lightning-solid
Berita :

Artikel "Pendidikan" Terkini

Empty Image
Taman Ilmu, Tembila Besut Mula Beroperasi
Kediaman yang menempatkan pelajar UniSZA dibuka secara rasmi hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimTaman Ilmu, di Tembila Besut yang diilhamkan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh, ketika menjadi Menteri Besar pada 2004, kini mula beroperasi dengan perasmian Kolej Kediaman UniSZA, hari ini.UniSZA bakal menggunakan dua blok bangunan asrama bagi menempatkan 500 pelajar perintis di kawasan itu.Bagaimanapun, pengurusan universiti akan memastikan satu blok asrama dibaik pulih secepat mungkin bagi penempatan 250 pelajar lelaki mulai 10 September ini, berikutan keperluan penginapan pelajar yang sangat mendesak.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, langkah itu mula memberi nafas baharu kepada masa depan projek yang melibatkan kos keseluruhan kira-kira RM340 juta  di kawasan seluas 280 hektar yang sebelum ini banyak menimbulkan persoalan kepada masyarakat mengenai status pembangunannya.Katanya, kerajaan negeri  meluluskan permohonan UniSZA dengan pengecualian bayaran sewa bangunan selama 10 tahun."Kelulusan diberikan dengan syarat pusat pengajian itu menanggung sepenuhnya kos membaik pulih dua buah asrama tersebut dengan anggaran RM10 juta"Selain itu, kerajaan masih menimbangkan cadangan beberapa pihak untuk  beroperasi di Taman Ilmu dan kini permohonan masih di peringkat penelitian bagi memastikan pelaksanaannya kelak benar-benar memberi manfaat kepada rakyat," katanya.Beliau berkata demikian pada majlis perasmian kolej itu di Tembila, Besut, hari ini.Hadir sama, Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh; Ketua Setiausaha Kementerian itu, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohamad Nur; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Emiritus Dato' Dr. Kamarudin Husin dan Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif.Turut hadir, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Dato' Dr. Nor Aieni Mokhtar; Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof  Dato' Dr  Mortaza Mohamad;  Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Prof Dato Mohd Rizon Juhari dan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi, Datin Ir. Dr. Hanisah Tapsir.Difahamkan UMK, UMT dan Aswara juga akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk turut beroperasi di Taman  Ilmu.
04 Sep 17
1704
Empty Image
TATiUC, Universiti Mie, Jepun Jalin Kerjasama Strategik
Bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang pengajaran dan penyelidikan, Kolej Universiti Tati (TATiUC) menjalinkan hubungan dan kerjasama strategik dengan Universiti Mie, Jepun.Rektornya, Profesor Dr Madya Zamri Ibrahim berkata, seramai 27 orang pelajar dari Mie University, Jepun yang terdiri daripada pelajar Jepun dan Republik China serta 17 kakitangan TATiUC akan bersama mempelajari bahasa Inggeris di TATiUC.“Antara objektif program ini adalah untuk memantapkan kemahiran pelajar cara untuk komunikasi dan berinteraksi dalam bahasa Inggeris."Di samping memberi pendedahan kepada pelajar luar negara tentang budaya Melayu dan Negeri Terengganu serta berpeluang melawat tempat-tempat menarik di negeri ini," katanya.Zamri berkata, beliau berharap dengan cara membawa pelajar luar ke tempat yang unik, ia dapat menarik lebih ramai pelajar asing untuk melawat sambil belajar di Negeri Terengganu."Oleh itu, saya juga berharap program sebegini dapat mempromosikan keunikan alam sekitar Terengganu," katanya kepada pemberita di Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Kali Ketiga di Dewan Ibnu Sinar TATiUC, Kemaman, hari ini.Turut hadir, Pensyarah Mie Universiti, Profesor Dr Masataka Kubo.Katanya, program Bahasa Inggeris ini merupakan julung kali diadakan hasil kerjasama antara Mie Universiti dan Unit Pengantarabangsaan TATiUC dengan kerjasama pensyarah Bahasa Inggeris di TAtiUC. "Harapan saya adalah jalinan kerjasama universiti luar negara akan diteruskan pada masa akan datang dan lebih banyak aktiviti pertukaran serta penyelidik bagi menyahut seruan Kementerian Pendidikan dalam menjadikan Malaysia sebagai ‘International Education Hub’," katanya.
