagai negeri terbaik seluruh Malaysia.Tambahnya, dengan kejayaan tersebut, insentif segera diberikan kepada kesemua peajar yang memperolehi keputusan cemerlang itu.Katanya, kerajaan negeri membelanjakan hampir RM100,000 untuk 70 pelajar yang memperolehi semua A bagi STPM 2016 itu."Bagi 15 orang pelajar yang memperolehi keputusan semua A penuh dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00, mereka diberikan komputer riba. Manakala 55 lagi pelajar yang memperolehi semua A termasuk A- mereka diberikan tablet."Insentif-insentif lain akan diumumkan selepas ini di mana seperti sebelumnya RM500 automatik akan diberikan kepada mereka di atas kejayaan yang dicipta.Selain itu juga kerajaan negeri katanya akan memutuskan insentif kepada Siti Zubaidah dan sekolah-sekolah terbaik serta Pejabat Pelajaran Daerah terbaik, tidak lama lagi.
28 Feb 17
614
Empty Image
Dua Pelajar UniSZA Wakili Malaysia
Dua pelajar Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan mewakili Malaysia bagi  merebut piala Louis M. Brown dalam Pertandingan Konsultansi Kliendi di  Universiti Kent, Canterbury, United Kingdom pada 19 hingga 22 April ini.Galvin Loo Wei Ming dan Goh Lai Ling, kedua-duanya merupakan pelajar Tahun Empat itu berjaya merangkul juara di Pertandingan Konsultansi Klien Peringkat Kebangsaan Harun M. Hashim (NCCC 2016) kali ke-13 yang berlangsung di UniSZA baru-baru ini.Mereka yang mewakili UniSZA itu telah menewaskan lima institusi pengajian tinggi awam yang turut bertanding, iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).Galvin, anak kelahiran Pulau Pinang berkata, beliau begitu gembira dan terkejut apabila pasukan UniSZA dinobatkan sebagai juara pertandingan berkenaan.Katanya, walaupun pertama kali menyertai pertandingan itu, dia tidak menyangka dipilih menjadi juara meskipun saingan antara IPT lain begitu hebat. “Pertandingan ini telah mencungkil bakat kami sebagai pelajar Undang-undang dari segi cara berkomunikasi bersama pelanggan dan memberi nasihat apabila diperlukan.“Saya bersama ahli pasukan telah berlatih lebih kurang dua bulan serta mendapat tunjuk ajar dari dua pensyarah di fakulti,” katanya ketika ditemui.Sementara itu, Goh Lai Ling, berkata mereka akan membuat yang terbaik untuk peringkat antarabangsa nanti demi membawa nama Malaysia dan UniSZA khususnya.“Dengan sokongan dari rakan fakulti dan juga tunjuk ajar pensyarah, kami akan lakukan yang terbaik di peringkat antarabangsa nanti”, katanya. 
19 Feb 17
971
Empty Image
Pameran Petrosains DinoTrek 2 Dilanjutkan Sehingga 30 Mac
Pameran Petrosains DinoTrek 2 di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT), Kampung Laut, Kuala Terengganu, dilanjutkan sehingga 30 Mac depan bagi memberi peluang kepada orang ramai terus menyaksikan pelbagai replika spesies raksasa prasejarah dan dinosaur secara dekat.Ketua Pegawai Eksekutif PSKT, Prof Madya Dr Wan Nor Liza Mahadi, berkata pameran yang pastinya menjadi tarikan utama  pengunjung ke PSKT itu sepatutnya berakhir  pada 31 Oktober tahun, dilanjutkan di atas permintaan orang ramai, terutama pihak sekolah.Katanya, PSKT bersetuju melanjutkan untuk tempoh lima bulan lagi sebelum berakhir 30 Mac ini. Selepas tarikh itu, pihaknya akan mengantikan pameran bermusim lain berasaskan sains dan teknologi.“Mengambil pendekatan sama, iaitu mengadakan kolaborasi dengan mana-mana syarikat ternama atau Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta untuk melaksanakan pelbagai program dan aktiviti.“Pendekatan itu bukan sahaja mampu menjimatkan kos malah boleh menarik minat ribuan pengunjung, terutama pada musim cuti sekolah,”katanya kepada teganukita.Wan Nor Liza turut memberitahu, berdasarkan rekod, lebih 120,000 pengunjung  dicatatkan telah mengunjung pameran itu sejak dibuka pada April tahun lalu sehingga akhir Januari baru-baru ini.   “Sambutan sangat menggalakkan terutama pada musim cuti persekolahan  November  lalu dengan catatan kira-kira 25,000 pengunjung,”katanya.Pameran dibuka kepada orang ramai dari pukul 9 pagi hingga 5 petang pada setiap hari Ahad hingga Rabu dan dari pukul 9 pagi hingga 4 petang (Khamis hingga Sabtu).Bayaran masuk yang dikenakan adalah RM10 untuk dewasa, RM5 untuk kanak-kanak atau remaja berusia 5 hingga 17 tahun, RM4 untuk setiap peserta rombongan sekolah dan RM20 untuk pakej keluarga (dua dewasa dan dua kanak-kanak).Oleh: Umi Amirah Mohd Puzi dan Naufal Ab Manan (pelajar praktikal MSU)