29 Aug 17
266
Empty Image
KPT Tawar Tiga Program Menerusi Gap Year
 Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bakal menawarkan tiga program kepada penuntut tahun dua dan ke atas menerusi Program Gap Year yang akan dilaksanakan di seluruh institusi pengajian tinggi awam menjelang September ini.Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, antara program yang dirangka oleh KPT termasuklah Kesukarelawanan Khidmat Negara, kesukarelawanan dan Umum.Katanya, program itu akan menempatkan penuntut untuk berkhidmat sebagai sukarelawan di agensi badan beruniform seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan, Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selama setahun."Bagi Gap Year kesukarelawanan, ia adalah program kerjasama antara universiti bersama agensi yang terbabit untuk penuntut melaksanakan aktiviti kesukarelawanan selama tiga bulan sehingga setahun."Manakala bagi program umum, ia berbentuk lebih terbuka kepada penuntut yang ingin menangguhkan pengajian bagi membabitkan diri di dalam aktiviti sukan, keusahawanan, meningkatkan kemahiran dan pelancongan,"katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Konvensyen Pemimpin Mahasiswa Kebangsaan dan Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam Kebangsaan 2017 di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), semalam.Idris berkata, aktiviti yang dirancang oleh pelajar perlu mendapat kelulusan dan mengikut syarat yang ditetapkan oleh universiti masing-masing.Katanya, tempoh minimum program adalah selama satu semester dan tempoh maksimum adalah selama setahun kalendar akademik."Malah, penuntut yang tamat peperiksaan akhir semester boleh keluar daripada sistem akademik biasa dan boleh memilih sama ada ingin melakukan kerja kesukarelawan bersama badan NGO, membantu keluarga, bekerja atau melancong untuk memperoleh pengalaman yang tidak pernah dilakukan sebelum ini,"katanya.Beliau berkata, dengan memberi pelepasan selama setahun kepada penuntut mereka diharap dapat memanfaatnya dengan melakukan aktiviti atau kerja yang memberi faedah terutama untuk mematangkan diri mereka.Menurutnya lagi, jika pelajar memilih bekerja mereka boleh mencari tempat bersesuaian dengan bidang yang dipelajari mereka.Oleh itu, katanya secara tidak langsung ia memberi pengalaman secara praktikal kepada penuntut selain menambah pengetahuan yang lebih mendalam sebaik mereka menyambung semester mereka selepas tamat Gap Year itu kelak.
22 Aug 17
35
Empty Image
Pengerusi Sekretariat Umum Selami Suasana Di Madrasah Kubang Bujuk
Pengerusi Sekretariat Ulama-Umara (Umum), Pengerusi Yayasan 1 Ummah merangkap Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Dato Jalilani Ngah hari ini meninjau Madrasatul Quran Kubang Bujuk, Banggol Katong, Alur Limbat, Marang bagi merasai sendiri suasana pembelajaran dan melihat perkembangan pusat pengajian agama itu.Menurutnya, madsarah itu sudah berjaya melahirkan ramai pelajar dari seluruh negeri yang mampu membuka madrasah sendiri di negeri masing-masing.“Madrasah ini juga telah melahirkan pelajar yang telah banyak membantu menjayakan sistem pendidikan tahfiz negara. Selain itu, saya turut melihat keadaan dan suasana kelas yang tersedia di sini.“Saya berasa amat tenang melihat keamanan suasana pembelajaran dalam madrasah ini. Tidak hairanlah jika Madrasah ini merupakan satu pusat madrasah yang disegani oleh masyarakat dan madrasah di negeri lain,"katanya kepada media selepas meninjau pusat tahfiz itu, hari ini.Hadir sama, Timbalan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (Pinta), Ustaz Roslan Awang Ali dan Setiausaha Pinta, Dato Abdul Hamid Busu.Jailani berkata, Madrasah Kubang Bujuk itu turut mengamalkan sistem pembelajaran yang baik dan menggunakan modul yang berkesan kepada para pelajar.Oleh itu, jumlah pelajar yang diterima sentiasa meningkat dan pada tahun ini hampir 450 pelajar mengikuti pengajian di situ.“Malah, kehadiran saya ini adalah untuk mendapatkan input untuk diusulkan kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang kini dalam proses menambah baik dasar pendidikan tahfiz."Segala input yang diperolehi ini akan saya bawa kepada pihak kerajaan agar dapat menyalurkan bantuan yang sesuai untuk pembangunan madasah ini,"katanya.Sementara itu, Setiausaha Pinta, Dato' Abdul Hamid Busu berkata, kedatangan Jailani ke madrasah itu amat sesuai dalam merealisasi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.“Madrasah Kubang Bujuk ini adalah satu pusat pembelajaran yang unik kerana ia merupakan dunia pendidikan tahfiz yang terawal di Negara kita,”katanya.
21 Aug 17
2207
Empty Image
243 Murid Sertai Program Back To School Petronas
Seramai 243 orang murid darjah satu hingga lima terlibat dalam Program Sentuhan Kasih ' Back To School ' Petronas di Dewan Petronas Chemicals, Kertih hari ini.Pengarah Urusan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Group (PCG), Dato' Sazali Hamzah berkata, PCG yakin mampu memberi impak yang besar dalam membentuk sahsiah diri setiap insan."Selama 32 tahun penubuhan kami mengambil pelbagai inisiatif dalam mempertingkatkan taraf pendidikan komuniti.Matlamat kami untuk melihat komuniti dalam kawasan di mana kami beroperasi dan berkembang bersama demi mencetus momentum pertumbuhan,” ujarnya kepada pemberita selepas program tersebut.Turut hadir, Pengarang Pendidikan Berita Harian Fadzlena Jafar dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pengurusan Kurikulum ( Sains dan Matematik ) merangkap Ketua Unit Pengurusan Akademik Pejabat Pendidikan Daerah Dungun Azhab Abd Rahim serta Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur Wan Mohd Hasnan Abdullah.Sazali berkata, masyarakat Kertih adalah satu aspek penting dalam operasi kami bagi menyediakan para pelajar dalam menduduki peperiksaan tahunan dan dapat meringankan beban kewangan ibu pada mereka."Dengan cara itu kami dapat mendekati dengan masyarakat setempat dan kami lihat satu peluang yang kami boleh meningkatkan taraf hidup serta menyumbang kepada perubahan positif untuk komuniti," katanya.Sazali berkata, beliau berharap dapat meningkatkan prestasi akademik anak-anak melalui penguasaan subjek seperti Sains dan Matematik."Pada tahun 2016 PCG menganjurkan program Sentuhan Kasih Petronas di Sipitang, Kertih dan Labuan dimana melibatkan 1,175 orang murid."Pada tahun yang sama PCG turut menganjurkan bengkel Sains dan Matematik bagi murid-murid dan guru-guru daripada 44 buah sekolah di seluruh negara," katanya.
31 Jul 17
225
Empty Image
ExxonMobil Sumbang RM462 Ribu Untuk Perkasakan Program STEM, BI
Mohd Zubir melihat replika cek di Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan  ExxonMobil untuk Program Pendidikan dan Kemasyarakatan Negeri Terengganu 2017, di Hotel Primula Beach, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Pembangunan dana insan di Terengganu terutama di bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Bahasa Inggeris terus dilihat sebagai inisiatif penting apabila Subsidiari-Subsidiari  ExxonMobil di Malaysia (ExxonMobil) menyampaikan sumbangan RM462,000 kepada kerajaan negeri, hari ini.Sumbangan kewangan itu melibatkan program Anugerah Pelajar cemerlang STEM yang dilancarkan sejak tahun lalu kepada pelajar Tingkatan Lima dan sekolah menengah berjumlah RM80,000, Pertandingan Inovasi Matematik ExxonMobil Terengganu (TExMIC) (RM40,000), Spark Your Creativity (SYCC) (RM42,000), ExxonMobil-UKM Club @ Terengganu (RM250,000) dan Bengkel English Bersama Pembantu Pengajar Bahasa Inggeris (ETA) (RM50,000).Sementara bantuan 24 unit komputer riba turut diagihkan untuk program Terengganu-ExxonMobil Resource Information Centre (TERIC) dan program Children Cyber Corner di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu dan Pelantar Bestari di Besut, Setiu serta Marang.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang  berkata, sumbangan besar itu mampu memperkasakan lagi pendidikan negeri serta membangunkan modal insan yang cemerlang  di bidang STEM khasnya.“ExxonMobil menyediakan peruntukan  kepada kerajaan negeri yang sebahagian besar disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, selain kepada Pusat Sains Dan Kreativiti Negeri, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu selain berkolaborasi dengan pusat pengajian awam seperti  Universiti Kebangsaan Malaysia  dalam merealisasikan hasrat kita menerusi program STEM.“Kerajaan negeri amat berterima kasih dengan komitmen ExxonMobil sejak puluhan tahun lalu yang tanpa jemu mahu memastikan bidang pendidikan Terengganu sentiasa meningkat maju,”katanya.Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan ExxonMobil untuk Program Pendidikan dan Kemasyarakatan Negeri Terengganu 2017 itu, disaksikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong yang mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, di Hotel Primula Beach, hari ini.Sementara Pengerusi Subsidiari ExxonMobil di Malaysia, Edward Graham berkata, pembangunan dana insan penting untuk memastikan semua sektor industri, perniagaan dan kerajaan mempunyai bekalan bakat-bakat STEM baru yang berkebolehan secara berterusan untuk memenuhi keperluan peredaran masa serta persekitaran semasa yang mencabar.Katanya, Exxonmobil membina hubungan yang rapat dan produktif dengan komuniti diTerengganu sejak empat dekad lalu apabila syarikatnya berusaha untuk meningkatkan manfaat sosio ekonomi dari operasinya menerusi pelaburan strategik dalam komuniti.