15 Feb 17
717
Empty Image
PSKT Sasar Terima 200 Ribu Pengunjung Tahun Ini
Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) menyasarkan lebih 200,000 masyarakat, terutama pelajar  dan golongan belia  mengunjungi pusat sains  terbesar di Malaysia itu  sepanjang tahun ini berbanding kira-kira 120,000 pengunjung tahun lalu.Ketua Pegawai Eksekutif, Prof Madya Dr Wan Nor Liza Mahadi berkata, sasaran itu dilihat wajar kerana sejak dibuka pada April tahun lalu,  PSKT mampu mencatatkan jumlah pengunjung yang agak membanggakan.Katanya, pelbagai aktiviti dirancang untuk menarik minat orang ramai, termasuk menyediakan ruang Scientist Junior, Science Is Awesome, Spark Your Reativit, Stemec dan pameran berasaskan sains dan teknologi.“Pendorong terbesar kedatangan  pengunjung ke PSKT, dengan adanya Pameran Dinotrek2  yang dianjurkan selama enam bulan  bermula awal pembukaan pusat ini sebelum dilanjutkan sehingga akhir Mac nanti.“Kesinambungan daripada Dinotrek2 itu, PSKT bersetuju merancang pelbagai aktiviti dan pameran bermusim lain yang akan bekerjasama melalui universiti dan syarikat korporat ternama lain,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Kunjung Hormat   Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tranformasi Kerajaan Negeri, A Latif Awang Ke PSKT, Kampung Laut Chendering, semalam.Sementara itu, A Latif memberitahu, dia berharap PSKT bijak merancang pelbagai aktiviti dan program menarik sekiranya mahu pusat itu terus dikenali di mata masyarakat di negara ini.“Kerajaan mencadangkan agar PSKT turut mengadakan program kolaborasi bersama syarikat terkemuka di negara ini, seperti yang dilaksanakan bersama Petrosains menganjurkan Pameran Dinotrek2 yang masih berjalan sehingga Mac ini,”katanya.            
14 Feb 17
787
Empty Image
Syarikat Swasta Sumbang RM200 Ribu Pembangunan Sekolah Orang Asli Sungai Berua
Kementerian Pendidikan Malaysia menerima RM200,000 sumbangan sebuah syarikat swasta melalui Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu(JPNT) untuk pembangunan sekolah perkampungan orang asli di Sungai Berua, Hulu Terengganu.Syarikat T7 Global Berhad yang beroperasi di Kemaman,Terengganu bersetuju menyumbang bajet bagi pembinaan satu blok bangunan dilengkapi empat bilik darjah dan dua bilik air di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Berua.Pegawai Pendidikan Daerah,Jalaluddin Ismail berkata, bangunan baru tersebut dijangka siap sepenuhnya pada bulan Mac ini akan menyelesaikan dua isu utama di sekolah tersebut."Isu pertama, mengenai bilik guru yang selama ini beroperasi di bangunan kantin tanpa dinding kerana pihak sekolah terpaksa mengorbankan ruang bilik guru sebelum ini untuk dijadikan bilik aktiviti murid,"Selain itu kita  juga akan selesaikan masalah penggabungan kelas..maksudnya selama ini dalam satu kelas ada dua kumpulan murid yang dipisahkan dengan penghadang...jadi apabila siap bangunan ni, masalah tidak lagi timbul,"katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan di SK Sungai Berua, hari ini.Sementara itu, guru besar sekolah itu, Mohd Noor Zakaria berkata, beliau  bersyukur dengan sumbangan bangunan itu demi pembangunan pendidikan dan kebajikan anak-anak orang asli di sekolahnya."Kita ada 88 orang pelajar dan 20 guru serta kakitangan dekat SK Sungai Berua dengan kapasiti dua blok bangunan sahaja yang ada,"Sudah dua tahun kita menggunakan ruang terbuka di kantin sebagai bilik guru...bayangkan kalau hujan ribut..memang susah kami bekerja tapi demi murid di sini,kami teruskan perjuangan mendidik."Tapi apabila siap bangunan baru nanti, para guru akan lebih selesa di samping banyak masalah sebelum ni akan diselesaikan termasuk keperluan kelas untuk makmal, bilik khas,perpustakaan dan sebagainya yang perlu ada di sekolah," katanya lagi.
12 Feb 17
749