30 Jul 17
543
Empty Image
UMT, MARDI Jalin Kerjasama Dalam Aktiviti Penyelidikan
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjalin kerjasama dua hala dalam mempertingkatkan lagi aktiviti penyelidikan dan perkongsian kepakaran kedua belah pihak.Naib Canselor UMT, Profesor Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar berkata, MoU itu memberi peluang untuk UMT dan MARDI terus memperkasakan penyelidikan bersama terutama dari aspek jaminan keselamatan makanan dalam negara serta penghasilan produk inovasi yang boleh dimanfaatkan untuk komuniti. "MoU ini juga akan melibatkan program pertukaran ahli akademik UMT dan kakitangan pengurusan serta profesional di MARDI dalam aktiviti seperti perundingan dan latihan sabatikal yang melibatkan penerbitan bersama penyelidikan dalam jurnal tempatan dan antarabangsa. "Kami berharap MoU ini akan melonjakkan lagi kepakaran universiti dalam bidang marin dan akuatik untuk membantu MARDI dan negara khususnya dalam teknologi terkini yang berkait rapat dengan kemajuan bidang pertanian dan aspek berkaitan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangi MoU itu bersama Ketua Pengarah MARDI, Dato' Dr Sharif Haron sempena Persidangan Pengisyaratan Sel Antarabangsa di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu, hari ini.Sementara itu, Nor Aieni berkata, penganjuran persidangan selama tiga hari bermula semalam itu bertujuan melonjakkan kepentingan bidang pengisyaratan sel yang menjadi tunjang atau fundamental kepada ilmu-ilmu lain yang bersifat aplikasi. Katanya, kertas kerja yang dibentangkan dalam persidangan ini dibahagikan kepada sub-tema seperti pengisyaratan sel dalam aplikasi perubatan, persekitaran, keselamatan makanan dan kajian lain yang berkaitan dengan sains hayat."Ia sangat berkait rapat dengan produk semulajadi, pengawalaturan hormon tumbuhan, biopenanda, modifikasi genetik organisma, biokimia, toksikologi dan farmaseutikal. Menurut Nor Aieni, pengisyaratan sel merupakan sistem komunikasi sel yang melibatkan pengaturan seluruh aktiviti di dalam dan luar sel sebagai tindak balas terhadap sesuatu isyarat kimis tertentu. "Ilmu dan penyelidikan yang berasaskan pengisyaratan sel ini telah terbukti memberi manfaat di dalam pelbagai bidang aplikasi seperti kejuruteraan perubatan, kejuruteraan makanan dan tumbuhan serta toksikologi persekitaran.“Pemahaman ilmu biologi ini telah menjadikan bidang ini satu bidang multi disiplin yang bersifat holistik dan terkehadapan dalam menyelesaikan pelbagai isu termasuk rawatan penyakit berjangkit dan penyakit kronik, menangani masalah ketidakcukupan makanan dari sumber haiwan dan tumbuhan serta untuk kesejahteraan hidup manusia secara keseluruhan,” katanya.
25 Jul 17
72
Empty Image
Projek Kuda Laut, Belangkas Bakal Jana Pendapatan Penduduk Pantai Setiu
Kira-kira 300 penduduk yang tinggal berhampiran pantai di Setiu bakal memperolehi pendapatan agak lumayan apabila Projek Penyelidikan Translasional Universiti malaysia Terengganu (UMT) melibatkan pemeliharaan kuda laut dan projek lestari belangkas mendatangkan hasil tidak lama lagi.Projek perintis melibatkan 20 peserta yang mendapat peruntukan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi berjumlah RM6.7 juta termasuk perbelanjaan penyeliaan Hulu Sungai ke muara kawasan terbabit .Menterinya, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, projek di bawah pemantauan UMT bakal meningkatkan sosio ekonomi penduduk di kawasan itu."Terima kasih kepada UMT kerana berjaya mempastikan projek ini bukan hanya satu penyelidikan tetapi ianya boleh memberi manfaat kepada penduduk Setiu."Ianya juga akan menyelamatkan alam sekitar di kawasan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program itu di Kampung Gong Batu, Setiu, hari ini.Turut hadir, Naib Canselor UMT, Prof Dato' Nor Aeni Mokhtar dan Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang.Idris berkata, projek itu dinamakan Penyelidikan Translational kerana ia menterjemah penyelidikan  untuk kebaikan rakyat dengan pemeliharaan kuda laut bakal memberi hasil dalam tempoh tiga bulan manakala belangkas pula dalam tempoh setahun.Idris berkata, darah belangkas boleh dijual untuk tujuan perubatan manakala kuda laut pula dijual untuk hiasan."Institusi harus memainkan peranan untuk membantu rakyat dan InsyaAllah, projek ini akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat dan saya mohon kerajaan negeri atau pejabat daerah melebarkan lagi kawasan ini agar lebih banyak benih-benih kuda laut dan belangkas ini akan terpelihara," katanya."Untuk belangkas peserta mampu menperolehi pendapatan sekitar RM4,000 sebulan manakala untuk belangkas bergantung kepada tangkapan," katanya.
23 Jul 17
143
Empty Image
UMT, UKOM Sepakat Jalinkan Kerjasama Strategik Tingkatkan Sosioekonomi Masyarakat
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sepakat untuk meneruskan kerjasama strategik bagi menyebar luas penyelidikan dan program yang dilaksanakan institusi itu supaya memberi manfaat kepada meningkatkan sosioekonomi masyarakat.Naib Canselor UMT, Profesor Dato’ Dr.Nor Aieni Mokhtar berkata, UMT bersedia untuk menyampaikan maklumat menerusi medium komunikasi massa dan cetak yang ada di UKOM bagi memastikan hasrat kerajaan untuk mengubah landskap kehidupan masyarakat ke arah lebih baik dan berkualiti tercapai."Dalam usaha membangunkan sumber manusia yang mahir dan berkualiti, UMT perlu mencari kaedah paling efisien bagi memastikan segala usaha yang dilaksanakan dapat disebarkan kepada masyarakat."Jadi kita boleh menggunakan bukan sahaja perspektif ilmu, malah kemahiran komunikasi dan penggunaan media massa dengan betul juga menjadi nadi utama kepada kejayaan setiap program dan perancangan institusi ini,"katanya.Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan pegawai UKOM yang diketuai Pengarahnya, Dato’ Muda Mamat.Hadir sama, Timbalan Pengarah UKOM, Muhd Aimin Mohd Tahir, penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Korporat dan Jaringan Industri) UMT, Profesor Dr Fauziah Abu Hasan dan Pengarah Penerbit UMT, Dato’ Profesor Madya Dr. Noraien Mansor.Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan inisiatif bagi memperkasakan sektor perniagaan industri kecil dan sedehana khususnya yang melibatkan maritim di negeri ini.Dalam pada itu, Muda juga berkongsi sejarah awa bagi memacu pembangunan UMT yang bermula 1979 yang sebelum ini dikenali sebagai Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem), turut melibatkan perjuangan beliau ketika berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersama kepimpinan ketika itu dengan diketuai mantan Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad
12 Jul 17
479
Empty Image
Sambutan Aidilfitri Permata Bersama MB 15 Julai Ini
Mahasiswa anak Terengganu (Permata) dijemput untuk menyertai Sambutan Aidilfitri PERMATA bersama MB (Menteri Besar) Terengganu di kediaman Seri Iman Kuala Terengganu pada 15 Julai (Sabtu) jam 8 malam.Yang Dipertua Permata, Kamaruzaman Jusoh berharap mahasiswa dapat menyertai majlis ini serta bersama-sama memeriahkan suasana untuk berkumpul dan merapatkan tali persaudaraan sesama mereka.Katanya, Permata menjangkakan majlis itu akan dihadiri 1,200 mahasiswa dan tetamu jemputan.“Kami amat berharap agar mahasiswa dapat memeriahkan majlis sambutan yang julung kali diadakan ini sebagai tanda terima kasih kepada pihak kerajaan kerana menyediakan pelbagai kemudahan termasuk menaja bas percuma setiap tahun kepada Mahasiswa Permata bagi meraikan sambutan aidilfitri bersama keluarga di kampung,” katanya.Program ini merupakan majlis pertama kali diadakan bagi meraikan mahasiswa yang masih dalam 'mood' beraya di kampung.Oleh yang demikian, kepada mahasiswa yang berminat boleh mendaftarkan butiran diri kepada wakil Permata universiti masing-masing sebelum 8 Julai ini.
04 Jul 17
149